5.5.10

Kaedah Menjemput Ke Kenduri Kawen

Hai u olls.  Erm...mesti penat buat kerja kat office tu kan?  Thanks u olls sebab sudi berhenti dan lepak baca belog I olls ini.  Yelah u olls,  takkan nak ngadap kerja saja kan?  Kita kena la tau tentang perkembangan semasa u olls.    Terutama sekali perkembangan Kak Merr yang Mercik ini!  Keleessssss....

Di kesempatan ini I olls ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca belog I olls kerana tidak jemu-jemu membaca belog i olls yang tidaklah semana -mana ini.  Tajaan NUFFNANG pun takdak u olls.  Hanyalah di bawah naungan THO Red Gincu.  Itu pun company i olls sendiri kan?  Kelessss....Thanks u olls walau di mana u olls berada,  Penang,  Kedah,  Langkawi,  Putrajaya (I olls tau ramaiiiiiii yang suka baca dari sana!!!!!  Trafic dari Seri Kembangan tu meriah!!!).  Thanks semua.  I olls akan terus menulis tampa henti insya allah!!!!

Baiklah,  dah ramai duk baca belog akak ini,  ramai lah kawan-kawan kan.  I olls happy sangat u olls kalau FB akak,  YM akak,  emel akak.  Akak suka u olls.  Merapatkan silaturahim.  Dan paling i olls terharu apabila u olls semua sudi melayangkan akak sekeping kad jemputan menghadiri majlis perkahwinan u olls hingga ke Pahang,  Kelantan dan macam-macam negeri lagi.


Macam kali ini,  memang tebal ok.  Haruslah akak kena pergi beli banyak-banyak wishing cards kat u olls semua.  Sorry i olls tak dapat hadir kan.  Biasalah i olls apabila datang musim mengawan,  i olls pun sibuklah memekap.  Takdapat la i olls nak hadir ke semua jemputan u olls.  Nak hantar hadiah besar-besar tu i olls tak der la bajet kan sebab i olls takdak sponsor besar so, I olls mendoakan dari kejauhan ini dan mendoakan kebahagiaan u olls.  Insya Allah,  nanti dapatlah kad ucapan tahniah dari i olls ini.

Sorrylah i olls membuat ucapan ala-ala menang AIM kan?  Kesahnya,  i olls ingin membuat statement Kak Janz sedikit dan ingin perhatian semua yang membaca belog ini untuk kita fikirkan bersama.  Sekarang ini,  zaman teknologi terkini gitu,  maka u olls semua pun kalau nak menjemput ke kenduri u olls semua takder la macam dulu kecoh-kecoh nak hantar kad la apa semua.  Ada blog,  ada FB so mudahla u olls nak minta alamat kawan-kawan untuk jemput dan sebagainya.

Tapi yang paling i olls tak suka,  SORRY OKAY!!  Akak terpaksa cakap benda ni jugak,  bukan nak mencaras u olls tak tentu pasal tapi u olls pikirkanlah bersama ok.  Akak paling tak suka orang kalau nak menjemput kenduri kawen dengan cara upload gambar kad kawen dan tagged semua orang ramai-ramai.

I olls rasa macam tak ikhlas ja jemputan ini.  Yalah,  kalau dijemput secara ramai-ramai ini pastinya u olls pun tak kisah berapa orang yang nak datang,  berapa orang yang tak datang.  Dan yang pastinya kalau jemput ramai-ramai macam tu mesti orang pun nak alert sangat nak pi.

APA KES NI U OLLS?

Dah la u olls tagged semua orang yang i olls tak kenal,  tak kisah la sangat.  Pastu tiba-tiba terus penuh notification masuk dalam emel akak ini.  Pastu kalau kad itu indah dan besar dan jelas dan mudah akak nak baca tak pala u olls,  ini dengan kecik dan akak tak dapat baca tarikhnya camna ni u olls??  Macam mana akak nak amik maklumat u olls.

Kalau u olls antar pakai KAD,  secara tradisinya,  apabila akak membaca kad yang indah itu dan tercatat nama akak  "Menjemput...........KAK JUMIE DAN ......."  akak pun terus menyenyum dengan penuh rasa hiba.  Kalau ada masa dan kelapangan harus akak rasa nak pi sangat.  Kalau tak mau pi pun,  i olls boleh SMS ke call ke.  Number pun ada kan kat kad tu.

So mulai hari ini,  dengan terbitnya statement dalam belog i olls ini,  dengan secara rasminya i olls MEMBANTAH JEMPUTAN KAD KAWEN MELALUI WALL PICTURES YANG DITAGGED SECARA JAMAK!!

Kalau u olls nak buat jemputan secara online,  i olls cadangkan u olls create EVENT and jemput semua orang yang u olls nak jemput.  So kalau akak tak buleh pi pun,  akak boleh la nak click NO or YES or MAYBE dan siap antar mesej terus ke penjemput event itu.

Contoh event jemputan kawan akak buat.  Si Nonie Jelita itu.  Click on the picture for larger view.


Teknologi yang ada ni bukan tak buleh pakai,  tapi gunalah yang mana sesuai ok.

Sekian,  sebelum i olls mencaras dengan lebih over.  Biarlah i olls mengepi dahulu.  Selamat memikirkan apa yang i olls kata ini.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...