14.5.10

kak Merr Balik Jengka Lagi

FIY untuk sapa sapa yang tak pernah balik kampung dan tak tau langsung hidup kat Felda....tok sah duk buat best sangat.  Jangan duk rasa duk bandak tu ampa semua dah best, try la balik kampung dan belajar jadi orang yang rendah diri.  Marilah kita tengok catatan gambar akak di Jengka 23 sempena wedding abang angkat i olls Azril dan Suzie 9 May 2010.

We olls bertolak dari Butterworth jam 9.30 malam.  Betapa celakanya bas yang kami amik dari Butterworth singgah di seluruh pelusuk daerah daerah di seluruh Melesia utara ini. Dari Nibong Tebal, ke Parit Buntar, ke Bagan Serai dan Taiping.  We olls sampai 5am kat Temerloh.  Sorry ya Abang Man,  Azril and Wan sebab lama gila tunggu we olls.  Katanya sampai dicaci oleh mamak di maple itu.  Kelesss!!!!

Ini aksi akak pagi pagi seawal 7am gigih bersama my bro, Jijon dan Jijah (cousin my foster fam) untuk pergi mengambil nangka di rumah jiran we olls. Seronot menghirup udara di kampung halaman di waktu pagi, rasa macam basuh paru paru dengan keloroks! Bersih gila.


Ini Jijah sepupu kepada keluarga angkat akak. Dia ni kerja USM jugak.
POkok durian yang masih belum berbuah. Kat Penang semua dah berbuah. Nanti dah hujung-hujung musim kat Penang, baru turn area Perak dan Pahang pulaks.
Inilah nangka nangka yang akan dimasak oleh kami untuk jamuan kepada orang kampung yang datang nak merewang petang ini. Bukan untuk kenduri tau. Tapi untuk orang datang kerja for kenduri. Gigih ok orang orang kampung....kalau kita sehari sebelum kenduri. Rumah macam hari hari biasa jer. Tadak apa pun nak buat.
Perempuan ini propa tolong angkat ok. Dia tak angkat langsung.

Yes...akak menunjukkan kegigihan mengangkat nangka nangka ini. 6 bijik u olls. Selama ini akak prektis angkat betik dua bijik jah hari hari..hari ini akak prektis lebih mendalam. Kelesss


Selepas tolong angkat nangka, i olls ke dapur dan tolong wanita wanita ini membuat kuih karipap dan kueh kuaci. Yang u olls nampak ni, ialah proses buat kueh kuaci.  Memang i olls rasa terharu sebab they olls semua masih ingat nama akak "Jue" keless...sebab sejak program anak angkat tahun 2004. I olls lah yang masih gigih balik kampung. 

Wanita-wanita ini mengajar akak dengan penuh ikhlas Dan tunjuk kat akak cara-caranya dengan penuh dedikasi. Akak rasa bangga sebab akak dapat buat kueh kuaci hingga ke proses lipat dalam daun pisang. Kelesssss


Lauk tengahari pada hari itu, nasik, ikan masin goreng, nangka masak lemak, timun, petai dan sambal belacan. Cayak mercik ayak liyok tengok gambak ni balik.


Ni number cabotan bertuah untuk akak ya...


Ini akak dan adik akak nama dia Jiji. Dia manja dengan akak.

Dua mama hotness ini. Kesahnya Shu tengah expecting baby, perut dah yoyot. Kaver dengan bantall....lantas...akak pun buat sama lah!! :)


Ini pulak abang man dan Kak Siti.  Pengantin lama yang maseh vass!!!


Kak Merr....ratu songket turun ke Jengka. Kesahnyaaa walaupun Jengka panas terik dan berkuwap macam sauna kat sepa. Tapi akak tetap gigih memakai songket yang panas ini. KelessssssGigih bersongket ok.


Akak suka gambar ni. Sangat Holiwood ok.


Di kiri akak ialah Ude, adik laki abah. Dia suka mengkacau akak. Tapi makan minum akak kat Jengka ni, dia la yang paling risau sekali. Dia paling takut kalau akak tak makan lagi. Yang kanan tu...ermmmmm nanti akak kenalkan.


Kenalkan, bakat baru dalam barisan anak-anak ikan akak ya. Muda lagi. Signal lagi. Nanti akak add dia kat FB kalau u olls nak berkenalan. Elook tak??

Finally, habis lah cerita depa dorang ni. :) Pasni ...Jijon plaks. Mak yai.....bila lah itu. Kalau nak tunggu Jijon lambat lagi,  akak rasa pasni........turn akak dan En.  Khafi la kot.  Ekhem...ekhem.....



Make up pengantin perempuan ini adalah dari sentuhan Jumie Samsudin from The House of Red Gincu.  :)  Kenal tak sapa dia tu??

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...