3.5.10

My Alter Egos - Antara Jumie Samsudin, Kak Janz, Yaya, Gabby Yusof and Kak Merr

U olls.  Tau tak apa itu alter egos.  Dulu term ini tak popular pun,  tapi apabila sepupu I olls Kak Beyons mengaku yang dia mempunyai Alter Ego yang bernama Shasha Fierce,  si BITCH yang bertanggungjawab membuatkan persembahan Kak Beyons menjadi sungguh bertenaga dan sungguh sundels!!!  Dalam term WIKI,  alter ego bermaksud  :  An alter ego (Latin, "the other I") is a second  self, a second personality or persona within a person, who is often oblivious to the persona's actions. It was coined in the early nineteenth century when dissociative identity disorder  was first described by psychologists.[1]  A person with an alter ego is said to lead a double life. 

FAHAM??? Haa...tulah!  Tengok Astro Ria banyak-banyak lagi.  Alter ego pun tak tau!!


Akak tolong translet ikut bahasa Kak Merr yang mudah u olls faham k.  Alter ego adalah personaliti kedua dalam diri u olls.  Personaliti lain dalam personaliti asal orang itu.  Orang yang mempunyai alter ego ini adalah macam I olls,  iaitu walaupun i olls adalah Jumie Samsudin,  tapi I olls ada banyak alter ego yang banyak membantu i olls dalam penulisan belog i olls ini. 

Oleh itu,  hari ini i olls nak ceritakan semua alter-alter ego yang wujud dalam diri I olls.  Bagaimana 'mereka' dilahirkan dan apakah sumbangan 'mereka' terhadap diri i olls.

Pengenalan
I olls sebenarnya ada banyak alter ego yang menghiasi diri sebenar i olls iaitu Jumie Samsudin.  Ada yang u olls kenal,  ada yang u olls tak kenal.  Sejak diceraikan atau diDUMP oleh En.  Duda pada tahun lepas,  lahirlah pelbagai watak dalam diri i olls.  Mungkin u olls tak tau.  Tapi watak-watak ini membawa pelbagai sumbangan besar dalam diri i olls.  Antara alter egos yang i olls akan ceritakan ialah  Kak Janz,  Yaya,  Gabby Yusof dan Kak Merr.

Gabby Yusof


Ampa mesti tak tau sapa Gabby Yusof itu.  Gabby Yusof adalah satu budak perempuan yang hidup dalam dunia Jumie Samsudin buat seketika dalam tempoh selepas diceraikan.  Dia ini adalah seorang budak perempuan yang berumur 19 tahun.  Dia baru habis SPM,  tapi mak dan abang dia tak bagi dia sambung belajar sebab nak suruh dia jaga kedai.  Mak dia buat perniagaan import kain dan baju dari Indonesia.  Dia tak buleh keluar,  not allowed to hang out dengan kawan-kawan,  apatah lagi nak berkawan dengan lelaki lain.

Dia manja nak mampus,  comels,  dan sungguh getis.  Dalam bahasa yang senang nak faham,  dia ni memang teringin nak buat macam-macam tapi sebab terkong-kong dia jadi gedik bodo.  Gedik bodo adalah satu sifat yang biasanya banyak dalam remaja zaman sekarang. 

Oleh itu,  dia main TAGGED.  Dan dalam TAGGED dia kenal ramai lelaki.  Dia suka bila lelaki call dia.  Dia akan luah masalah dia kat kawan-kawan yang dia kenal dalam TAGGED itu. 

Gabby Yusof ni memang manja gila.  I olls pun rimas jugak.  Tapi nasib baik dia mai sat ja.  Pastu mana dia pi pun tak tau la.  So sapa-sapa yang pi TAGGED dan jumpa Gabby Yusof,  itu jelmaan Jumie Samsudin la tu!

Yaya
Yaya ni satu perempuan yang manja dan baik. Nothing much to telll about her. Sebab dia sangat secretive.  Kalau ampa nak tau lebih banyak tentang Yaya,  tanyala En.  Khafi sebab En.  Khafi suka gila kat Yaya!  Keleessss

Kak Janz
Nama Kak Janz pastinya membuatkan u olls semua rindukan?  Yes,  I olls pun rindukan dia.  Sebab itu i olls menulis artikel itu sekarang.  I olls rindukan Kak Janz.  Kak Janz adalah nama singkatan kepada Kakak Janda.  Dia lahir selepas 21 hari i olls ditinggalkan oleh En.  Duda.  Kak Janz adalah perempuan yang GARANG,  MULUT PUAKA,  BERANI NAK MAMPUS dan SANGAT OUT SPOKEN. 

Dialah pengasas KELAS KAK MARIAA!!!


Pasti u olls ingat kata-kata Kak Janz yang tak habis-habis membenci dan mengutuk En.  Duda dan Kak Tina tampa henti.  Kerana keberanian dan kegarangannya itu,  dia banyak menolong dan protect Jumie Samsudin daripada perasaan sedih dan melindungi Jumie Samsudin daripada godaan jantan-jantan yang ingin mengambil kesempatan kepada Jumie Samsudin.

Tapi walaupun dia garang,  Kak Janz sangat cantek dan seksi.  Dia suka pandai jaga badan dan suka melaram.  Dia suka make up dan pakai lawa-lawa.  Ramai yang jatuh hati kat dia ini.  Sabar jer la u olls.  Baju dia itu kalau tidak menampakkan susuk tubuh dan menunjukkan paha,  betis dan klivej,  itu bukan baju Kak Janz ok!!


Tapi kini,  Kak Janz dah balik Venezuela.  Dia dah tak datang sini lagi.  Dia kata dia pun rindu u olls semua,  dia kata dia akan datang balik kalau diperlukan.  Tapi kalau boleh dia tidak mahu datang kembali.  Sebab dia kata,  "I olls hanya datang bila Jumie Samsudin susah hati dan down,  sekarang Jumie Samsudin dah happy dengan kehidupan dia sekarang.  Akak bahagia melihat dia dari kejauhan.  Doakan akak pun dapat laki elok macam Jumie Samsudi dapat En.  Khafi jugak!  Kelasssssssssss Kak Maria!!!"

Kak Merr
Kak Merr adalah alter ego yang kongker Belog Jumie Samsudin sekarang.  Merr itu adalah datangnya daripada hakikat Jumie dan Kamarulhafiz dah nak get married.  Tapi bak kata Bangsan a.k.a Hassan Abu Bakar,  Merr adalah MERCIK!!  Dia ni lebih relaks,  lebih 'dewasa' dan tak kecoh sangat macam Kak Janz.  Dia ok ok ja.  Tapi dia tetap...keleess....

Kesimpulan
Cerita para alter ego dalam hidup i olls.  Banyaknya alter egos itu bukanlah bermakna i olls ini hidup dalam kepura-puraan.  Tetapi bagi i olls kehadiran 'mereka' telah menguatkan i olls dan menjadikan siapa i olls hari ini.  Lebih bagus i olls ada banyak alter egos dan i olls mengenali semua 'mereka' ini dan i olls bukan TAK SEDAK DIRI.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...