24.5.10

Peristiwa Makan Rojak

Hai u olls semua.  Minggu lepas akak telah menerima sedikit sedekah buah mamplam daripada mak Jengka i olls.  Buah mamplam itu atau orang KL pangge mangge itu,  i olls pun menjemput rakan-rakan datang ke rumah untuk sesi menyicah yang amat meletops.

Inilah buah yang kami maksudkan itu.  Mamplam apel ok.  Untuk u olls yang sedang mengandung di luar sana tatkala membaca belog akak ini,  harap ampunkan donsa donsa i olls itu ok.


Ini pulak tukang tumbuk kuah rojak yang melepsss.  Aksi-aksi beliau ini sungguh fierce dan hanya boleh ditonton oleh orang dewasa 15 tahun ke atas. 


Inilah kuah rojak yang terhasil karya tumbukan Danny Harmizi.  Dia memang pandai menumbuk.  Haluihhhhhhhh elokkkkkkkk macam orangnya.  Bahan-bahannya macam biasala,  cabai burung,  gula,  tokyu,  cabai belacam.  Ampa semua mesti duk rasa meleleh ayak hidung semua kan.


Inilah gambar i olls.  Saja gatai nak pakai tudung Cakcing nya dia sepuk kat tepi sofa.  Lepas tak tahan pedaih,  ayak hidung semua keluak.  Akak pun tak sedar cam na tudung itu boleh tercabout. 

I olls memang suka makan pedas.  Tapi amatlah tak tahan orangnya.  Baru makan pedas sikit,  berpeluh satu badan,  berpeluh kat kepala dan jugak ketir dan jugak hidung akan mengeluarkan cecair hingus malah sedikit bahan bahan seperti air mata dara.  Kelesssss

Apa pun.....untuk my friend kat autstasyen sana...Jangan mara u olllsss!!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...