29.6.10

Movie of the month : Julie & Julia

Pengenalan  :

Hai u olls semua.  Lama akak tidak membuat review movie untuk menjadi rujukan para ahli pembaca tetap belog akak ini.  Akak ada download banyak movie baru dalam PC.  Tapi tak sempat nak menengok semuanya lagi.  Dalam banyak-banyak filem baru yang akak download,  yang akan akak cerita hari ini adalah bertajuk  Julie & Julia.  Sebuah filem yang menarik perhatian i olls sebab pelakon utamanya Meryl Streep yang mendapat pencalonan Oscar bagi lakonan dalam filem ini.  Meletopss kan?  Untuk u olls yang tak tau,  Meryl Streep adalah boss jahat dalam cerita The Devils Wears Prada!!  Yes....keless kan citer tu!


So marilah akak cerita sikit tentang plot cerita ini.

Plot cerita ini  :
  1. Filem ini menceritakan tentang dua perempuan iaitu Julie Powell and Julia Child dua wanita yang hidup dalam dua era yang  berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu menulis dan jugak memasak.

    Inilah watak orijinel iaitu Julia Child herself.  Kertu dah makcik ini!!

    Ini pulak Meryl Streep yang berlakon watak itu.  Celaks kan,  buat kaki ayam cam tuh!!!

    Ini Julia Child dan suaminya yang penyayang.  :)  Depa dua dua suka makan!!
  2. Julia Child adalah seorang wanita yang yang hidup zaman 50an.  Dia orang Emerika.  So bila dia ikut suami dia ke Paris,  dia yang memang suka dengan makanan yang sedap telah nekad untuk belajar cara-cara masakan orang Perancis.  Memang dia start dari 0 kepada seorang penulis buku masak yang meletops.  Dia menghadapi banyak cabaran dalam membuat buku itu,  sebab yang terutama buku itu sungguh details dan ditulis dalam bahasa Inggeris.  So memang meletops lah untuk pasaran Eropah dan America!!  Dan akhirnya,  selepas beberapa kali ditolak oleh beberapa publisher,  terbitlah sebuah buku masakan dengan 734 muka surat berjudul "Mastering the Art of French Cooking".

    Inilah Julie Powell yang betui betui punya.

    Ini Amy Adams yang berlakon watak itu. 

    Ini pulak Julie Powell dan suami nya,  depa dorang pun very loving couple.  :)


  3. Julie Powell adalah seorang penulis yang tidak berjaya,  dia just bekerja jadi operator telefon saja untuk mangsa-mangsa September 11.  Tetapi dia suka masak.  Hari-hari bila dia balik rumah,  dia akan masak untuk menenangkan hatinya.  And then,  sebagai membuatkan dia rasa syok dan rasa lebih displin,  dia buat project yang berjudul  "The Julie/Julia Project
    Nobody here but us servantless American cooks..." melalui laman blognya di alamat  :  http://blogs.salon.com/0001399/.  So hari-hari dia akan masak dan cerita dalam blognya itu.  Akhirnya blog dia jadi sangat popular,  dan diterbitkan menjadi buku dan sebuah filem iaitu yang kita tengok sekarang ni!!!

    Ini buku dari Julie Powell diterbitkan pada tahun 2004.

Ini buku hasil tulisan Julia Child pada tahun 1961!!

 Ini belog Julie Powell,  sampai lani pun ada lagi ok.


Notes by Jumie Samsudin  :
  1. Akak suka tengok lakonan Meryl Streep yang sungguh mantap.  For me watak Julia Child yang dia lakonkan tu,  bukan senang nak tiru noks.  Julia Child ni perempuan yang cakap macam mabok jah.  Pastu dia punya slang macam melerek sikit...and Kak Meryl berjaya melakonkannya!!!
  2. Di akhir cerita ini,  kalau u  olls tengok,  apabila Julie Powell mendapat komen yang negatif daripada Julia Child sendiri.  Julia punya orang call Julie and dia kata,  dia tak mau jumpa Julie sebab dia rasa Julie bukanlah penulis buku masak yang betui-betui ghairah dengan apa yang dia tulis.  Pada pendapat akak,  ada sebab tertentu mengapa Julia tak mau Julie.  Sebabnya senangnya,  Julia hidup di era 50an di mana bukan senang nak buat publication dan sebagainya. 

    Masa dia nak buat buku dia dulu,  dengan nak type,  bergadoh dengan kawan-kawan dia,  try macam-macam resepi dan finally nak carik publisher!!  Punya la susah dia lalui semua tu,  then tiba-tiba tahun millenium macma sekarang ni,  dengan kemajuan internet dan komputer,  tiba-tiba muncul budak nama Julie.  Dia try masak semua resepi tu and then dia tulis dalam blog dia...and then sekelip mata dia jadi popular!! 

    Itulah sebabnya Julia tak buleh terima idea Julie.  Betui tak???  Kedua-dua wanita ini,  walaupun mempunya similariti yang agak signifikan,  tapi depa hidup di era yang berbeza.  So memang jadi tak best!!

Ucapan dari akak  :

Sekarang ni akak cerita review simple je kan?  Hahahaha..yelah.  nanti aku citer details sangat ampa nanti komen  "Macam tak payah tengok dah filem ni.  Akak dah citer semua!!.  So ampa tengok la sendiri.  Tapi cerita ini sesuai kalau ampa tengok dengan para girls dan golongan MSM.  Jangan tengok dengan jantan.  Depa tak layan!!  Tapi En.  Khafi layan cerita ini.  Akak agak confuse!!

Sekian,  love u olls.

1 comment:

  1. baru lps tgk muvi nie smlm...best2

    thanks for The Julie/Julia Project link =)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...