30.7.10

Updates dari THO Red Gincu : July 2010

Hello u olls.  Hari ini akak nak update gamak make up yang I olls buat pada awal bulan Julai yang lalu.  Sorry u olls,  gambar ini semua courtesy daripada pengantin iaitu Miss Intan Kintan yang merupakan si pengantin yang bertunang pada 10 Julai yang lalu.  Camera Red Gincu rosak,  so terpaksa la tumpang camera Miss Intan.

So inilah antara shot yang i olls buleh tunjukkan untuk u olls!

Miss Intan Kintan dan En.  Talip beliau memilih pakej special dari THO Red Gincu.  Only RM500 for make up and also mini pelamin.  *Term and condition apply.  For more info pasai pakej ini,  please contact us ok~


Sessi mekap mekap.



Dan inilah mini pelamin yang we olls buat.

And inilah tunangannya.



Dikesempatan ini ,  I olls nak bawakan mesej penting untuk u olls semua.  Peminat THO Red Gincu.

"Pihak Red Gincu Crew ingin memohon ribuaan maaf kerana terpaksa menolak sebarang tempahan baru pada tarikh-tarikh yang akan dinyatakan dibawah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Terima kasih atas kerjasama pihak anda memberikan sokongan kepada crew Red gincu.



10th - 13th September 2010

1st - 3th Oktober 2010
17th Oktober 2010
11th November 2010
Kepada mereka yang telah menghantarkan email dan telah mendapatkan qoutation pada tarikh yang dinyatakan.Anda berada dalam senarai pendek kami.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan kadar segera ditalian:



019-543 4377 (sue)

012-413 0060 (Jumie)
@
Email : redgincu@yahoo.com"

Keless...............sekian,  terima kasih.  Cepat-cepat u olls.  Jangan berangan lagi.  Cepat plan for your big day ok!!

29.7.10

Panduan Dressing untuk Big Size Dollz by Jumie Samsudin

Hai u olls.  Hari itu akak dapat satu emel daripada seorang pembaca melalui Facebook I olls.  Okay,  tak mau beletiak baca.  Let's read!
From  :  Miss Azie

Message  :  kak jumie saya mmg slalu megikuti perkembangan blog kak jumie...dan saya meminati k.jumie...boleh kongsi x kt mn k.jumie bli bju2 k.jumie...saya berbadan besar...mmg payah nak jumpa baju.  Please help me.

Jawapan Kak Merr :

Terima kasih Miss Azie yang sudi mengikuti perkembangan belog akak yang HAUSS ini!! Tampa orang orang seperti u olls,  takdak maknanya penulisan akak yang HAUSS ini.  Tau tak HAUSS tu apa?  Haus tu dahaga la!!  Takdak ayak.  Kering!!

Terima kasih jugak kerana meminati akak.  AUUU!  Rasa macam Beyonce seketika.  Tapi akak nak bagitau kat sini,  akak ini hanyalah orang biasa.  Tapi akak ucapkan terima kasih sebab sudi minat akak.  Tapi jangan la minat saja,  nanti besde akak tahun depan 29 Mac tu...mai la antak bunga ka,  hadiah apa -apa ka kat office akak ni ok!!  Jangan duk minat saja.

Baiklah,  kita back kepada soklan utama adik iaitu "BOLEH KONGSI TAK KAT MANA KAK JUMIE BELI BAJU-BAJU KAK JUMIE".

Okay akak akan menceritakan rahsia akak kelihatan anggun semegun!!  (SYIOKNYA NAK JAWAB NI......RASA MACAM BEYONCE SAT!!)  Akak ini bukanlah orang kaya sangat u olls.  Akak rasa,  kalau akak kaya walafiat pun,  akak tak akan shopping baju-baju branded ni!  Akak tak suka.  Kalau betul akak nak spend duit pun,  akak akan shopping make up dan beli barang emaih banyak-banyak tu ja.  Bab-bab baju ni,  akak tak berapa kisah sangat brand dia.
  1. Nicchi
    Kalau bab-bab nak beli dress pi clubbing dan dress meletops yang menghangatkan keadaan semesta bila akak memakainya...akak pergi beli kat Nicchi sebab kat sana lah ada size akak.  Banyak koleksi Nicchi dan yang paling akak suka ialah DRESS BEYONCE yang akak beli untuk konsert Beyonce tapi haram Beyonce tak mai Melesia pun!!



    Akak dan dress Beyonce!  Di sebelah anak ikan akak.
  2. JUSCO
    Jusco ada satu jenama yang jual pilihan baju orang montels dan vouge seperti kita tajuk dia ialah "SCARLET".  Akak memang suka beli baju-baju basic kat situ seperti seluar,  kemeja dan sebagainya.
  3. Flea Market
    Kalau ada pasar malam kat mana-mana ketika akak jalan-jalan tak kesah la kat Penang,  atau KL atau kat Jakarta.  Kalau santek!  Akak akan membelinya!



    Dress ala-ala Michelle Obama ni,  akak beli masa kat Phuket.  RM40 ja.
  4. BUNDLE U OLLS
    Yes,  setengah orang kata bundle ni macam jijikss dan sangat hina kan?  Sebab baju orang terpakai.  Aiyoo!! Ada aku kesah.  Murah pun,  bukan u olls yang bayar kan?  Bila tengok akak pakai melepsss ko heboh tanya mana akak beli dress tu kan?  HEHEHE.  Akak dan kawan-kawan akak,  suka pi satu kedai bundle kat Kubang Semang.  Kami panggel dia,  KUBANG SEMANG COUTOURE.  Bayangkan,  akak buleh beli dress hitam yang meleps dengan harga dua kupang saja.  kih kih kih.  Dan kawan akak pergi beli winter wear dia kat situ,  dengan baju bulu-bulu ala-ala JLO pakai dalam bidio klip "Its such a shame that im leaving..."  haaa....semua tu dia beli boh dalam dua beg pelastik sampah baru RM15.  HAHAHA.   Memang best.  Sebab baju bundle mostly mai dari luak negara.  So size luak negara ni memang besak-besak la. 

    Ini antara baju dan dress yang akak beli kat bundle.  Tak sampai RM2 pun!




Dan ini maklumat tambahan untuk u olls yang berbadan vouge.  Akak harap tips ini amat berguna untuk u olls yang berbadan montel dan vouge seperti akak.  Kelesss nyah! 
  1. KEMAS
    Make sure baju yang kita beli itu kelihatan kemas dan terletak kat badan.  Jangan duk pakai baju yang terlalu kecik untuk size badan dan terlalu besar untuk badan kita.  Make sure fitted well,  yang paling penting,  kalau kita duduk bangun berdiri,  baju tu tak koyak!!  Ada faham?



    Hang ada cutting camnih??  HUH!!

  2. SEKSI but NOT TOO MUCH
    Kelebihan orang yang berbadan montel seperti kita ialah adalah LEBIH SEKSI daripada pompuan berbadan skrepeng!  HAHAHA.  Yes u olls.  Sebab,  tetek kita lebih besak dan pungkok kita lebih mantap!  So kalau u olls nak buat seksi look,  please lah jadi seksi yang sofistikated sikit ok.  I think,  rules ini works to all women out there.  Kalau u olls nak show your legs,  so cover your up!  Kalau u olls nak show your upper part,  then cover your legs!  PAHAM??? Contoh  :  macam ni!!  Baju off shoulder tapi suak panjang!  Paham?



    Tengok baju ni,  lengan tebelah...tapi suak panjang kan???

  3. BAJU DALAM YANG BERKUALITI
    Yes u olls!  Badan kita ini tau tau saja lah kan?  Mempunyai banyak lebihan isi yang bermutu. Oleh itu,  kita perlu menjaga dan menyimpan lebihan isi yang bermutu ini.  Akak sedih u olls tengok pompuan-pompuan yang mempunyai tetek yang besar,  tetapi memakai baju dalam yang tak kena dengan saiz badannya.  Cup yang kecik dan tali yang longgar.  Ini bukan saja membuatkan saiz u olls menjadi lebih lay out (layoot u olls!)  malah,  tetek u olls itu kelihatan tak menyelerakan apabila berpakaian baju-baju yang sendat.  So!!  Make sure pakai size bra yang betul dan kalau u olls nak tau rahsia akak?  Akak pakai Premium Beautiful Korset!  Harga RM2.4k satu set ok.  Akak ada dua set.  Sapa nak beli boleh bagitau akak buleh kenalkan kat kawan-kawan yang jual secara ansuran ok. 



    CONTOH YANG BAEK!!


  4. SIMPLE DESIGN
    Kalau boleh kita pilih design yang simple dan tak terlalu details.  Maknanya,  tak banyak poket,  tak banyak butang sana sini dan terbelah belah kat tempat yang tak berkenaan.  Simple and kemas.  Contohnya,  kalau nak buat baju tradisional,  akak suka buat baju kurung modern dan kebaya labuh!  Kebaya pun simple kebaya yang lipat depan tu ja.  Barulah nampak Datin-Datin u oolls!



    This is one of my favorite baju kurung modern.
  5. LESS EKSESORI
    Untuk wanita vouge macam kita ni,  jangan duk pakai banyak sangat eksesori nanti nampak macam pokok krismes duk berjalan.  Kalau u nak pakai,  just pilih satu centre peace yang u olls nak pakai and just stick to that one.  Macam akak,  akak suka pakai subang gantong-gantong!  So akak pakai itu ja.  Kalau u olls nak pakai rantai,  buleh tapi syaratnya,  kena labuh paras tetek dan saiz subang kena kecikkan.  Kalau nak pakai tali pinggang,  pakai yang besak dan warna yang gelap.  Jangan pakai semua benda pada satu masa!  Okay??



    Macam ni akak pakai tali pinggang ja nyah!!

  6. CORAK ABSTRAK
    Akak jarang amik baju yang bercorak sebab akak tak suka.  Tapi untuk orang macam kita ni,  corak yang paling sesuai adalah corak abstrak.  Yes...u olls akan nampak kurus kalau pakai corak abstrak.  Kalau nak pakai jalur...make sure jalur tu melunjur ke bawah.  Dan bukan vertical...nanti u olls nampak lebih lebar.  Tapi memang susah nak pakai baju lajur ni.  Akak takdak baju lajur!  Baju polkodot akak ada...polkodot kecik-kecik. 



    Corak abstrak nyah!!  Mak nampak kurus kan??
  7. HITAM
    Yes,  baju warna hitam adalah yang terbaik untuk kita.  Warna ini amatlah sesuai untuk membuatkan kita nampak 5 kg lebih kurus!
  8. KAIN JARANG
    Jangan pakai baju yang kainnya jarang!  Jarang sikit tak pa.  Sebab kalau pakai baju jarang nanti nampak la bentuk badan u olls kat dalam itu yang berbukit bukau.  Tak santek u olls. 
  9. COLAR V
    Baju yang mempunya kolar V adalah ilusi optik yang paling berkesan untuk bagi kita nampak kurus dan leher kita nampak lebih jinjang.  Sebab tu orang suka kata akak seksi u olls,  sebab akak suka bagi tunjuk klivej!  HAHAHAHA  Contoh-contoh Colar V untuk u olls.



    Ini contoh baik.  Kebaya klasik dengan potongan V.  Memang meleps u olls.  Nampak macam dayang-dayang istana gitu.



    Ini beach look yang I pulled out masa kat Phuket.  Baju from Nicchi and suak dari Tommy Hillfiger.  Beg dari kawan from Indonesia.
  10. RELAKS AND COMFORTABLE
    Apa yang paling penting,  baju itu kenalah suits your personality dan u rasa bangga dan yakin apabila memakainya.  Itu yang paling penting ok.  Jangan paksa baju pakai kita...tapi kita yang pakai baju itu! 
Sekian,  thanks kepada u olls yang menghantar email ini.  Luv you where ever u are.

28.7.10

Lawak Negro Yang Haus

KISAH NEGRO YANG HAUS

Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die dengan jin padang pasir.
Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

Negro tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar"

Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain, Negro tu jadi...............

....mangkuk tandas wanita...


27.7.10

Kesalahan Bahasa Orang Melesia vol II

U olls.  Akak dapat emel lagi dari pembaca yang nak share dengan ktia semua tentang kesalahan bahasa rakyat Melesia.

Come let's us see it. 

Hi jumie ... additional pictures from me ... masuk dalam koleksi kesalahan bahasa you tu ...
 
Dettol SOUP tu - the store kangar ... 
 

don tah - it took me a few minutes to figure out apa benda don tah tu ... amik kat salah satu kedai di rantau panjang, sepadan ngan golok tu ... rupanya dia maksudkan don't touch ... dia spell out untuk dibaca dalam slang kelate ... kecek kelate la katakannnnn ....

From Kak PJ


Keless nyah!!  Thanks Kak PJ.  Dan untuk semua yang nak send lagi benda-benda lawak cam ni.  Jangan lupa emel kat i olls ok di alamat jumie_samsudin@yahoo.com

26.7.10

Dear Kak Merr : Jantan Jalang Yang Sombong


Hello piples.  Apa khabar semua?  Akak masih lagi tengah lembek-lembek manja sebab weekend lepas akak kena serang dengan penyakit cirit-birit yang begitu manja.  Akak pun cirit-cirit manja saja.  Akak rasa bukan food poisoning,  sebab orang kata,  kalau food poisoning taik kau bau busuk nyah!!  Tapi tidak...akak nya &(*^ tak berbau pun nyah!!  Akak rasa akak penyakit angin kus-kus saja.  Bila malam,  macam ada naga yang terbang@ dalam perut akak ini.

Baiklah,  akak nak mulakan hari Isnin yang mulia ini dengan sebuah cerita daripada seorang pembaca Blog JS.  Akak macam terkedu jugak membaca emel beliau ini.  Dia menamakan diri beliau sebagai seorang WANITA BIASA.  Akak terpanggil untuk share masalah beliau ini dengan kalian semua. 

Marilah kita membaca kisahnya.

Name: Wanita Biasa

Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :

Ok, cte dia cam nie..kalu jumie ingt lagi saye penah anta email kat jumie dlam blog tnya psai cincin emas putih dengan emas 916 tu kan? errm..mase tu memang kami nyaris2 dah nak bertunang...tp nk wat camana..kami xdak jodoh..


Dia adalah kwan saya msa skolah teknik..kami telah berhubung semula kira2 tahun 2008..msa tu masing2 single mingle..maka tercetus la 1 rasa yang di panggil Cinta..kami pun menyulam cinta sehingga la mengenali hati budi masing2..malah dia juga selalu berjumpa dengan orang tua saya setiap kali nk bwak kluaq p dating...

Apa yang ingin diluahkan disini ialah tentang sikapnya yang sombong lagi bongkak dengan pekerjaanya itu yang hanya sebagai seorang POLIS berpangkat Lans Kopral...sehinggakan di pada awal perkenalan kami mamanya berpesan supaya cari bini "orang kerajaan"..WTH?? apa ingt kami yang keja swasta nie xlayak jd menantu dia ka? Tau la depa anak beranak suma keja kajaan kan, tp jgn la pandang hina kat kami...ada lagi orang yang memilih2 menantu zaman skarang nie kan..?? Memang saya tersentap mndengar syarat pertama mamanya itu..tp saya abaikan saja...sbb saya sndiri memang banyak kali apply gomen dan p interbiu..tp haram xdapat..dia pn tau sya dok p interbiu..

Lagi 1 ,dia ni sangtlah keras hati..sehingga kalau bergado tu asyik saya ja yang mengalah wpun kadang2 tu salah dia..kira EGO dia memang tinggi..x penah nk memaafkan orang...

Apa yang saya kesalkan ialah dia slalu cari alasan kalau saya tanya " bila abang nak bawk ayang p kenal2 dengan mama?" antara alasa yang pernah diberikan ialah "Nanti2 la.." "Tunggu la mama pegi penang" " Sabo ler yang..t abang bwak k"

Kemuncak hubungan kami ialah pada march 2010,sbb dia tahu saya dok wat fren finder kat dia..padahal sbelum tu pun dia tau saya dok fren finder dia..bukan tujuan nak menyibok dia p  mana..skadar mengambil berat samada dia dah sampai Muar(tempat keja) belum, dh sampai Kuala Kurau(kg halaman) belum..itu ja..xlebih dari tu..Jumie tau dak apa dia kata? saya queen kntrol sbb dok wat cam tu..alasan yang xleh diterima pakai..ada ka sorang mak we yang sanggup hbskan duit smata2 utk itu?? Tp dia xhargai semua tu..malah alasan tu jugak dia buat untuk putuskan hubungan kami...dia kata "abg xberkenan dengan cara ayang" hbs slama ni awat yang dia habaq yang dia xberkenan? pasai pa la ni baru nk habaq kata xberkenan?? ALASAN!!!!

Jantan ni nk habaq kat Jumie , memang jenis yang "suka2 ja tinggai pompuan" sbb gurl dia sbelum ni pn sama gak. dia tinggai cam tu ja...dengan alasan gurl tu xpaham keja dia..la ni , kami plak kena..dengan alasan kami xpaham dengan perangai dia...WTF??? Ingt dia baguih sangat la? Memang dia ni suka bangga diri.... “Alah,setakat KL tu pejam mate pn abg leh jalan” “Biase lah, polis..mana kena bley kena sman” Hotak hang!!

Kami ni dah cuba untuk jd yang terbaik bg dia..apa dia nk kami ikut..x bantah..suruh pakai tudung Yuna kami ikut ,jgn pakai seksi2 la..smua kami buat...tp kan dia xpenah nk ingt..dia senang2 ja tinggai..skit pn dia xpikiaq perasaan kami yang begitu mengharapkan dia nie...begitu keras hati dia sebagai seorang lelaki...Kami memang frust Jumie..frustttt sangt..sbb kami dok rasa macam dia la bakal membimbing kami kea lam rumah tangga..rupa2nya cam ni jadinya..hancur luluh...memang bila kami pikiaq2 balik kenangan2 kami dengan dia..kata2 dia..jnji2 dia dengan kami, rasa cam x pecaya ja dial eh wat kami cam nie..dia kata apa yang kami buat tu mmbuatkan rasa saying dia kat kami leh hilang sekelip mata...oh..Jumie..mgapakah Tuhan mengutuskan deni untuk kami?? Sedeynya hanya Tuhan ja yang tau...

Sekrang ni kami tau dia dah ada gurl lain..orang gomen.memang suka la dia..tp kami sket pun xheran..kami terus bangkit dari perasaan hancur dan luluh ini...buang perasaan cinta dekat dia tu jauh2..sbb kami percaya pada jodoh..xpa la..orang dah x suka kita..nk wat camana...

Kami cuma berdoa moga2 pmpuan ni xdpat nasib yang sama cam kami...Dan kami berharap agar ada jodoh yang lebih baik bagi kami I-allah...Sekian.

Aku Wanita Biasa

Jawapan akak  :


Halloooo NYAHH!!!! Kepada u olls yang sudi menjadikan BELOG akak ini sebagai tempat u olls meluahkan perasaan, akak ucapkan terima kasih sangat-sangat. Akak harap sangat kita semua kat sini, dapat la buatkan u olls rasa a bit better dan relieved setelah membaca ulasan akak bagi kisah u olls ini.

Kepada semua pembaca belog JS, WANITA BIASA ada contact akak secara personal dengan menghantar gambar jantan polis berpangkat ini. Kelesss nyah! Akak memang pakar scan-scan jantan ini, memang itulah kelebihan akak yang dikurniakan oleh yang Maha Esa. So WANITA BIASA ni pun MMS la kat akak gambar jantan ini. Mula-mula akak tengok pun akak dah kata...jantan ini SOMBONG dan BERLAGAK. TAK HEMSEM nyah. Kalau letak dia dengan En. Khafi haruslah orang tak nampak beliau langsung kan?? Sebab laki akak...tetap termanis bak gula nira.

Sorry nyah....merapu lebih kan? So back to the story, setelah mendapat MMS itu, si Wanita Biasa suruh akak comment cepat-cepat. Akak jadi takut nak jawab yang betulnya, sebab akak tak tau apa status dia dengan jantan ni. Baru nak kenal-kenal ke? Lagi sebulan nak kawen ke? Apa ke? Nanti akak bagi jawapan negative...NAH!! Terus kensel kawen nyah! Sebab nak ikut cakap Kak Merr! Sapa nak jawab.

So i took my time, sehari jugak. Then i SMS kat Wanita Biasa...this guy is ok. Buat 'laki' spishis!

So setelah mendapat emel panjang dari WANITA BIASA, memang betui la tekaan akak itu. Dia memang buat laki type, sebab dia memang betul-betul nak kawen............tapi yang penting tekaan akak menepatinya! Dia memang SOMBONG!!

Kepada wanita biasa, u olls patut rasa bersyukur sebab jantan tak sedar diri seperti ini telah menyahkan dirinya dari hidup u olls. Tak payah pikir panjang lagi, just look ahead and move on.

Next time, jangan mudah berikan hati dan perasaan u olls kepada lelaki. INGAT TU U OLLS!! Sebab tak kisah apa pun yang berlaku, hanya kita yang buleh jaga hati kita sendiri dan bukan orang lain. Dah berapa kali akak ajar ni u ollls!! Please tulis dan lekat kat cermin mekap ok!! Hari hari nak mekap ingat tu. So, next time...jangan cepat-cepat rasa jiwang dan suka kat jantan....Walaupun kawan-kawan semua dah kecoh nak tunang dan nikah....habis hang pun terus meraban nak nikah jugak? Apa kes u olls!! Our time will come!

Nak menantu kerja kerajaan? Nyahhhhhhhhhhh....stupidnya alasan itu. Inilah alasan paling low minded yang akak penah dengar. Sorry to say ok. For those yang berpendapat macam ini, akak nak SEMUA ORANG ORANG MELAYU YANG BERPENDAPAT MACAM INI, TOLONG LAH UBAH PEMIKIRAN U OLLS ITU. U olls buleh hidup dan berjaya seperti orang lain juga, tak semestinya kerja kerajaan saja. Yang penting kerja kuat dan rajin!! Okay???

Kerja angkat lori cam ni pun buleh kaya nyah!


Kalau jantan atau cik ki yang tak bagi kita kawal hidup dorang? Nak tanya pi mana tak buleh? Buat apa tak buleh? Makan ka belum? Alasan depa...kita ni merimaskan dan terlalu ambil berat...AIYOOOOO!! Depa tak mau kita tanya banyak-banyak sebab takot kantoi la u olls! Dulu masa En. Khafi baru nak ngurat akak...hahahahaha..masa itu akak pasang ramai jantan gaks u olls. Masa itu...akak tak bagi En. Khafi tanya akak buat apa pun. AHAHHAHAH...sian En. Khafi. Tapi bukan apa, akak nak uji beliau saja. So, kalau la jantan itu buat cam tu kat u olls sampai nak naik melenting dia dibuatnya macam u olls terbagi hangus rumah dia itu, baik u olls blah dengan ucapan "Arghhh .,.....sudahlah. Malas nak layan kau. HAUSS!!"

Bab ikut semua turut dan perintah jantan? Pakai tudung ala Yuna la apa la....Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Ini akak paling pantang mendengarnya! Kenapa perempuan Melayu semua cam ni? Kalau nak impress jantan..kena ikut apa dia cakap. Kalau ikut benda yang baik tu takpalah. Seperti, jangan tinggai semayang, jangan suka membebel.....takpala..............! Tapi kalau nak suruh u olls pakai tudung cam Yuna..padahal muka u olls size Ebi Saiful?? Sah sah tak sesuai kan??? Ko HIKUTT jugak kan??? Ha............inilah salahnya pompuan-pompuan Melayu semua.

Pleasee...semua PEMBACA BELOH JUMIE SAMSUDIN...tolonglah jadi wanita yang indipendent!! And kuat!! And strong!!

Kepada Wanita Biasa dan semua wanita-wanita yang membaca kes ini, dan rasa macam kes u olls pun lebih kurang sama saja. Ini pesanan akak :
  1. LUPAKAN jantan jalang seperti ini. He is not worth it.
  2. Read my artikel : 22 Tips Ubati Hati Putus Cinta by Jumie Samsudin 
  3. Apabila u olls rasa dah cukup kuat untuk move on, move on!
  4. And janji pada diri u olls sendiri....takkan buat kesalahan yang sama lagi.

Sekian, i love u olls.

23.7.10

Personaliti Bulan Ini : Muzanny Mohd Zamri

Hello pipels.  Assalamualaikum semua.  Hari ini seperti biasa,  i olls nak perkenalkan PBI untuk Belog I olls iaitu Muzzany Mohd Zamri.  I olls mengenali dia ni dah lama.  He is a cute and fani boy.  Dia ni sangat funny,  tapi dia ni anak manja jugak.  Si bujang trang tang tang ini,  amat happy bila akak offer dia jadi PBI bulan ini.  Akak pun,  happy nak kenalkan dia dengan u olls semua.  Senyum Kak Jam tatkala membaca belog akak ini.  Jangan marah Kak Jam,  i olls promo anak terona u olls. 


Saya mengenali Muzzany sejak zaman sekolah lagi.  Kebetulan,  ibu beliau adalah salah seorang bekas pelajar di Sains Kemasyarakatan USM.  Akak memang kagum dengan ibu beliau,  dan akak suka berkawan dengan Muzzany.

So hari ini,  akak nak kenalkan u olls dengan beliau.  Marilah kita semua berkenalan dengan beliau.
Senyuman manis dari beliau.  Keless nyah.... THE HOUSE OF RED GINCU SANGAT!
Nama  :  Muzanny Mohd Zamri
Umur  : 23 tahun
Tarikh Lahir  :  10 Julai
Zodiac  :  Cancer

Who is your idol?
Yes of coz my mama is my idol!! My mama is an incredible woman.
Everyone adore her, including me.. My mama is a Consultant Management in some company, she travel a lot all over the world. She is very super duper busy woman. She cant live without her beloved LAPTOP!! Pi mana pun bukak laptop buat kerja!! She is really serious woman in work!! "All mothers are working mothers." She was the CEO in Institute Early Childhood Education, Damansara.


Apa perasaan u olls apabila orang puji mama u olls.
Ofcoz la im so proud because im her son… hehehe.. bukan nk tumpang pujian, but she is my mom!! Ofcoz anak pun kena tumpang kembang hidung!! Hehehe.. Well, puji tu mcm2 ada… Puji ada makna, puji ikhlas, puji kerna terpaksa… pujian ni hanya sekadar boleh dgr saja.. “Appreciation is better than Compliment”.. am I right???!

Sebut satu perkataan yang menggambarkan mama u olls.
“Incredible”

Ciri-ciri wanita idaman u olls?
Understand each other, caring.... i bukan type pandang lawa ka tak, gemuk ka, apa ka... Tapi i dah jumpa seseorang... tapi jodoh biarlah tuhan yang menentukan...


U olls ni kurus sangat, macam mana kalau u olls jatuh cinta dengan wanita agamz dan gemok macam akak? Malu tak? Sudi tak?

Ermmm... Macam ni lah, kalau tuhan nak dijodohkan dengan perempuan gemuk ka, buta ka, bisu ka, itu hak dia.. kita hanya kena redha apa yang diberi olehnya.. itu dari pandangan I la.. Malu atau sudi bukan soalnya..... Biar la akak gemuk, i kurus..... kurus tapi sihat.. bak kata org tua2, “Ni cek, baka kalau dah besaq tu, besaq tu la sampai kesudah”...


Sebut satu perkataan yang menggambarkan perasaan u olls terhadap semua perempuan di dunia ini.
“Complicated”


U olls rasa, sekarang ni, patutkah perempuan yang ngurat lelaki dulu?
WOW!  Saya tak kisah kak,  sebab zaman sekarang wanita amat berani dan sangat sofistikated.  I respek everyone kak.

JOM BERKENALAN DENGAN BELIAU!!


Emel: welli_90@yahoo.com or muzanny@gmail.com
Facebook  :  Muzzany Mohd Zamri
YM  : 

Ucapan untuk Pembaca Belog Jumie Samsudin :
Once again thanks to my beloved friend Jumie for pleasuring posting my little story. If u dare to critics Jumie on what her doing or talk, u and me have a serious problem.!! Always love your mom and please, after you read all my story do not bother to pick up your phone and call your mom or dad. Just asking them “mom/dad is everything alright there?” because after they gone, you gonna miss that. So, that’s it!! Teruskan mengikuti Belog Jumie Samsudin!!! Love Jumie Samsudin!!!

22.7.10

Wedding Yang Paling Meletops

Hello pipels, minggu lepas akak menerima banyak emel pasai wedding anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin founder of Naza Group of Malaysia. Perkahwinan anak nya ini iaitu bernama Nadia dan suaminya yang meleps iaitu Hamzah. 

Siapa yang tengok pasti rasa ternganga mulutnya u olls.  Jangan nak carut-carut ok.  Depa ni memang keturunan bangsawan,  duit banyak.  Sampai tak tau nak buat apa dah.  Depa bila celebrate depa all out la u olls!  Tak luak pun duit itu.

Tapi untuk u olls, u olls yang kerja pun tak berapa nak VASSS...harap pinjaman Bank Rakyat dan sponsor duit pencen mak bapak untuk buat kenduri,  kalau u olls buat kenduri sebesak mana pun,  i olls tak heran nyah!!  Besak mana pun kenduri hang,  esok lusa hang tetap rakyat biasa kan?

I olls harap dengan paparan gambar ini jadi inspirasi untuk wedding planner yang baca belog akak ini untuk menceduk sedikit sedikit idea decoration yang dipersembahkan.  I olls takdak info sapa yang jadi wedding planner for this beautiful bride and groom.

Meh u olls tengok pulak.  Apa pendapat u olls.

Ini pelamin majlis pernikahan.


Meletopss u olls....pokok pokok di tangga itu.  Akak rasa macam dalam pesta flora dah....keles...


Majlis bersiram yang dibuat..ala-ala Roman style u olls!  Yang penting....ORANG PUTIH menjadi balaci yang mengangkat pengantin ok!  Meletopss.......berakhirlah zaman penjajahan BELANDA ke atas TANAH MELAYU okkkkkkkk!


Naik kereta kuda di iringi ORANG PUTIH dan dayang-dayang yang vass ala-ala Academy Award!  Hampa ada ka camnihh?????



Yang penting.....INI AKAK PUNYA OK!!!  Peniup Tandok Kambing Gurun 2010!



Ini malam resepsi kat hotel pulaks. Tetamu yang mai ada video guest book.  Keles...PTPM USM boleh tak akak nak tempah macam ni nanti??
 Pakcik ini tengah merakam ucapan ok...keless!!


Memang depa pakai colour colour AVATAR okay.  Inilah arch nya...akak tengah tengok secara mendalam.  Apa yang depa guna itu?  Kaca ka?  Kristal?  Bunga orkid?


Ini gambak pasangan pengantin yang menyambut para tetamu!


Hiasan meja makan yang melepsssss.......



Ini lagi meleps...meja makan pengantin dan VVIP ok.  Akak nampak Kak Asmah kat tepi tu!  Keles......


Nyah......ada okestra lagi.  Memang melepsss ok!


Kek kawen yang vasssss>>



Inilah pelaminnya............kelesssssssssss.  Sungguh AVATAR campok tradisional Melayu kan!  Abang James Cameron mesti berbangga.


Dan inilah pasangan pengantin itu.  Hamzah dan Nadia.  Hamzah sangat kendu kan???


Walaupun majlis ini sungguh vass dan ala-ala Hollywood.  Tapi the pengantin tetap pilih busana berunsur Melayu.  Akak respek itu.

So,  u olls semua.  Kalau kail panjang sejengkal janganlah laut hendak di duga.  Kalau nak kawen tu,  tak payah la over over ok.  Kalau mampu like they olls ini takpaaaaaaaaa....................................................

Sekian.  I love u olls semua.

Kenapa Yang Kaya Semakin Kaya

Nyah...akak baca ini dalam webpage Syokkahwin.com yang akak subscribe bacaannya.  Ada pasai wedding,  gossip,  politics dan macam-macam cita lagi.  Sangat antropologi dan sosiologi yang jugak.  So,  akak terpanggil untuk share dengan u olls artikel ini yang diterbitkan pada 17 Julai.  Please baca tulisan FayZ ini terutama yang bahagian akak BOLD BESAK BESAK tu!!!

Congrats FayZ!!  Memang i olls suka penulisan u olls.  Dan semua pembaca Jumie Samsudin,  jangan lupa join and support Syokkahwin.com!!

Sekian,  terima kasih!!
Posted: 17 Jul 2010 05:50 AM PDT


Semasa menghadiri Ekspo Pelabur 2010 (Investor Expo) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC Convex) sebentar tadi, terdetik di hati saya.. Ohh beginilah caranya orang kaya membuat duit. Mereka akan sentiasa teruja untuk mengetahui pelbagai cara untuk mencari kekayaan. Sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu yang boleh melambungkan lagi pendapatan mereka sama ada secara pasif atau aktif. Mereka tidak segan dan ragu-ragu untuk membeli buku mengenai pelaburan dan sebagainya. Umumnya mereka mengetahui mengenai expo pelaburan ini melalui akhbar berbahasa Inggeris seperti The Star, New Straits Times (NST) dan sebagainya. Ada juga yang melanggan dengan “mailing list” syarikat-syarikat pelaburan. Bagi mereka yang tidak segigih ini, tidak akan tahu akan adanya expo sebegini. Jika sekadar membaca akhbar berbahasa Melayu yang asyik membincangkan hal politik  dan tidak akan tahu mereka tentang aktiviti ilmuwan seperti ini. Maka mereka menjadi semakin rugi….semakin jauh ditinggalkan oleh mereka yang sentiasa memacu diri kehadapan dengan ilmu-ilmu seperti ini. Akhirnya mereka akan merungut dengan kerajaan..tolonglah daku, kenapa kena kurang subsidi dan sebagainya..Sementara yang kaya, tidak kisah dan makin berusaha menambah wang mereka.


Oleh itu nasihat saya,
  1. Hentikanlah menonton rancangan yang tidak berfaedah seperti Jangan Lupa Lirik, Papparazi dan sebagainya.
  2. Sentiasalah berusaha untuk memajukan diri dan memikirkan cara-cara untuk menambah pendapatan.
  3. Set kan target untuk kemajuan diri anda.
Bagi mereka yang berhajat untuk berumahtangga, pastikan anda sentiasa berfikir seperti mereka yang berjaya, model diri mereka dan mula membaca akhbar berbahasa Inggeris.

21.7.10

Kesalahan Bahasa Orang Melesia

Hai u olls.  Hari ini kita kena gelak-gelak lagi ok.  Akak ada beberapa gambar yang diantak oleh kawan akak.  Sungguh fani u olls!  Jom kita tengok.


Ini mesti selalu SMS kan?  Disini jadi DCNI!!  Rasa macam jual DCI pulaks.



Ini mesti orang Terengganu yang buat sainbod ni!  TANGANG!!



Hampa berani parking silalaa....ni mesti tempat dijaga oleh otai-otai "Jangan parking hah!!  Ta boli...sorri boss!!"'



Kelasss abang Kit ini.  Meyadapi 25 tahun expilian gituuuuu!!  Dasar penyedapp kan!!



Sapa masuk sini nanti kena berdakwah...kelessss!  Terus join tabligh u olls.

Nyahhhhh!!!  Sapa tak kuat isap boleh repair kat sini nyahhh!!  Kelesss..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE