14.7.10

Dear Kak Merr : Dilema Penyewa Rumah yang Lemaih

Minggu ini makin banyak soalan yang muncul ke page akak ini.  Thanks untuk semua yang sudi YM,  Email dan FB akak.  Apa pun,  akak amat hargainya.  Kepada u olls yang teringin nak menghantar soalan u olls itu,  sila lah berbuat secepat mungkin.  Melalui borang kat belog akak ini,  FB dan jugak terus email kepada akak.

Email pada hari ini adalah datang terus dari borang belog akak ini.  Marilah kita sama-sama membacanya.  Kes yang cukup menarik ok.  Sampai akak terpaksa mintak pendapat dan sumbangan idea daripada para pakar motivasi dan keselamatan sosial.


Soalannya  :

Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :

Dear Kak Merrr yg Merrrrrriiiiaaaahhhhh...

Tolong la help sy... sy ada satu masalah dgn tuan rumah sy.... beliau ini suka sgt sgt sgt dok sms ngan sy... kalau sy x jawab sms dia, dia akan susulkan dgn berpuluh2 sms termasuklah sms "kenapa x jwb sms sy, marah kah??".. dan kalau sy jawab satu ja sms dia, dia tetap akan susulkan berpuluh2 sms lg...


pd mulanya, ok la.. sy boleh buat mcm benda tu xde hal.. tp lama kelamaan sy jd lg bertambah2 tensyen dgn gangguan2 yg x sepatutnya...


cth2 sms beliau ialah:
1) JuJu sihatkah???


2) kenapa JuJu x pegi kerja hari ni? JuJu ok kah? JuJu sakitkah? JuJu ada masalah kah?


3) anak sy demam, kesian dia kecik lg, kene bwk p hosp pakar, byk duit kene kluar, hutang kad kredit pun byk, JuJu byk tlg sy, JuJu byk baik ooohhh.. (sedangkan sy x pernah pun tlg dia apa2 melainkan byr duit sewa umah tiap2 bln..)


3) mak sy jatuh tangga tangan patah kene msuk skru, byk kesian mak sy dah tua. JuJu kene jaga kesihatan, kesihatan tu penting..


4) sy tgk meter elektrik dah tukar digital.. bagus ohhh... bila JuJu tukar meter baru (apa la punya bengong, sy ni penyewa jer, mana la sy buleh tukar meter elektrik)


5) JuJu, sgt cantik ohhh...


6) JuJu, isteri sy baru mengandung anak ke-3


dan mcm2 sms lg.....


sy jadi makin lemaih dgn kelakuan tuan rumah sy nih. sy dah ngadu kat suami sy, dia kata buat x tau jer. selagi beliau itu tidak mengganggu secara fizikal, buat x tau jerrr.. tp semakin lama sy jadi semakin tensyen... dan terkini, beliau itu sudah berani dtg check pintu rumah sy berkunci atau tidak... sudah beberapa kali sy terkejut kerana ada org membuka pintu rumah sy. semasa itu suami sy tiada di rumah kerana bekerja. sy selalu kunci pintu papan je dan pintu gril tidak berkunci. tp skg kalau suami sy pegi keje, sy dah kunci pintu gril, pintu papan dan jugak kunci selak di pintu papan.


sy dpt tahu yg beliau itu lah yg selama ni dok mai testing bukak pintu rumah kerana baru2 ni dia sms tanya psl meter elektrik sejurus selepas sy terdgr ada org testing bukak pintu rumah sy...


sy dah ngaku lg kat suami sy.. dia dah dah p tumbuk je beliau itu, tp sy kata sabar la dlu. takut nnt beliau pegi membuat psl di opis sy pulak memandangkan beliau itu adalah bekerja satu majikan dgn sy..


suami sy jugak dah dpt rumah baru dan insyaallah kami akan berpindah hujung ogos nanti. ooppsss... lupa, sy dah byk kali ckp yg agak kasar dgn beliau ini dlm telefon apabila beliau telefon, ttp beliau ini mcm 'skru tercabut' kerana beliau akan diam utk beberapa jam sahaja dan akan kembali sms seperti biasa.


Kak Merrrr... please la help me.... sy lemaih sgt sgt sgt dah ni...


Tq kak Merrr... I lap u la.....




yg lemaih,


JuJu.....




--
Date/Time: 2010-07-09 02:12:24 PDT
Sender IP: 203.82.92.45 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn

Referrer: http://jumiejumie.blogspot.com/




Jawapan Kak Merr :

U olls!! Heiiiii!!  Akak yang baca emel u olls ini pun merasakan lemaih dan rimaihnya.  Terasa seperti ada dalam kolam ayak okay!  Kepada pembaca belog akak yang berada di luar kawasan Utara,  lemaih ni bermaksud rimas ok.  Macam lagu RIMAS tu.  Yes,  u olls fahamkan.

Hey Juju!  Naper u olls nama Juju jugak.  Macam nama akak dan nama mak mentua akak jer.  Jumie,  Juma dan Juju.  Wah...akak rasa macam Destiny's Child tiba-tiba.

Heyy...u ollls!  Tengok dah tiga kali akak exclaimed tau.  Memang akak rimas la baca citer u olls ni.  Nasib baik lah u olls pun dah carik rumah sewa baru.  Akak pun rasa itu yang terbaik.  Akak dah mintak pendapat BF akak iaitu En.  Khafi.  Dia berpendapat,  suami u olls itu bukannya tak buleh buat hal dan terus jumpa tuan rumah u olls itu.  Tapi dari segi lojik sah-sah nampaknya tuan rumah u olls itu ada masalah mental.  So tak guna melayannya.  Nak gado pun tak worth it.  So baik u olls jauh kan diri.  

Akak amat setuju.  Memang tuan rumah u olls itu adalah sangat mental.  Dan sebab u ols mendiamkan diri dan tidak mengambil langkah derastik terhadap beliau maka dia anggap u olls ok dengan tindakan dia itu.  Bodohnya punya orang.  

Dari pembacaan akak ini,  tuan rumah u olls ini berbangsa Cina kah?  U olls Melayu kan?  Sunggguh satu Melesia ok.  Akak suka....!  Ahahahahahah.  Tengoklah...akak pun gila jugak macam tuan rumah u olls ini.

Sementara u olls nak pindah umah ini,  akak ada cadangan.  Akak amat takut sangat bab cerita u olls kata pasai dia datang nak bukak kunci rumah u olls itu.  Kalau suami u olls takdak macam mana?  Macam mana kalau ketika itu,  waktu malam.  Dan u olls sedang berpakaian nipis di rumah.  Seorang diri.  Aiyooo....seram ok!!!  Oleh itu.....akak menyarankan u olls membela anjing dan letak dalam sangkar di depan rumah u olls.  Kalau boleh ambillah anjing yang super garang ok.  Yang suka menganjing-nganjing sampai kuar air liur tu!  Yes!!!  So bila si tuan rumah ni datang jer rumah.  U olls bukak pintu anjing itu,  dan biar dia makan dan gigit tuan rumah u olls itu sampai pengsan.  Akak teringin sangat nak tengok adegan itu.


Ha...kalau boleh bela anjing cam nih.  Dia gigit HP Tuan Rumah yang gila.  Nak main SMS sangat kan!!



Kalau boleh dapat anjing spishis ni lagi baguss!!  Tiga rasa ok.  


Sekian saja.  Akak tak mau ulas banyak sebab u olls dah buat THE BEST thing iaitu memindahkan diri dan menjauhkan diri dari Tuan Rumah u olls yang gila itu.  


Kalau nanti u olls dah pindah pun dia masih duk kacau u olls.  U olls boleh terus buat laporan polis.

Sekian.  Akak seram ok!  Nasib baik akak tinggal di rumah mak bapak i olls sendiri.  

1 comment:

  1. thanks Kak Merrrr krn sudi menolong meredakan keresahan hati... xpe.. xpe.. kalau dah pindah pun dia kacau lg, nnt JuJu akan soh En. Khafi tlg debik dia sebijik dua buleh???? huhuhuhuhuhu....

    psl anjing 3 rasa tuh, idea tu mmg bagus utk menjaga keselamatan, tp bagaimana kalau si anjing tu nak bermanja manjaan dgn sy sbg tuannya??? hmmmm.... susah tu kene samak selalu....

    anyway, thanks kak merrrr... i lap u.....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...