2.7.10

Dear Kak Merr : Kepoh kah saya Kak Merr?

U olls.  Surat hari ini datangnya dari seorang pembaca yang mengmesej akak menggunakan Facebook akak.  Dia mintak akak janji untuk sembunyikan semua details tentang diri beliau.  Kerana beliau adalah seorang selebriti ok.  Kelesss........akak faham dunia selebriti ini.  Zaman sekarang pulak orang suka main saman-saman kan?  So artist Melesia ni macam biasa la takder la kaya sangat nyah.  So,  baik kita jangan tabur pasir kat periuk nasik orang dan akak akan buat ulasan tentang surat ini.

Surat beliau  :

Dear Kak Merr,


Saya tengah tensyen ni akak.  Saya dituduh kepohhh akak.  Citanya macam ini,   saya ada kawan yang sangat playboi.  Dah bertunang pun.  Tapi still duk kuar kuar dengan perempuan-perempuan lain.


Dan entah macam mana,  salah seorang perempuan yang dia terskendel itu adalah sepupu saya.  Tapi sepupu saya tidak tau yang saya telah tau kisah sebenarnya.


Apabila dia buat status kat FB seolah-olah macam nak bagitau,  yang dia terperangkap dalam cinta terhalang,  saya pun komen lah  " Sudahlah u olls.  Lepaskan lelaki itu.  Dia sudah bertunang."


Masa sepupu saya itu sentap.  Dan sepupu saya tuduh saya macam-macam.  Dia kata saya stalker dia,  kepoh dan paling sadis.  Dia masih lagi ada affair dengan kawan saya jantan keparat itu.


Please help me Kak Merr,  actually saya nak dia tau yang dia hanya membuang masanya saja.


Yang benar,


I olls yang dituduh kepoh!!

Jawapan akak  :

  1. First of all thanks u olls sebab u olls sudi mengemail akak masalah u olls ini.  Akak memang buat sesi mendengar masalah orang secara percuma.
  2. Kawan hang yang playboi itu ellllok sangat kah?????  Mai sini akak nak tengok dia sat!!!
  3. Actually,  kalau akak di tempat hang.  Akak tidak akan takut dengan tindakan yang akak nak buat.  U olls,  kalau kita nak buat sesuatu tindakan,  kita kena selidik dan kaji semua kebaikan dan keburukan hasil dari tindakan kita itu.  Memanglah kalau kebaikannya lebih banyak,  adalah lebih afdal,  tapi kadang-kadang we olls terpaksa amik tindakan yang tidak feveret seperti yang u olls buat ini.  U olls berniat baik untuk menjauhkan sepupu u olls dari kawan u olls yang perasan elok itu.

    Tapi semasa u olls nak amik tindakan itu,  seharusnya u olls SEDAR dan tau natijah ini akan berlaku.

    So now,  risikonya,  sepupu u olls telah sentap kan?

    Bagi akak,  u olls tak perlu takut dan rasa geram bila u olls dituduh kepoh.

    U olls kena bertanggungjawab dan berani.

    Kalau akak di tempat u olls.  First of all,  akak akan berjumpa dan cakap dengan sepupu akak itu secara privet and komfidensyel ok.  So takder sapa-sapa rasa malu u olls.  And then terpulang kepada dia nak amik nasihat kita ka tak??
  4. Tapi,  actually,  u olls takkan tak tau perangai sepupu u olls macam mana??  Kalau akak tau orang yang terlibat dalam kes -kes macam ini adalah JANTAN JALANG vs PEREMPUAN SUNDEL,  akak tak suka masuk campur hal mehwal they olls u olls.  So kalau akak tau pun,  si jantan jalang berskendel dengan si sundel riaksi akak senang jah  "ADA AKU KESAHHHHHHHHHHH!!!"
  5. Noks,  akhir kata,  actually,  bukan sepupu u olls jah yang patut u olls nasihatkannya......kalau akak jadi hang kan!!  Akak nak jadi lagi jarum kan????  Akak bagitau kat tunang si jantan itu dengan mesej berbunyi  "Nyah,  tinggalkan jer jantan ini.  Kaki betina nyah.  Kawen pun tak aman kalau cam ni.  Take my advice and sleep on it!!"

    Itu saja mesej dari akak.

    Kadang-kadang kita susah nak faham dunia orang skendel ini.  So better kita jangan amik port.  Kita tak tau untung nasib kita pulak di masa depan!

    Love u olls.



    Saja mak letak gambak mak dan laki mak,  nyah!!  Takut pulaks kes-kes laki di amik Cik Ki lain kan.  Mak serikk dahhhhhhhhhhh kesahhh silam berulang lagi!!!  Mak tak mau menjanda lagi!!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...