1.7.10

Kalau Binatang Ada FB

U olls. Buat apa tu? Bohsan kat office. Sudah -sudah la buat kerja tu. Rest sekejab ok.

Hari ini akak nak citer satu benda yang boleh membuatkan u olls macam nak gelak kalau terpikirkannya.  Kawan akak yang membagi benda ini.  Nama dia Dania Chandra Harmizi.  Dia model partime,  full time dia kerja kat travel agent.  Sapa-sapa nak melancong boleh contact dia.

So nyah,  kesahnya.....Dania bagi akak himpulan STATUS-STATUS Binatang yang ada Facebook.  Bayangkan nyah,  kalau semua binatang ada Facebook.  Meriah ok!!Ada banyak ni,  akak share dengan u olls yang betui-betui fani ja ok.

  1. Cicak  :  Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih?
  2. Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
  3. Cicak  :  Isteriku tersepit pintu

  4. Kucing Betina: Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.?
  5. Ayam : Kawan2?kalu esok guwe tak update?bererti guwe udah di goreng?.I luv u all? jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
  6. Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
  7. Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
  8. Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
  9. Ular : Rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
  10. Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
  11. Kuda: Patah kaki.  Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
  12. Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
  13. Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
  14. Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
  15. Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
  16. Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni. 
  17. Kera  : Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
  18. Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
  19. Sotong  :  Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
  20. Itik Serati : Hahahhaa lawak2?ayam serama?tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....
  21. Ikan Laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni
  22. Ikan Parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan? bekas keropok
  23. Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
  24. Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan?ikan pekasam. Al Fatihah
  25. Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
  26. Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik? kan ?
  27. Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?
Kelakar kan u olls.  Fani sangat.  Ehkkk...sapa kata binatang takdak Facebook.  Add la Suvvi kat Facebook!  Suvvi pun ada FB ok!!

Kalau nak add dia click sini  :  Ahmad Suvvina Lisa Jumie


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...