22.7.10

Kenapa Yang Kaya Semakin Kaya

Nyah...akak baca ini dalam webpage Syokkahwin.com yang akak subscribe bacaannya.  Ada pasai wedding,  gossip,  politics dan macam-macam cita lagi.  Sangat antropologi dan sosiologi yang jugak.  So,  akak terpanggil untuk share dengan u olls artikel ini yang diterbitkan pada 17 Julai.  Please baca tulisan FayZ ini terutama yang bahagian akak BOLD BESAK BESAK tu!!!

Congrats FayZ!!  Memang i olls suka penulisan u olls.  Dan semua pembaca Jumie Samsudin,  jangan lupa join and support Syokkahwin.com!!

Sekian,  terima kasih!!
Posted: 17 Jul 2010 05:50 AM PDT


Semasa menghadiri Ekspo Pelabur 2010 (Investor Expo) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC Convex) sebentar tadi, terdetik di hati saya.. Ohh beginilah caranya orang kaya membuat duit. Mereka akan sentiasa teruja untuk mengetahui pelbagai cara untuk mencari kekayaan. Sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu yang boleh melambungkan lagi pendapatan mereka sama ada secara pasif atau aktif. Mereka tidak segan dan ragu-ragu untuk membeli buku mengenai pelaburan dan sebagainya. Umumnya mereka mengetahui mengenai expo pelaburan ini melalui akhbar berbahasa Inggeris seperti The Star, New Straits Times (NST) dan sebagainya. Ada juga yang melanggan dengan “mailing list” syarikat-syarikat pelaburan. Bagi mereka yang tidak segigih ini, tidak akan tahu akan adanya expo sebegini. Jika sekadar membaca akhbar berbahasa Melayu yang asyik membincangkan hal politik  dan tidak akan tahu mereka tentang aktiviti ilmuwan seperti ini. Maka mereka menjadi semakin rugi….semakin jauh ditinggalkan oleh mereka yang sentiasa memacu diri kehadapan dengan ilmu-ilmu seperti ini. Akhirnya mereka akan merungut dengan kerajaan..tolonglah daku, kenapa kena kurang subsidi dan sebagainya..Sementara yang kaya, tidak kisah dan makin berusaha menambah wang mereka.


Oleh itu nasihat saya,
  1. Hentikanlah menonton rancangan yang tidak berfaedah seperti Jangan Lupa Lirik, Papparazi dan sebagainya.
  2. Sentiasalah berusaha untuk memajukan diri dan memikirkan cara-cara untuk menambah pendapatan.
  3. Set kan target untuk kemajuan diri anda.
Bagi mereka yang berhajat untuk berumahtangga, pastikan anda sentiasa berfikir seperti mereka yang berjaya, model diri mereka dan mula membaca akhbar berbahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...