19.8.10

Adab Jumpa Kawan Lama

Hello u olls semua.  Hari ini akak nak memberi sedikit pelajaran tentang etika-etika sosial yang penting untuk kita semua.  Topik hari ini,  adab jumpa kawan lama.

Actually topik ini memang rasanya macam simpel sangat,  tapi believe me,  akak buat kajian ni dah lama.  Dan akak nak share dengan u olls semua.  Seperti biasa,  yang mana baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang daripada Cakcing,  adik akak.

Inilah antara adab-adab u olls jangan buat kalau jumpa dengan kawan lama ok.
  1. Jangan tanya "Awat hang tak kawen lagi?"
    Kenapa tak buleh :  Ooooo...mentang mentang la hang dah kawen bagai.  Ampa pun sibukla tanya macam pelik awat kami tak kawen lagi kan?  Overr nyahhh! Semua orang ada jalan hidup masing-masing.  Takkan semua nak potostet cerita indahwati pelasu hang itu kan?  So takpa u olls.  Kalau u olls nak tanya status kawan u olls itu.  Tanya la...."Hang cam na...dah kawen ka belum?"  Kan elokk cam tu. 


  2. Jangan komen pasai berat badan.
    Kenapa tak buleh :  Memang over la sapa yang tiba-tiba nak sound kita pasai berat badan ni.  Tambahan pulak kalau dia pi sound kat depan kawan-kawan yang lain.  Memang saja nak carik bunga taik namanya itu.  Lebih memburukkan keadaan,  si polan yang bertanya itu pun badannya lebih kurang macam Kak Merr!  So apa lagi??? Caras balik noks "Wah...kau!  Kata kan aku semakin gemok.  Yang kau pun usung peralatan dapur kat dalam perot kau ni buat apa nyah??"  Kan...




  3. Jangan buat statement sentap.
    Kenapa tak buleh  :  Sebab kita baru jumpa,  bagi la impresion yang baik pada kawan kita itu.  Sebab mestilah kita nak jumpa lagi dengan beliau pas ini.  Tapi kalau awal-awal dah buat statement sentap yang membuatkan orang terasa hati,  menunjukkan kebodoh sombongan u olls dan jugak ketidak ikhlasannya diri u olls itu,  Sah sah la....pas ni.  U olls takkan ada lagi kawan. 

  4. Jangan promo pasal produk apatah lagi ajak masuk MLM!
    Kenapa tak buleh  :  U olls....its ok kalau u  olls nak promote business.  Tapi nampak not nice u olls,  hang mencarik dan menjumpa kawan-kawan lama semua semata-mata untuk promot MLM.  Kalau tak??? Takdak maknanya nak carikkan?  Sebab semua kawan-kawan yang dia contact sekarang dah habis dia contact kan?  I olls cakap ini dari pengalaman sendiri ok.  Ada jugak antara u olls yang emel kat i olls kata nak rekemen produk itu ini,  bila i olls reply balik.  "Wehs...lama nya tak jumpa.  How are u now?  Kat mana sekarang?"  Terus mak ayam itu sentap dan tak reply i olls langsung.  Mungkin dia bengkek sebab i olls tidak berminat dengan produknya.


  5. Jangan cerita pasai kenangan memalukan
    Kenapa tak buleh?  :  Memangla tak buleh u olls.  Bayangkan sekarang,  kawan u olls itu telah pun menjadi seorang wanita yang hebat,  berbeg LV original,  memakai kereta Alfa Romeo, dan menggunakan ayak mineral Evian sebagai pencuci kaki....tiba-tiba u olls mai dan kata "Wehs...hang hebat lani.  Dulu hang ingat tak zaman sekolah hang mai sekolah bau ayak kencing kucing.  Sebab beg sekolah hang,  habih kencing hang duk kencing semua.  Serrr!"  Agak buduh dan kurang ajar cara begitu kan?
So u olls semua.  Semoga ini semua menjadi panduan kepada u olls semua ok.   Adalah amat menyedihkan kenapa ada dalam kalangan kita ini amat mementingkan diri sendiri dan disebabkan tak tau etika sosial yang betui,  u olls hilang ramai kawan.  Sampai kawan lama pun tak mau nak jumpa u olls lagi.  Jangan jadi kera sumbang ok nyah!!

    8 comments:

    1. Yes u olls...simpel thoughts jaa...kita semua kena amal

      ReplyDelete
    2. no 1 dengan 4 aku selalu kena. lebih2 lagi no.4... bila aku tak layan, tak contact aku dah...

      kejam...

      ReplyDelete
    3. betul2 tu kak merr... paling tak suka bila ajak jumpe beria ia tengok2 promote MLM. hiiiii.... geram betul. ari tu terkena sekali, dah lah i gi bawak member, memang kesian lah member pun terpaksalah dengar. malu i...

      ReplyDelete
    4. kami suka entry nih. terbahek dari ladang.

      ReplyDelete
    5. peringatan yg ptt diamalkan..bgus btol jumie la nie..aku dok jadi silent reader jer..tp ari ni nk bg komen lak,smoga keluar ngn idea2 bernas lagi pasni..

      ReplyDelete
    6. I likeeeee this entry!

      Memang menyampah bila orang nak tanya bila nak kawin. Macamlah kita tau. Hang dah kawin dok senyap2 la kan?

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...