6.8.10

Jumie Went To Sabah

Hallo pipel.  Mesti u olls semua yang dah add i olls kat Facebook dah kecoh-kecoh tengok pic i olls dalam FB.  Album I olls dan rakan-rakan seopis mengepi ke Sabah,  Negeri di Bawah Bayu.  Trip ini adalah lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh office i olls sendiri.  We olls just bawak duit shopping ja.  Tapi I olls tak der la bawak banyak sangat duit,  skit jer duit poket untuk beli sedikit buah tangan.  Meraban ko nyah nak membazir duit.  Mak ekonomi down sikit sekarang ni.

So,  i olls akan citer mengikut turutan perjalan pada hari itu ok.

Day1
We olls bertolak dari Penang ke Sabah pada Jumaat jam 8.00 malam.  Sampai kat Kota Kinabalu International Airport around 11.  Cuaca sangatlah tak berapa nak best.  Hujan u olls.

Ini gambar we olls masa baru sampai ok.  Akak walaupun letih.  Tapi still tetap maintain kecumelans berganda.  We olls semua mendapat rantai beads dari Pemandu Pelancong we olls iaitu Sam.  Rantai sabah itu...AKAK PAKAI DARI FIRST DAY SAMPAI DAH BALIK PENANG! Heheheh...stylo u olls!


Day 2

Posing kat depan Hotel yang we olls stayed.  Hotel ini bertajuk Promenade Hotel.  Cantek and also tengah-tengah town. 


First thing on Day 2,  kami semua telah mengepi ke Kota Nabalu,  iaitu satu hentian di tepian bukit yang mengadap ke arah puncak Gunung Kinabalu.  Tapi dalam perjalanan ke sana,  kami melalui satu tempat yang sangat popular terutamanya orang-orang Melayu yang suka tengok AF kat Melesia ni.  Yes,  we olls lalu kat kampung Marsha Milan Londoh iaitu Tamparuli. 

Inilah jambatan gantung Tamparuli yang dilalui oleh jejaka yang kasutnya jatuh dalam sungai itu!  Kena tau lagu tu baru u olls faham!

 U olls nak tau tak naper tempat ni di panggil Tamparuli.  Kesahnyaaa!  Dulu British nak buatlah jambaktan kat sungai ni,  sebab titi gantung ni mana la buleh dilalui oleh kereta2 orang British kan.  So sebelum they olls buat jambaktan besar macam kat Penang ni,  they olls buat la temporary bridge dulu.  Simple jer nyah.  Sementara yang besar siap kan?  So they olls panggil la Temporary Bridge.  Tapi orang -orang sana mana la nak tau slang British kan?  Kesahnya...panggillah ikut sedap mulut dan keluarlah TAMPARULI u olls!  Keless kan? 

Inilah Temporary Bridge itu! Atau Tamparuli katanya.....yang lawak nyah!  Sampai lani pun pakai jambaktan ini jer!  Takder yang baru.  Its cool jugak la...macam mengekalkan sejarah kan.  Tapi kalau air naik,  ko tak buleh lalu sini nyah.  Jambaktan ni tertenggelam.


Kemudian,  we olls pun sampai lah kat Pekan Nabalu.  Keless nyah!  Akak yang berselendang bagai terus feeling-feeling Sofia Lauren seketika ok.  Cuaca amat sejuk!  Rasa macam kat New Zealand.  Kat sinilah we olls semua posing-posing u olls melihat permandangan yang sangat indah.
Inilah pemandangan yang kami carik itu!  U olls kena sampai kat sini before 10am sebab kalau lambat sikit,  awan akan mula menyeliputi puncak gunung ini dan u olls takkan dapat pose ala-ala Emilia Kontesa dah!  (Angin apa aku harini,  tulis nama semua diva diva zaman dulu kala!) 

Okay,  akak nak sampaikan sedikit info kepada u olls seperti yang disampaikan oleh Sam the Tour Guide.
  • Gunung Kinabalu adalah gunung pendakian yang paling senang untuk pendaki profesyenel kat dunia ini.  Tapi untuk orang macam Kak Merr dan sekutunya,  mendaki gunung ini antara benda-benda yang takkan terjadi dalam hidup i olls.
  • Gunung Kinabalu adalah batu granit terbesar di dunia ini!
  • Ketinggian Gunung Kinabalu naik 5 inchi setiap tahun sebab pergerakan tektonik!  Keless nyah...mak guna bahasa Nasyenel Jiografik!
  • Macam mana boleh dapat nama Kinabalu.  Ada dua cerita  :
    Cerita I
    Tajuk gunung ini ialah Kinabalu adalah asal perkataan orang Dusun iaitu bermaksud Roh Nenek Moyang.  Depa percaya,  kalau roh roh orang Dusun mati akan naik duduk kat atas gunung itu.
    Cerita II
    Dulu kala,  ada satu pedagang dari negara China telah kawen dengan gadis tempatan iaitu orang Dusun.  Pastu satu hari,  ketika si isteri itu sedang sarat mengandung si suami kena balik negara China sebab bapaknya di kampung sedang sakit.  So,  dia pun terpaksa tinggalkan isteri dia.  So,  nak dijadikan cerita u olls,  si isteri itu telah meraban naik ke puncak gunung untuk menunggu kalau-kalau kapal suami dia masuk ke pelabuhan Laut China Selatan.  Kelesss nyah!  Mengikut kisahnya,  si isteri tunggu kat atas tu sampai ke akhir hayatnya.  And sebab itulah gunung itu dipangge CINA BALU...Kinabalu!
  • Kak Merr menyimpan sedikit impian untuk daki gunung ini.


Seterusnya,  we olls meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring Park.  Kat sini we olls telah makan tengahari,  and then akak dan kawan-kawan telah mengHIKING!  Yes,  akak sebut lagi sekali,  AKAK HAIKING ok!  Naik 200 meter untuk lalu kat canopy walk.  Iaitu jambatan gantung kat pokok itu!  Kelesnyah!  Walaupun akak penat,  dan gayat!  Tapi akak tetap memberikan pose yang meletops!

Pose nyahhh! Posee!

Walau gayat dan rasa macam titi ni nak terbalik dan akak terperangkap kat dalam jambatan ini,  tapi akak tetap ingat tips tips Miss J okay!  Attitude kena strong untuk ketwok atas jambaktan gantong ini!  tengok akak kat belakang itu!  Kelessssssssss...

Ini lah hakikatnya u olls...meraban akak tak buleh carik oksijen!

End of Day 2,  akak dan beberapa jejaka tampan telah mengepi ushar night life kat KK ini.  Keless nyah!  Clubbing,  pub semua banyak.  And ayam-ayam kenit kat sini pun lawa-lawa u olls.  Semua putih melepaks kesahnya!  Memang jantan Semenanjung mai sini,  meraban la tak balik u olls!

Jalan yang busy.  Parking ikut suka hati ja u olls.  Semua ni nak pi clubbing nyah!

Ini club depan hotel we olls.  Cover charge RM15.  Mak tak masok la nyah.  Tak hengen nyah,  ko nak carik pasal ke apa.  Ni tempat orang kan? 


Tapi akhirnya,  mak tetap mengepi Karaoke dengan beberapa jejaka ini.  Oooppss...Identiti dirahsiakan ok!  Nanti mak kena saman nyah!

Day 3
Hari ketiga adalah hari terakhir kami kat sini,  tapi walaupun hari terakhir tapi inilah hari yang penting sekali kepada makcik-makcik yang ikut rombongan ini.  Kerana hari ini adalah hari shopping u olls!  Our first stop,  KEDAI WHOLESALE MOTIARAA!!!!!!!!!!!!

I olls posing manja depan bas we olls naik ini.  Lentikan i olls ini membuatkan pakcik pemandu bas ini sungguh tekun dan gigih membawa kami ke mana sajiaaaaa!


Kaedahnya membeli motiara!  Macam bentuk u olls!  Mutiara ada dua jenis utama.  Air masin dan air tawar.  Air masin adalah yang mahal sebab orijinel nyah!  Yang air tawar tu adalah yang murah sikit sebab yang ini,  maknusia bela dalam sangkar.  So harganya u olls boleh dapat dari RM100 ke RM1000 dan ke atas lagi.  Ikut kualiti la nyah. 

Ada kaler kaler jugak u olls.  Yang air masin ni,  ada yang purple,  pink,  blue black,  silvery white...aiyoooooooooooooooooooooooooo!  Rambang mata i olls ini.  I olls memang suka motiara u olls! Suka sangat.  Tapi bila tengok harga mak ai! Takpala nyah.  Insya allah ada rezeki mak beli!


Rambang mata u olls!  Sam pun terpaksa ketok pala akak sikit untuk buat dizisyen!

Tapi ekceli I olls beli jugak satu.  Simple ja.  :) Santek gaks u olls.  Nanti i olls posing untuk u olls!  Gambar ini akak amik petang tadi masa kat opis.  Keless ttak??


Tengah sibuk-sibuk ronda kat area Jalan Sinsurans ni,  akak jumpa kedai ni.  Tak sangka kawan baik akak selama ini,  yang pergi kerja dengan akak ari ari menyimpan rahsia.  Kelesss hang Tan Chin Chin,  ada kedai emas kat Sabah kesahnya!


Shah Rukh Khan pun bukak kedai kat sini!  Keles.....

Akak kat Jalan Sinsuran.  Tempat orang belajar insurans.

Before we went for lunch,  lawatan ini tak sah kalau we olls tak mengepi ke UMS.  Mak aiiiiiiiiiiiiiii!  Memang besak gila UMS ini ok.  Siap laut lagi!  Lawot style lawaaa gilaa!  Sila lihat pose-pose maut akak ini,  di tepi laut dan jugak di Dewan Canselori they olls!

Ini pose akak kat tepi tepi laut UMS ok!  Please jangan menjerit tengok keVASSSan akak ini!


Shot ini akak amik,  amacam?  Ada bakat tak?

Cantek sangat lawot ini! Jerenih and buleh nampak ikan-ikan.

I  olls menunjukkan bakat jimnastik!

Bersama logo UMS.  Sorry Sumaiyah!  Aku lupa ang study kat sini!  Sumpah.....

After UMS and lunch.  We olls bergerak ke Pasar Filipino!  Tempat ini adalah one stop centre untuk beli sebarang buah tangan,  cederahati untuk semua kawan-kawan u olls!  Ada mutiara,  beg,  rantai,  dan macam-macam lagi.  Nendiaaaaaaaaaaa...............semua benda macam-macam depa juai!  i olls tak beli la....ampa tengok la noh.  Kira buah mata untuk ampa semua dari kak merr!  HAHAHAHAH


Depa juai gelang tangan....

Depa juai replika muka Edros and Asiah


Nonie dan Syaf pun ada!

Asmak pun ada!
Lagi muka-muka kawan akak seperti Edros,  Nonie,  Asmak dan lain-lain..
Patong bentuk akak dan En.  Khafi pun ada.  Cumels u olls!

Keychain kawan-kawan akak.


Kak Gajj pun ada u olls!


Ukiran patong luzahh!



Kura-kura pun depa juai.


Wind Chime dari kayu buluh...


Beskel pun depa juai!


Siput..


Beg bentuk katak pun ada!


Tempat garu pun ada u olls!

Paling tak buleh terima,  monyet buat middle finger ini!

Habis merewang kat dalam Filipino Market,  i olls dan partner i olls iaitu Kak Nyamoklina telah mengepi ke pasar ikan masin dan pasar biasa kat tepi tu jer!


Macam-macam depa jual u olls.  Tapi yang paling akak suka ialah timun laut ini.  Bukan gamat.  Tapi timun laut.  Orang tu la cakap,  akak ulang jer.  Macam-macam size dan bentuk dan rupa ok.  Harganya agak mahal jugak

Seronot bapak-bapak ikan kering ini bila akak ajak posing dengan depa.  Depa tak tau ni masuk belog!  Satu Melesia baca!

Last pusing,  before kami naik bas dan terus berangkat balik ke KK International Airport,  me and Kak Nyamuklina telah meronda sekali round kat pasar lagi sebelah untuk beli ayak nyiok and amik beberapa gambar.

Peniaga kat sini sangat lestari u ols.  tutup pakai daun keladi ja nyah!  Besak  gila daun keladi ini,  macam buleh buat kain pario akak!

Pastu i olls sempat tengok depa jual durian sabah ni.  Kecik ja u olls.  I olls tak berani beli takut tak sedap.

Di akhir trip ini, i olls telah terlihat satu benda yang dijual.  KAYU PENUNDUK U OLLS!  Wah wah wah...keless nyah!  Buleh ka pakai kayu ini untuk menundukkan laki - laki kita?  I olls dah beli.  U olls bila lagi. Keless.....


Sekian saja,  laporan akak untuk malam ini. Hope u olls gembira membacanya esok di hari Jumaat yang fana.  Dengan harapan,  pasni akak dapat sponsor ke Sabah lagi.

3 comments:

  1. alamak jumiee...durian tu laa yang isi kaler merah-merah tuuu... bak kata kawan aku laa... adoiyaii... lama gila aku mengidam nak makan durian tu.... xP

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Nyah....kalau mak beli pun kayu kayu tu...dah lama habis akak buat sup. HAHAH ni tahun bila ni nyah...sekarang dah 2012 baru hang nak komen kat blog akak ni...

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...