28.9.10

Happy Birthday Encik Samsudin Abdullah - The Famous Milo Man

Hello u olls semua.  Ampa tau tak?  Bapak akak adalah seorang yang sangat popular di Penang ini.  Tau pasai pa dia popular?  Sebab dia adalah pakcik Milo yang dok mai kat sekolah kita masa kita kecik-kecik dulu.  Masa hari sukan dan hari-hari sukan.  Tapi yang penting,  setahun sekali bapak saya akan mai sekolah kita.  Dia bekerja dengan Nestle sebagai canteen van operator sampai la tahun 2001,  masa itu akak form 4.

Hari ini,  after seven years (lebih kurang)  bapak saya dah mencecah usia 62 tahun.  Still handsome and still MELETOPS and still funny.  U olls boleh carik dia sekarang duk juai Milo kat pasar malam Kampung Melayu (every Monday),  Nusantara (every Selasa),  and sometimes kat pasar malam Tanjong Tokong (every Sabtu).  Dia memang tak tau dok sengap-sengap punya.  Dah pencen pun masih gigih carik duit sendiri. 

Pagi ini,  akak called dia dan kata "Happy besde nahh Abang Manap"  nama timangan bapak saya ialah Manap.

Dia pun kata "Hari ni ka besde aku?  erm...Tadak apa -apa ka?"  Keless bapak saya itu.




Mai sini akak share dengan u olls beberapa cerita lawak + menakjubkan mengenai bapak saya.
  1. Bapak saya dilahirkan di Penang pada 28 September 1948 kepada Salamah binti Omar dan Abdullah bin Syawal.  Kedua-duanya adalah Bawean kau-kau punya!  Meletops.  Bapak saya merupakan anak ke tiga daripada 4 adik beradik. 

    Dari kiri : Mamancong a.k.a Nordin Mansor (bapak kepada the famous Linda Noordin,  Miss Penang 1993 * betui ke Kak Lin?),  Allahyarham Obek Hindon,  Allahyarham TOk Amah,  Allahyarham Obek Niang and my father Samsudin a.k.a Manap.

  2. Bapak saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Al Mashoor Lelaki ok!  Meletopss....

    Walaupun dia pakai suak merah...tapi dia bukan Senjojes ok!!!

  3. Bapak saya dulu ada marka lain,  tapi tak mendapat restu oleh arwah mak dia iaitu Tok Amah.  Pastu bapak saya selalu jumpa mak saya kat kenduri kawen.  Dia selalu mengurat mak saya kat kenduri kawen tu.  Tapi mak saya juai mahai.  Pastu terus dia masuk meminang mak saya ketika mak saya baru 16 tahun.  Habis saja sekolah,  depa pun kawen.  Orang dulu-dulu miskin,  so kalau orang tua suruh kawen...kawen la ia.

    Inilah bapak dan mak saya....u olls rasa akak ini jelita ikut mak i olls atau kacak ikut bapak i olls?

  4. Bapak saya dari muda sampai lani dia minat kereta dan motor.  Tapi dia beli semua second hand punya kereta.  Lani dia ada satu lori milo,  dua kereta,  dan 5 bijik motor.  Saya tak tau apa dia nak buat dengan motor-motor itu. 

    Ikann Josss ok...kelesssss.............

  5. Dia suka kegiatan seni.  Dari muda mudi lagi,  dia active dengan pertandingan menari,  nyanyian dan macam-macam lagi.  Dia memang sedap menyanyi.  Tapi sebab dia selalu tak hafal lirik so dia tak boleh jadi penyanyi betui-betui.  Dia suka-suki ja. 


    "Tiga malam......."  ha..mesti dia nyanyi lagu tu....dia suka sangat lagu tu.

  6. Bapak I olls ini suka berjenaka dan suka bergurau senda.  Walaupun dia ni mulut agak puaka dan suka memaki hamun,  tapi orang suka sebab dia ini adalah lawak dan sangat baik hati dan friendly.  Berikut antara lawak yang best dia buat  :


    Cerita 1  :  Aku dah panggil dah budak kampung tu mai repair bumbong rumah ni.  Tapi dia tak mai sampai lani.  Kalau aku jumpa aku nanti HARIA(sesah / pukul) dia.  Celaka dah hamik duit aku!!  "Bapak bagi berapa kat dia?" Tanya Kak Merr.  Bapak saya pun jawab "Tiga ringget"  Hampeehhh....


    Cerita 2  :  Masa kecik-kecik dia suka bawak akak pergi buat kerja outdoor.  Macam-macam la..memancing,  menjala,  carik buah kekabu,  carik buah nyiok,  tangkap ular sawa...dan macam-macam kebolehan lagi.  Satu hari,  dia ajak akak pergi amik buah kelapa kat belakang rumah.  Rumah we olls kat Jalan Langkawi tu tepi sungai.  So pokok nyiok tu tumbuh menghala ke dalam sungai. 
    Kalau bapak i olls kait buah kelapa tu,  jatuhlah dalam sungai so i olls kena la tangkap dari dalam sungai.  So one day itu,  tengah bapak akak mengait buah kelapa sambil i olls tunggu dalam sungai,  tiba-tiba seekor tikur yang hidup atas pokok nyiok itu telah melompat dan jatuh ke atas badan bapak i olls.  Sungguh lawak u olls bapak i olls menjerit-jerit!  Akak punya la gelak melihat aksi beliau lantas menjerit "Bapak...nak terkencing!!"  Dan bapak akak pun berkata "Duduk lah dalam sungai....."  Hahahaha....
    Cerita 3 : Dia sangat popular di kalangan budak-budak sekolah sekitar tahun 1990-an sebab membagi Milo kat sekolah-sekolah. Ada satu cerita lawak. Ada dua orang kawan i olls masa sekolah rendah iaitu Munzir Yahya dan Nazrul Ghulam Hussain. Depa potong line masa amik air Milo. Masa tu depa darjah 2. Pastu bapak I olls tangkap depa potong line dan suruh depa berdiri tengah-tengah panaih. HAHAHAH...berdiri la dua budak jahat itu sampailah habis satu sekolah amik air Milo. Pastu last sekali, bapak I olls bagi depa ayak Milo lebih beberapa cawan. 

    U olls nak baca more stories of my father?  Click kat sini u olls http://jumiejumie.blogspot.com/2008/10/bapak-ku-famous-pakcik-milo.html
  7. Masa zaman dia kerja kat Nestle dia tak pernah terlepas buat persembahan untuk annual dinner.  Tapi kalau ada pertandingan pakaian beragam...MESTI DIA MASOK. Nah u olls tengok la gambar-gambar dia.  :)


    Jadi ibu-ibu u olls.


    Jin Ahmad Albab.....yehhaaa!!
    Ni jadi apa pun tak tau la......dok tunjuk perot semua....
    PALING CUTE....JADI BADOT U OLLS.....:)




    Sekian sahaja cerita dari i olls.  Happy Birthday Bapak.  Walaupun kita selalu gadoh dan tak buleh dok serumah lama-lama,  tapi i olls sayang u olls.  Walaupun u olls takkan baca BELOG i olls ini,  tapi i olls harap u olls tau yang i olls amat bangga jadi anak u olls walau apa pun orang kata pasai u olls.  Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki bapak.  Amin.

3 comments:

  1. Happy Birthday Uncle yg kacak bergaya..!!!!

    Semoga Uncle dapat menantu cepat2 yo...

    ReplyDelete
  2. Hahahahahhareeeeee...sekali wish...sekali sound nampak....ha la..tunguu la adik aku pun nak kawen jugakkk

    ReplyDelete
  3. love this post :) you are a daddy's girl... i miss my daddio :(

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...