3.9.10

Kak Merr Terbakak

U olls,  akak terbakak gila ni.  Ada satu mamat ni dia nak jual insuren Prudensyel kat I olls.  I olls macam berminat nak buat pelaburan kat situ. tapi selow slow la.


Siang tadi dia call akak.  Dia tanya.  "So cam na?  Bila dia buleh jumpa Khafi sekali." Sebab i olls dah bagitau kat dia.  I olls dah ada polisi insurance Takaful.  Maybe nak intro kat BF saya.  I olls pun nak menikah tak lama lagi.  OOOPSSS!!!

Then i olls kata,  "No problem nak jumpa bila pun buleh.  Tapi kami tak mungkin dapat start beli polisi dalam masa terdekat ni,"

Dia tanya "Kenapa?"

Akak pun jawab la "Kami nak kawen.  So macam macam lagi nak kena pikiak," dengan tenang.

Tapi si mamat ini tak putus asa dan bertanya lagi,  "Awat apa yang tak cukup lagi?  Pasai pa tak buleh?"

Akak pun macam blur tak tau nak cakap apa.  Awat deni bodo sangat.  Takkan aku nak cakap...hala...duit lani lepas buat ini itu,  semua habis ada berapa ja dalam tangan.  Takkan hegeh-hegeh nak beli polisi baru plaks.  Lagipun lani aku dengan Khafi memang ada Takaful Ikhlas.  Tapi nak convert masuk prudential pun kena tambah lagi rm50 sebulan.  Tapi SABAK LA KANNNNNNN!!!

Dia duk tanya macam aku ni bodo piang sangat. 

Akak pun tarikh napaih dan jawab  "Sorry la,  kalau apa-apa soalan tu yang encik tanya saya tak buleh jawab,"

Pastu dia pun kata "Tak aih..kalau ada apa-apa saya boleh tolong,"

Akak pun dengan berseloroh pun menjawab  "Okay kalau nak tolong...tolong bagi saya 20k.  Boleh?"

Pastu dia gelak-gelak.  "Awat nak kawen sampai berapa ribu?  20 ribu ka?  Kita ni nak kawen tak payah besak-besak.  Buat apa yang penting dulu.  Nikah tu yang penting.  Yang penting jangan sampai pi buat pinjaman besak-besak.  Nanti sampai ada anak dua tiga,  hutang tak habis lagi,"  aiyyooo pakcik ini memberi syarahan ugama kat akak u ollls!  Tak tensi ke akak mendengarnya!!

HALLLOOOO???? Ada aku cakap aku nak buat kenduri macam anak Naza Motors ka?

Pastu dia dah tau aku dah boh layan.  Dia macam kata .."Ok takpala.  Bulan depan saya call.  Tapi jangan mara saya pulak?"  BOLEH CAM TUUUU!! Hang tau pun aku terbakak kat hang kan!!

Lantas akak pun mengambil peluang ini untuk mencaraskannya  "NAK KATA MARAH TU TAK LA...TAPI SAYA RASA EN.  ASRUL NI KENA BELAJAR LA CARA PR.  KADANG-KADANG SOALAN TU,  CARA TANYA SOALAN TU BETUI KA TAK?  TAK BULEH TANYA SAMPAI MEMBUATKAN ORANG LAIN TERASA RIMAS.  ESPECIALLY BAB FINANCIAL.  BUKAN SEMUA ORANG ADA JALAN CERITA YANG SAMA!!". 

Terus dia minta maaf kat aku.  Kepada pembaca di luar sana,  yang kerja juai -juai insurance ni,  jangan la sampai jadi cam ni ok.  I know u olls nak carik sales tapi janganla sampai orang rasa rimaih dan benci nak tolong u olls ok.

The end akak tak amik pun kat orang tu.  Akak amik kat ejen Prudensyel lain nyah.  Nama dia Kak Fida.  Melepsss perempuan itu.  Keless.......sekian,  wasalam.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...