29.10.10

Barang Mekap dan Kecantikan - Mana nak jimat? Mana nak boroskan?

Hello u olls semua. Haritu akak terbaca satu artikel tentang tips kecantikan diri yang bertajuk "Beauty Product - When to save and when to splurge?" Oleh itu akak meneruskan pembacaan itu dan membuat sedikit lagi research tambahan dan akak pun membuatlah artikel yang bertajuk "Barang Mekap dan Kecantikan - Mana nak jimat? Mana nak boroskan?"


Sesungguhnya sebagai orang pompuan-pompuan ini, produk kecantikan dan barang make up adalah seperti sport rim untuk lelaki! Kan??? Oleh itu akak harap artikel ini dapat membantu u olls semua membuat pilihan produk yang terbaik untuk kulit malah terbaik untuk POKET kita.

Semua nota ini adalah berdasarkan perbandingan yang akak buat sendiri. So, kalau ada bantahan boleh tulis comment ya. Kita sama-sama share ok.  Sorry akak tidak menyertakan jenis product yang bagus.

Barang Kecantikan

Cleansers / Pencuci Muka - Jimat
Semenaknya ada pelbagai jenis pencuci muka yang diciptakan untuk pelbagai jenis kulit maknusia yang kita boleh beli dengan harga murah di farmasi dan Tesco.  Yang penting u olls beli yang bagus dan lepas cuci muka tu u olls boleh rasa muka u olls bersih suci murni.  Dah nama pun pencuci muka kan?  Beli mahai-mahai pun,  pastu u olls cuci habis buang kat singki!  Sat ja....Tetapi kalau boleh untuk semua jenis kulit pun,  beli pencuci yang bukan berasaskan sabun.  Pencuci jenis ini adalah lebih gentle untuk semua jenis kulit.  Tapi mak ayam akak iaitu Zarina Abdul Rahman berpendapat,  actually product kecantikan yang murah atau mahal adalah tak penting,  yang penting ianya sesuai dengan jenis kulit u olls. 
Akak suka  :  Sabun Rawatan Kulit DN Beauty


Toner- Jimat
Selepas mencuci kita mestilah gunakan toner untuk membuang baki-baki sabun pada wajah,  dan baki-baki mekap yang tak hilang sebab make up di samping menutup semula liang-liang roma kulit kita selepas cucian.  Tapi untuk toner u olls boleh beli daripada produk yang murah dan bagus. 
Akak suka / pakai  : Neutrogena Fine Fairness Toner

Night Cream - Mahai - Mahai
Sebelum kita tidur u olls,  inilah masa untuk kita menempek krim-krim kecantikan yang terbaik untuk kebaikan kulit kita.  Bergantung kepada bajet u olls semua,  tapi adalah sangat bagus kalau kita membeli krim malam yang bagus dengan harga yang setimpal dengannya.  Janganla menempek bedak sejuk u olls. Sangat zaman tok tok okay.  Zaman tok tok takpala,  masa tu depa duk rumah kemas rumah dan duduk kat tangga panggil jiran sebelah ajak cabut uban.  Paling teruk pun kerjanya jalan ke kebun belakang rumah untuk mencabut sedikit daun serai dan pandan.  Zaman sekarang macam kita ni,  dah ler kerja naik motor naik and naik kereta,  kulit kita terdedah dengan cuaca yang panas (Sinaran UV) dan juga udara yang tercemar.  So its good bila malam-malam kita baja balik kulit kita dengan produk yang bagus dan meleps. 
Akak suka  :  Set Rawatan Pencerahan tanpa Pengelupasan DN Beauty


Day Cream - Jimat
Pakar kulit berpendapat elemen penting dalam produk day cream adalah sunscreen.  Ada tu baguslah!  Kita boleh lindungi kulit kita dari sinaran UV nyah.  Sinaran UV adalah sangat jahat,  bukan sahaja menghitamkan kulit kita,  malah menyebabkan kedutan dan jugak jeragat.  Ada banyak produk krim siang yang bagus untuk kita semua.  Tak perlu beli mahal pun takpa noks.  Kalau u olls nak pakai yang mahal,  u olls masih boleh berjimat.  Instead of amik krim tu,  letak kat tapak tangan,  pastu buat pusing-pusing pastu baru letak kat muka,  HABIS CEPATLAH NYAH!  Ko dab terus kat dahi,  pipi dan hidung pastu terus sapu dengan hujung jari hingga rata. 
Akak suka  :  Elianto Miracle Multiplex BB Cream


Shampoo - Jimat
Shampoo diciptakan untuk membersihkan rambut kita.  So,  macam biasa,  lepas sabun-sabun u olls terus cuci dan sabun itu masok lah dalam longkang.  Takpayah la nak beli jenama mahal-mahal.  Sebab kemikel semua sama saja.  Cuma yang membuatkan shampoo mahal jadi lebih mahal sebab branding,  dicampur dengan wangian mewah dan kemikel ntah apa-apa.  Contohnya akak,  pakai la shampoo mahal macam mana pun,  in the end Head and Shoulder jugak yang membuatkan rambut akak tidak gatal-gatal dan berkelemumur.
Akak suka :  Head and Shoulders Shampoo Cool Menthol

Hair Mask - Mahai-mahai

Hair mask u olls pakai seminggu sekali kan?  So kalau u olls beli yang mahal pun,  kadang-kadang dua tahun tak habis u olls.  Dah shampoo ko pakai yang murah kan?  So yang hair mask ni,  kalau boleh beli la yang bagus sikit.
Akak suka :  SCHWARZKOPF Professional Bonacure Total Repair Treatment

Lip Balm - Jimat
Lip balm boleh beli yang murah.  Lagi bagus ada perlindungan SPF15.  Boleh dapat yang murah nyah.
Akak suka  :Vaseline Lip Therapy Petroleum Jelly, Advanced Formula

Potong rambut - Mahai-mahai
U olls!  Rambut adalah mahkota seorang wanita.  Tak kisah hang free or bertudung u olls,  at the end of the day sapa nak tengok rambut hang tu?  Hang jugak kan?  Kalau rambut lawa,  SEMUANYA akan terasa lawa!  Oleh sebab itu akak amat menyarankan u olls kalau nak potong rambut dan mengkaler rambut atau nak kerinting atau sebagainya,  better pergi kepada profesional hairstylist okay.  Jangan simply DIY kat rumah ok.  Akak seram sejuk tau memang ramai pompuan-pompuan suka buat eksperimentasi potong rambut sendiri kat rumah.  Aiyoooo!! 
Kalau u olls nak colour rambut ifek biasa satu colour, u olls boleh buat sendiri.  Tapi kalau nak efek meletops dan nampak cantek 3D,  please buat dengan pakar.  Macam akak,  akak getis bleaching rambut sendiri masa nak pi Phuket tu!!  Memang nampak cantek,  tapi lepas itu baru akak sedar yang akak telah merosakkan kutikel rambut akak.  Bila kutikel rambut telah menipis,  lepas itu u olls nak buat treatment apa pun tak guna.  Rambut boleh gugur dan kalau nak colour apa pun boleh luntur. 
U olls actually masih boleh berjimat kalau nak masok salon-salon melepsss ni!  Caranya ialah u olls mintak perkhidmatan dariapda Junior Stylist.  Selalunya Jr.  Stylist adalah lebih murah sebab they olls baru tetapi setiap kerja they olls dipantau oleh para profesional hairstylist.  Its important untuk u olls ada hubungan yang baik dengan hairstylist u olls supaya u olls akan always dapat best price dari dia.  Bincang harga dan bajet u olls sebelum dia memulakan kerja.  Cara ini adalah sangat bagus supaya they olls takder la suka suki buat treatment tambahan tah apa-apa and charge u olls extra.  Ada faham?
Akak Suka  :  Hair Impression,  KOMTAR Penang dan HITOMI Sungai Dua,  Penang.


Barang Mekap

Eye Shadow - Mahai-mahai
Untuk eyeshadow,  akak cadangkan u olls belilah brand yang mahal sebab warnanya lebih mewah,  calit sikit dah melekat u olls.  Eyeshadow yang biasa,  bukan tak bagus,  tapi selalunya dia berhabuk/berserbuk dan kaler tak melekat elok pun kat kulit.  Akak cadangkan u olls beli yang mahai punya.  Kalau tak mampu,  tak payah beli banyak-banyak kaler.  Beli warna-warna basic seperti jingga/brown/light gold,  hitam dan putih.  Eye shadow boleh pakai lama.  So apa salah nya beli yang mahai sikit.
Akak suka : M A C Eye Shadow /  Miss Rose

Foundation - Mahai - mahai
Apa yang paling penting dalam mekap?  OF COZ foundation nyah.  Belilah foundation yang bagus dari jenama yang dikenali dan disembah ratu.  Kenal pasti jenis kulit u olls,  berminyak,  kering atau kombinasi. Minta pendapat pakar kecantikan kat kaunter-kaunter make up untuk pilih the best foundation untuk kulit u olls.  Kalau boleh dapatkan jenis foundation yang mempunyai elemen tambahan untuk kebaikan kulit.  Tips akak,  taukah u olls bahawa produk Lancome dan Loreal adalah dari pengilang yang sama. Maksudnya,  kalau u olls berduit boleh la memhabiskan duit u olls kat kaunter-kaunter make up yang meletops seperti Benefit,  Mac,  Laura Mercier dan lain-lain.  Kalau u olls nak bajet sikit,  u olls boleh try produk macam Revlon,  Maybelinne dan macam-macam lagi yang ada kat Guardian atau Watson.  Akak selalu ditanya oleh kawan-kawan akak untuk mintak tolong beli foundation Krayolan yang akak guna untuk make up muka pengantin.  Nyah...........akak nak bagitau kat sini,  KRAYOLAN bukan untuk daily used ok.  Akak tak mencadangkan u olls semua untuk memakai KRAYOLAN hari hari okay.  So kalau u olls nak cantek macam pengantin hari-hari........erm.......boleh nyah.  Tapi tunggu 2 tahun,  pastu hang compare muka hang dengan muka akak okay?  Ada BRAN??
Akak suka  :  Laura Mercier Oil Free Foundation


Eye makeup Remover - Jimat
Make up remover u olls boleh pakai yang murah ja nyah.  Tak perlu verver pakai MAC pun takpa.  Kalau nak jimat,  pakai minyak zaitun pun lagi bagus.  Tapi kalau u olls cuci make up guna yang berasaskan minyak,  dan u olls memang mempunyai kulit yang jenis berminyak,  akak cadangkan u olls cuci muka dua kali ok.  Dah cuci dengan sabun,  lepas basuh...u olls cuci lagi sekali.
Akak suka : Maybeline Make Up Remover

Mascara - Jimat
Nyah!  Bak kata kawan bek akak iaitu Cekgu Asmak, seorang pencinta mascara yang setia,  mascara adalah barang make up yang paling cepat kering / habis.  So beli yang murah-murah pun sudah la u olls.  Cuma pilihlah mascara yang mempunyai brush yang sesuai dengan jenis bulu mata anda.  Brush besar for bulu mata panjang,  brush kecil untuk bulu mata yang pendek-pendek.  Tapi untuk u olls semua,  akak sangat rekemen MAYBELINNE.  Sebab Maybeline punya mascara memang the best la akak rasa! 
Akak suka  :  Maybelline Pulse Perfection Vibrating Mascara


Makeup Brushes - Mahai - mahai
Good makeup brushes are worth the investment. Make up tools yang  bagus boleh memudahkan kita menyental kaler kat muka dan mendapat hasil yang cantek dan tepat.  Jangan la beli semua brush sekali gus noks!  Nak mampus ke apa!  Lainlah kalau hang ditaja oleh datuk-datuk.  Beli satu-satu brush.  Nanti lama-lama banyak la kan?  Beli yang brush-brush yang basic iaitu untuk blush, powder, lip, and certain brushes for applying your eye makeup. And tips akak,  next year birthday wish u olls - Brush Make Up!! Kan?  Bijak tak akak?  Semua beli sorang satu untuk u olls.  Brush yang bagus jugak,  kalau kita cuci still elok dan bulu dia maintain tak terkeluar noks!  Kalau brush yang jenama biasa,  sekali hang cuci...pastu jadi macam bulu pepet kuda.  Tajam-tajam u olls!
Akak suka  :  Mac Foundation Brush 190

Pensel Celak / Lip Pencil  - Mahai pun tak pa..murah pun takpa
Selalunya,  pensel celak atau pensel gincu ni kalau dia mahai sebab depa guna lilin yang lebih lembut dan mudah untuk kita lukih kat muka kita.  Tak payah tekan banyak-banyak.  So,  belilah produk pensel celak atau pensel gincu yang bila u olls pakai,  lembut,  kaler dia keluakkkkkkkkkk dan senang.  Kadang-kadang beli yang mahai ni,  bila shap patah-patah-patah.  Last-last tinggai kontot. 
Akak suka  : Avon’s Ultra Luxury Eyeliners

Lipstick and Lip Gloss - Mahai pun tak pa..murah pun takpa
Lipstick mesti semua orang nak beli kan??? Mahai pun nak.  Murah pun nak.  Janji cantek kan u olls?  Cuma yang mahai ni ada la dia boh vitamins la,  SPF la,  minerals la   dan macam-macam lagi yang brand murah takdak.  Itu ja u olls. 
Akak suka  :  Revlon Colorburst Lipstick in Soft Nude

Sekian saja catatan akak hari ini.  Akak bukan pandai sangat ok.  Kalau salah mohon betulkan.  Akak pun duk belajar-belajar u olls.  Kalau ada soalan lagi,  please contact akak ok.

ps/  I love u olls.

28.10.10

Perkahwinan Estronot Melesia

Helllo u olls semua.  Dah lama akak nak tulis pasai wedding ini.  Sorry sebab dah lambat baru akak nak menulis review.  Akak ada menghantar sorang spy untuk mengambil gambar sekitar wedding En.  Estronot Melesia ini,  tapi malangnya sampai lani dia tidak membagi apa-apa.  Takpa noks!  Akak tau akak tak bayar gaji setimpal kat hang,  hanya belanja pecal lele yang akak mampu.  :p

Kesah perkahwinan Estronot ini mendapat liputan yang menyeluruh daripada seluruh pelusok Melesia katanya.  Of cozlah,  dia Estronot pertama Melesia.  Dah berapa juta habis untuk hantar dia naik angkasa u ollls.  So haruslah perkahwinan dia ini menjadi sebutan hingga bila-bila.

Tapi ramai yang mempersoalkan perkahwinan itu.  Bukan sebab wedding dia itu meletops atau tak,  tapi sebab status disebaliknya.  Haaaa!  U olls pun tau kan desas-desus yang menyala-nyala disebalik wedding nya itu.  Contoh satu ayat yang tersembol dari kawan akak yang berbunyi  "tapi apapun semoga berbahagia ye ********..semoga dgn pernikahan anda telah menyedarkan anda jgn sesekali main belakang bile dah ada isteri..! ayat2 ni ditujukan khas untuk PLU-PLU yg amik keputusan nak kahwin atas sebab2 nak cover/menyesal/parents paksa/or dah sampai seru atau apa2 jelah"

Meleepppssss!!!!!!!!!!  Makan hati okay kalau En.  Estronot membacanya.

Tapi akak rasa En.  Estronot tidak mudah melatah dalam soal ini.  Akak rasa dia sudah lama consider semua pilihan yang ada dan telah menghitung buruk baiknya tindakan dia ini.  Walaupun akak tak tau apakah status sebenar En.  Estronot,  betui ka dia ni seorang PLU,  tetapi apa yang boleh kita buat,  kita doa agar dia dan isteri bahagia hingga ke akhir hayat.  Itu lah yang terbaik yang kita boleh kata kat beliau.  Kita tak tau apa yang dia dah lalui u olls.  Kita ni penonton saja.  So sebagai penonton........SABARLAH........................MOVIE NI PANJANG LAGI NOKS!

Dunia dah berubah.  Orang-orang muda zaman sekarang iaitu zaman-zaman I olls dah lebih realistik dan boleh menerima keburukan dan kebaikan pasangan tampa ada nilai-nilai prejudis.  Contohnya,  kalau dulu nak kawen kena check pompuan itu DARA atau tidak.  Tapi sekarang  ini orang dah mulai realize,  DARA bukannya JAMIN kebahagiaan rumah tangga.  Dalam rukun nikah pun takdak tertulis "PENGANTIN PEREMPUAN YANG DARA!"  Dan sebab itu jugak lah MAK MAK JANDA adalah sangat laku sekarang.

Tetapi untuk 'adik-adik' akak yang PLU yang membaca belog akak ini,  akak membawa pesan dari Mama Regina yang berbunyi "
Penaya anak dara orang tak elok.  Ganguan EMOSI bekas isteri si homoseks tidak dapat di gambarkan."  Haaaaaa!  Dengar tu.  Kalau u olls betul-betul ready nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami....GO ON U OLLS! Sebab tak semestinya jantan tulen pun boleh tentu jaga anak dara orang betui betui baik u olls.  Kawan-kawan semua haruslah menjadi tulang belakang dan support niat baik u olls untuk menjadi suami.  Tapi kalau u olls tak ready dan nak kawen semata-mata mak dah suruh.  Siap mak u olls sponsor all your wedding,  BAIK TAK PAYAH!

Noks.....kalau betui pun dia PLU,  marilah kita berdoa agar dia terus cekal dan kuat untuk menghadapi segala cabaran yang bakal beliau hadapi sebagai seorang suami nanti.  I believe that he is going to be a good husband. 

Video ini akak amik dari Youtube hasil dari SaifulNang yang meletops.




ps/  Akak penah tengok En.  Estronot ini secara live.  Dia memang KENDU!  Sapa tak mau kawen dengan dia memang bodo.  Tak kisah la dia ni PLU ke KUYU ke POYO ke,  tapi sapa yang tak mau kawen denagn dia memang BODO!  HAHAHAHAH

27.10.10

Jumie! Hang bila nak kawen?

U olls.  Hari tu akak telah meraban di Facebook akibat dua orang kawan akak yang tiba-tiba memprovok akak dengan soklan yang berbunyi "Jumie,  hang bila nak kawen?"  Mulanya akak rileks saja u ollls.  Tapi bila dua tiga kali duk tanya...Aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!  Hang memang saja mencarik pasal dengan JUMIE SAMSUDIN la kan?

Yang sokrang itu telah pun berkawen.  May GOD bless your soul.  Dan sorang lagi,  dia pun tak kawen dan katanya tengah single.  Aiyoooo?  Sapa nak tolong jawab.

Bila akak post kat Facebook pasai issue ini,  rupa-rupanya ramai tak puas hati dengan kawan-kawan yang suka 'mengusik' cara halus ini.  NOTTTIIII ya u olls ini.  Selain soalan bila nak kawen,  satu lagi killer question yang mengusik jiwa adalah "Bila hang nak beranak?"

Kepada semua kawan-kawan yang dah kawen dan yang dah ada anak, akak nak meluahkan rasa hati kami semua bagi pihak akak dan kawan-kawan yang senasib dengan akak.  Kami doakan u olls semua aman bahagia rumah tangga.

Tapi jangan la duk camdek-camdek kami yang tak kawen ni. Ampa ingat ampa dah cukup jadi perfect woman ka sebab dah kawen?  Memang la dah jadi tuntutan agama untuk kawen. Tapi nak buat cam na. Semua orang ada jalan hidup masing-masing. Ada yang senang sangat nak kawen, ada yang macam-macam cabaran yang dihadapi. So harap kita semua jangan la suka suka hati nak menCAMDEK orang lain ya. Kesian kat orang macam saya ini.

Bukan i olls tak mau kawen lagi.  Kalau boleh HARI INI JUGAK akak nak menikah dengan En.  Khafi.  Tapi ada banyak aspek yang membuatkan akak tak kawen lagi.  Kewangan,  masa dan jugak adat menyulitkan banyak urusan.  Tulah sebenarnya Allah marah kita ni,  adat banyak sangat sampai benda yang simple pun jadi susah. 

Nak ikut-ikutkan akak dan En.  Khafi memang nak kawen HARI INI JUGAK,  tapi kami baru jumpa 10 bulan yang sudah.  Kalau akak jumpa dia 5 tahun yang sudah.  Akak rasa akak dah ada anak sorang. 

So u olls semua.  Jangan sebab u olls punya jalan hidup sungguh mudah dan senang u olls nak camdek we olls we olls yang banyak problem ni.  Tak baik u olls. Kadang-kadang benda yang baik ini tidak perlu datang dengan kata-kata.  Cewah......sungguh berfalsafah hari ini.

SUVVI PUN PENGSANNNN U OLLLSS!

Sudahlah,  akak malas nak membebel.  Nanti kata akak try to lives in peoples pocket jugak.  Sabar jer la.

26.10.10

10 Rambut Tersantek Dalam Tempoh 10 Tahun yang Lalu by InStyle.com

Berikut adalah 10 Rambut Tersantek Dalam Tempoh 10 Tahun yang Lalu by InStyle.com. 

Sarah Jessica Parker dengan rambut kerinting maggienya.


Ratu Twiiter,Demi Moore kelihatan melepss dengan rambut super stret warna hitam. 

Halle Berry dengan rambut pendek yang meletops.  Dia membuktikan walaupun dengan rambut pendek u olls tetap boleh nampak cantek dan sexxay!

Dalam banyak-banyak rambut Jessica Simpson,  inilah rambut paling elok untuk dia masa dia baru launching siri Newly Weds.  Masa tu dia duk gedik baru kahwin dengan Nick Lachey.

Lindsay Lohan memang suka tukak-tukak kaler rambut.  Tapi dia nampak lebih 'orijinel' bila dia membuat rambut merah. 

Deni memang super hot Bohemian Queen.  Sangat jeles dengan rambut kusut masai ala Kate Hudson.



Lepaih laki dia mai pindah main bola kat Amerika,  Victoria Beckham tukak rambut dia jadi lagu ini.  Akak suka jugak.  Sangat rambut akak masa pi Phuket.


Rambut ni cam rambut pelasu.  Aiiiyoooo.....Katie Holmes


Apabila semua young pop singer duk rambut panjang2 bagi nampak hot,  tapi Rihanna telah mengubah tradisi dengan memotong pendek dan panjang kat depan.  Memang akak rasa haircut ini membuatkan dia nampak hot dan membantu dia dalam career dia.


Gwyneth Paltrow takkan mengubah banyak dalam potongan rambut dia.  Yang ini macam biasa,  tapi pendek sikit.


Akak tak kenai sangat pompuan ini,  nama dia Carey Mulligan.  Tapi tak semua orang boleh buat rambut cam ni. 

Dan terakhir.....rambut akak!  Haaaaa!  Sekarang ini makin panjang.  Memang susah betul la nak menggayakan rambut ini.  tak buleh cincai boncai keluak rumah u olls.  Nanti nampak sangat papan.  Sedehhhhhhhhhhhhhhh jugak la.  Tapi takpa.  Akak kena sabar.  Yang penting, pas ini akan panjang balik dan akak akan mendapat semula rambut asal akak yang kepok-kepok itu!!

25.10.10

Kawan Sepejabat Yang Hina

Salam Kak Jumie..


Sebelum ni sy jd silent reader je n sentiasa ikut pekembangan kak jumie.seronok baca notes akk 2.byk bnda blh blajar..


sy nk mntk nasihat n tips camne nk hadapi kawan sepejabat yg dulunya baik mcm belangkas tp skrg ni nk tgk muka dia pn mcm dh malas.  Sume jd serba x kena.  Sume bepunca dr duit.  Dia pnjm duit sy dlm 800.  Saya tlg dia sbb dia dh dlm keadaan terdesak n btl2 perlukan duit 2..2 x kisah la..nama pun kwn..tp bila nk mntk balik pnyalah ssh..tmbh2 nk raya ari 2 lg la byk duit nk pki..bila tnya dia wat xtau je pas2 dia blh sound sy kata jgn mntk2 kt dia,dia tau nk byr sendiri..ada duit dia byr..!! abis klu dh 5 taun nnt br ada duit mcmana?bila respond dia mcm 2 sy pn mls nk amik port..lantak dia la nk byr ke x...


then..1 pekara yg plg sy x suka dia jenis manusia yg x boleh tgk org lain lebih..klu sy beli bj baru, dia pn sama akn carik mcm sy pnya,klu org ni ada hp blackbery dia pn nak klu org 2 ada iphone 4 dia msti usaha nk dpt jgk wpun dia n sume org tau dia mmg x mampu..caranya dia akn berskandal dgn pelbagai jenis manusia n 1 more thing dia msh isteri org..hari2 duk cerita kt opis dia kuar ngn si a yg bwk merz la,kuar ngn si b yg keja pengarah dot3 la..dpt beli tu dapat beli ni..eii..meluat kak jumie telinga ni mendengar..cerita sume nak world tp nan hado..bkn nk dengki ke apa..klu nk beli iphone 4 smpai 4 bijik pn lantak dia la ada sy kesah?? tp byr ler duit sy 2...


tp sy befikir yg positif je skrg..apa yg belaku ada hikmahnya..bila sy x baik ngn dia sume org dh blh bukak mata..mmg sume org bepihak kt sy tp 2 la..sy mmg x boleh tgk muka dia..dh la keje dia ngn sy mmg kena comunicate each other..klu x sy blh je wat mcm katak dlm akuarium..wat xtau je wpun nmpk dunia sekeliling..tp mcm x profesional lak..sy x mrh kak tp sy rasa sgt kecewa..dh 2 bln sy try belagak cm xde pape belaku..tp x bolehh....uwaaaaaa...


Love,
Miss Leya Merican

Dear Miss Leya Merican,

Thanks sebab jadi silent reader.  Boleh la dari takder apa-apa kan?  Lagipun memang dah jadi lumrah masyarakat Melesia tak suka nak out-outspoken ni.  So apa apa pun dalam hati,  suka pendam dan simpan,  tapi bila terluah.............NENJIAAAAAAAAAA....

Soalan u olls ini sama saja,  iaitu tentang sorang kawan sepejabat u olls yang mempunyai perangai hina yang pelbagai.  Meriah sungguh kawan sepejabat u olls ini.  Dia suka meminjam tapi tak tau membayar,  tak buleh tingok orang lebih dan ketiga dia ada ramai skendel yang suka memberi banyak hadiah-hadiah mewah.

Perangai hina nombor satu kawan u olls itu ialah suka meminjam tapi liat nak membayar.  Akak penah mengulas tentang perkara ini.  So u olls baca link ini  :  Dear Kak Merr : Dah la hutang, berlagak pulaks!!


Perangai hina nombor dua kawan u olls ini ialah dia suka mentiru apa saja yang u olls ada.  Kalau u olls beli tudung merah,  dia pun merah.  U olls beli kasot Vincci,  dia pun nak berVincci.  U olls beli hempon baru dia pun nak tiru jugak.  U ollsss!  Seharusnya kalau akak jadi hang,  akak tidak berasa rimas dan membenci malahan akak akan berasa sungguh riak dan takbur kerana U OLLS AKAK ADA PEMINAT FANATIK U OLLS!  Kalau dia tau akak ni suka pakai suak dalam Avon pun dia nak tiru jugak kan?  So u ollls.  Positive thinking.  Biarlah dia ikut semua benda yang u olls buat,  JANGAN U OLLS PLAKS YANG TIRU APA DIA BUAT!  Sangat tak hot okay nyah!

Perangai hina ketiga dia ialah dia ada banyak skendel dan suka mengikis para skendel-skendel dia ini.  Aiyoooooo!!  Betul ke noks dia ada skendel?  Kadang-kadang pompuan cam ni kuat verangan nyah!  Actually jantan tu semua tak wujud,  hanya dia yang mempropa u olls semua dengan story dia gempak-gempak romen sana-sini,  banyak jantan mau kat dia,  berebut nak kat dia,  and sebab tu la they olls beli dia hadiah macam-macam.  Hakikat?  Takdak sapa pun nak dia kecuali laki dia noks.  Pompuan-pompuan cam ni,  depa suka create dunia fantasi depa sendiri sebab depa buleh rasa macam boleh jadi orang lain dan dijelesi oleh semua pompuan lain.  So u olls,  cuba selidik betui-betui okay.


Kesimpulannya kat sini,  akak nak bagi satu tips yang kita semua kena ada terutama kita-kita yang kerja di jabatan kerajaan ini.  Sebab boleh kata semua pekerja kerajaan ini adalah orang-orang Melayu yang berasal dari pedalaman dan bila masok bandar sikit mulalah berlaku satu fenomena yang dipanggil "CULTURE SHOCK".  Adalah amat penting untuk u olls menjadi seorang yang POSITIVE dan bersikap RELAKS.  Jangan terlalu ambil tahu hal peribadi kawan-kawan sepejabat,  kalau they olls cerita,  jadilah pendengar yang baik.  Dan kalau u olls pun malas nak dengar,  cakap elok-elok,  "Sorry nyah,  mak dah tak kuasa nak layan cita hang,"


Berlakon busy di depan computer adalah cara yang paling baik untuk mengurangkan aktiviti sosial dengan kawan-kawan sepejabat.  Bukan tak mau bagi ampa bersosial u olls,  tapi kadang-kadang too much information akan jadi cam ni la.  It's not too late for u to repair perhubungan baik u olls dan kawan-kawan.  Just relaks dan let time heal everything.  Nanti pelan-pelan depa sendiri la nampak sapa bek sapa jahat.  Kita tengok tepuk tangan ja la.

ps/  Akak manage kawan-kawan macam Facebook.  Akak ADD and ACCEPT semua,  tapi akak hanya COMMENT sapa yang akak suka and rapat,  akak HIDE sapa-sapa yang bising dan suka buat statement meletops padahal akak tau dia tu biasa saja,  akak DELETE orang yang tak diperlukan,  and akak BLOCKED sapa yang tak hormati akak.

Sekian,  terima kasih.

22.10.10

Anak Kak J Lo

Nenjia u olls.  Anak kembak Jennifer Lopez yang berusia 2 1/2tahun.  Nama depa Max and Emme.  Ini first time depa membuat modelling untuk Gucci's new children's line.  Meletops noks.  Kecik-kecik dah buat modelling.

21.10.10

Pesan Babah yang Meletops

Hello u olls.  Akak ada satu cerita dari kawan akak yang meleps ini.  Sila baca emel yang dia send kat akak. 

Cerita Tudung Meja
Aku duk diskas dgn bapak aku pasai bajet untuk kawin. Pastu dia duk separate sewa dewan, kerusi meja dgn caterer semua. Pastu aku kata la aku nak balut kerusi. Dia kata:

"Balut kepala tu dulu baru sembang pasai balut kerusi,"  

Nahariammmmmmmmmmmm,  Baru ang ampa ada akai,  kena dengan father sendiri.

Gamak lama di ambik tahun 2007.  Aiseh...jom pi makan Chillies wehs.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk dua besfren saya yang kembak iaitu Asmaa dan Aishah.  Tahniah ampa dah 25 tahun.  Sama tua dengan aku dah.  I love ampa so much.

Terimalah....tarian ketam.

Video Klip Anak Dara Will Smith

Noks.  Ingat Willow Smith?  Nenjiaaa.......(kalau sebut perkataan ini kena sebut panjang and lama-lama) video klip ofisyel dia berjudul Whip My Hair.  Dalam bahasa Penang,  hayooonn rambut aku!  Boleh? 

Mula-mula start video klip ini akak ingat dia duk buat ala-ala Bad Romance Lady Gaga.  Semua putih pastu nampak macam futuristic.  Tapi noksss bila dia mai dengan hayon hayon rambut dia,  habis semua kawan-kawan dia jadi warna warni.  Akak suka tengok video klip ini sesuai dengan Willow yang masih lagi peringkat awal remaja. 

And i love baju baggy jumpsuit yang warna kuning dia pakai dalam classroom tu.  Sangat MC HAMMER ok. 

Apa pun,  enjoy the video.

Kak Merr Tak Mau Jadi Pompuan Suka Menunjuk

Doa I olls kepada Nya,jauhi diri ku dan kawan-kawan dari perangai suka menunjuk.  I olls nak guna Facebook untuk tujuan baik saja iaitu membesakkan rangkaian business dan keep in touch dengan kawan-kawan.  I olls nak guna blogspot sebab I olls memang minat bercerita dan share dengan semua orang.  Hope u olls semua suka membacanya. 

Facebook dan Blogspot bukannya wacana untuk menunjuk jenama baju,  kasot,  seluak dalam,  bek mekap,  barang mekap dan lain-lain lagi. 

Kalau terkadang itu adalah akak menunjuk apa-apa adalah tujuan nak share dengan u olls semua kat mana akak beli,  dan bukannya dengan niat nak kata "HAA! AKU MAMPU BELI NYAH!  KO TU MANA ADA KLASS NAK PAKAI BARANG BRANDED MACAM MAK!" 

Siries...attitude itu adalah sangat kampung.  Sedih masih ada orang yang bersikap macam itu.

Posted dalam Facebook akak pada 19 Oktober 2010.

20.10.10

Ada pepet tak?

Ada satu cita ni yang sangat luzahhhhh! Tapi akak nak cita jugak.  Sebab akak tau.  U olls yang baca belog akak ini,  semua pun otak LUZAH jugak.  Tapi suka-suka buat coverina sopan.

Pada satu hari,  sokrang isteri duk kat rumah.  Suami dia takdak.  Pastu ada orang ketuk pintu rumah dia.  Bila dia bukak,  ada satu laki berdiri depan pintu.  Dia tanya "HANG ADA PEPET TAK?"

Pompuan itu terkejut noks.  Aiiyooo...pevet tak bertempat.  So dia terus katop pintu takut nanti orang laki itu buat apa-apa yang tak diingini.  Malam itu,  dia bagitau suami dia apa yang berlaku.  Dan suami dia kata.  Maybe ada orang gila kot kat kawasan ni. So buat tak tau ja la.

Esoknya,  setelah suaminya mengepi kerja.  Lelaki itu datang lagi,  dia ketok pintu kuat-kuat pastu bila pompuan ni bukak,  dia tanya "HANG ADA PEPET TAK?"

Pompuan tu jadi takut sangat.  Malam itu dia pun bercakap dengan suami dia tentang gangguan itu.  Laki dia menjadi merah padam  "Takpa...esok abang tak pi kerja.  Abang tunggu kat rumah dengan Ayang.  Nanti kalau orang tu kacau.  Abang tau la camna nak kerjakan dia!"  kata si suami dengan penuh semangat.

Esoknya,  pintu rumah mereka berketok lagi.  Si suami pun cepat-cepat berdiri belakang pintu.  Dan si isteri pun membuka pintu.  Dan lelaki itu pun muncul dan bertanya lagi "HANG ADA PEPET TAK?"

Si isteri memberanikan diri dan menjawab "HA!  AKU ADA PEPET.  AWAT? PASAIPA?"

"KALAU HANG ADA PEPET,  BAGUIHLAH.  HANG CAKAP KAT LAKI HANG,  SURUH DIA PAKAI PEPET HANG.  JANGAN PAKAI PEPET BINI AKU DAH!"


Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....sampai hari ini kami tidak dapat tau apakah nasib si suami itu. Para suami sekalian,  pastikan anda pakai PEPET yang betul.

cita - disampaikan oleh INTANKINTAN,  gambar by Bangsan

Top 5 Tips Nak Bina Kekayaan dan Kejayaan by Warren Buffet

Akak terbaca artikel ini dalam Yahoo News.  Akak suka baca Yahoo News ada macam-macam info kat situ.  Akak share kat Facebook tapi ramai yang suruh akak tolong translate kepada bahasa Melayu supaya u olls senang faham.

Hari ini akak free,  sambil membasok baju,  akak pun akan mentranslate artikel ini untuk u ollls semua.

U olls kenai ke Warren Buffet?  Akak pernah baca pasai dia sekali.  Tak ingat kat mana.  Tapi artikel dalam Bahasa Melayu.  Dia antara orang terkaya di Amerika.  Memang meletops nyah.  Walaupun dia kaya gabai,  tapi dia takdak PA,  takdak bodyguard,  rumah dia rumah biasa jer dia beli kat Omaha,  Nebraska berharga $31,500 pada tahun 1958,  sampai lani dia duk situ dan paling meletops dia tak pernah pakai credit card.  Dia tak belajar tinggi,  dia cuma suka berniaga dari kecik dan segala harta yang dia ada adalah dari usaha dia sendiri.

Walaupun dalam dunia politik,  perniagaan dan hartanah orang ramai mengangkat dia sebagai seorang yang amat dihormati namun,  Warren himself adalah seorang yang sangat rendah diri.  Dia tak pernah ajar anak-anak dan cucunya tentang hidup sebagai orang kaya.  Cucu dia sokrang ni,  nama Nicole Buffett masa umok 17 tahun baru dia tau tok dia ni kaya gila bila baca dalam majalah Forbes.  Meletops!!

Cara kehidupan dia adalah langsung tidak sama macam orang kaya lain.  Tuah ayam nampak di kaki,  tuah maknusia tiada siapa yang tahu.  Kalau kita asyik nak tunggu tuah,  sampai berbuah lah otak kita.  Yang penting usaha,  keyakinan dan keikhlasan pasti akan berjaya. 


1. Live Below Your Means.


Being wealthy isn't just a product of your salary or investment prowess; it's learning how to save.

"We can make a lot of money, you can make a little bit of money, but the second you spend all the money is when people get into trouble. Saving is the key to preserving your wealth," says Ed Butowsky, managing partner of Chapwood Capital Investment Management, a firm that manages money for wealthy individuals.


As many Americans realized during the booming real estate market, just because you think you can afford something doesn't mean you should buy it. Keeping an eye on your bottom line will pay dividends over the long term.
Maksudnya - Hiduplah bersederhana.  Kita jadi kaya bukan sebab gaji kita besak dan kita banyak buat investment semata-mata tapi macam mana cara kita simpan duit.  Menabung adalah kunci kepada kekayaan.  Tak semestinya kita mampu beli sesuatu benda itu,  so kita nak beli!  Kan??????  Contohnya,  walaupun noks mampu pakai Honda tapi cukuplah memakai Viva.  Beza u olls leh save RM500-RM1000 sebulan kat situ.  Meletops!


2. Bounce Back From Defeat


With nearly 15 million workers unemployed right now in the U.S., it's easy to get discouraged. Don't! Most successful and wealthy people have overcome obstacles and failure along the way. Steve Jobs was ousted from Apple when he was 30. Today, he's a billionaire and a legend. Plus, after getting fired, he created another billion-dollar media company, Pixar.
"Bouncing back from defeat is something all great achievers have. They have this undying belief good things will happen and will continue to happen," says Butowsky.


Take Michael Jordan. "His airness" was cut from his high school basketball team. Motivated by the rejection, Jordan became a star the next season. The rest is history.
Maksudnya - Sekali gagal tak bermakna janganla rasa gagal buat selama-lamanya.  U ollls.  Ini adalah amat penting untuk kita semua.  Terutamanya untuk semua yang dalam bidang perniagaan.  Dalam artikel di atas disebut,  Steve Jobs ditendang keluar dari Apple ketika umok dia 30 tahun. Tapi soon after dia keluar dan buat Pixar dan dia jadi salah sorang billionaire kat dunia ini.  Orang kita ni,  kalau buat berniaga tak laku mulanya berdalih,  kena bomohlah,  ada orang nak buat naya la dan macam-macam lagi.  STOP BERDALIH U OLLS!  Dan jadilah lebih realistik.  Kalau hang kerja keras...........pastinya hang buleh capai apa yang hang nak.
3. Self-Promote


Regardless of the profession, the rich and successful tend to have a strong sense of self-worth — key to skillfully navigating an upward career path. Mark Hurd, who was ousted as CEO of Hewlett-Packard in August, couldn't be kept down for long. Using his business skills and connections, in September, Hurd was named president of Oracle. (Hurd and Oracle founder Larry Ellison are known to be close friends.)

Maksudnya - Promot diri sendiri kat sini bukan bermaksud kaki bodek u olls!  Pikiak secara positive,  kalau kita nak berjaya maksudnya kita kena bergaul dengan orang-orang yang berjaya lah!  Jangan selalu berhasat dengki dan cuba bodek boss boss u olls secara membabi buta.  Membodek boss dengan cara yang positive,  selalu jaga imej diri dengan maintain kredibiliti kerja yang betul dan tak banyak buat masalah - OTOMATIK BOSS SAYANG kan??  Habis tu....senang tak nak naik pangkat? 
4. Have Street Smarts


Bernie Madoff lived the high life for decades, scamming unsuspecting clients, with a money-making formula that proved too good to be true. Only afterward did we learn that with a little due diligence, most clients could have easily uncovered the fraud.


But it's not only the swindlers and the con men you have to watch out for. Many times, friends and family take advantage of the rich. Whether it's a handout or an investment idea, Butowsky advises his high net worth clients that in most cases, it's wisest to just say "no." The best way to do that: have someone else do it for you.


"You need to really set up a wall between you and your family," he advises. "If you don't want to give them (family or friends) money ... saying no is probably a good idea."
Maksudnya  - Kita selalu pikiak orang-orang luar yang tiba-tiba nak ajak kita buat business,  skim cepat kaya,  MLM ini semua adalah orang orang yang kita tak patut percaya sebab kita tak tau sapa orang itu.  Kita tak kenal latar belakang dia dan sebagainya.  Tapi in most cases,  kadang-kadang adik beradik dan saudara mara terdekat la yang suka dok mai promot kat kita untuk buat business karut ni semua.  Kita pun semua percayalah sebab kita rasa,  depa adik beradik!! Boleh percaya.  Nyah.......semua tu karut saja.  Kita kena berani kata NO.  Dan paling bagus,  kita suruh orang lain kata NO untuk kita.  Sebab kadang-kadang maknusia ni,  dia saja saja buat tak paham.
5. Buy Cheap


The rich can afford to splurge, but that doesn't mean they do.


John Paulson, a billionaire hedge fund manager, bought his Hamptons "dream house at a bargain basement price," according to Greg Zuckerman, author of the Paulson-based book, "The Greatest Trade Ever." The story has it that Paulson eyed the home while it was in foreclosure. Finally, on a rain-soaked day, he purchased the home on the Southampton town hall steps. He was the only bidder.


On New York City's Upper East Side, Michael's— The Consignment Shop for Women— has been a bargain-hunting destination for more than 60 years. "We have a good percentage of women who can afford to shop on Madison Avenue but really like the idea of saving that money," says proprietor Tammy Gates.


From Chanel to Gucci and Louis Vuitton, the store specializes in high-end designer merchandise for a reasonable price. Speaking of her clientele, Gates says, "they're wealthy for a reason. They recognize that bargains keep people wealthy. Paying top dollar when you don't have.
Maksudnya  -   Nokss! Mak tak payah cakap banyak dalam bab ini.  Tak semestinya kita orang kaya kita kena makan kat hotel hari-hari.  Padang Brom pun meletops.  RM10 perut dah kenyang.  Orang kita zaman sekarang ni,  kalau boleh nak tunjuk brandy-brandy saja barulah rasa keyakinan diri tu tinggi sebab u olls rasa lebih hebat dari orang lain yang hanya mampu beli barang baby kat Tesco.  Kan??? Jangan over la nyah. Mulai sekarang,  kalau u olls rasa nak cepat kaya dan nak menabung dengan lebih banyak.  Cuba stop shopping barang mahal-mahal. Tak kisahlah daripada seluak dalam hinggalah ke kereta yang u olls beli.

Sekian saja.  Hope u olls fapat belajar banyak dari apa yang akak kongsi hari ini.  Akak tiba-tiba verver macam pembaca berita sat.  Bahasa akak guna pun tidak begitu pondan.

Love u olls.

ps/  Berapa u olls simpan sebulan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE