Sumbangan untuk Anak Anak Rohingya






Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu. Datuk Ramli Sarip, bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama. Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma. Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM. Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga, aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA! Read here : THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip

Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama. Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.

”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”

5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?

Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.

Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.

“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.

“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.

Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.

Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees), bahagian pendidikan. Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur. Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa. Atas permintaan, jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan. Buat masa ini, operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Kami tiba lebih kurang 10 pagi, ditemani oleh Faiz and Naim, rakan pelajar USM yang rapat dengan aku. Depa yang tunjuk jalan. Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love





Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.







Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah. Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua. LOL



Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops. U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat, kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best. Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!! Sila layari : Barak's Best





Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.

Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.

”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”

Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.

”Cikgu...nanti saya mau pi US,”

”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.

”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.

Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.

Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.

“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.

”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.

Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan. Suhaila, Yana, Kak Shuk and Faridza. Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.

Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.

Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar. Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.

Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.


Sopi yang tengah, Jamaluddin yang kanan sekali. Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.

Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.

”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku. Kami tak suruh pun depa cuci. Tapi depa sendiri yang cuci. Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta. Depa tau, orang dah memberi, depa tau nak layan balik dengan elok. Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai, ampa didik depa jadi manusia.

Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.

”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”

“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.

“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.

Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing. Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi, si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya. Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid. Duit upah tu untuk bantu keluarganya. Jamaluddin pulak, bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai. Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”

Aku tutup cerita aku hari ini. Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.

Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends

Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.

  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.

  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.

  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang

Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun

Kelas Tahap Satu: 20 orang.

Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang


Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.


Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643

Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps : Sekolah Damai Minden

Gambar Sekolah Damai. Yang biru tu la POLO SPORT I. HAHA


Facebook Sekolah Damai
Sekolah Damai Minden

Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar









Jamaluddin yang paling depan dalam gambar ni, memakai jersey QATAR.









Perhatian dan kerjasama kalian semua untuk share link ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

RM1 mungkin kecik di dunia, tapi besaq di akhirat.

Be kind to one another.

#SekolahDamai

29.10.10

Barang Mekap dan Kecantikan - Mana nak jimat? Mana nak boroskan?

Hello u olls semua. Haritu akak terbaca satu artikel tentang tips kecantikan diri yang bertajuk "Beauty Product - When to save and when to splurge?" Oleh itu akak meneruskan pembacaan itu dan membuat sedikit lagi research tambahan dan akak pun membuatlah artikel yang bertajuk "Barang Mekap dan Kecantikan - Mana nak jimat? Mana nak boroskan?"


Sesungguhnya sebagai orang pompuan-pompuan ini, produk kecantikan dan barang make up adalah seperti sport rim untuk lelaki! Kan??? Oleh itu akak harap artikel ini dapat membantu u olls semua membuat pilihan produk yang terbaik untuk kulit malah terbaik untuk POKET kita.

Semua nota ini adalah berdasarkan perbandingan yang akak buat sendiri. So, kalau ada bantahan boleh tulis comment ya. Kita sama-sama share ok.  Sorry akak tidak menyertakan jenis product yang bagus.

Barang Kecantikan

Cleansers / Pencuci Muka - Jimat
Semenaknya ada pelbagai jenis pencuci muka yang diciptakan untuk pelbagai jenis kulit maknusia yang kita boleh beli dengan harga murah di farmasi dan Tesco.  Yang penting u olls beli yang bagus dan lepas cuci muka tu u olls boleh rasa muka u olls bersih suci murni.  Dah nama pun pencuci muka kan?  Beli mahai-mahai pun,  pastu u olls cuci habis buang kat singki!  Sat ja....Tetapi kalau boleh untuk semua jenis kulit pun,  beli pencuci yang bukan berasaskan sabun.  Pencuci jenis ini adalah lebih gentle untuk semua jenis kulit.  Tapi mak ayam akak iaitu Zarina Abdul Rahman berpendapat,  actually product kecantikan yang murah atau mahal adalah tak penting,  yang penting ianya sesuai dengan jenis kulit u olls. 
Akak suka  :  Sabun Rawatan Kulit DN Beauty


Toner- Jimat
Selepas mencuci kita mestilah gunakan toner untuk membuang baki-baki sabun pada wajah,  dan baki-baki mekap yang tak hilang sebab make up di samping menutup semula liang-liang roma kulit kita selepas cucian.  Tapi untuk toner u olls boleh beli daripada produk yang murah dan bagus. 
Akak suka / pakai  : Neutrogena Fine Fairness Toner

Night Cream - Mahai - Mahai
Sebelum kita tidur u olls,  inilah masa untuk kita menempek krim-krim kecantikan yang terbaik untuk kebaikan kulit kita.  Bergantung kepada bajet u olls semua,  tapi adalah sangat bagus kalau kita membeli krim malam yang bagus dengan harga yang setimpal dengannya.  Janganla menempek bedak sejuk u olls. Sangat zaman tok tok okay.  Zaman tok tok takpala,  masa tu depa duk rumah kemas rumah dan duduk kat tangga panggil jiran sebelah ajak cabut uban.  Paling teruk pun kerjanya jalan ke kebun belakang rumah untuk mencabut sedikit daun serai dan pandan.  Zaman sekarang macam kita ni,  dah ler kerja naik motor naik and naik kereta,  kulit kita terdedah dengan cuaca yang panas (Sinaran UV) dan juga udara yang tercemar.  So its good bila malam-malam kita baja balik kulit kita dengan produk yang bagus dan meleps. 
Akak suka  :  Set Rawatan Pencerahan tanpa Pengelupasan DN Beauty


Day Cream - Jimat
Pakar kulit berpendapat elemen penting dalam produk day cream adalah sunscreen.  Ada tu baguslah!  Kita boleh lindungi kulit kita dari sinaran UV nyah.  Sinaran UV adalah sangat jahat,  bukan sahaja menghitamkan kulit kita,  malah menyebabkan kedutan dan jugak jeragat.  Ada banyak produk krim siang yang bagus untuk kita semua.  Tak perlu beli mahal pun takpa noks.  Kalau u olls nak pakai yang mahal,  u olls masih boleh berjimat.  Instead of amik krim tu,  letak kat tapak tangan,  pastu buat pusing-pusing pastu baru letak kat muka,  HABIS CEPATLAH NYAH!  Ko dab terus kat dahi,  pipi dan hidung pastu terus sapu dengan hujung jari hingga rata. 
Akak suka  :  Elianto Miracle Multiplex BB Cream


Shampoo - Jimat
Shampoo diciptakan untuk membersihkan rambut kita.  So,  macam biasa,  lepas sabun-sabun u olls terus cuci dan sabun itu masok lah dalam longkang.  Takpayah la nak beli jenama mahal-mahal.  Sebab kemikel semua sama saja.  Cuma yang membuatkan shampoo mahal jadi lebih mahal sebab branding,  dicampur dengan wangian mewah dan kemikel ntah apa-apa.  Contohnya akak,  pakai la shampoo mahal macam mana pun,  in the end Head and Shoulder jugak yang membuatkan rambut akak tidak gatal-gatal dan berkelemumur.
Akak suka :  Head and Shoulders Shampoo Cool Menthol

Hair Mask - Mahai-mahai

Hair mask u olls pakai seminggu sekali kan?  So kalau u olls beli yang mahal pun,  kadang-kadang dua tahun tak habis u olls.  Dah shampoo ko pakai yang murah kan?  So yang hair mask ni,  kalau boleh beli la yang bagus sikit.
Akak suka :  SCHWARZKOPF Professional Bonacure Total Repair Treatment

Lip Balm - Jimat
Lip balm boleh beli yang murah.  Lagi bagus ada perlindungan SPF15.  Boleh dapat yang murah nyah.
Akak suka  :Vaseline Lip Therapy Petroleum Jelly, Advanced Formula

Potong rambut - Mahai-mahai
U olls!  Rambut adalah mahkota seorang wanita.  Tak kisah hang free or bertudung u olls,  at the end of the day sapa nak tengok rambut hang tu?  Hang jugak kan?  Kalau rambut lawa,  SEMUANYA akan terasa lawa!  Oleh sebab itu akak amat menyarankan u olls kalau nak potong rambut dan mengkaler rambut atau nak kerinting atau sebagainya,  better pergi kepada profesional hairstylist okay.  Jangan simply DIY kat rumah ok.  Akak seram sejuk tau memang ramai pompuan-pompuan suka buat eksperimentasi potong rambut sendiri kat rumah.  Aiyoooo!! 
Kalau u olls nak colour rambut ifek biasa satu colour, u olls boleh buat sendiri.  Tapi kalau nak efek meletops dan nampak cantek 3D,  please buat dengan pakar.  Macam akak,  akak getis bleaching rambut sendiri masa nak pi Phuket tu!!  Memang nampak cantek,  tapi lepas itu baru akak sedar yang akak telah merosakkan kutikel rambut akak.  Bila kutikel rambut telah menipis,  lepas itu u olls nak buat treatment apa pun tak guna.  Rambut boleh gugur dan kalau nak colour apa pun boleh luntur. 
U olls actually masih boleh berjimat kalau nak masok salon-salon melepsss ni!  Caranya ialah u olls mintak perkhidmatan dariapda Junior Stylist.  Selalunya Jr.  Stylist adalah lebih murah sebab they olls baru tetapi setiap kerja they olls dipantau oleh para profesional hairstylist.  Its important untuk u olls ada hubungan yang baik dengan hairstylist u olls supaya u olls akan always dapat best price dari dia.  Bincang harga dan bajet u olls sebelum dia memulakan kerja.  Cara ini adalah sangat bagus supaya they olls takder la suka suki buat treatment tambahan tah apa-apa and charge u olls extra.  Ada faham?
Akak Suka  :  Hair Impression,  KOMTAR Penang dan HITOMI Sungai Dua,  Penang.


Barang Mekap

Eye Shadow - Mahai-mahai
Untuk eyeshadow,  akak cadangkan u olls belilah brand yang mahal sebab warnanya lebih mewah,  calit sikit dah melekat u olls.  Eyeshadow yang biasa,  bukan tak bagus,  tapi selalunya dia berhabuk/berserbuk dan kaler tak melekat elok pun kat kulit.  Akak cadangkan u olls beli yang mahai punya.  Kalau tak mampu,  tak payah beli banyak-banyak kaler.  Beli warna-warna basic seperti jingga/brown/light gold,  hitam dan putih.  Eye shadow boleh pakai lama.  So apa salah nya beli yang mahai sikit.
Akak suka : M A C Eye Shadow /  Miss Rose

Foundation - Mahai - mahai
Apa yang paling penting dalam mekap?  OF COZ foundation nyah.  Belilah foundation yang bagus dari jenama yang dikenali dan disembah ratu.  Kenal pasti jenis kulit u olls,  berminyak,  kering atau kombinasi. Minta pendapat pakar kecantikan kat kaunter-kaunter make up untuk pilih the best foundation untuk kulit u olls.  Kalau boleh dapatkan jenis foundation yang mempunyai elemen tambahan untuk kebaikan kulit.  Tips akak,  taukah u olls bahawa produk Lancome dan Loreal adalah dari pengilang yang sama. Maksudnya,  kalau u olls berduit boleh la memhabiskan duit u olls kat kaunter-kaunter make up yang meletops seperti Benefit,  Mac,  Laura Mercier dan lain-lain.  Kalau u olls nak bajet sikit,  u olls boleh try produk macam Revlon,  Maybelinne dan macam-macam lagi yang ada kat Guardian atau Watson.  Akak selalu ditanya oleh kawan-kawan akak untuk mintak tolong beli foundation Krayolan yang akak guna untuk make up muka pengantin.  Nyah...........akak nak bagitau kat sini,  KRAYOLAN bukan untuk daily used ok.  Akak tak mencadangkan u olls semua untuk memakai KRAYOLAN hari hari okay.  So kalau u olls nak cantek macam pengantin hari-hari........erm.......boleh nyah.  Tapi tunggu 2 tahun,  pastu hang compare muka hang dengan muka akak okay?  Ada BRAN??
Akak suka  :  Laura Mercier Oil Free Foundation


Eye makeup Remover - Jimat
Make up remover u olls boleh pakai yang murah ja nyah.  Tak perlu verver pakai MAC pun takpa.  Kalau nak jimat,  pakai minyak zaitun pun lagi bagus.  Tapi kalau u olls cuci make up guna yang berasaskan minyak,  dan u olls memang mempunyai kulit yang jenis berminyak,  akak cadangkan u olls cuci muka dua kali ok.  Dah cuci dengan sabun,  lepas basuh...u olls cuci lagi sekali.
Akak suka : Maybeline Make Up Remover

Mascara - Jimat
Nyah!  Bak kata kawan bek akak iaitu Cekgu Asmak, seorang pencinta mascara yang setia,  mascara adalah barang make up yang paling cepat kering / habis.  So beli yang murah-murah pun sudah la u olls.  Cuma pilihlah mascara yang mempunyai brush yang sesuai dengan jenis bulu mata anda.  Brush besar for bulu mata panjang,  brush kecil untuk bulu mata yang pendek-pendek.  Tapi untuk u olls semua,  akak sangat rekemen MAYBELINNE.  Sebab Maybeline punya mascara memang the best la akak rasa! 
Akak suka  :  Maybelline Pulse Perfection Vibrating Mascara


Makeup Brushes - Mahai - mahai
Good makeup brushes are worth the investment. Make up tools yang  bagus boleh memudahkan kita menyental kaler kat muka dan mendapat hasil yang cantek dan tepat.  Jangan la beli semua brush sekali gus noks!  Nak mampus ke apa!  Lainlah kalau hang ditaja oleh datuk-datuk.  Beli satu-satu brush.  Nanti lama-lama banyak la kan?  Beli yang brush-brush yang basic iaitu untuk blush, powder, lip, and certain brushes for applying your eye makeup. And tips akak,  next year birthday wish u olls - Brush Make Up!! Kan?  Bijak tak akak?  Semua beli sorang satu untuk u olls.  Brush yang bagus jugak,  kalau kita cuci still elok dan bulu dia maintain tak terkeluar noks!  Kalau brush yang jenama biasa,  sekali hang cuci...pastu jadi macam bulu pepet kuda.  Tajam-tajam u olls!
Akak suka  :  Mac Foundation Brush 190

Pensel Celak / Lip Pencil  - Mahai pun tak pa..murah pun takpa
Selalunya,  pensel celak atau pensel gincu ni kalau dia mahai sebab depa guna lilin yang lebih lembut dan mudah untuk kita lukih kat muka kita.  Tak payah tekan banyak-banyak.  So,  belilah produk pensel celak atau pensel gincu yang bila u olls pakai,  lembut,  kaler dia keluakkkkkkkkkk dan senang.  Kadang-kadang beli yang mahai ni,  bila shap patah-patah-patah.  Last-last tinggai kontot. 
Akak suka  : Avon’s Ultra Luxury Eyeliners

Lipstick and Lip Gloss - Mahai pun tak pa..murah pun takpa
Lipstick mesti semua orang nak beli kan??? Mahai pun nak.  Murah pun nak.  Janji cantek kan u olls?  Cuma yang mahai ni ada la dia boh vitamins la,  SPF la,  minerals la   dan macam-macam lagi yang brand murah takdak.  Itu ja u olls. 
Akak suka  :  Revlon Colorburst Lipstick in Soft Nude

Sekian saja catatan akak hari ini.  Akak bukan pandai sangat ok.  Kalau salah mohon betulkan.  Akak pun duk belajar-belajar u olls.  Kalau ada soalan lagi,  please contact akak ok.

ps/  I love u olls.

11 comments:

  1. Btoi2. Foundation elok beli yg mahai skit tak pa. Yang lain, ikut bajet masing2.

    Tang eye shadow kan Jumie, kami suka L'oreal. Murah ja. Lagi bagus drpd kami punya Stila eye shadow.

    Lagi satu kami pernah baca, save kat benda yang kita pakai sat kat muka. Macam benda yang nak cuci2 ni (makeup remover etc). Pastu splurge kat benda yg kita tepek kat muka lama (eye cream, moisturizer, night cream etc).

    ReplyDelete
  2. jumie..yg BB cream elianto tu memamg bagus.muka nampak gebusss dan suci je.tp kami ada soklan skit ni.dlm mekap kita kan,concealer tu perlu ka?kalo nak pakai,kena guna concealer dulu b4 BB cream ka atau guba BB cream dulu. tq..

    ReplyDelete
  3. ooo....bestnyer baca tips2 nie

    ReplyDelete
  4. jumie nak tye ni..
    foundation naturactor tu bkn untuk daily use jgk ke??tulke foundation ni xde perlindungan cam day cream?kite pakai foundation dulu kan before day cream?

    ReplyDelete
  5. Reena : tips yang sangat bagus dan muda ingat.

    Dya mohd : kalau u olls nak pakai concealer...pakai before foundation ok.

    Nurul : Saya tak pernah pakai noturactor. tapi macam pernah tengok. Kalau dia ada UV rays, okay la....tapi untuk pakai hari hari depends la macam mana. sorry tak tau sangat pasai produk tu.

    ReplyDelete
  6. mana nak cari Maybelline pulse perfection vibration mascara tu? nak yang tu...

    ReplyDelete
  7. Vee, kat melesia tak sampai lagi Mascara tu. Tahun depan sure sampai. My friend hadiahkan untuk i olls masa dia pi Canada.

    ReplyDelete
  8. salam,,,
    saya nak komen skett tang bedak sejuk tu,,,
    kawan saya pakai bdak sjuk ngan kulit kayu manis yg ditumbuk halus,,
    parut dia ilang,,
    parut demam campak pun ilang,,
    tu petua org dulu2 kot,,

    ReplyDelete
  9. ...Utk mascara vibrate tu... anda boleh cuba Mascara Lancome... dah lama ada di Malaysia.. kalau tak silap laaaa.. last time depa kasi try masa shoot EH...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com