18.10.10

Kak Merr Pondan atau Woman?

Halooo u olls.  Satu hari akak mendapat satu emel kat Fesbuk akak yang berbunyi begini.  U olls bacalah sendiri.

Kang Kong  :  Hi Kak Jumie...saya confius skit lah kat Jumie.. nak tanya...kak jumie jangan marah ek,, kak jumie nie female ke shemale...sbb kalau tgk kata-kata kak jumie banyak menjerumus kearah shemale...kalau tgk wajah kak jumie.  memang confirm female..saje nak tau..boleh kan??

Jumie Samsudin  :  Akak wanita...tapi telah dipondankan!  Kelessss

Seronot akak kenakan adik Kang Kong ini.  Sah sah dia lagi confuse baca email akak itu.  Biar la noks.  Haruslah akak bagitau kat sini.  Akak adalah WANITA yang telah dipondankan.  Akak wanita di luar,  tapi di dalam akak adalah PONDAN yang hakikatnya berani,  outspoken dan mempunyai attitude "diva divana!".

Dalam gambar ini shot muka akak sangat pondan.  Kan???
Kang Kong,  u olls kata dari segi percakapan akak ini menjerumus kepada cara cakap pondan-pondan.  Tapi noks,  bukan I olls jah yang suka bercakap macam ini,  actually akak rasa zaman sekarang ni,  dah macam trend masyarakat menggunakan term-term "Bahasa Pon and Nyah" dalam percakapan seharian.

I olls sikit pun tak marah dengan soklan seperti ini.  Nokss!  Siries akak bangga bila kadang-kadang orang panggil akak pondan.  Pondan dan perempuan for me sama jahh!  Ada yang baik,  ada yang lemah lembut,  ada yang kuat verver! Ada yang kuat propa,  ada yang over cinta kat jantan! Ada yang tak sedak diri.....Ada yang lemah,  ada yang dianiayai....sama ja pompuan dan pondan.  Cuma yang tak sama we ollss??  Erm...u ollls pikiak la sendiri.

Tapi u olls kata,  "Kalau tengok muka kak jumie......sah sah female!"  Aiyooo! Chooiiiii sangat.  Ada pondan-pondan yang mukanya lebih woman dari akak ok.  Tulah u olls semua banyak sangat tengok Astro Ria tak bercampur sangat dengan dunia luar.  Bila bercakap pasai pondan u olls mesti akan terpikir bab-bab ini.  Berikut adalah mitos-mitos tentang pondan yang akak nak perbetulkan u olls pengetahuan kita semua.  Kepada 'kakak-kakak' yang terbaca artikel ini,  I olls mohon sembah ratu untuk membuat penerangan ini.  Kalau salah jangan marah ya. 
  • PONDAN RANGKA BADAN BESAR
    Tak semestinya pondan mempunyai rangka badan yang besar bak gajah.  Memang 90% yang kita jumpa adalah 'akak-akak' yang sangat Emeriken size.  Tapi noks,  pompuan pun banyak jugak yang bersaiz agam.  Dan ada jugak pondan-pondan yang kecik molek size badan dia,  sangat woman u olls!  Contohnya sorang kawan akak....badannya kecik sangat u olls.  Masa dia makan nasik kat rumah akak,  bapak akak pun cakap "Hang kalau pakai kebaya mesti cantek!"  Boleh???

  • PONDAN SUARA PARAU
    Noksssssssssssss......tak semestinya!  Ada jugak pompuan yang suara parau contohnya Mesi Grey!  I olls ada ramai kawan-kawan nyah yang suaranya lembut sangat,  i olls rasa pompuan pun kalah.  Tapi paling meletops....u ollls carik KAJOL KELANTAN dalam YouTube!  Jangan menangis ok....ada nyah ni kat Kelantan boleh buat show kat konsert-konsert desa di Kelantan dengan menyanyikan lagu-lagu Hindustan,  Ziana Zain,  Amelina siap dressing woman lagi ok!!  Akak pelik la...boleh plaks buat concert cam nih kat Kelantan?  Apa pun mak respek jantan-jantan kampung kat sana.  Depa amat menghargai bakat akak Kajol Kelantan itu.  Apa pun,  suara kepit sangat disukai oleh jantan-jantan apabila time-time 2pagi!  Keles...............






  • PONDAN BULU BULU BANYAK
    Ada gaks pompuan banyak bulu!! Kannn??
  • PONDAN INI HIDUP DI LORONG SAJA
    Dulu akak pun berfikiran sendiri.  Bila tengok kawan-kawan 'adik-adik' yang lepak kat area Chulia Street akak terus cho depa "CEK ENDUT!".  Tau tak CEK ENDUT tu apa?  Haaa..pikiak la sendiri.  So setelah perlahan demi perlahan,  I olls mulai membuka mata dan minda tentang dunia NYAH barulah i olls menyedari betapa ceteknya minda ku ini.  Adalah sangat tidak adil kalau kita menganggap golongan nyah hanyalah bekerja sebagai sex worker dan hidup di lorong-lorong sepi sahaja!  AIYOOOO! Salah noks.  Nyah punya career lagi meletops dari kita semua.  Dari penggiat seni,  pereka fesyen,  wedding planner sampailah kepada bidang profesional seperi doktor,  peguam,  dan macam-macam lagi.  Tapi disebabkan METRO dan KOSMO terlalu banyak dok cerita keburukan kisah-kisah MAK NYAH,  so masyarakat kita yang narrow minded ni pikiak cam tu la.  Sedihhh okay.  So u olls semua,  belajarlah sesuatu yang akak tengah belajar dan latih diri akak sendiri sekarang iaitu JANGAN DUK JUDGE ORANG tak pasai-pasai.  Kita bukan juri  Amerike Got Telen!!!

  • PONDAN CAKAP BAHASA PONDAN SAJA!
    Tak semestinya.  Tak semestinya u olls kalau nak bercakap dengan pondan kena cakap bahasa pondan saja.  Sebab tu la bila u olls encounter dengan golongan ini,  tiba-tiba lidah kelu seribu bahasa.  Sedangkan hakikat,  kalau u olls cakap macam biasa,  haruslah we olls faham kan?  Tak semestinya pondan tau cakap bahasa pondan saja.  Akak paling respek salah sorang mama akak iaitu Mama Regina,  as a holistic artist she is a very passionate person apabila dalam berkata-kata,  menulis dan juga melalui lukisannya.  Bak kata beliau,  yang penting mesej tu sampai.  Itu yang memuaskan hati.  One of her quote goes like this.  Painting is also by her.

    "a depiction of how a man wanted to be in relationship and still want to be free. Girls, if u are in asia and ready to face these... good luck to u. sebelah tangan dia pegang u dan sebelah lagi dia gagau yang lain... to them that;s normal. U can tell me later on how u work so hard to make the relationship work.. i will just smile and tell u how much i understand. FIKIR"- Regina Ibrahim
    Kisah ini diceritakan oleh Dr.  Latif,  dia antara manusia yang berniat baik untuk membantu golongan-golongan maknyah kat Penang ini untuk keluar dari kepompong malam.  Dalam satu majlis ilmu anjuran Dr.  Latif about transgender issues,  we olls jemput la mak mak ayam ni sebagai ahli panel.  Pastu antara jemputan yang ada ni,  adalah sokran jantan kunon alim-alim ulamak la.  Cuba nak sekolahkan kakak kakak pondan bahawasanya kehidupan yang mereka lalui ini adalah salah dan depa patut balik ke jalan keinsafan.  Aiyyo...memang boleh nak berdakwah u olls.  Tapi tak perlu la nak malukan insan lain dalam majlis ilmu macam itu.  Orang ramai sedia tahu,  dalam agama Islam,  golongan pondan adalah tidak diterima Rasul.  So perlukah dia nak terangkan lagi siap dengan ayat-ayat Qoran kat dalam majlis itu.  Akak rasa dia mulai riak dengan ilmu agama yang dia ada dan niat dia dah lebih kepada nak bermegah-megah!  Haaa...u ollls tau takpa apa mak ayam besar kat depan tu cakap.  "Thank you sir.  So how do you want me to answer your question.  Do you want me to answert it in Arabic?"  Kelessssssssssssssssssssssss..........ko ingat takder ke 'akak-akak' yang boleh cakap Arab?

    Selamat jalan dunia PONDAN!  Kata makyam ku....Azwan Hj.  Ali...Kelesssssssssss!  Nur Azwan sekarang ok.

Itulah ulasan saya setakat ini.  Tak kisah lah pondan atau woman,  yang penting u olls manusia yang baik budi pekerti,  menghormati orang lain dan tidak berperangai seperti binatang.  Kepada Kak Shasha Patel,  Miss Universe 2003,  "Jumie,  what do you think of adik-adik?".  Masa tu lidah Jumie kelu tak tau nak jawab macam mana.  I think now i know the answer. 

"Kak Shasha Patel if u are reading this,  this is my answer.  I think 'adik-adik' is like me....kuat berangan tapi meriah!  Sebab tu Jumie suka didampingi dan mendampingi 'adik-adik'.  Jumie rasa selesa dan tak perlu berlakon jadi orang lain,"- Jumie Samsudin

8 comments:

  1. hahahaha... i like this entry!!!!hahaha

    ReplyDelete
  2. kajol punya 'jambansss' tak tahan nokksss!! kalah i u olsss!!

    ReplyDelete
  3. saya wanita bersaiz agam! hahaha! dulu masa free hair, shemale2 slalu dok perati i....nak make sure im one of them ker x kot... hehe.

    bak kata kawan2 i, i ni macam "pondan jadi".

    lawak kan...semuanya pasal i tinggi n tough sikit... hahaha. diaorg x tau ke aku nie plus size model... :P

    ReplyDelete
  4. Ninie....meletopsss hang....nice to know u ollls...akak pun plus size mod jugak

    ReplyDelete
  5. kak jumie, ni kat terengganu la. bukan kelantan.

    ReplyDelete
  6. Yeke dik....sorry...akak tak tau. Thanks bagitau. Hang mesti peminat setia Kajol kan?

    ReplyDelete
  7. hahaah aq pong suke ini entry sbb ade org tnye aq cmtuh gak...adakah aq ni pondan? jwpnnye mak telah dipondan kan!!!! hahahha

    ReplyDelete
  8. yess ktia dua adalah wanita yang telah dipondankan!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...