25.10.10

Kawan Sepejabat Yang Hina

Salam Kak Jumie..


Sebelum ni sy jd silent reader je n sentiasa ikut pekembangan kak jumie.seronok baca notes akk 2.byk bnda blh blajar..


sy nk mntk nasihat n tips camne nk hadapi kawan sepejabat yg dulunya baik mcm belangkas tp skrg ni nk tgk muka dia pn mcm dh malas.  Sume jd serba x kena.  Sume bepunca dr duit.  Dia pnjm duit sy dlm 800.  Saya tlg dia sbb dia dh dlm keadaan terdesak n btl2 perlukan duit 2..2 x kisah la..nama pun kwn..tp bila nk mntk balik pnyalah ssh..tmbh2 nk raya ari 2 lg la byk duit nk pki..bila tnya dia wat xtau je pas2 dia blh sound sy kata jgn mntk2 kt dia,dia tau nk byr sendiri..ada duit dia byr..!! abis klu dh 5 taun nnt br ada duit mcmana?bila respond dia mcm 2 sy pn mls nk amik port..lantak dia la nk byr ke x...


then..1 pekara yg plg sy x suka dia jenis manusia yg x boleh tgk org lain lebih..klu sy beli bj baru, dia pn sama akn carik mcm sy pnya,klu org ni ada hp blackbery dia pn nak klu org 2 ada iphone 4 dia msti usaha nk dpt jgk wpun dia n sume org tau dia mmg x mampu..caranya dia akn berskandal dgn pelbagai jenis manusia n 1 more thing dia msh isteri org..hari2 duk cerita kt opis dia kuar ngn si a yg bwk merz la,kuar ngn si b yg keja pengarah dot3 la..dpt beli tu dapat beli ni..eii..meluat kak jumie telinga ni mendengar..cerita sume nak world tp nan hado..bkn nk dengki ke apa..klu nk beli iphone 4 smpai 4 bijik pn lantak dia la ada sy kesah?? tp byr ler duit sy 2...


tp sy befikir yg positif je skrg..apa yg belaku ada hikmahnya..bila sy x baik ngn dia sume org dh blh bukak mata..mmg sume org bepihak kt sy tp 2 la..sy mmg x boleh tgk muka dia..dh la keje dia ngn sy mmg kena comunicate each other..klu x sy blh je wat mcm katak dlm akuarium..wat xtau je wpun nmpk dunia sekeliling..tp mcm x profesional lak..sy x mrh kak tp sy rasa sgt kecewa..dh 2 bln sy try belagak cm xde pape belaku..tp x bolehh....uwaaaaaa...


Love,
Miss Leya Merican

Dear Miss Leya Merican,

Thanks sebab jadi silent reader.  Boleh la dari takder apa-apa kan?  Lagipun memang dah jadi lumrah masyarakat Melesia tak suka nak out-outspoken ni.  So apa apa pun dalam hati,  suka pendam dan simpan,  tapi bila terluah.............NENJIAAAAAAAAAA....

Soalan u olls ini sama saja,  iaitu tentang sorang kawan sepejabat u olls yang mempunyai perangai hina yang pelbagai.  Meriah sungguh kawan sepejabat u olls ini.  Dia suka meminjam tapi tak tau membayar,  tak buleh tingok orang lebih dan ketiga dia ada ramai skendel yang suka memberi banyak hadiah-hadiah mewah.

Perangai hina nombor satu kawan u olls itu ialah suka meminjam tapi liat nak membayar.  Akak penah mengulas tentang perkara ini.  So u olls baca link ini  :  Dear Kak Merr : Dah la hutang, berlagak pulaks!!


Perangai hina nombor dua kawan u olls ini ialah dia suka mentiru apa saja yang u olls ada.  Kalau u olls beli tudung merah,  dia pun merah.  U olls beli kasot Vincci,  dia pun nak berVincci.  U olls beli hempon baru dia pun nak tiru jugak.  U ollsss!  Seharusnya kalau akak jadi hang,  akak tidak berasa rimas dan membenci malahan akak akan berasa sungguh riak dan takbur kerana U OLLS AKAK ADA PEMINAT FANATIK U OLLS!  Kalau dia tau akak ni suka pakai suak dalam Avon pun dia nak tiru jugak kan?  So u ollls.  Positive thinking.  Biarlah dia ikut semua benda yang u olls buat,  JANGAN U OLLS PLAKS YANG TIRU APA DIA BUAT!  Sangat tak hot okay nyah!

Perangai hina ketiga dia ialah dia ada banyak skendel dan suka mengikis para skendel-skendel dia ini.  Aiyoooooo!!  Betul ke noks dia ada skendel?  Kadang-kadang pompuan cam ni kuat verangan nyah!  Actually jantan tu semua tak wujud,  hanya dia yang mempropa u olls semua dengan story dia gempak-gempak romen sana-sini,  banyak jantan mau kat dia,  berebut nak kat dia,  and sebab tu la they olls beli dia hadiah macam-macam.  Hakikat?  Takdak sapa pun nak dia kecuali laki dia noks.  Pompuan-pompuan cam ni,  depa suka create dunia fantasi depa sendiri sebab depa buleh rasa macam boleh jadi orang lain dan dijelesi oleh semua pompuan lain.  So u olls,  cuba selidik betui-betui okay.


Kesimpulannya kat sini,  akak nak bagi satu tips yang kita semua kena ada terutama kita-kita yang kerja di jabatan kerajaan ini.  Sebab boleh kata semua pekerja kerajaan ini adalah orang-orang Melayu yang berasal dari pedalaman dan bila masok bandar sikit mulalah berlaku satu fenomena yang dipanggil "CULTURE SHOCK".  Adalah amat penting untuk u olls menjadi seorang yang POSITIVE dan bersikap RELAKS.  Jangan terlalu ambil tahu hal peribadi kawan-kawan sepejabat,  kalau they olls cerita,  jadilah pendengar yang baik.  Dan kalau u olls pun malas nak dengar,  cakap elok-elok,  "Sorry nyah,  mak dah tak kuasa nak layan cita hang,"


Berlakon busy di depan computer adalah cara yang paling baik untuk mengurangkan aktiviti sosial dengan kawan-kawan sepejabat.  Bukan tak mau bagi ampa bersosial u olls,  tapi kadang-kadang too much information akan jadi cam ni la.  It's not too late for u to repair perhubungan baik u olls dan kawan-kawan.  Just relaks dan let time heal everything.  Nanti pelan-pelan depa sendiri la nampak sapa bek sapa jahat.  Kita tengok tepuk tangan ja la.

ps/  Akak manage kawan-kawan macam Facebook.  Akak ADD and ACCEPT semua,  tapi akak hanya COMMENT sapa yang akak suka and rapat,  akak HIDE sapa-sapa yang bising dan suka buat statement meletops padahal akak tau dia tu biasa saja,  akak DELETE orang yang tak diperlukan,  and akak BLOCKED sapa yang tak hormati akak.

Sekian,  terima kasih.

4 comments:

  1. nok ter bek d atas ulasan sepatah 2 kata sekapur sireh seulas pinang...mak sokong semua kenyataan ang.....

    _Bella@alakhir

    ReplyDelete
  2. nok mak sokong semua kenyatan berbalas ang tuh....huh mcm bg sekapur sireh seulas pinang plak hahhahahhaahah..........kelaz kak mariazzzzzz

    ReplyDelete
  3. bestnye prumpaan mcm facebook tuh..sgt brtepatan..

    ReplyDelete
  4. Saya ingin bertanya, Kalau kakak kandung kita pinjam 4 ribu, kemudian LIAT nak bayar, kemudian bila minta pada dia, dia marah-marah kita. bagaimanakah kita nak atasi kemeluat ini?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...