30.11.10

Penjagaan Muka 101

U olls.  Hari ini akak nak cerita tentang cara asas penjagaan muka.  Sebab hari itu,  ada kawan akak mengYM akak.  Seikhlasnya,  dia hanya tau cuci muka dan pakai make up.  Dia tak tau apa itu toner,  scrub,  pelembab dan lain-lain lagi.

Okay u olls semua.  Pertama sekali,  u olls kena tau,  muka adalah aspek pertama orang akan tingok kat kita.  So its very important kalau kita menjaga muka kita.  Dan seperti ayat En.  Khafi "Benda ni nak pakai lama kan?"

So hari ini akak nak ajar u olls semua apakah itu penjagaan muka asas.  Apa yang kena pakai?  Apa yang kena pakai dulu?  Pasaipa kita kena pakai?  Macam mana nak pakai? Nak pakai masa bila?  Nak beli kat mana?

Untuk pengetahuan u olls semua,  akak ajar ni bukan untuk pompuan dan semua u olls yang feeling pompuan jugak ok.  Tetapi jugak untuk lelaki okay!  Yes,  lelaki dan jantan semua pun harus tau tentang semua ni.  Jadikan amalan seharian u olls.

Berikut adalah senarai apa yang u olls kena pakai mengikut turutan yang betul.  NOTA  :  Apa yang akak ajar dalam artikel ini adalah penjagaan paling asas ok.  Yang renek menek lain tu,  kalau tak buat pun takpa.  Kalau buat lagi bagus! Sebab bukan semua kita kat dunia ini dilahirkan muka macam pari-pari okay!

Langkah 1
Facial Cleanser


Pasaipa kita kena pakai? 

U olls kena pakai facial cleanser / pencuci muka.  Jangan pakai sabun mandian biasa yang u olls duk buat basoh jubur dan ketiarr.  Tak sama okay.  Pencuci muka adalah sangat penting untuk mencuci permukaan muka kita dari segala onar.

Macam mana nak pakai?
Amik sikit pencuci tu,  buh atas tapak tangan.  Size bijik kacang tanah dah cukup.  Pastu buat bagi dia jadi sabun sikit.  And u olls pun urut kat muka u olls.  Make sure muka dan basah.  Cuci kat semua bahagian secara perlahan.  Pastu bilas dengan air.  Dan lap dengan tuala bersih ok.  Kalau tuala u olls itu berbau,  maknanya kotor la tu noks! Tak reti reti lagi nak tukar pakai tuala baru?

Nak pakai masa bila? 
Pakailah setiap kali u olls mandi.  Tapi yang penting,  pagi-pagi pas bangun tidor and before u olls masok tidor.

Langkah 2

Toner

Pasaipa kita kena pakai? 
Kita kena pakai toner lepas cuci muka sebagai membuang baki-baki sabun yang ada kat kulit kita sebab air saja tak dapat membuangnya.  And also membantu untuk mengkatop pora-pora di permukaan kulit kita.

Macam mana nak pakai?
Amik toner,  boh kat cotton.  Pastu sapu kat muka kita.  U olls akan terkejut bila tengok kat atas kapas itu ada kesan-kesan cokelat dan warna-warna sebab  walaupun lepas menyabon muka kita,  masih ada sisa make up dan kulit mati kita yang tak bersih.

Nak pakai masa bila?  
Setiap kali after kita cuci muka dengan sabun.

Langkah 3
Moisturiser
Pasaipa kita kena pakai?
Moisteriser adalah teramat paling penting kepada kita semua.  Sebab zaman sekarang ni,  dengan cuaca tak menentu,  pencemaran alam dan macam-macam lagi,  so very penting untuk u olls memakai pelembab.  Ada macam-macam produk pelembab yang ada.  So pilihlah apa yang paling sesuai untuk keperluan kulit u olls. 

Kalau yang kulit berminyak,  belilah pelembab yang oil free.  Ada orang selalu tanya kat akak,  saya ni kulit berminyak.  Patut ke saya pakai pelembab lagi?  Noks!  Kalau hang tak memakai pelembab,  kulit u olls akan menjadi lebih berminyak.  Percaya atau tidak tapi telah terbukti dalam sains.  Bila u olls tidak memakai pelembab,  kulit u olls akan membagi tau kat otak u olls "HEY!  TAK DER MINYAK NI NOKS!  SILA REMBESKAN MINYAK DENGAN LEBIH BANYAK!"  Dan sebab itu,  muka u olls boleh dibuat kuali goreng karipap.  So belilah pelembab yang bagus - OIL FREE! 

Kalau kulit kering,  belilah pelembab yang bagus untuk memberikan kelembapan dan minyak yang baik untuk kulit u olls.  Kulit yang kering cepat kedot okay!!

Macam mana nak pakai?
Amik sikit dan buat dot dot dot kat atas muka u olls.  Pastu sapukan dengan jari.  Make sure rata okay.

Nak pakai masa bila?
Setiap kali lepas cuci dan pakai toner.

3 BENDA PENTING LAGI yang merupakan asas penjagaan kulit yang kita semua kena buat.

NIGHT CREAM
Pasaipa kita kena pakai? 
Akak pernah cerita pasai night cream dalam artikel yang sebelum ini bertajuk  :  Barang Mekap dan Kecantikan - Mana nak jimat? Mana nak boroskan?

Macam mana nak pakai?
Macam pakai pelembab.

Nak pakai masa bila? 
Before kita nak masok tidok,  cuci muka dan pakai toner...then u olls pakai night cream okay.



FACIAL SCRUB
Pasaipa kita kena pakai?
Scrub ni yang bila kita pakai rasa macam bijik-bijik!  Haaa...faham kan?  Sekali sekali,  u olls kena pakai facial scrub untuk membuang sel-sel kulit mati yang ada kat permukaan kulit kita.  Kita tak nampak okay.  Tapi u olls boleh rasa.  Bila kita rajin pakai facial scrub,  ada banyak kebaikannya dan yang paling penting untuk mengurangkan white head,  elakkan black head menghaluskan kulit u olls.

Macam mana nak pakai?
Akak ada cara yang paling akak suka.  See here.  We olls tiru Michelle Phan.  Click sini  :  Tips Exfoliation Kulit cara Michelle Phan

Nak pakai masa bila?
Selalu they olls kata,  pakai la 2-3 kali seminggu.  So nak bagi u olls senang pakai,  pakai setiap 3 hari.  U olls boleh pakai before pencuci muka,  atau tak payah pakai pencuci muka dulu pun takpa.  Yang penting,  basahkan muka dulu okay.  Make sure u olls beli scrub yang sesuai untuk wajah u olls.  Kalau untuk u olls yang kulit berjerawat,  dia punya bijik-bijik scrub kecik sikit sebab kulit u olls sensitive.  Kalau untuk lelaki,  dia punya bijik-bijik scrub besak lagi!  Jangan u olls pakai scrub badan  atau scrub kaki kat muka pulaks!! Tak sama okay!

MASKER
Pasaipa kita kena pakai?
Seminggu sekali atau dua kali pakai la masker.  Untuk memberikan nutrisi yang baik untuk muka u olls.  Ada macam-macam jenis masker. 

Peel off - u olls pakai,  pastu boleh peel sekeping-sekeping macam kulit.   
Cream  - Yang ini paling popular dan diperbuat dari macam-macam jenis bahan mengikut kesesuaian.
Face Mask - Yang ini terbaru.  Mudah pakai dan lebih bagus sebab dikatakan lebih berkesan untuk kulit kita.  Tapi selalunya lebih mahal berbanding masker jenis lain.

Macam mana nak pakai?
Make sure muka u olls bersih.  Tak perlu pakai toner lagi.  Sapukan masker ke seluruh wajah dengan jari / applicator / brush sampai tutup semua bahagian muka kecuali area mata,  lubang hidung dan mulut.  Biarkan lebih kurang 15-20 minit.  Jangan cakap-cakap masa pakai tu.  Relaks dan tidur.  Pastu u olls cuci sampai bersih muka,  pakai toner dan cream malam.  Pastu tidur. 

Nak pakai masa bila?
Best kalau u olls pakai ni lepas u olls scrub muka u olls,  sebab masa tu pora kulit u olls semua terbuka.  Zat-zat senang masok.

Sekian saja nota kaki dan mulut akak hari ini.  Hope u olls semua gembira.  Kalau sapa rajin,  kita tengok la dia lagi 10-20 tahun,  muka duk lawa berseri macam tu la.  Kulit pun makin anjal.  Kecantikan takkan datang sendiri okay u olls.  Kena ada effort.  Jangan harap baju berjenama dan bermekap bagai,  tapi kulit muka tak jaga.  Haukkkk!  Terimalah satu keping gambar akak.  Takder cheating okay.
KALAU JAGA KULIT MUKA TU TAK PAYAH CHEATING SANGAT OKAY.  MAKE UP LIGHT-LIGHT PUN DAH CUKUP!

Starwalk 2010 bersama AARG USM


Hello u olls semua.  Seperti yang u olls tahu,  tak lama lagi iaitu pada Ahad,  12 Disember 2010 di Penang International Sports Arena akan ada program STARWALK 2010.  Oleh itu,  pihak AARG (AIDS Action & Research Group USM) mengajak anda semua untuk menjadi sebahagian team AARG untuk berlari bersama-sama sempena STARWALK 2010.

Tak kisah u olls warga USM,  student atau staff atau pun bukan orang USM,  u are invited to be a part of the team.

Just berikan nama,  no kad pengenalan,  no telefon,  alamat emel dan size T shirt anda kepada :
Ms Aida Shakila
Facebook :  Aida Shakila
Emel : aisha_moon87@yahoo.com
No tel : 04.6533955

Tarikh tutup :  SECEPAT MUNGKIN :)

29.11.10

Make Up By Jumie Samsudin - Mrs Mareeya Muda

U olls.  Ini make up akak minggu lepas.  This is actually my second-second cousin punya wife.  Pompuan cantek ni,  nama dia Mareeya from Pekan,  Pahang.  Dapat jodoh orang Penang okay.  Akak rekemen pakej RM3000 spesyel dari Centrestage Vision Dynamic.  Dengan pakej tu dapat baju pengantin sepasang,  pelamin,  deco dan satu kek penganting free!  Meleetopsss.  So make up of coz by me.  Thanks Kak Baby from Centrestage Vision Dynamic

For more picture click page make up akak ye!  http://makeup-by-jumie.blogspot.com/

Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1

Aiiiyooo!  U olls dah pi tengok cerita ini ke tak?  Kepada semua peminat Harry Potter u olls jangan risau,  akak takkan cerita details pasai movie ini.  Nanti u olls pereng!  HAHAHAH. Better u olls pi tengok sendiri. 

Tapi akak nak cakap sikittttttttttttttt ja.  Okay?

Cita kali ni memang sangat best!  Memang puas hati they olls pecahkan cerita Harry Potter no 7 ini kepada dua bahagian.  So setiap details penting dalam cerita ini dapat disampaikan.  Dan akak tak payah kata kat telinga En.  Khafi banyak kali "Depa potong cita ni la u olls!"  Sebab u olls kalau baca buku,  of courselah rasa lebih excited u olls!





Kedua u olls,  akak suka sangat Emma Watson dalam cita ni.  Memang pompuan ni makin cantek dan dia adalah sangat stylo.  Akak suka sangat.  Memang dress up dia dalam filem ini membuatkan akak makan hati. 


So u olls semua!  Jangan lupa tengok cita ni ya. Akak tak sabar nak tunggu Part II.

26.11.10

Dear Kak Merr : Ujian Kesuburan Before Kawen

Dear Kak Merr,

Ampa rasa before kawen perlukah membuat pemeriksaan kd doktor mengatakan kedua2 pasangan ini normal dan tiada masalah utk mendapatkan anak? Kami terpikiaq,  sebab kami ada beberapa kwn selepas kahwen depa ada masalah nak preknen.  Bila check dokter,  depa ada mcm mslh cyst.  Tapi kwn2 kami ni depa period mcm krg teratok.

What do you think kak merr.

Yang benar,
Bride of March

U ollls!


Berat sungguh soklan ini.  Tetapi bagus kerana we olls boleh bincangkan untuk kebaikan semua pihak.  Pada pendapat I olls,  ujian kesuburan bukanlah penting sebelum kita berkawen.  Ianya hanya satu pilihan yang diberikan kepada setiap pasangan.  So terpulang kepada kita untuk buat ujian ini atau tidak.

Tetapi sebelum kita pergi membuat ujian itu,  ada beberapa perkara yang perlu u olls pikirkan.

Yang pertama,  kedua-dua pasangan kenalah sama-sama setuju dan sanggup untuk menerima apa jua keputusan yang bakal diberitahu oleh doktor nanti.  Mana tau kalau-kalau si pompuan itu kesahnya ada masalah rahim.  Memang risiko tinggi untuk mengandung.  Ataupun tak buleh mengandung langsung.  So,  si laki tu masih nak terima si pompuan tu lagi tak? 

Begitu jugak sebaliknya.  If u olls didapati mandul.  Benih semua tak buleh pakai.  So,  pompuan!  U olls masih nak ke laki itu?

POKOK PANGKALNYA DI HATI.  Kalau u olls ikhlas dan mencintai pasangan u olls tampa sebarang prasyarat,  mati pucuk pun kau sanggup terima okay.  Janji dapat sehidup semati. 

Tapi pada pendapat akak,  ujian kesuburan ini tak perlu buat pun takpa.  Samalah macam HIV test.  Sekarang ni,  HIV test is mandatory untuk semua pasangan Islam kalau nak kawen.  Tapi noks,  ko test hari ini clear.  Tak semestinya u olls terus free from HIV Virus sampai hang mati.

Selalunya,  HIV Virus hanya boleh detect after 6 bulan,  or setahun,  atau mungkin after 2 tahun.  Atau 10 tahun.  So,  u olls cek endut kat Haadyai tahun 2009.  Maen dengan pompuan Siam tak pakai kondom.  Tahun 2010 hang nak kawen,  buatlah HIV test.  Lepas ujian,  NEGATIVE.  So u olls pun kawen la.

Lepas kawen,  bini u olls pun mengandung.  Masa nak beranak,  they olls pun check baby ada HIV Virus.  Pastu detect,  bini u olls pun ada HIV Virus.  Dan check u olls...pun ada jugak!!

Sedehhh okay!!  Tapi ini hanyalah cerita contoh.  Tapi boleh terjadi okay. 

Sorry u olls akak membebel.  The point yang akak nak cakap ialah,  tak semestinya u olls cek hari ini macam okay.  Boleh mengandung.  Tapi tiba-tiba lepas nikah,  tak tau lah apa nak jadi Allah saja yang tau,  terus u olls tak buleh nak ngandung.

So u olls pikirkan sendiri okay.  Persetujuan antara pasangan amatlah penting.

ps/  Akak nak kawen tak lama lagi.  Perkara yang paling akak takut menjelang perkahwinan ialah : macam mana kalau kawen nanti tak mengandung-ngandung pun.  Tawakal.



Inilah gambar-gambar akak KALAU MENGANDUNG.  Please read here for more  :  Kalau Jumie Mengandung

25.11.10

Pontianak Bersabit di Alam Damai, Cheras

Hello u olls semua.  Hari ini akak nak membawak cerita seram.  Harap u olls semua tabahkan hati.  Kepada u olls yang baca belog akak malam-malam.  Better u olls jangan teruskan membaca sebab ada gambar yang menghorrorkan.

Kesahnya,  sorang anak haryam akak iaitu Eiyzall Eizhann Azami telah mengeshare satu gambar kepada akak.  Dia kata "Akak....ini sepupu I olls bagi!  Dorang amik malam-malam.  Kat belakang tu ada bayang-bayang pompuan.  Akak....DRESS DIA CANTEK SANGAT!  Ala-ala Dato CT dalam video klip BISAKAH!"

Memang nak mampuih anak haryam akak ini.  Orang horror tengok gambar ni...dia verver pompuan pakai dress cantek.  Memang berani mati.  Akak pun tengok dalam hemfon dia itu.  Pastu akak pun mintak dia blutooth kat akak.  Ini akak nak share dengan u olls.


Memang nampak biasa kan?  Cuba u olls zoom in!


Okay,  u olls nampak tak?  Pontianak bersabit.  Ini gambar lebih close up.

Kalau u olls baca Mastika Disember 2010,  ada ulasan tentang kesah ini u olls.  Penulis dalam Mastika tu dan beberapa orang kawan telah pergi siasat kat mana gambar ini diambil.  They olls dapat banyak info,  dan lepas they olls ke semua lokasi yang dicadangkan,  dan amik gambar,  pastu they olls compare semua tempat-tempat tu.  They olls percaya gambar ini ditangkap di satu taman rekreasi di Alam Damai,  Cheras.  Sebuah kawasan perumahan baru.

Berdasarkan ulasan dalam Mastika,  kat kawasan Alam Damai they olls cakap memang digeruni dengan dua hantu.  Pontianak dukung baby and sekok lagi pontianak bersabit. Ada yang menggelar hantu ini sebagai HANTU FOZIAH. Kelesssss!

Tapi sampai sekarang they olls tengah carik tuan puan orang yang menangkap gambar ini.  Sebab we olls semua dapat dari bluetooth saja.  So they olls tengah carik siapa pemilik asal gambar ini.  Kita nak tau lah,  gambar ini memang betui-betui atau pun they olls edit untuk takut-takutkan orang.

Sekian saja.  Jangan biarkan hidup u olls diselubungi misteri.

24.11.10

SHOUT AWARD 2010

Haram akak tak tau SHOUT AWARD wujud kat Melesia ini.  Akak tau pun selepas duk membaca Tweet kawan akak iaitu PojiePooh yang meleps.  Gigih saudara itu pergi menonton SHOUT AWARD.  Pastu disusuli Tweet kawan akak yang bertajuk Kak Put!  Penyokong kuat Faizal Tahir. 

Akak haram tak tau SHOUT AWARD tu apa.  Pastu akak Google around. Dan kesahnya depa kata,  SHOUT AWARD "was created to give recognition to those who have made great impact and creative breakthroughs in Malaysian Music,  Film,  TV and Radio.  It's also a platform for the fans to voice out their definition of the new cool in the entertainment scene. 


Bak kata fazzlies Zainol pulak,  SHOUT AWARD adalah sangat award show yang sangat lain sebab semua pencalonan untuk anugerah-anugerah dalam SHOUT AWARD tidak terdapat dalam URTV,  Berita Harian,  Pancaindera,  Mangga,  Hai,  dan saluran media hiburan lain yang menjadi rujukan mainstream rakyat Melesia.

Walaupun akak tak sempat tengok Shout Awards dalam TV tapi setelah membuat risec dan membaca semua artikel pasai SHOUT AWARD dalam Beautifulnara,  Budiey.com,  dan SHOUT AWARD Official Website,  apa yang akak nampak ialah SHOUT AWARD merupakan majlis pengiktirafan peminat kepada artist-artist URBAN Melesia!  So,  sebab tulah artist-artist URBAN seperti Mizz Nina,  Yuna,  Faizal Tahir dan Henry Golding mendapat banyak pencalonan dalam SHOUT AWARD ini.  Sorry u olls!  Artist-artist kampung takdak nyah!  Paling akak nak tergelak ialah Fasha Sandha takdak pun dalam list HOT CHICK AWARD. 

U olls boleh baca diskripsi tentang award yang diberikan dalam link rasmi ini  :  The SHOUT! AWARDS 2010

Berikut adalah senarai pencalonan dan juga pemenangnya. Pemenangnya akak boldkan dan besarkan.

Ultimate Shout! Award
  • Yuna (melepssss)

Rockstar Award (Rock Awards)
  • Azlan & the Typewriter 
  • Bunkface 
  • Faizal Tahir
  • Hujan
  • Meet Uncle Hussain
  • Pop Shuvit

Popstar Award (Pop Awards)
  • Aizat
  • Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti
  • Jaclyn Victor
  • Mizz Nina 
  • Yuna 
  • Zee Avi

Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards)
  • Azlan & the Typewriter
  • Black
  • Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti 
  • Faizal Tahir 
  • Jaclyn Victor
  • Rithan (Deja VooDoo Spells)

Flava Award (Hip Hop / R&B Awards)
  • Altimet
  • DJ Fuzz & Malique
  • Joe Flizzow
  • Malique 
  • Mizz Nina 
  • Sonaone

Music Video Award (Best Music Video)
  • Prom Queen by Bunkface 
  • Osaka by Disagree
  • Do It, Duit by Joe Flizzow
  • Mirage by Pesawat
  • Marabahaya by Project E.A.R
  • Cinta Kosmik by The Fabulous Cats

Break Out Award (Best New Act)
  • Azlan & The Typewriter
  • Black
  • Mizz Nina
  • Monoloque 
  • Yuna 
  • Zee Avi

Mobile Artist of the Year Award
  • Khatimah Cinta by 6ixth Sense 
  • Menatap Matamu (Chorus) by Aril
  • Tinggal Kenangan by Saleem
  • Dan Sebenarnya (WkndSessions) by Yuna
  • Cukup Indah by Alif Satar

Best On Screen Chemistry
  • Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom) 
  • Upin & Ipin (Upin & Ipin)
  • Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih)
  • Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
  • Wakakaka Crew & Giler Battle Crew (Showdown 2010)
  • Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)

Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms)
  • Adamaya
  • Arjuna
  • Blogger Boy
  • Gelora Di Hati Sara 
  • Nur Kasih 
  • Qalesya

Breakthrough Feature Award
  • Cuci The Musical
  • Geng : Pengembaraan Bermula 
  • Lagenda Budak Setan 
  • Papadom
  • Pisau Cukur
  • Setem

Favorite TV Program (Non Drama)
  • Imam Muda
  • One In A Million Year 3
  • Melodi
  • Raja Lawak 4
  • Anugerah Juara Lagu 24 
  • Showdown 2010

Favorite TV Personality Award
  • Ally Iskandar (Anugerah Juara Lagu 24)
  • Awal Ashaari (Fuhhh!)
  • Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik)
  • Daphne Iking (The Breakfast Show)
  • Henry Golding (The Quickie) 
  • Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
 
Coolest Radio Announcer Award
  • Faizal Ismail (HotFM AM Krew)
  • Hafiz Hatim (FlyFM's Night Flight)
  • Jeremy Teo (RedFM Evenings)
  • Hunny Madu (FlyFM Campur Chart)
  • Fara Fauzana (HotFM AM Krew) 
  • Phat Fabes (FlyFM Pagi Show)

Favorite Radio Show Award
  • Malaysia's Hottest Music ~ 10@10 (Hunny Madu)
  • FlyFM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia)
  • The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly)
  • FlyFM Campur Chart (Hunny Madu) 
  • HotFM AM Krew (Fara Fauzana, Faizal Ismail & AG) 
  • FlyFM's Rush Hour (Jules & Prem)

Hot Chick Award
  • Maya Karin
  • Mizz Nina
  • Nora Danish
  • Nur Fazura 
  • Scha al-Yahya 
  • Vanidah Imran

Hot Guy Award
  • Faizal Tahir
  • Farid Kamil
  • Hans Isaac 
  • Henry Golding (8TV Quickie) 
  • Remy Ishak
  • Shaheizy Sam


Berikut adalah fashion-fashion artist kita masa SHOUT AWARDS.  Akak amik dari Budiey.com dan Beautifulnara.  Akak jugak meletak review fashion yang akak suka dan akak tak suka.

Yang akak tak suka
U olls mesti ramai yang suka Mizz Nina look for Purple Carpet look.  Akak tak suka u olls.  Terlalu kuning untuk dia.  Akak tak tau la,  maybe dalam gambar tak shantek.  Akak pun dapat gambar cilok dari page-page blogger lain kan?
U olls kenai tak pompuan ni?  Nama dia Tom MyStarLG yang kena belasah dengan sekumpulan lelaki masa kat Bangsar.  Aiiiyooo!  Sorry nyah.  Hang punya dressing adalah sangat ayam-ayam Siam yang duk cekcur kat Bukit Bintang okay.  Dulu akak pernah jumpa hang in person dalam satu party kat Penang, cam ni lah jugak dress up hang.  Cheap sangat.  Tolong lah hire stylist yang meleps sikit.
Ampa kenai ka sapa ni?  Akak pun tak tau.  Tapi akak tak faham.  Inaf said.
Yang ni pun akak sedeh jugak.  Akak tak tau la ini pilihan peribadi atau baju sponsor?
Akak kecewa dengan depa ni semua Altimet,  Joe Flizzow dan dua ekok lagi akak tak tau nama.  Depa ni merupakan ABANG BESAR dalam dunia hiphop kat Melesia.  So akak sedeh awat dress up ala-ala Justin Bieber sangat.  Maybe sebab majlis ni majlis santai kot.  Entahlah...akak nak tengok ala-ala T.I dan Jay Z sikit.
Nabila Huda aka Abil.  Akak tak tau la hang dah semakin gumuk macam akak,  atau baju ini?  Akak rasa u olls macam nak tiru Keisha.  Tapi sorry nyah...u olls too classy for Keisha looks. 
U ollls!  Whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....macam takdak effort langsung?
Rudy RedFM dan partner dia.  Akak malas nak komen. 
Yes....memang sepatutnya gaya santai.  Tapi tolonglah letak sedikit effort sebab kali ini u olls keluar TV.  Ini lah maksalah radio announcer.  They olls dah biasa dress up selekeh dalam konti sebab takdak orang tengok depa dress up,  so bila keluar majlis sikit, terus tak tau dress up cam nah?  Tapi tak semua lah kan?  So u olls please jangan dress up macam ni.  Macam nak pi SureHeboh saja.


Yang akak suka
Haruslah i olls LIKE pompuan jelmaan Kak Merr ini!  Memang sangat menyembah perempuan sundel ini.  Sangat hot dengan simple dress ala-ala animel print itu. 
Sazzy memang kelessss!!!  Memang deni sangat meleps.  Dengar kata u olls dah preggy 3 bulan. Tahniah u olls.

Deborah Henry kelihatan simple and elegent.  Akak suka print dress dia ini.  Sangat zaman 80an.  Colourful and meriah.
 

Kak Ning u olls look so marveless! Simple! I love ur redlips and your kasut!!! Tapi ur ceben....why the selekeh u ollls!!!!


Akak terkejut tengok gambar ini.  RAHIM MAAROF u olls.  Akak ingatkan Santana.  Sangat akak suka sebab nampak sungguh PAPA ROCK!
Shafinaz memang melepsss!  Sexy tapi tetap sofistiketed.  Perempuan ini memang tau what is the best for her body,  skin dan muka dia.  I love her style walaupun mulutnya lancau dan album dia tak berapa laku.
Akak tak kenai dia ni sapa.  Tapi dia nampak stylo.  Cuma shot dalam gambar ini nampak dia macam itik sebab dia pi senyum kemot lagu tu. 

Tiga lagi jejaka yang membuatkan akak tepuk tangan untuk melibat pilihan fesyen they olls.  Mana sahabat baik u olls?  AC Mizal?  Sebuk jual gelang ka?  So ganti dengan Nabil la sekarang?  Kelessss....
Melepsss Zizan!  Akak suka dress up dia.  Sesuai dengan personaliti dan kerekter dirinya cuma ada tambahan sedikit ke MACHOan.  Macam nila betui!  Walaupun santai, tetap nampak meleps!


Memang akak sukakan perempuan ini.  Liyana Jasmay memang keles.  Dia pakai simple tapi sangat catchy.  Akak suka idea dia pakai tumit tinggi warna merah dengan stoking kaler gray...sama dengan skirt dia.  Aiiiyooooo!!!!!




Akak google around tapi inilah sahaja the best shot yang akak dapat untuk dressing Yuna.  Congratz u olls sebab dapat theUltimate Shout! Award.  Katanya Dato Siti tarik diri untuk pencalonan anugerah ini sebab takut kalah dengan u olls.  Memang menjadi spekulasi lah.  Tapi apa pun,  masa Dato Siti dah berakhir.  Dia dah ketegeri aunty-aunty sekarang.  U olls baru dan fresh.  Keep up the good work dan always be what u are!!  Akak suka imej u olls yang bersahaja dan selalu down to earth.  And berbalik pada dresss u olls.  Sangat fresh dan trend setter untuk pompuan bertudung.




Sekian sahaja ulasan akak untuk Shout Award.  Walaupun akak tak mengepi majlis ini apatah lagi dijemput untuk menyampaikan apa-apa anugerah,  tapi akak rasa Shout Award adalah bagus.  Lebih banyak pengiktirifan diberikan kepada penggiat seni di negara kita maka makin ramai lah yang akan memperjuangkan originality seni orang kita.  Semoga satu hari,  seni Melesia akan dapat diketengahkan ke mata dunia.

Kak Merr Melepss melaporkan untuk u olls semua.

23.11.10

Review Movie 2 Alam - Indah Promo dari Rupa

Hallo u ollls!  Pada hujung minggu yang lepas,  i olls dan beberapa orang kawan telah dihasut oleh Ratu Tasik Taiping iaitu Puan Seri Azwanie Azhar untuk menonton cerita yang bertajuk 2 Alam terbitan tauke besar Jus Mate yaitu Dr.  Rozmey.  Ratu Tasik punyalah duk promote kami untuk menengok cerita ini sebab dia termakan promo hebat dalam Wanita Hari Ini kat TV3. 

"Nyah...JOM tengok nyah.  Mak tengok promo dia kat Wanita Hari Ini meletops nyah! Cita pasai pondan yang operate.  Pastu bila mati,  tanah tak mau terima dia nyah!  Siries kita boleh insaf nyah!"  kata Ratu Tasik yang sungguh eksaited dengan promo Wanita Hari Ini.  Maka malam itu,  akak dan semua kawan-kawan lain pun telah membuat rombongan ke Cathay Prangin Mall.  Akak sebagai Duta Cathay Prangin Mall amat mengalu-alukan u olls semua tingok wayang kat Cathay Prangin Mall.

Tapi hari ini akak bukan nak cerita pasai Cathay Prangin Mall tapi akak nak cerita pasai 2 Alam,  sebuah movie terbitan Datuk Dr Rozmey Che Din.  Cerita ini katanya adalah ilham asal Dr.  Rozmey tentang kisah seorang transvestite yang akhirnya mati bunuh diri sebab tak buleh terima hakikat masyarakat mengherdik dia sebagai pondan.  So masa dia mati,  ada macam-macam kesusahan masa menguruskan jenazah sampailah saat-saat nak mengebumikannya.  Kisah ini disulami dengan flashback masa dia duk berjimba-jimba dengan dunia glamernya. 

Storyline sangat drama Melayu.  Haaaa......tapi tunggu sat akak nak bagi 14 point form tentang gamak ni! 

  1. Permulaan gambak ni,  sebelum keluak cerita apa pun.  Tiba-tiba Datuk Dr Rozmey Che Din telah muncul dengan pose meletops atas kerusi pelamin dan tekan remote control.  Cewaahhh....kira macam awal-awal nak tunjuk dah.  Nenjiaa...mai tengok cita ni mak buat nyah!  Over sangat tau Datuk Dr Rozmey Che Din ni.  Steven Spielberg pun tak buat macam ni nyah!

  2. Starting cita ini dimulakan dengan 5 minit punya kata-kata pendahuluan yang bersifat menasihat dan menegaskan penonton semua untuk insaf.  Tapi kata-kata tu sangat sampah dan tak 'menyentuh' akak langsung.

  3. Casting sangat CHOOOIII! U olls tau tak apa itu fungsi casting dalam penerbitan performing arts.  Casting adalah antara elemen terpenting dalam pemilihan pelakon,  penari,  penyanyi atau model yang sesuai untuk menguatkan storyline dan dialog yang ada.  Akak tak tau la sapa yang buat casting filem ini.  Akak pun tak mau amik tau.  Even sapa pengarah pun akak malas nak amik tau.  Tapi casting untuk filem ini sangat CHOI kerana semua watak-watak penting dalam cerita ini diberikan kepada pelakon tahi yang tidak berbakat dan watak-watak sampingan yang berlakon tanpa dialog diberikan kepada pelakon veteran yang diketahui masyarakat sebagai pelakon yang sangat bagus.  CHOI sangat. 
    * Choi bermaksud pathetic/sedih.

  4. Cerita tu lebih kurang 1 jam 45 minit.  Tapi hampir 2/3 daripada scenes dalam cerita itu telah diulang sebanyak dua kali atau lebih.  Memang CHOI sangat. Macam takdak effort nak buat banyak scene.  Ini tidak,  bila ada scene flashback kita tak tengok la scene-scene yang kita dah tengok awai-awai tadi.

  5. Akak rasa cerita tidak diolah dengan baik. Sebab tu duk ulang scene saja.

  6. Kesahnya storyline movie ini adalah ilham dari Datuk Dr Rozmey Che Din tetapi sayangnya u olls tak buat risec yang cukup tentang dunia pondan ini.  Sorry to say okay,  for me they olls only verver nak buat cerita pondan demi publisiti murahan.  Sedangkan hakikatnya they olls tak tau SIKIT pun dunia sebenar sebagai seorang PONDAN.  Kalau setakat amik seorang pondan sebagai script writer ....aiyoooo!  Sorry nyah.  Tak payahlah.  Yang sebetulnya,  amiklah seorang pondan yang betui-betui mempunyai bakat dan pengalaman dalam membuat skrip barulah akan meletops. Jangan anggap PONDAN sebagai binatang sarkis,  semua orang nak tengok.

  7. Sorry nyah!  Dialog dalam cerita ni sangat bodo. Tak faham la ni dialog budak sekolah ka apa. Paling akak tak buleh terima ialah dialog BF Amy bila nak ajak main "Come on baby,  i will bring you to heaven."  "Yes,  come on!"  Serrrr....akak rasa Negro KLCC kalau nak mengurat pompuan,  dia nanti cakap macam tu la. 

  8. Tiba-tiba salah satu daripada scene flashback menunjukkan yang Amy (watak pondan utama) itu sedang berkahwin  ala-ala Kristian dengan satu mat saleh kat tepi swimming pool.  Motif kawen tepi swimming pool?  Hey bodohnya.  Mana ada mat saleh nak kawen tepi swimming pool.  Mat saleh kalau kawen dalam gereja atau pun scene-scene dalam garden.  Hanya Melayu yang bodo suka buat tema-tema tepi swimming pool untuk feeling-feeling mat saleh.  Dan Mat Saleh ni mai kat mana?  Takdak satu pun cerita pasai Mat Saleh ni dalam plot cerita?  Tiba-tiba kawen tepi swimming pool.

  9. Tak faham! Salah satu plot dalam cerita ini ialah apabila setelah Amy kena rogol,  pihak media telah mendedahkan identiti jantina Amy yang sebenar.  Kat semua surat khabar dan majalah tulis "AMY IALAH LELAKI".  Dan disebabkan oleh itu,  BF Amy yang bodo ni tiba-tiba maki Amy.  Dia kata "Go to hell!  Mana i nak letak muka i!" (ulang dua tiga kali ayat tu saja).  Akak tak paham.  Hari-hari hang duk beromen dengan Amy,  takkan hang tak tau dia ni jantan ka,  operate ka,  apom betui ka?   Atau maybe Amy operate kat tempat mahai punya.  Bukan Singapore atau Thailand.  Dia pi buat kat Russia.  Meleeppsss!  So apom dia elok macam pompuan betui.  So, akak tak pahamlah.  Akak pulak yang duk pening.  Dulu akak operate kat Russia jugak.  Sebab tu laki akak tak perangai.  OOpppssss...En Khafi jangan mara.  I lef u!

  10. Banyak scene tak dak motif seperti scene Amy pakai dress merah and main dengan ikan emas? Masa tu dalam panggung semua sengap.  Tak paham pasai pa Amy duk nangeh jalan pi mai pi mai,  pastu duk main dengan ikan emas dia.  Pastu akak kata kuat-kuat dalam panggung "Aiiyoo...dia main dengan ikan pulak!"  Pastu satu panggung dengak.  Depa pun gelak kuat-kuat.  Akak saja la cakap kuat-kuat.  Pastu lagi satu scene takdak motif ialah selepas Amy dan BFnya putus cinta,  they olls pun feeling-feeling frust cinta.  Pastu depa pun buat lah scene sedih ala-ala video clip tepi swimming pool lagi. So takdak motif.

  11. Akak nak kutuk ni bukan sebab akak nak kata akak ni make up artist yang over bagus.  U olls,  akak ni setakat duk mekap pengantin sajiaaaaaaaaaa.  Tapi akak tengok make up production untuk filem 2 Alam ini sangat CHOI. Paling ketara kat si BF Amy tu.  Muka dia malam-malam lepaih romen atas katil pun fondesyen ala-ala Temulawak.  Sedih okay. 

  12. Jangan salahkan Aaron Aziz dalam cerita ini okay.  Akak rasa dia tak bersalah.  Lakonan Aaron sebagai ustaz hanyalah gimik. Watak tu tak sampai sebab kekurangan pada plot cerita dan dialog. Paling tak leh blah...selendang merah tu cam ada glitter bila kena matahari.  Tapi paling akak suka,  masa malam-malam depa duk angkat jenazah nak pi kubuk.  Pastu,  keranda tu jatoh!!  Pastu Aaron Aziz terus kata "Jangan lari!!!  Takdak apa-apa akan berlaku!!"  Memang kami satu panggung duk gelak nyah. 

  13. Sinematografi baguih!! Patut puji.  Memang nampak standard movie.  Akak suka scene-scene kat kampung.  Cantek sangat.  Angle pun cantek.  Akak suka long shot dan short shot dia.  Memang yang tu ja depa perabih 2.5juta duit Dr.  Rozmey. 

  14. Satu lagi yang akak suka pasai movie ini yalah runut bunyi untuk filem ini.  Runut bunyi apa nyah?  Runut bunyi tu soundtrack la mangkuk.  Memang makan hati okay dengak Amy Search nyanyi lagu Salam Terakhir dan lagu kedua bertajuk Andai Ku Tahu by Ramli Sarip.  Memang kedua-dua papa rock ini saja yang membuatkan akak sudi bangun dan buat tanda SALUTE!
Sekian saja ulasan akak yang seikhlasnya.  Kalau nak tengok pi la nyah.  Akak tak mau la kata JANGAN PI!  Satgi Datuk Jus Mate ni mai saman akak.  Mampuih.  U olls boleh baca review klubbkidd.com tentang filem ini juga.  Click sini  :  Alam dan Maknusia

ps/  Dr.  Rozmey,  bila nak tukak style rambut nyah!  Kata nak untung 40 juta.  Kelessss.....

22.11.10

Konklusyen Cerita Cinta UncleSeekers and Permaisuri Aishah

Hai u olls semua.  Mesti u olls semua dah mengetahui tentang kisah Uncle Seekers yang telah mengpublishkan kisah cinta dia dan Permaisuri Aishah dalam 7 alkisah Cinta Syhhh antara dia dan Permaisuri Aishah.  Memang banyak yang memaki hamun dan membuat macam-macam andaian tentang kisah cinta ini. 


Ramai kawan-kawan akak pada mulanya berkata,  ekceli akak pun join kutuk sama.  HAHA.  We olls kata - UncleSeekers ni adalah sangat mencarik publisiti murahan dan sanggup mengaibkan Permaisuri Aishah ini sebab cinta dia ditolak!  Kelesss.....

U olls pun rasa macam itu ke?  Aiyyyo....!  Untuk u olls yang tiba-tiba blur dan tak tau apa,  please read here.  http://uncleseekers.blogspot.com/

Tapi setelah habis 7 artikel tentang Cinta Syyh diletuskan dalam Belog UncleSeekers.  Akak telah membuat perbincangan ringkas dengan anak ayam akak,  jugak sedang memulakan minat beliau dalam penulisan belog (SANGAT MENGIKUT JEJAK MAK AYAM!) iaitu fazzlies Zainol.  U olls boleh baca belog beliau di sini  : http://fazzlies.blogspot.com/.  Jangan lupa follow okay. 

Berikut adalah kesimpuan yang akak dan fazzlies Zainol dan rumuskan berdasarkan apa yang ditulis oleh Uncle Seekers sendiri  :

  1. Mak dan Bapak kepada Permaisuri Aishah telah menghubungi UncleSeekers untuk membantu anak mereka ini yang mempunyai tanda-tanda sindrom dimandrem.

  2. UncleSeekers telah pun mengambil amanat itu untuk merawat Permaisuri Aishah.  Tetapi setelah dia menye-scan Permaisuri Aishah,  rupanya beliau tidaklah terkena mandrem.  Tetapi beliau hanya mengalami komplikasi kesihatan dan psikiatri akibat gangguan emosi yang terlampau selepas kehilangan suaminya yaitu Almarhum Sultan Selangor dan kemudiannya beliau kehilangan semua title dan keistimewaan lain sebagai seorang Permaisuri.  SAKIITTTTT U OLLLLSSS!  Sebab itulah Uncle Seekers telah memilih untuk membuat rawatan Cinta Syyh kepada Permaisuri Aishah.


  3. Cinta Syyyh adalah satu teknik rawatan. Akak tak tau apakah teknik dan cara yang Uncle Seekers gunakan untuk merawat Permaisuri Aishah. Tapi akak rasa macam beliau gunakan teknik replacement therapy.  Dari segi psikologi,  replacement therapy boleh diprogramkan untuk menangani pelbagai masalah habit manusia seperti ketagih rokok,  masalah berat badan atau putus cinta.  Who knows noks?  Uncle Seekers kata dalam belog dia,  Fauziah Latif pun tau tentang Cinta Syyyh. Adakah Fauziah Latif juga telah menjalani program Cinta Syyhh selepas bercerai dengan suaminya?


  4. Dalam proses rawatan Cinta Syyh,  somehow Permaisuri dan Uncle telah menjadi sangat rapat seperti pasangan kekasih.  Dan ini telah menimbulkan kebimbangan Dato Syed iaitu bapak kepada Permaisuri.


  5. Uncle Seekers telah beberapa kali menerima teguran dan amaran daripada Dato Syed untuk mejauhkan dirinya daripada anak beliau.  Tapi tindakan Uncle Seekers adalah terhad sebab dia masih dalam proses merawat Permaisuri Aishah.  Akak rasa,  Dato Syed mula merasakan yang Uncle Seekers dah mandrem anak dia untuk jatuh cinta dengan Uncle Seekers.  Kan?


  6. Antara amaran berbentuk sindiran yang paling meletops ialah Dato Syed sengaja menunjukkan yang dia memiliki pistol dalam simpanan peribadinya.  KO NAK MAMPUS NYAH!  Kalau sekali dia tembak kau?


  7. Sekarang ni rawatan itu dah selesai atau tidak,  hanya Allah yang tahu.  Tapi atas desakan yang diterima.  Uncle Seekers telah menamatkan rawatannya.  Dan sehingga kini dia tidak pergi mengambil bayaran perkhidmatan terakhir daripada keluarga Permaisuri Aishah.  Maybe Uncle Seekers takut kena tembak atau dia takut nanti lagi panjang kisahnya.  Tapi apa yang dia nyatakan,  dia merawat Permaisuri Aishah bukan sebab duit.


  8. Dan sebab itulah dia meluahkan semua kisahnya dalam belog peribadi beliau sendiri kerana pada hemat akak,  dia cuba melindungi diri beliau dan keluarga beliau sendiri sebelum benda-benda tak elok terjadi seperti mandrem,  fitnah,  saman kat mahkamah,  tembakan pistol atau apa-apa sahaja ancaman dari mana-mana pihak yang berkaitan.  Yelah noks,  akak bukan nak tuduh Dato Syed tu bapak syaitan ke apa noks tiba-tiba jahat nak bunuh orang.  Tapi like Uncle Seekers says,  kasih sayang seorang bapa jugak sangat hebat.  Melindungi anaknya yang dalam kesusahan.  Mana tau syaitan dan iblis dan hasut Dato Syed sambil berkata "Nokss! Hapuskan Uncle Seekers!  Dia dah mandrem agar anak hang suka kat dia!" 

  9. Pada pendapat akak dan fazzlies Zainol,  we olls rasa tindakan UncleSeekers adalah sebagai melindungi peribadi dirinya kerana dia ikhlas membantu dan merawat insan lain yang happened to be Permaisuri Aishah.  U olls,  hanya UncleSeekers yang tau dan rasai bagaimana dirinya terasa seperti diancam.
Sekian sahaja penulisan akak untuk hari ini.  Akak harap we olls semua,  seperti biasa jadilah penonton yang bijak.  Kita tengok dan layan saja nyah.  Janganlah kita cepat-cepat melompat kepada kesimpulan yang hanya Tuhan yang tau kenapa ianya tertulis sedemikian.

Yang benar,
Kak Merr yang tiba-tiba verver macam penulis majalah Mastika.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE