23.11.10

Review Movie 2 Alam - Indah Promo dari Rupa

Hallo u ollls!  Pada hujung minggu yang lepas,  i olls dan beberapa orang kawan telah dihasut oleh Ratu Tasik Taiping iaitu Puan Seri Azwanie Azhar untuk menonton cerita yang bertajuk 2 Alam terbitan tauke besar Jus Mate yaitu Dr.  Rozmey.  Ratu Tasik punyalah duk promote kami untuk menengok cerita ini sebab dia termakan promo hebat dalam Wanita Hari Ini kat TV3. 

"Nyah...JOM tengok nyah.  Mak tengok promo dia kat Wanita Hari Ini meletops nyah! Cita pasai pondan yang operate.  Pastu bila mati,  tanah tak mau terima dia nyah!  Siries kita boleh insaf nyah!"  kata Ratu Tasik yang sungguh eksaited dengan promo Wanita Hari Ini.  Maka malam itu,  akak dan semua kawan-kawan lain pun telah membuat rombongan ke Cathay Prangin Mall.  Akak sebagai Duta Cathay Prangin Mall amat mengalu-alukan u olls semua tingok wayang kat Cathay Prangin Mall.

Tapi hari ini akak bukan nak cerita pasai Cathay Prangin Mall tapi akak nak cerita pasai 2 Alam,  sebuah movie terbitan Datuk Dr Rozmey Che Din.  Cerita ini katanya adalah ilham asal Dr.  Rozmey tentang kisah seorang transvestite yang akhirnya mati bunuh diri sebab tak buleh terima hakikat masyarakat mengherdik dia sebagai pondan.  So masa dia mati,  ada macam-macam kesusahan masa menguruskan jenazah sampailah saat-saat nak mengebumikannya.  Kisah ini disulami dengan flashback masa dia duk berjimba-jimba dengan dunia glamernya. 

Storyline sangat drama Melayu.  Haaaa......tapi tunggu sat akak nak bagi 14 point form tentang gamak ni! 

  1. Permulaan gambak ni,  sebelum keluak cerita apa pun.  Tiba-tiba Datuk Dr Rozmey Che Din telah muncul dengan pose meletops atas kerusi pelamin dan tekan remote control.  Cewaahhh....kira macam awal-awal nak tunjuk dah.  Nenjiaa...mai tengok cita ni mak buat nyah!  Over sangat tau Datuk Dr Rozmey Che Din ni.  Steven Spielberg pun tak buat macam ni nyah!

  2. Starting cita ini dimulakan dengan 5 minit punya kata-kata pendahuluan yang bersifat menasihat dan menegaskan penonton semua untuk insaf.  Tapi kata-kata tu sangat sampah dan tak 'menyentuh' akak langsung.

  3. Casting sangat CHOOOIII! U olls tau tak apa itu fungsi casting dalam penerbitan performing arts.  Casting adalah antara elemen terpenting dalam pemilihan pelakon,  penari,  penyanyi atau model yang sesuai untuk menguatkan storyline dan dialog yang ada.  Akak tak tau la sapa yang buat casting filem ini.  Akak pun tak mau amik tau.  Even sapa pengarah pun akak malas nak amik tau.  Tapi casting untuk filem ini sangat CHOI kerana semua watak-watak penting dalam cerita ini diberikan kepada pelakon tahi yang tidak berbakat dan watak-watak sampingan yang berlakon tanpa dialog diberikan kepada pelakon veteran yang diketahui masyarakat sebagai pelakon yang sangat bagus.  CHOI sangat. 
    * Choi bermaksud pathetic/sedih.

  4. Cerita tu lebih kurang 1 jam 45 minit.  Tapi hampir 2/3 daripada scenes dalam cerita itu telah diulang sebanyak dua kali atau lebih.  Memang CHOI sangat. Macam takdak effort nak buat banyak scene.  Ini tidak,  bila ada scene flashback kita tak tengok la scene-scene yang kita dah tengok awai-awai tadi.

  5. Akak rasa cerita tidak diolah dengan baik. Sebab tu duk ulang scene saja.

  6. Kesahnya storyline movie ini adalah ilham dari Datuk Dr Rozmey Che Din tetapi sayangnya u olls tak buat risec yang cukup tentang dunia pondan ini.  Sorry to say okay,  for me they olls only verver nak buat cerita pondan demi publisiti murahan.  Sedangkan hakikatnya they olls tak tau SIKIT pun dunia sebenar sebagai seorang PONDAN.  Kalau setakat amik seorang pondan sebagai script writer ....aiyoooo!  Sorry nyah.  Tak payahlah.  Yang sebetulnya,  amiklah seorang pondan yang betui-betui mempunyai bakat dan pengalaman dalam membuat skrip barulah akan meletops. Jangan anggap PONDAN sebagai binatang sarkis,  semua orang nak tengok.

  7. Sorry nyah!  Dialog dalam cerita ni sangat bodo. Tak faham la ni dialog budak sekolah ka apa. Paling akak tak buleh terima ialah dialog BF Amy bila nak ajak main "Come on baby,  i will bring you to heaven."  "Yes,  come on!"  Serrrr....akak rasa Negro KLCC kalau nak mengurat pompuan,  dia nanti cakap macam tu la. 

  8. Tiba-tiba salah satu daripada scene flashback menunjukkan yang Amy (watak pondan utama) itu sedang berkahwin  ala-ala Kristian dengan satu mat saleh kat tepi swimming pool.  Motif kawen tepi swimming pool?  Hey bodohnya.  Mana ada mat saleh nak kawen tepi swimming pool.  Mat saleh kalau kawen dalam gereja atau pun scene-scene dalam garden.  Hanya Melayu yang bodo suka buat tema-tema tepi swimming pool untuk feeling-feeling mat saleh.  Dan Mat Saleh ni mai kat mana?  Takdak satu pun cerita pasai Mat Saleh ni dalam plot cerita?  Tiba-tiba kawen tepi swimming pool.

  9. Tak faham! Salah satu plot dalam cerita ini ialah apabila setelah Amy kena rogol,  pihak media telah mendedahkan identiti jantina Amy yang sebenar.  Kat semua surat khabar dan majalah tulis "AMY IALAH LELAKI".  Dan disebabkan oleh itu,  BF Amy yang bodo ni tiba-tiba maki Amy.  Dia kata "Go to hell!  Mana i nak letak muka i!" (ulang dua tiga kali ayat tu saja).  Akak tak paham.  Hari-hari hang duk beromen dengan Amy,  takkan hang tak tau dia ni jantan ka,  operate ka,  apom betui ka?   Atau maybe Amy operate kat tempat mahai punya.  Bukan Singapore atau Thailand.  Dia pi buat kat Russia.  Meleeppsss!  So apom dia elok macam pompuan betui.  So, akak tak pahamlah.  Akak pulak yang duk pening.  Dulu akak operate kat Russia jugak.  Sebab tu laki akak tak perangai.  OOpppssss...En Khafi jangan mara.  I lef u!

  10. Banyak scene tak dak motif seperti scene Amy pakai dress merah and main dengan ikan emas? Masa tu dalam panggung semua sengap.  Tak paham pasai pa Amy duk nangeh jalan pi mai pi mai,  pastu duk main dengan ikan emas dia.  Pastu akak kata kuat-kuat dalam panggung "Aiiyoo...dia main dengan ikan pulak!"  Pastu satu panggung dengak.  Depa pun gelak kuat-kuat.  Akak saja la cakap kuat-kuat.  Pastu lagi satu scene takdak motif ialah selepas Amy dan BFnya putus cinta,  they olls pun feeling-feeling frust cinta.  Pastu depa pun buat lah scene sedih ala-ala video clip tepi swimming pool lagi. So takdak motif.

  11. Akak nak kutuk ni bukan sebab akak nak kata akak ni make up artist yang over bagus.  U olls,  akak ni setakat duk mekap pengantin sajiaaaaaaaaaa.  Tapi akak tengok make up production untuk filem 2 Alam ini sangat CHOI. Paling ketara kat si BF Amy tu.  Muka dia malam-malam lepaih romen atas katil pun fondesyen ala-ala Temulawak.  Sedih okay. 

  12. Jangan salahkan Aaron Aziz dalam cerita ini okay.  Akak rasa dia tak bersalah.  Lakonan Aaron sebagai ustaz hanyalah gimik. Watak tu tak sampai sebab kekurangan pada plot cerita dan dialog. Paling tak leh blah...selendang merah tu cam ada glitter bila kena matahari.  Tapi paling akak suka,  masa malam-malam depa duk angkat jenazah nak pi kubuk.  Pastu,  keranda tu jatoh!!  Pastu Aaron Aziz terus kata "Jangan lari!!!  Takdak apa-apa akan berlaku!!"  Memang kami satu panggung duk gelak nyah. 

  13. Sinematografi baguih!! Patut puji.  Memang nampak standard movie.  Akak suka scene-scene kat kampung.  Cantek sangat.  Angle pun cantek.  Akak suka long shot dan short shot dia.  Memang yang tu ja depa perabih 2.5juta duit Dr.  Rozmey. 

  14. Satu lagi yang akak suka pasai movie ini yalah runut bunyi untuk filem ini.  Runut bunyi apa nyah?  Runut bunyi tu soundtrack la mangkuk.  Memang makan hati okay dengak Amy Search nyanyi lagu Salam Terakhir dan lagu kedua bertajuk Andai Ku Tahu by Ramli Sarip.  Memang kedua-dua papa rock ini saja yang membuatkan akak sudi bangun dan buat tanda SALUTE!
Sekian saja ulasan akak yang seikhlasnya.  Kalau nak tengok pi la nyah.  Akak tak mau la kata JANGAN PI!  Satgi Datuk Jus Mate ni mai saman akak.  Mampuih.  U olls boleh baca review klubbkidd.com tentang filem ini juga.  Click sini  :  Alam dan Maknusia

ps/  Dr.  Rozmey,  bila nak tukak style rambut nyah!  Kata nak untung 40 juta.  Kelessss.....

9 comments:

  1. adoih!!!hahaha.. i like ur review... sangat SHIT dia punya cerita.. siap ada scene KARAOKE punya Video Clip lagik..ahahaha..ala2 jalan2 tepi kolam renang...ahaha

    misterlAl
    lAl

    ReplyDelete
  2. kak jumie buat yut macam nak termeninggal baca.....review yang sangat lawak dan complete..hehehe ^^

    ReplyDelete
  3. baca review orang lain...dari nak tengok wayang tak jadik... lepas baca review ang, nak download pun aku tak sanggup... huhuhhh...

    tunggu raya taon depan la tengok confirm kuar kat tv punya...

    ReplyDelete
  4. Hallooo u olls semua!!!! Agak-agak ampa Dr. Rozmey saman akak tak kalau movie dia tak laku?

    Sebab memang betui IAI kata........Dr. Rozmey tak mesra alam. Sapa komen kat page dia...akan kena block!

    Bodoh betui..kalau kita nak maju. Kritikan dan kutukan la yang kita kena dengar dulu! Baru dengar pujian.

    ReplyDelete
  5. huiiiihhh.. tu dia.. tau dah cite ni camne, huhu.. bagus kak jumie buat review, senang dah takyah g tengok.. :D

    ReplyDelete
  6. Nok mak terkicint membaca review ko nih nyah! Kelesss!! Apa2 pun betul kata hg, depa nih gemar benor buat citer² macam nih sebab cam panas, leh dapat publisiti, tapi research nan adooo! ... Dalam Botol pun katanya SEDEHHH!
    Mak macam nak tgok, tapi xmo bazirkan RM10 mak yg leh makan 1 set spicy chickem mcduluxe tuh, tunggu raya jela ek :)

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    ReplyDelete
  7. uolsss...ai loikee..!!! i pom buat review yang agak2 cikai jer. tapi terus di libas oley peminat Dr Rozmey uolss....huhu..!!!

    dah memang tak bagus, mcam na la kita nak tulis filem nie bagus kenn..!!

    ReplyDelete
  8. akak oh akak
    TQ coz bagi review yang membuatkan saya TAK AKAN pegi tengok filem ni.

    Dr review akak ni sy dpt bygkan dah cmne filem ni. Paling sy x ske bila filem yg ada scene yg xde motif. WTF?!

    Once again,TQ~!

    ReplyDelete
  9. i pun dah tgk citer ni dolu2..mmg kategori flm sampah!!byk scene hancuss.i ingt lg time tu ada 4 org ja dlm panggung,,ha2.rasa mcm nk baling selipar jer kt screen time tu.dh rasa mcm tgk video clip ja.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...