3.11.10

Akak Layan Movie Tamil. So?

Melepsssss! Setelah hampir 3 minggu ditayangkan di Melesia,  barulah akak berkesempatan menengok cerita yang sangat meletops di India sekarang ini.  Kepada u olls semua mesti ingat cerita-cerita seperti Muthu,  Padaiyappa,  Sivaji and Arunachalem,  kali ini Rajnikan kembali menggegarkan India dan seluruh dunia dengan filem terbarunya Enthiran.  Sebelum akak membuat review cerita ini,  berikanlah kesempatan akak untuk menghanjeng u olls semua yang suka perli-perli we olls kalau nak tengok cerita Tamil.

Akak memang minat tengok cerita Tamil sejak dulu lagi sebab mak akak adalah peminat filem Tamil no satu dalam Persatuan Badminton Wanita Bawean Pulau Pinang ok!! Dia memang sanggup menangeh depan TV tingok pelakon dorang kena dera.  Tapi akak paling pantang la bila akak cakap "Noksss!  Mak nak pi tengok cerita Enthiran!"  terus terbahak-bahak ko gelak kan mak kan?

Kunonnya filem Tamil ni apalah standard kan?  Golongan bawahan saja yang tingok.  Apa akak ni takder keless ke tengok cerita Tamil?

HALOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!  Sorry ehk kalau akak cakap ni over.  Tapi inilah hakikat,  orang yang suka kutuk-kutuk we olls yang tengok filem Tamil ni selalunya Melayu-Melayu desa yang hanya tau layan cerita Yusuf Haslam dan Kabel Bahtiar.  Pastu bila dah pandai faham tengok cita mat saleh sikit terus kau verangannnnnnnnnnnnnnnnnn macam kau tu standard sangat tak tengok cerita Tamil.

Noks!  Sorry ehk akak nak cakap ni.  U olls Melayu-Melayu desa macam ni la yang selalu cakap "Ooo...Cina ni racist....Keling ni racist"  Tapi hakikat Melayu-Melayu desa macam ni la racist paling kuat sekali.  Macamla u olls Melayu yang paling first class sampai tak buleh pandang bangsa lain.  Aiiyoooo....sorry ok. Kalau betui hang nak jadi satu Malaysia!  Belajar bercampok sikit ok.  Jangan duduk dalam tempurung yang u olls cipta sendiri ok.

Sorry u olls.  Akak terEMOSI.  Dan sebelum akak hentikan emosi akak,  akak nak buat satu statement berbunyi

Pergi merejnjis di tepi kolam,
Kolam di tepi rumah En.  Kamil
Dari akak berhabis tengok cerita Yusof Haslam,
Baik akak meraban tingok cerita Tamil!!

Nantikan review movie ini di belog akak.  Dan terimalah satu video clip dari filem ini.  Lagu dari AR Rahman.

6 comments:

  1. filem tamil best apa! cuba tengok filem Citizen lakonan Ajith Kumar yg mantap! :D

    ReplyDelete
  2. citer tamil lagi layan kot dari hindustan...

    hindustan aku layan kalo time2 rasa2 nak layan pelakon muka2 cantek2...

    anyway cerita tamil memang legend... memang pada aku true stoty abes laa kalo nak banding hindustan nak amik yg lawa2 jee...

    aku big fan rajnikanth... tapi takde peluang nak tengok citer ni lagi... sob! sob!

    ReplyDelete
  3. i suka layan citer tamil gak.. sbb citer dia penuh dramatik... :)

    ReplyDelete
  4. Kan?????? sila jangan jadi melayu desa ok. terkatop.

    ReplyDelete
  5. filem tamil best...singgah sebentar... ;-)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...