1.11.10

Bengkel "Kaunseling dalam HIV/AIDS"

U olls.  Kepada mereka yang berminat untuk menajdi kaunselor kepada penghidap HIV/AIDS I olls mengalu-alukan u olls semua untuk menghadiri Bengkel "Kaunseling dalam HIV/AIDS" anjuran AIDS Action and Research Group,  PP Sains Kemasyarakatan,  Universiti Sains Malaysia

Tarikh  :  8 dan 9 November 2010
Tempat  :  Bilik Persidangan (C06),  PP Sains Kemasyarakatan USM


Objektif  :
Kaunseling dalam HIV/AIDS :
Pengurusan psikososial kepada orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) boleh mengurangkan transmisi HIV dan juga boleh menyediakan sokongan sosial kepada mereka yang terlibat dengan pandemik ini.

ODHA telah berhadapan dengan banyak isu-isu psikososial seperti takut tidak diterima,  stigma sosial,  stres,  penyakit yang berterusan dan ketidakpastian tentang masa hadapan mereka sama ada dari aspek perubatan dan psikologikal.

Kaunseling penting dalam memberi sokongan kepada ODHA dan keluarga mereka.

Melalui kanseling yang betul,  kita boleh mengurangkan sebahagian dari isu-isu psikologikal dan pada masa yang sama mengurangkan jangkitan HIV/AIDS itu sendiri.  Pada akhir bengkel ini,  peserta dapat :

1.  Memahami konsep-konsep asas kaunseling yang berkaitan dengan pencegahan dan pengurusan HIV/AIDS.
2.  Memahami prinsip-prinsip ujian sukarela,  pra dan pasca kaunseling dan Ujian Tanpa Nama (VCT)
3.  Memahami epidemiologi dan psikososial HIV/AIDS.
4.  Mendapatkan kemahiran asas tentang kaunseling dan HIV/AIDS.



Sekiranya berminat,  silakan hubungi  :

Urusetia
Workshop on "Counseling in HIV/AIDS"
AIDS Action and Research Group
PP Sains Kemasyarakatan,  Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
No  Tel  :  04-653 3955 / 04-6565984
HP  :  016-4356138
Faks  :  04-6565984
Emel  :  aargusm@po.jaring.my


For larger view please click on the pictures.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...