4.11.10

Enthiran

Hallo u olls sempena kehangatan Deepavali yang bakal menjelma,  I olls ingin mengajak u olls untuk menjenguk satu filem yang tengah hot kat India sekarang ini.  Yes!!  Cerita Enthiran dari Rajnikant.  Seperti yang dijanjikan.  Marilah membaca not-that-simple movie review dari akak iaitu untuk movie yang akak paling suka sekarang ini Enthiran.

Plot
Cerita ini simple saja mengisahkan Dr. Vaseegaran yang gigih bekerja untuk menyiapkan robot pertama ciptaannya.  Memang meletopsssss robotnya ini.  Robot ini diberi nama Chitti.  Dia terlalu gigih menyiapkan Chitti sampai dia lupa kat GF dia yang meletops iaitu Sana.  Memang cheating sangat tau! Ada GF cantek macam tu boleh lupa sebab gigih buat robot.

Aiiyoooo...ada GF lawa cam ni pun boleh lupa ka?
Robot ini memang superb sangat.  Boleh buat macam-macam kerja,  tetapi tidak mempunyai emosi dan perasaan.  Sehinggalah Dr.  Vaseegaran telah dicabar oleh Dr.  Bohra (Profesor nya yang dengki) untuk memberi perasaan dan emosi kepada robotnya itu.  Actually Dr.  Bohra dengki noks.  Dia pun ada projek buat robot macam ni.  Tapi robot dia tak menjadi.  So sebab itu dia perlekehkan ciptaan Dr.  Vaseegaran.  Maknusia kan?  Memang dengki la kesahnya.

Ni scene masa Chitti duk jadi jahat dah!

Tetapi apabila Dr.  Vaseegaran telah mendidik dan menanam sifat-sifat dan emosi seorang manusia pada Chitti,  keadaan menjadi huru hara sebab Chitti sudah FALL IN LOVE dengan Sana,  tunang Dr.  Vaseegaran!  Boleh? 

So,  akhirnya....u olls tengok la sendiri.

Kenapa Akak Suka Filem ini?
  1. Akak suka filem ini tentunya dan mestilah sebab Rajinikanth,  hero dalam cerita ini.  U olls!  Akak memang hardcore follower dia sejak Muthu ok.  HEHEHEH.   Sebab nak ikut-ikut dia memang hero lama tau.  Umor pun dah 61 tahun ok.  Dia dah jadi hero sejak tahun 70an.  Tapi sampai now semua orang masih minat dia.  Kat India,  orang semua menghormati dia lebih dari orang menghormati para menteri.  Macam mana Shahrukh Khan popular for hindustan movie,  macam itu lah beliau di Tamilnadu.  Noks....Akak pun memang respek dia.  Dia bukan hemsem nak banding macam Ajith,  Madhavan......tapi sebab hasil kerja dan lakonan dia yang meletops dilengkapkan dengan jalan cerita yang selalu HAMPIR dengan jiwa rakyat India sebab itu lah dia disayangi oleh rakyat India.  Salute u ollls!

    Melepsss Abang Rajni!
    Dressing dalam gambar ni semua elok-elok!! Sangat Hollywood. 
  2. Akak suka filem ini sebab Aishwarya Rai.  U olls kalau nak tau,  masa dia baru -baru je menang Miss World dia pun terus terjun ke dunia lakonan.  Dan filem Tamil pertama dia berlakon ialah "Jeans" dengan Prasanth.  Aiyooo....Memang best sangat filem tu.  Lagu pun meletops jugak sebab dibuat oleh AR Rahman.  Dan sejak filem itu lah,  nama Aishwarya terus naik mendadak.  Sebab dia bukan saja lawa,  malah pandai berlakon dan pandai menari.  Akak dan Ratu Tasik Taiping iaitu Kak Wanie yang menonton bersama cerita ini sama-sama memakan hati apabila melihat kecantikan anugerah Tuhan kepada Aishwarya.  Dia memang cantek nokss! Tak payah buat-buat...dia memang tercantek di dunia.  Tak salah kalau akak katakan,  kehadiran dia dalam filem ini mengindahkan segala yang tak indah. 
    First appreance dia dalam gamak ni.  Menangih kami tengok ok!
    Menangeh nyah mak tengok pompuan ni!  Cantekkkkkkkk sangat.

    Pompuan ni memang celaka.  Macam ni pun elllok muka dia.
    Walaupun dah sedikit gemok...tapi dia tetap elok!
    Elok dia pakai Sari ni!
    Ni la baju yang paling berani mati la dia pakai.  Aku sukaaa sangat ok!


  3. Akak suka filem ini sebab lagu-lagu semuanya daripada AR Rahman,  the Indian Mozart ok.  Nyah...lagu-lagu dalam filem ni memang melepssssssss! Kat India,  kalau nak buat filem meletops haruslah amik AR Rahman untuk buat runut bunyi.  Dikatakan,  untuk movie ini AR Rahman mencatat bayaran paling tinggi sebagai composer lagu di India.  Melepsss!
    Ni masa hari perasmian lagu Endhiran.
  4. Akak suka filem ini sebab akak kagum dengan betapa terrornya depa memake up!!! U olls bayangkan Rajnikant yang dah 61 tahun itu terus nampak 31 tahun ok! U olls see the different.
    BEFORE MAKE UP NYAH!

    Make Up Session
    AFTER MAKE UP!!   Boleh termeninggal akak mentengok ni!!
  5. Akak suka filem ini sebab jalan ceritanya unik.  Lain daripada templet cerita yang selalu diterbitkan oleh Rajinikant.  Kalau dulu dia selalu terbitkan kisah-kisah jejaka kampung,  yang teraniaya pastu meraih kejayaan akibat dari keikhlasan dan ketulusan hati,  tapi kali ini,  dia menceritakan mesej yang sama iaitu hasad dengki tidak membawa apa-apa kebaikan malah keburukan tapi dalam konteks yang berbeza! 
One of the scene masa depa duk nyanyi! Sangat Lady Gaga ok.
Fakta-faktar Menarik
  1. Kesan visual anime dalam filem ini diselenggarakan oleh Stan Winston Studio (USA) iaitu pihak yang bertanggungjawab membuat filem-filem seperti Predator, Jurassic Park, Pearl Harbor, Iron man danthe Terminator.  Manakalah filem ini jugak menggunakan kepakaran designer set Mary E Vogt yang sangat tersohor di Hollywood sebagai pencipta set untuk Men in Black, Batman Returns and Inspector Gadget..  Stunt director untuk filem ini ialah Yuen Woo Ping yang bertanggungjawab membuat stunt-stunt meletops untuk filem Crouching Tiger Hidden Dragon, Matrix and Kill Bill.  Meletopsssssssss kan?  Ko kutuk lagi cerita Tamil?  Anak Yusoff Haslam pun tak buleh buat filem cam ni.
    Gilerrrrrrrrrrrrrr scene ni memang meleps.
    Scene Lady Gaga meleps.
  2. Untuk rakaman video-video music dalam filem ini depa pi Peru, Los Angeles, beberapa tempat di US dan juga lokasi pantai di Goa.  Patutalh view sangat meletopssssssssss!

    Ni masa scene lagu Kilimanjaro.  My most feveret song dalam filem ni.  Shot di Peru.
    Yang lagu pertama dalam filem ni.
  3. Buat pertama kalinya seorang rapper local dari Melesia iaitu Yogi B akan menyanyi dalam salah satu lagu dalam filem ini.  Akak bangga u olls!  Akak rasa lagu Boom Boom Bo kot. 
Sekian saja akak nak share dengan u olls.  Memang best tengok cita ni!!

5 comments:

  1. Hi Jumie..
    Commentar yang sangat hebat, Why not Jumie terus bagi rating..berapa star gitu..hahaha..

    Btw,serta-merta akak terujer nak tgk..sanggup tak tgk Takers!

    ReplyDelete
  2. pi la tengok cepat cepat kak sherry...rasanya they olls nak stop tayang 4th november kot. sebab filem ni dah sebulan lebih kat melesia

    ReplyDelete
  3. review bgs...susah nak cari review cite tamil dalam bhs melayu....sy pg tgk movie ni 2nd time kt cinema semata2 utk tgk lagu dia je...anyway happy to know a malay lady like to watch tamil movie!!

    good luck!!

    ReplyDelete
  4. thanks pierre. Actually, kalau u kat pi kat Indian St. Pi kat kedai kedai CD ada banyak DVD tamil movie now yang ada subtitle in Englis. Senang dapat u ols

    ReplyDelete
  5. Saya blh ckp tamil secara fluent...so tk prlukn subtitle....tp leh tak bg tau kt mn indian st. tu?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...