12.11.10

Harimau Yang Beriman

U olls.  Hari ini akak nak cerita pasai seorang lelaki Islam yang telah memonteng dari sembahyang Jumaat. Dia tidak mengepi sembahyang,  sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.


Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.  Lantas lelaki itu terus menadah tangan dan berdoa kepada Allah yang Maha Esa. 

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,  "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini.  Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn"


Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.  Seakan-akan terpana pabila melihat lelaki ini.

U olls.  Kuasa Allah yang maha esa,  harimau yang garang dan ganas itu telah bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

Sekian sahaja cerita akak untuk hari ini!  Jangan lupa semayang Jumaat ye para lelaki semua!

Cerita ini dipanjangkan oleh Kak Maz Zakaria from Utusan Malaysia.  Cengs u olls.

11 comments:

  1. Hahaha..sungguh beriman itu harimau...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudari,
    Janganlah digunakan ayat-ayat suci dan soal ketuhanan sebagai sindiran dan jenaka semata2 bagi menarik perhatian lain. Tidakkah kamu diajar menjaga kesucian agama sebagai seorang Islam? Ataukah kamu sama seperti kafir laknatullah yang sengaja mempersendakan agama Islam supaya tampil jenaka dan boleh ditertawakan?
    Sekadar ingat memperingati antara kita sesama makhluk kerdil Allah.Wassalam

    ReplyDelete
  3. Waalaikum salam Hamba Allah, terima kasih kerana sudi kongsikan persepsi. Saya tidak rasa saya mempersendakan agama Islam. Kalau kuasa Allah nak jadikan Harimau tu bercakap, MESTI DIA BOLEH BERDOA.

    Sekian, saya harap janganla niat baik saya disalah ertikan.

    ReplyDelete
  4. hahaha. fani wei. a good one too. masa aku baca dia doa kasik harimau tu beriman dalam kepala otak aku terfikir, laaa kalau harimau tu beriman dia tak makan hang ka?
    cth misconception dalam dunia kita skrg. salah satu sbb org² di US ada masalah islamophobia.

    kepada hamba allah. awat hang terasa ka?? kenapa nak sentap?

    ReplyDelete
  5. Yes, Islamophobia. Membuatkan orang ingat ISLAM ni nak buat apa pun tak buleh. Padahal ugama ini sangat beautiful.

    Azura....kak zura ke ni?

    ReplyDelete
  6. yessss

    aku wei tam. kena telan aka camni. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Memang niat baik.., tapi perlu diingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara...

    Masih ada cara lain kalau nak buat sindiran, tetapi bukan dengan menjadikan hal2 berkaitan agama sebagai bahan jenaka. Ya..,dengan "kun Fa'yaa kun", semua boleh jadi, tetapi kita tidak boleh terlalu pasti adakah benar-benar binatang boleh berdoa seperti orang ISLAM? Saya tidak pernah dengar mana2 guru agama (tanpa kepentingan politik)menggunakan konsep jenaka yang semacam ini.

    Manusia tidak ada kekuasaan untuk begitu pasti dengan apakah hasil yang Allah S.W.T akan laksanakan. Ini bukan soal terasa, ini soal cuba menjaga dan menegur mana yang termampu. Agama Islam sudah begitu dasyat dipersenda dan dipermainkan seperti lukisan yang mempersendakan Nabi Muhammad S.A.W.. Takkan kita nak tambah saham lagi? Tapi syabas dengan cubaan utk ingat memperingati itu...

    ReplyDelete
  8. bro lebih baik hang nasihatkan org² yg dok maki seranah sumpah macam² kat site cam oh media ka. kat sini semua niat baik bro. aku tak rasa ada salah pun kat sini. cerita fictional semata - mata. bro terjah, guna ayat macam 'sama seperti kafir laknatullah' tak sedap gak bunyi tu bro. hal² camni, Allah s.w.t. ja boleh tentukan bro takleh nak letak label sendiri. to each its own.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...