17.11.10

Nine, Megamind and Takers

Hujung minggu yang fana, akak dan En.  Khafi meluangkan banyak masa membuat macam-macam benda yang merelakskan.  Dan we olls dapat mentengok 3 movie baru minggu ini.  Memang menyeronokkan.  We loves watching movies dan membaca buku,  pastu kami akan angan-angan.  Pastu kami nanti start gadoh sebab percanggahan pendapat.  Biasalah u olls.  Marilah akak membagi sedikit movie review untuk u olls. 


NINE
Cita ni takdak dalam wayang.  We olls tengok DVD.  Ingatkan cerita faik-faik.  Rupanya,  adalah sebuah cerita musical yang mengisahkan Guido seorang lelaki 40an yang tersepit dalam kehendak hidupnya sebagai seorang suami yang tak pernah setia dan ketensyenan hidup sebagai seorang pengarah filem yang telah mengikat janji untuk menyiapkan sebuah filem yang bakal BOX OFFICE dalam masa 10 hari.  Gila nyah......!  Semua orang ekspek dia macam-macam tapi haram skrip pun takdak lagi.  Storyline pun takdak. 

Ini semuanya sebab dia hidup berpoya-poya.  Dia ada ramai perempuan simpanan dan duk jalin hubungan cinta dengan pelakon wanita yang popular.  Sampaikan isterinya yang lawa dan selalu membantu dia untuk membuat filem yang bagus dilupakan. 

At the end of the day,  apa yang menyelamatkan diri dia adalah apabila dia meletakkan semua ego dia kat tepi dan mengaku dia salah dan menerima semua hukuman kerana tidak menjalankan tugas dengan baik sebagai pengarah filem mahupun sebagai seorang suami.

Moral  :  Welll.....akak rasa ini adalah cerita MID LIFE CRISIS yang dihadapi oleh semua jantan.  At the age of 40an,  depa akan pikiak,  apa yang depa dah achieve so far? Dan kalau depa tak berfikir secara lojik,  depa akan jadi down gila atau jadi macam Guido dalam cerita ni,  yang tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dia ada.  Dia sentiasa nak lebih dan lebih dan lebih.  Dan akhirnya,  dia takdak apa-apa lagi.

Gambar ni best sebab ada ramai artist fofular....Nicole Kidman,  Fergi Black Eye Peas,  Kate Hudson, Penelope Cruz dan Sofia Lauren.



MEGAMIND
Memang puas hati untuk u olls tengok cita ini.  Ini adalah kerana cerita ini sangat lawak dan penuh dengan mesej yang berguna.  Suara-suara meletops yang melakonkan watak-watak dalam cerita ini adalah Will Farrel,  Tina Fey dan jugak Brad Pitt.  Keless kan?

Memang patutlah cerita ini NO 1 kat US sekarang.  Sebab cerita ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur. 

Mengisahkan tentang Megamind yang telah berjaya membunuh MetroMan,  yang merupakan Hero untuk penduduk Metro City.  Pastu lama-lama Megamind jadi boring sebab sebagai orang jahat dia takdak orang yang dia nak faik!!  So dia cipta hero baru iaitu Titan.  Tapi tak tau macam mana,  Titan bukanlah seorang Hero yang bagus.  Dia ni penjahat.  Dia duk mencuri dan bunuh semua orang. So,  Megamind takdak cara lain selain menjadi Hero dan selamatkan Metro City.

Moral  : 
  • Kita tak boleh berhenti berbuat baik.
  • Walaupun kita ni buat jahat seumur hidup kita,  tapi at any time,  kita boleh start buat baik dan menyenangkan semua orang.
  • Tak kisah apa pun latar belakang hidup kita,  kalau kita ni seorang yang baik,  kita akan jadi orang yang baik selalu.
  • Pendidikan awal adalah amat penting untuk menentukan personaliti seseorang itu apabila dewasa kelak.
 
TAKERS
Akak rasa memang trend sekarang,  kalau movie faik-faik ni,  kena ada banyak film star meletops untuk menarik perhatian penonton. Ada banyak film-film kebelakangan ni semua buat cerita sampai 5-6 filem star kau-kau punya sebagai pelakon!!  Samalah cita Takers ni.  Ada Matt Dillon,  Paul Walker (hero polis dalam cerita Fast and Furios,  Christ Brown (Duda Rihanna),  T.I (rapper meleppsss),  Zoe Saldana (pompuan Avatar),  Hayden Christensen (HERO filem JUMPER) dan ramai lagi muka-muka hot lain.

Cerita ni pakai satu geng kawan-kawan yang merupakan perompak profesyenel.  Plot cerita bermula dengan depa mengrompak satu bank sampai berapa juta taktau!! Pastu tiba-tiba sorang kawan lama depa mai,  Ghost.  Deni dulu satu geng la dengan depa duk pi merompak semua.  Tapi,  Ghost ni kena tangkap.  So dia duk dalam penjara.  Tiba-tiba dia keluak balik dan ajak depa merompak lagi.  Dia kata dia ada maklumat baik punya dari sorang kawan masa dia duk penjara dulu. 

Depa mula-mula macam tak mau terima idea itu sebab kena pi rompak dalam masa 5 hari.  Gilaaa!  Depa nak kena buat study and prepare macam-macam.  Depa kan profesyenel nyah!!  Pastu ada dua tiga orang dalam geng depa macam duk tak suka kat Ghost ni sebab depa tau deni suka carik maksalah dan suka buat kacau.  Tapi bila Ghost ni hasut dan kata "Kali ni memang boleh rompak kau-kau punya!  Ampa boleh amik seberapa banyak yang boleh!"  So depa ni semua terus setuju!!

Rupa-rupanya,  masa rompak tu, bukan sahaja ada banyak maksalah,  tapi lepas depa rompak,  satu gang Russian Mob mai tembak semua kat hotel sebab sebenaknya Ghost yang celaka itu sudah membuat celaka.  Dia juai amik plan rompakan ni dari Russian ni semua dengan janji nanti dia akan share duit dengan depa ni,  tapi semenaknya dia tipu.  Dia share sikit ja duit,  dan membuatkan si Russian tu semua mengamok dan mai bunuh depa satu gang.  Last sekali,  semua mampuih!! Tinggai Gordon dan John saja. 

Moral  :
  • Orang tamak selalu rugi.  Bagaikan anjing dengan bayang-bayang!!!!

2 comments:

  1. hi Jumie..

    Dah tengok cerita Unstoppable...Denzel Washington.

    ReplyDelete
  2. Okay nyah!!!! Kami nak pi tengok la today. :) harry potter lagi :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...