24.11.10

SHOUT AWARD 2010

Haram akak tak tau SHOUT AWARD wujud kat Melesia ini.  Akak tau pun selepas duk membaca Tweet kawan akak iaitu PojiePooh yang meleps.  Gigih saudara itu pergi menonton SHOUT AWARD.  Pastu disusuli Tweet kawan akak yang bertajuk Kak Put!  Penyokong kuat Faizal Tahir. 

Akak haram tak tau SHOUT AWARD tu apa.  Pastu akak Google around. Dan kesahnya depa kata,  SHOUT AWARD "was created to give recognition to those who have made great impact and creative breakthroughs in Malaysian Music,  Film,  TV and Radio.  It's also a platform for the fans to voice out their definition of the new cool in the entertainment scene. 


Bak kata fazzlies Zainol pulak,  SHOUT AWARD adalah sangat award show yang sangat lain sebab semua pencalonan untuk anugerah-anugerah dalam SHOUT AWARD tidak terdapat dalam URTV,  Berita Harian,  Pancaindera,  Mangga,  Hai,  dan saluran media hiburan lain yang menjadi rujukan mainstream rakyat Melesia.

Walaupun akak tak sempat tengok Shout Awards dalam TV tapi setelah membuat risec dan membaca semua artikel pasai SHOUT AWARD dalam Beautifulnara,  Budiey.com,  dan SHOUT AWARD Official Website,  apa yang akak nampak ialah SHOUT AWARD merupakan majlis pengiktirafan peminat kepada artist-artist URBAN Melesia!  So,  sebab tulah artist-artist URBAN seperti Mizz Nina,  Yuna,  Faizal Tahir dan Henry Golding mendapat banyak pencalonan dalam SHOUT AWARD ini.  Sorry u olls!  Artist-artist kampung takdak nyah!  Paling akak nak tergelak ialah Fasha Sandha takdak pun dalam list HOT CHICK AWARD. 

U olls boleh baca diskripsi tentang award yang diberikan dalam link rasmi ini  :  The SHOUT! AWARDS 2010

Berikut adalah senarai pencalonan dan juga pemenangnya. Pemenangnya akak boldkan dan besarkan.

Ultimate Shout! Award
  • Yuna (melepssss)

Rockstar Award (Rock Awards)
  • Azlan & the Typewriter 
  • Bunkface 
  • Faizal Tahir
  • Hujan
  • Meet Uncle Hussain
  • Pop Shuvit

Popstar Award (Pop Awards)
  • Aizat
  • Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti
  • Jaclyn Victor
  • Mizz Nina 
  • Yuna 
  • Zee Avi

Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards)
  • Azlan & the Typewriter
  • Black
  • Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti 
  • Faizal Tahir 
  • Jaclyn Victor
  • Rithan (Deja VooDoo Spells)

Flava Award (Hip Hop / R&B Awards)
  • Altimet
  • DJ Fuzz & Malique
  • Joe Flizzow
  • Malique 
  • Mizz Nina 
  • Sonaone

Music Video Award (Best Music Video)
  • Prom Queen by Bunkface 
  • Osaka by Disagree
  • Do It, Duit by Joe Flizzow
  • Mirage by Pesawat
  • Marabahaya by Project E.A.R
  • Cinta Kosmik by The Fabulous Cats

Break Out Award (Best New Act)
  • Azlan & The Typewriter
  • Black
  • Mizz Nina
  • Monoloque 
  • Yuna 
  • Zee Avi

Mobile Artist of the Year Award
  • Khatimah Cinta by 6ixth Sense 
  • Menatap Matamu (Chorus) by Aril
  • Tinggal Kenangan by Saleem
  • Dan Sebenarnya (WkndSessions) by Yuna
  • Cukup Indah by Alif Satar

Best On Screen Chemistry
  • Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom) 
  • Upin & Ipin (Upin & Ipin)
  • Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih)
  • Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
  • Wakakaka Crew & Giler Battle Crew (Showdown 2010)
  • Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)

Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms)
  • Adamaya
  • Arjuna
  • Blogger Boy
  • Gelora Di Hati Sara 
  • Nur Kasih 
  • Qalesya

Breakthrough Feature Award
  • Cuci The Musical
  • Geng : Pengembaraan Bermula 
  • Lagenda Budak Setan 
  • Papadom
  • Pisau Cukur
  • Setem

Favorite TV Program (Non Drama)
  • Imam Muda
  • One In A Million Year 3
  • Melodi
  • Raja Lawak 4
  • Anugerah Juara Lagu 24 
  • Showdown 2010

Favorite TV Personality Award
  • Ally Iskandar (Anugerah Juara Lagu 24)
  • Awal Ashaari (Fuhhh!)
  • Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik)
  • Daphne Iking (The Breakfast Show)
  • Henry Golding (The Quickie) 
  • Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
 
Coolest Radio Announcer Award
  • Faizal Ismail (HotFM AM Krew)
  • Hafiz Hatim (FlyFM's Night Flight)
  • Jeremy Teo (RedFM Evenings)
  • Hunny Madu (FlyFM Campur Chart)
  • Fara Fauzana (HotFM AM Krew) 
  • Phat Fabes (FlyFM Pagi Show)

Favorite Radio Show Award
  • Malaysia's Hottest Music ~ 10@10 (Hunny Madu)
  • FlyFM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia)
  • The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly)
  • FlyFM Campur Chart (Hunny Madu) 
  • HotFM AM Krew (Fara Fauzana, Faizal Ismail & AG) 
  • FlyFM's Rush Hour (Jules & Prem)

Hot Chick Award
  • Maya Karin
  • Mizz Nina
  • Nora Danish
  • Nur Fazura 
  • Scha al-Yahya 
  • Vanidah Imran

Hot Guy Award
  • Faizal Tahir
  • Farid Kamil
  • Hans Isaac 
  • Henry Golding (8TV Quickie) 
  • Remy Ishak
  • Shaheizy Sam


Berikut adalah fashion-fashion artist kita masa SHOUT AWARDS.  Akak amik dari Budiey.com dan Beautifulnara.  Akak jugak meletak review fashion yang akak suka dan akak tak suka.

Yang akak tak suka
U olls mesti ramai yang suka Mizz Nina look for Purple Carpet look.  Akak tak suka u olls.  Terlalu kuning untuk dia.  Akak tak tau la,  maybe dalam gambar tak shantek.  Akak pun dapat gambar cilok dari page-page blogger lain kan?
U olls kenai tak pompuan ni?  Nama dia Tom MyStarLG yang kena belasah dengan sekumpulan lelaki masa kat Bangsar.  Aiiiyooo!  Sorry nyah.  Hang punya dressing adalah sangat ayam-ayam Siam yang duk cekcur kat Bukit Bintang okay.  Dulu akak pernah jumpa hang in person dalam satu party kat Penang, cam ni lah jugak dress up hang.  Cheap sangat.  Tolong lah hire stylist yang meleps sikit.
Ampa kenai ka sapa ni?  Akak pun tak tau.  Tapi akak tak faham.  Inaf said.
Yang ni pun akak sedeh jugak.  Akak tak tau la ini pilihan peribadi atau baju sponsor?
Akak kecewa dengan depa ni semua Altimet,  Joe Flizzow dan dua ekok lagi akak tak tau nama.  Depa ni merupakan ABANG BESAR dalam dunia hiphop kat Melesia.  So akak sedeh awat dress up ala-ala Justin Bieber sangat.  Maybe sebab majlis ni majlis santai kot.  Entahlah...akak nak tengok ala-ala T.I dan Jay Z sikit.
Nabila Huda aka Abil.  Akak tak tau la hang dah semakin gumuk macam akak,  atau baju ini?  Akak rasa u olls macam nak tiru Keisha.  Tapi sorry nyah...u olls too classy for Keisha looks. 
U ollls!  Whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....macam takdak effort langsung?
Rudy RedFM dan partner dia.  Akak malas nak komen. 
Yes....memang sepatutnya gaya santai.  Tapi tolonglah letak sedikit effort sebab kali ini u olls keluar TV.  Ini lah maksalah radio announcer.  They olls dah biasa dress up selekeh dalam konti sebab takdak orang tengok depa dress up,  so bila keluar majlis sikit, terus tak tau dress up cam nah?  Tapi tak semua lah kan?  So u olls please jangan dress up macam ni.  Macam nak pi SureHeboh saja.


Yang akak suka
Haruslah i olls LIKE pompuan jelmaan Kak Merr ini!  Memang sangat menyembah perempuan sundel ini.  Sangat hot dengan simple dress ala-ala animel print itu. 
Sazzy memang kelessss!!!  Memang deni sangat meleps.  Dengar kata u olls dah preggy 3 bulan. Tahniah u olls.

Deborah Henry kelihatan simple and elegent.  Akak suka print dress dia ini.  Sangat zaman 80an.  Colourful and meriah.
 

Kak Ning u olls look so marveless! Simple! I love ur redlips and your kasut!!! Tapi ur ceben....why the selekeh u ollls!!!!


Akak terkejut tengok gambar ini.  RAHIM MAAROF u olls.  Akak ingatkan Santana.  Sangat akak suka sebab nampak sungguh PAPA ROCK!
Shafinaz memang melepsss!  Sexy tapi tetap sofistiketed.  Perempuan ini memang tau what is the best for her body,  skin dan muka dia.  I love her style walaupun mulutnya lancau dan album dia tak berapa laku.
Akak tak kenai dia ni sapa.  Tapi dia nampak stylo.  Cuma shot dalam gambar ini nampak dia macam itik sebab dia pi senyum kemot lagu tu. 

Tiga lagi jejaka yang membuatkan akak tepuk tangan untuk melibat pilihan fesyen they olls.  Mana sahabat baik u olls?  AC Mizal?  Sebuk jual gelang ka?  So ganti dengan Nabil la sekarang?  Kelessss....
Melepsss Zizan!  Akak suka dress up dia.  Sesuai dengan personaliti dan kerekter dirinya cuma ada tambahan sedikit ke MACHOan.  Macam nila betui!  Walaupun santai, tetap nampak meleps!


Memang akak sukakan perempuan ini.  Liyana Jasmay memang keles.  Dia pakai simple tapi sangat catchy.  Akak suka idea dia pakai tumit tinggi warna merah dengan stoking kaler gray...sama dengan skirt dia.  Aiiiyooooo!!!!!




Akak google around tapi inilah sahaja the best shot yang akak dapat untuk dressing Yuna.  Congratz u olls sebab dapat theUltimate Shout! Award.  Katanya Dato Siti tarik diri untuk pencalonan anugerah ini sebab takut kalah dengan u olls.  Memang menjadi spekulasi lah.  Tapi apa pun,  masa Dato Siti dah berakhir.  Dia dah ketegeri aunty-aunty sekarang.  U olls baru dan fresh.  Keep up the good work dan always be what u are!!  Akak suka imej u olls yang bersahaja dan selalu down to earth.  And berbalik pada dresss u olls.  Sangat fresh dan trend setter untuk pompuan bertudung.




Sekian sahaja ulasan akak untuk Shout Award.  Walaupun akak tak mengepi majlis ini apatah lagi dijemput untuk menyampaikan apa-apa anugerah,  tapi akak rasa Shout Award adalah bagus.  Lebih banyak pengiktirifan diberikan kepada penggiat seni di negara kita maka makin ramai lah yang akan memperjuangkan originality seni orang kita.  Semoga satu hari,  seni Melesia akan dapat diketengahkan ke mata dunia.

Kak Merr Melepss melaporkan untuk u olls semua.

6 comments:

  1. Hampaaaa! Kami gelak guling2 ok hampa cakap Rahim Maarof tu macam Santana. Tapi memang btoi pun. Hahaha.

    Kami suka baju Yuna, Sazzy, & Deborah Henry! Melepppsss sangat.

    Kami dengaq cerita AC Mizal dah tak best fwen dengan Afdlin & the gang since Cuci The Musical yg ke2 kot.

    ReplyDelete
  2. Yakah u ollllsss!!! Sebab dia duk tipu-tipu business gelang ka?

    ReplyDelete
  3. gambak no 3 tu macam pakai baju tidok jaaa... hahaha... baju tidok buat2 sweater pi jogging...

    corak dia memang macam baju tidok... hahahaha...

    ske tengok sazzy... mana2 dia pi pun dia pandai dress ikut keadaan... sangat suka!!!

    yuna pun best jugak... :)

    ReplyDelete
  4. mesti hang ada baju tidok sama macam dia kan???/hahahaha

    ReplyDelete
  5. trio bertiga kini diganti dgn nabil...masew purple carpet hari tue, yg kene intebiu hans dan aflin jer..nabil just ckp 'yes'...hahahah..!!!
    neway, it's not perfectly fit, but still ok...hehe~

    kesian Ac kan...apa la dah jadi ngan isu gelang tue~
    Jumie, boh satu post bekenaan bisnes gelang Ac tue...mesti melepss..!!!

    ReplyDelete
  6. aiiiyoo bukan tak mau tulis noks. tapi 'research officer' aku kena la bertindak bagi point-point penting. aku sebagai penulis akan mengolah saja.

    fazli...hang nak jadi RO aku tak?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...