16.12.10

Etika Yang Betul bersama Wedding Planner - PART 3 (Selepas)

Hello u olls semua.  Hari ini adalah hari ketiga untuk penulisan Etika Yang Betul bersama Wedding Planner PART 3 (Selepas).  I hope u olls semua happy and puas hati dengan pembacaan PART I dan PART II.  Kepada wedding-wedding planner,  akak tak kisah kalau u olls nak share link ini dan letakkan kat kedai u olls.  FOC u olls. 

I hope u olls semua dapat belajar banyak benda daripada ketiga-tiga artikel yang telah ditulis.  Dan akak nak buat peringatan kat sini  : 


AKAK TULIS NI SEMUA BERDASARKAN PEMERHATIAN DAN PENGALAMAN AKAK.  TIDAK BERNIAT NAK MENGATA ATAU TUJU KAT SAPA-SAPA.  AKAK PUN NAK KAWEN.  AKAK TAU PERASAAN ORANG YANG EKSAITED NAK KAWEN. 

SO JANGAN DUK MESSEJ DAN TANYA AKAK "Jumie hang kata kat .... kan?"  SORRY NYAH.  AKAK MALAS NAK AMIK TAU PASAI HAL HAL ORANG DUK BERSIAP NAK KAWEN NI.  SAPA YANG TANYA AKAK INFO,  AKAK SHARE. 

KALAU U OLLS RASA KAWAN-KAWAN U OLLS TU TAK BETUL JANGAN LA MAI CERITA KAT AKAK.  AKAK TAK LARAT NAK LAYAN.  KALAU DUK MAI CERITA KAT AKAK BANYAK-BANYAK PUN AKAK MALAS NAK LAYAN. 
Pesanan untuk PART 3 adalah lebih ringkas dan praktikal.  So u olls semua take note ya. 

  1. BAYAR DEPOSIT Bila dah confirm.  Tentukan tarikh u olls nak bayar deposit. Tepati masa dan kalau tak buleh bagitau.  Jangan diam.  First come first serve ye u olls.  Kalau nasib baik takdak orang nak tarikh tu takpalah.  Kalau nasib tak baik,  orang lain tempah semua dan bayar deposit semua.  U olls silalah carik wedding planner lain.  Sebab sesetengah wedding planner dia akan limit ambilan customer untuk memastikan dia membuat kerja yang terbaik.

    QUOTATION ADA EXPIRY DATE Ada sesetengah syarikat wedding planner,  bila depa keluarkan satu-satu quotation,  harga dalam quotation tu valid within 3 bulan saja.  So kalau u olls tak buat apa-apa tindakan,  maka quotation tu dah tak valid.  U olls kena buat quotation lain,  so kalau ada apa apa harga istimewa ka apa...........u olls dah terlepas la.

    CARA BAYARAN Pembayaran kepada wedding planner itu terpulang kepada cara yang telah dipersetujui.  Sama ada secara tunai atau bayaran fund transfer atau pun cheque.  Ada juga wedding planner yang memberikan peluang kepada u olls untuk membuat installment.  Tapi setahu akak,  installment di buat setiap bulan sebelum majlis berlangsung.  So sampai hari wedding nanti dah tinggal sikit ye bayarannya.

  2. DOKUMENTASI Simpan resit u olls itu dengan baik.  Selalunya resit yang disediakan oleh wedding planner adalah besar ya.  Sebab dalam tu ada mengandungi semua details perkhidmatan yang diberikan.  So in case berlaku apa-apa yang u olls tak puas hati,  better u olls rujuk kat resit.  Nanti nak saman ke apa ke,  senang u olls.  Kan?


  3. JANGAN CALL EVERY MINUTE Bila da comfirm amik wedding planner pilihan itu janganlah setiap minute nak call untuk mengingatkan.  Rimas uolss.  Kita bukan buat keje main-main.  Kita tau perjanjian macam mana kan.


  4. FITTING BAJU Kalau u olls menempah baju,  please bagi kerjasama kat wedding planner bila dijemput untuk membuat fitting baju dan sebagainya.  Walaupun u olls busy dengan urusan lain,  kalau boleh seminggu sebelum majlis,  mai lah untuk membuat fitting baju.  Pakai selengkapnya.  Kalau ada apa-apa yang tak kena,  please bagitau kat wedding planner. 


    TRIAL MAKE UP Untuk make up,  digalakkan buat trial supaya tau hasil mekap kat muka sendiri macam mana.  Akak nak share kat sini ya,  kalau u olls tak puas hati dengan hasil make up MUA itu,  haruslah u olls bincang habis-habisan dengan MUA itu ya.  Janganla cuba mengkontek MUA lain dan cuba membuat deal dengan orang lain.  Maybe sesetengah MUA sanggup terima.  Macam akak,  siriesly akak tidak akan menerima tempahan last minit sebab tak puas hati make up MUA lain.  Akak akan tanya balik secara direct "AWAT MULA-MULA TAK AMBIL DENGAN SAYA?"  Akak dulu masa mula mula duk mekap pun banyak kali job akak dicantas oleh MUA lain,  so sekarang ni,  akak tak sampai hati nak buat kat orang ya.  Sorry. 

Mesej penting ini dibawakan kepada anda daripada wedding -wedding planner yang berpengalaman seperti berikut  :

2 comments:

  1. Bagus akak bg penerangan kat sini so sume org leh paham. Kdg2 kesian gak kat mak2 hayam pereng sama org2 yg xde etika menghadap wedding planner nih.. bgus akak kan xlokek rezeki share ngn kwn2 siap link2 kan skali depa kat blog nih. hg sgt baik ati. semoga btambahlah rezeki uols..

    tp sedih uols jauh xdpt la i nk amik uols jadi wedding planner i nti bila nk kawen hujung tahun depan..
    **opsss pecahlobang

    ReplyDelete
  2. POJJ AKAN KAWEN TAWUN DEPAN. FUCHIIOOOSSSSS

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...