9.12.10

Ngangkung - Movie Hiburan Yang Berbaloi

Hallo peoples!  Yes.....akak telah berjaya menonton cerita hantu okay.  Ini pun sebab kat poster dia tulis kisah SERAM KOMEDI.  Kalaulah dia tulis SERAM SANGAT akak pastinya tidak akan pergi mentengok kerana nanti sapa nak teman akak pergi kencing?  Suvvi? 


Cerita ni simple pasai 3 orang sahabat yang suka meNGANGKUNG.  Akak tak tau Ngangkung tu apa sampailah akak mentengok cita ni.  Mengangkung ialah proses memuja syaitan untuk mendapatkan nombor ekor.  Tapi lama-lama sebab gian sangat mengangkung,  depa semua akhirnya menerima pelbagai cabaran kehidupan.

Starting cita ni dah memang lawak kau-kau punya.  Depa duk mengangkung kat depan telaga buta pastu hantu rambut panjang tu keluak mai depa.  Mula-mula sekali dia buat ialah dia picit tetek si gemok tu.  Memang anak haram aku gelak teruih la.  Memang terus tak takut dah.

Para pelakon dalam cita ni semuanya memang lawak.  Ada dua budak Penang yang menjadi bintang besar dalam cerita ini.  Yang first adalah Azad Jazmin yang sungguh ELLLLLOOOK.  Memang akak rasa dia dan Shaheizy Sam ada banyak kemistri.  Anak mama menantu mami tu kan?  Budak Penang tu nyah. 


Keduanya yang akak nak share dengan u olls adalah Amylia Nastasha Aziz yang berlakon sebagai hantu cinta 1.  Budak Penang ni katanya memang aktif duk berlakon sekarang,  tapi banyak part sampinganla u olls.  Okay la nyah....akak pun dulu start sebagai penyanyi back up.  Pastu baru jadi lead singer kan?  Memang watak Amylia Nastasha Aziz dalam cita ini adalah sebagai seekor hantu yang suka pose-pose model.  Tak over kalau akak kata,  hantu ini me'manis'kan cerita ini.  Part last,  antu ni kena tarik telinga dengan Lan Pet Pet si Pendeta.  Nak haram betui lawak!! 



Kalau u olls orang Penang,  sure macam pernah tengok muka pompuan ni kan?  Actually nama betui dia is Siti Nurbaya.  Tapi nak masok dunia glamor ni kena la tukar nama okay......sooo akak wonder apa motip nama glamer dia ialah Amylia Nastasha Aziz.  Adakah supaya boleh feeling-feeling Nasha Aziz.  Kelessssssss.............Apa pun memang meletops u olls. 


Pelakon tambahan pun sekarang ada Fan Page kat Facebook nyah.  Memang berani mati punya.  Fan pun  sampai 3 ribu sekarang. 

Memang orang Melayu kita ni,  kalau dengar kata ARTIST terus serbu nak jadi kawan / peminat kan?  Dasar Melayu la u olls. (SEBENAKNYA STETMENT ANJING INI ADALAH KERANA AKU PANAS ATI AWAT FAN PAGE AKU HANYA 1074!!! KIH KIH KIH!! ADAKAH AKU PERLU JADI PELAKON TAMBAHAN SEBAGAI HANTU GEMOK BARU U OLLS SEMUA BERPUSU-PUSU NAK JADI FAN AKU!  ANJING SUNGGUH!!)

Tapi apa pun,  for Amylia Nastasha Aziz.  I olls harap u olls akan terus maju dalam bidang yang u olls minat.  Kalau kita buat benda yang kita minat ni dengan sepenuh hati,  bukan saja feel dia tu lain macam tapi siriesly walau apa pun cabaran mendatang.  U olls takkan heran langsung janji aku dapat aku yang aku nak!! Kan?

Sekian saja.  Untuk u olls semua,  kalau nak bawak anak-anak tengok cerita Ngangkung ni sempena cuti sekolah.  Okay lah.  So u olls semua dah tengok ke?  Akak syiorkan u olls semua tengok cerita ini.  Hiburan petang yang berbaloi untuk u olls bayar RM8.  Kita support industri filem Melesia.  :)

3 comments:

  1. kak mer..
    hang kena tukar nama meriah sket..
    QUEEN OF PEARL ISLAND!!!


    muahahahaha

    ReplyDelete
  2. Ade aku kesah ke "secara anonymous dan sembunyi adalah orang yang paling pengecut di donia ini. Perbuatan u olls adalah sangat baling batu sembunyi tangan" ??????
    hahahahaa

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...