20.12.10

Penghasut Jangan Kawan

Dear Kak Jumie,


Kakakkkkkkkkkkkk......Sehat??? Semoga akak sehat sejahtera hendaknya berteman anak2 ayam juga anak2 ikan yang kian membesar dgn jayanya..


So ingin i olsss berkongsi pendapat bersama pembaca2 setia blog hakakk yang alwayyysssss kontrobesi & PANASssssssssss tentang 1 perkara yg mungkin hakak sendiri selalu alami...


So dek non.. bila kawan korang mengenalkan korang ngan seseorang dan hub korang dgn org itu menjadik rapat dan sangat skendelezzzzzzzzzz


Tiba suatu ketika kawan korang memberi amaran supaya menjauhkan diri dgn org yang pernah dia kenalkan dulu...


Oh My Gucci!!!!!


kenape perlu begitu chuolssss.. walhal hub skendelzzz korang tidak la ke arah hub yang serius keana korang cuma berskendelezzz atas urusan businesss....


adakah kita yang mengatal or kawan kita yg iri dgn networking kita yg makin meluas??


Yang benar,
Miss Chanteq

Hello Miss Chanteq,

Sebelum akak meneruskan menulis ni,  akak nak tanya dulu kat hang ni.  Tapi jangan la amik ati dengan soalan akak ini ya.  Soalan akak berbunyi : 

HEY!!!  CANTEK SANGAT KE KO NI???

Aiiyooo berani mati mengaku diri kau cantek kat belog akak ya!  Ini belog akak okay.  Jangan sampai akak amik gambak kau dan gambar akak,  letak sebelah-sebelah dan kita suruh semua pembaca pilih sapa paling cantek?  Nanti kau makan ati.

Okay berbalik kepada soalan hang itu.  Actually seingat akak,  pernah suatu ketika dulu akak berkawan dengan seseorang itu atas urusan perniagaan.  Akak ni tak memilih kawan,  tapi kalau kawan itu suka memberikan peluang-peluang buat duit memanglah akak suka berkawan dengan beliau.  So setelah perhubungan kami semakin akrab dan meletops,  always keluar lunch sesama,  maka pada suatu hari seorang rakan sepejabat dengan kawan akak ini menelefon akak dan mengwarning akak agar berhati-hati kalau nak berkawan dengan orang itu. 

AIIYOOOO!!

First impressions akak adalah seperti berikut  :
  1. Deni serrrr!  Tiba-tiba called aku tak pasai-pasai dan suruh aku hati-hati dengan orang ni.  Apa maksalah hang kan?
  2. SUMPAH AKU TAKKAN PERCAYA HANG.  Sebab hang takdak hak nak judge orang.
Akak rasa pendapat akak ini sama macam orang-orang lain jugak.

Tapi kadang-kadang kalau akak tengok kawan baik akak bersahabat dengan para anjing yang pernah membuat onar dengan akak dulu,  HARUSLAH akak terus membagitau kawan baik akak itu.  "Nyah!!  Jangan kawan dengan pondan tu.  Dia suka copek barang mekap aku dulu nyah!"  Kan?  Sebab haruslah akak tidak mahu kawan baik akak terkena nasib yang sama akak pernah lalui.  Betui tak u olls? 

So at the end of the day!!  Kita kena be resyenel dalam semua aspek yang terlibat dalam kes-kes Penghasut Jangan Kawan ini.  Aspek-aspek yang kita perlu consider sebelum membuat keputusan adalah seperti berikut  :

  1. Siapa yang hasut itu? 
  2. Adakah yang hasut itu adalah kawan baik u olls sendiri yang banyak tolong u olls?  So memang betul dia niat nak tolong kita?
  3. Atau adakah orang yang hasut itu adalah orang yang u olls kenai light-light saja dan tak rapat sangat?  So pasai pa dia sanggup mai bagitau kat u? 
  4. Adakah orang yang hasut ini adalah memang mulut hebiak yang suka membawa cerita keburukan orang?  Semua orang pun tak baguih!  Dia saja yang perfect?   Jenis pendengki?
  5. Adakah u olls mempunyai kepentingan tertentu yang membuatkan orang-orang suka bertelagah untuk berkongsi keuntungan dari berkawan rapat dengan u?

Kalau kita mempunyai otak dan mempunyai pendirian yang teguh,  pastinya kita tidak akan cepat berasa terganggu dengan anasir seperti itu.  Ambil masa untuk selidik setiap pendapat orang.  Jangan mudah terpengaruh.  Semua orang tak perfect dan pernah buat salah. 

So mampuih pi la kalau kawan u olls itu jahatnya seperti cikgu Harry Potter iaitu Professor Snape,  tapi selagi dia tidak pernah membuat onar kat kita dan selalu menghormati kita,  adalah tanggungjawab kita jugak untuk terus membuat baik kepada orang itu.

Semua orang berhak untuk peluang itu :)  Be positive ya Miss Chanteq.  Kecantikan adalah dari hati,  bukan dari muka kau yang ditempek dengan bedak MAC sajers. 

Sekian.

Truly,
Kak Merr yang sentiasa ingin menjadi seorang yang cantek di hati tapi selalu rasa tercabar!!

2 comments:

  1. huhuhuhu

    jelasnya perasaan iri sbb takut akan disisihkan kowt... tembelang lama terbongkang chuolss..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...