10.12.10

Personaliti Bulan Ini - Marlissa Musa

Hello u olls semua,  sat saja dah masok bulan Disember 2010 kan?  So sebelum kita menuju ke tahun 2011 akak ingin memperkenalkan seorang lagi Personaliti Bulan Ini kepada u olls semua.  Pastinya u olls laki-laki yang membaca belog akak ini akan berasa sangat suka untuk akak perkenalkan beliau.  Kan????? Sukaa ampa noh?


Okay,  PBI kali ini bernama Marlissa Musa.  She was my senior masa kat Senjojes.  Akak memilih Marlissa Musa kali ini sebab beliau adalah sangat supporting dan dia selalu membaca belog saya.  :)  Selain itu,  akak rasa sudah tiba masanya Kak Lisa yang single ini menjadi tidak kekok untuk berkenalan dengan semua orang dengan cara yang sihat.  :)  Tidak kira lelaki atau pun perempuan.  Juga untuk semua photographer kat Penang or KL,  kalau u olls nak carik part time model untuk buat shooting saja-saja,  boleh la amik Kak Lisa.  I think dia sangat dicintai oleh lensa.  So,  mari kita baca jawaban untuk soalan-soalan yang telah dipersembahkan oleh Belog Jumie Samsudin.

Nama : Marlissa Musa
Nama panggilan : Mar ,Cha, Lissa, Cik Mar
Tarikh Lahir : 12 December 1984
Tempat Lahir : Penang the Pearl of Orient
Current Location : Kulim Indera Kayangan

Apa perasaan u olls kalau orang kata u olls cantek? Suka?
Bila orang kata saya cantik.  Of coz la saya kembang setaman :P Suka sangat! Tapi lepas tu saya feeling-feeling sedar diri balik..Sebab, semua perempuan pon cantik dan punya keunikkan masing-masing. All of us are unique and we’re the greatest creation of Allah :)


Apakah definisi cantek bagi u olls?
Bagi saya, cantik tu meliputi skop yang luas..Sebab cantik bukan saja sekadar cantik luaran. Bagi menjadi seorang wanita yang betul-betul cantik, kita perlulah cantik dari segi dalaman dan cantik dari segi luaran..Macam Kak Merrr jugak la..cantik luar dan cantik dalam (Aiiiiiyooooooooooo....tima kasih laaaaa--------Kak Merr nak pengsan sat!)…The most key thing, hati mau baik uols! Hati busuk, cantik macam miss world tak guna jugak :)


Sebagai seorang perempuan, kita mesti menjaga kecantekan kita. How about Kak Lisa. Are u a believer? An extremist? Or just a practitioner?

Ok, I’m viewing myself as a believer and practitioner as well…Sebab bila kita dah percaya tentang keberkesanan sesuatu benda..Secara automatiknya kita akan praktis benda tu la…Untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan diri :)

U olls amalkan petua-petua kecantikan lama amalan nenek moyang kita?
Ok, sebagai seorang perempuan, kita memang selalu dengar banyak petua-petua orang lama tentang kecantikkan..Bagi saya, saya hanya amalkan yang mana termampu dan memberi kesan terhadap saya.


Dari mana u olls dapat petua-petua ini? Boleh share dengan we olls?
Saya suka tengok perempuan cantik. Jadi, setiap kali kalau jumpa perempuan cantik ke apa, saya gemar bertanya mereka, macam mana cara jaga kulit, petua-petua kecantikkan dan sebagainya…Jadi mana yang mudah dan berkesan saya amalkan. Antaranya :-
  1. Minum air masak/air kosong..Yang ini memang amalan seharian..Sekurang-kurangnya 2liter air kosong untuk pastikan kulit elok dan peredaran darah semua lancar..InsyaAllah

  2. Makan pucuk ulam. Saya jenis tak suka makan sayur yang dah dimasak..Saya suka makan sayur yang fresh..jadi ulam ulaman ni memang sesuai la..Tanam je kat rumah..macam pegaga ke, ulam raja ke..nak makan, petik je la nanti

  3. Tawas…Yang ni petua baru saya belajar..pada perempuan yang mempunyai masalah ketiak berbau atau amnya malas dah tak nak pakai deodorant ( nak elak dapat breast cancer), anda boleh gunakan tawas..beli je kat kedai mamak dan tenyeh je kat your armpits area atau di mana ader kesan daki sana sini..masukkan dalam air..dan air tu tenyeh je di tempat-tempat berkenaan..InsyaAllah berkesan :)

  4. Ambik air daun bunga raya untuk cantikkan rambut, macam pakai conditioner la..rambut akan bersinar naturally uolsss :)


Apa perbezaan penjagaan kecantikan cara lama dan cara baru pada pendapat u olls?
Cara kecantikkan lama ni baik untuk jangka masa panjang dan tak mempunyai bahan kimia..Jadi selamat tapi ambil sedikit masa untuk menampakkan hasilanya..Berbanding dengan barangan yang terkini di pasaran, sememangnya cepat memberi kesan tapi banyaklah pulak bahan kimia..Jadi, masing-masing ada pro dan kontranya..Jadi sebagai pengguna, anda tepuk dada tanya selera :)


Apa perasaan u olls bila tengok orang yang tak menjaga kecantekannya tapi duk komplen yang dia tak lawa?
Saya sangat kesal apabila berjumpa dengan perempuan jenis macam ni…Sebenarnya, takde perempuan yang tak cantik…Semua perempuan cantik, kita ni dibuat dari Allah yang sukakan KECANTIKKAN..Setiap kita unik dan tersendiri..Kita kena yakin dengan diri kita..Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa jaga penampilan diri…Bak kata salah seorang sepupu hakak la, Coco Chanel ““There are no ugly women in the world, just lazy ones” …Ha? Amacam? Sentap tak!

Okay!  Thanks U olls for all the answers.  Now kita main tanya soalan syiok-syiok pulak!  U olls masih single?
Di kala saya menulis untuk ruangan ini, saya masih kekal SINGLE :)


Berikan ciri-ciri pasangan yang u olls nak?
Actually saya tak memilih sangat.  Saya rasa semua yang saya inginkan ini adalah idaman untuk semua wanita di dunia ini walaupun apa status diri mereka.  Tapi saya suka kalau laki yang mempunyai "ciri-ciri buat husband".  Boleh membimbing saya dan keluarga terutamanya dalam soal-soal agama.  

I want someone that can make me smile :) someone I can laugh with. Seorang lelaki yang ada “sense of humor”....Oh ya, dia pun mestilah tahan dengan lawak saya and he won’t get easily offended.  Hahaha.. Dia mestilah sudi menerima buruk baik saya.  Saya manusia biasa..Banyak sangat kekurangan.  And someone who can encourage me to continue on and learn from my mistakes.  Seorang yang bertanggungajawab dan paling utama menghormati ibubapa saya.


Apakah satu ciri utama lelaki yang paling menarik perhatian u olls?

I’m easily attracted by someone that is cute and sexy.....hahahah! Don’t get me wrong! It’s not necessary need to be drop-dead gorgeous..tapi jenis yang confident dan comfortable dengan diri sendiri..kalau perut buncits pon! Ahahaha..…Confident je…selambeeee je all the way! :) ..Oh, not to forget, saya juga mudah tertarik pada lelaki yang tinggi jugak.. :) ntah, suka tengok :P


Kalau boleh pilih antara semua lelaki kat dunia ni, siapa u olls nak dating satu hari dengan dia? And nak dating kat mana?
Sejujurnya, buat masa ni..saya tak tahu nak pilih siapakah lelaki yang saya nak ajak dating…Saya boleh je nak pilih Edward Cullen..tapi buat apa kalau time dating dia asyik teringat kat Bella..Kan? Gila SERRRR! So, If possible, I want to go out for a date with my husband…Tempat kat mana? Around the globe uolsssss! Oh, kalau kat Malaysia..I nak ajak dia pergi snorkeling tengok ikan cantik-cantik kat Pulau Perhentian…haha..Kalau oversea..? Lets discovering love in Barcelona! I love the architecture in Barcelona! :)

U olls suka lelaki approach u cara macam mana? Di intro oleh kawan atau lelaki tu gentleman dan approach u straight away? Which one u lebih selesa?
Well, if possible…Saya selesa kalau dia berterus terang dengan saya..Nampaklah dia bersungguh sikit kan? Tak gitu Kak Merrr? Kalau nak lagi bersungguh….Tak payah approach saya…Pergi jumpa mak bapak saya terus lagiiiiii saya SOKA! Senang!


Sebutkan 5 perkara yang orang tak tau pasai diri u olls?
  1. 1.  Saya selalu nak DIET tapi tak pernah kurus
  2. 2.  Saya suka menyanyi dalam toilet macam buat konsert
  3. 3.  Saya mesti bawa sesuatu untuk saya baca kalau saya buat projek besar dalam toilet haha!!!!
  4. 4.  Saya BESIAQ!
  5. 5.  Saya sejenis spesis baby DUGONG! Hahaha!

Sebutkan 5 perkara yang paling u olls takut
  1. 1.  Tikus!
  2. 2.  Baby babi kat UKM!
  3. 3.  Kera gatai kat UKM!
  4. 4.  Lelaki playboy!
  5. 5.  Yang paling saya takut Allah swt! :)

Sebutkan 5 perkara yang u olls paling suka!
  1. 1.  MAKAN
  2. 2.  MAKAN
  3. 3.  MAKAN
  4. 4.  MAKAN
  5. 5.  MAKAN..lepas tu frust sebab dah gemok! Demmmmm!
Sebutkan 5 benda yang mesti ada dalam henbek u olls?
  1. 1.  Eyeliner
  2. 2.  Wristlet
  3. 3.  Lipstick
  4. 4.  Duit
  5. 5.  My car key!
Sebutkan 5 artist paling u olls tak suka!
  1. MAWI! Tu je la kot… :P

Okay,  Thanks u olls for all the honest answers.  So untuk u olls yang sudi nak berkenalan dengan Marlissa Lisa.  Please contact her okay.  Kalau nak add dia kat Facebook,  bagi la intro sikit seperti "Saya Baca tentang awak dalam Belog Jumie Samsudin.  :)  Takpa la pakai nama akak!  Akak tak kisah. 

Contact details
Email : marlissa_musa@yahoo.com
Blogspot : http://marlissamusa.blogspot.com/
Twitter : Marlissa Musa
YM : Marlissa_musa

Ucapan untuk pembaca belog Jumie Samsudin :
Ok, pertama sekali Siti nak ucapkan terima kasih kepada mak dan abah Siti yang banyak membantu karier seni Siti!haha..Ok ok, serious pls! .......(Aiiiyooooooooo denii! Aku dah terkejut dah baca tadi!!)

Mula-mula, thanks to Jumie, sudi beri peluang untuk saya dalam ruangan personality Bulan Disember…Saya berharap agar Jumie ni sentiasa tak jemu-jemu menulis entry-entry yang best dalam blog dia…At least terhibur la jugak kita ni yang selalu stress di tempat kerja :) Dan untuk para pembaca blog Jumie…teruskan memberi sokongan padu kepada beliau..Marilah kita sama-sama doakan Kak Merrr the gorgeous murah rezeki dan mengakhiri zaman daranya dengan Abang Khafi the great! InsyaAllah… :)

2 comments:

  1. i sokong kak mer dan kak shasha bee!

    ReplyDelete
  2. cantiknye kak marlissa ni.. blh masuk gadis melayu nih.. akak pakai produk apa ye? kulit cntik sgt.. kalau sudi share la sme..huhu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...