1.12.10

Prince William Sudah Bertunang

Makan hati akak tengok Prince William,  anak mendiang Princess Diana telah mentunangkan diri beliau dengan seorang pompuan yang tak kurang canteknya iaitu Kate Middleton.  Akak memang terkejut sangat masa mendapat tau tentang pertunangan ini. 


Akak tengok Kate ni,  muka dia macam kekwat la.  Maybe sebab muka dia 'sharp'!  Mata besak,  hidung tinggi,  rambot hitam....so menampakkan dia ni muka kekwat.  Tapi akak nampak pompuan ni macam muka pompuan-pompuan pandai jugak.

Tapi mamposla nyah.  HANG BUKAN KENAL MAK PUN KAN?

Depa bertunang pada November 2010 dan akan mengawen pada April 2011.  Aiiyoooooooo!!!  Macam penah nak sama ja!!  Tapi takpa.  Akak suka u ollls.   :)

Hari ini akak just nak share dengan u olls,  tentang cincin pertunang they olls berdua ini yang sekarang dikatakan menjadi ikutan hangat oleh masyarakat satu dunia!  Prince William telah mentunang dengan memberikan cincin permata shapphire 18 carat dan diikat dengan 14 batu berlian yang merupakan milik mendiang Princess Diana.  Harga cincin ini katanya lebih kurang RM240 000! 

U can see the picture Princess Diana pakai cincin ini sebagai cincin pertunangan dia dulu.  U olls tau tak pasai pa Princess Diana pilih cincin ini untuk pertunangan dia?  Masa tu Princess Diana baru 19 tahun,  dia kata dia pilih sebab inilah cincin paling besak.  HEHEHEHE...kelesssssss ko kak nam kan!
Boleh mampus nyah.Tetapi untuk we olls yang non-royal ini,  boleh saja tempah untuk dapat harga yang lebih murah dan mengikut kemampuan kita.  Idea tu u olls!  Para jantan!  Sila take note.

Disertakan gambar contoh bentuk dan rekaan asas untuk cincin DianaRing ini untuk rujukan u olls semua. 






Happy to share with u olls bakal-bakal pengantin.  Akak rasa lepas ini,  akak akan mengikuti kisah perkahwinan they olls berdua ini.  And akan share dengan u olls semua okay.

Sekian,  love u olls.

2 comments:

  1. Lawak la Lady D pilih cincin tu sebab besaq. Hehe. Cantik gak Kate Middleton ni eh. Suka baju biru yg dia pakai dlm gambaq tu.

    ReplyDelete
  2. Kan...kami duk google baca. Tapi gila muda dia bertunang dulu..........

    Apa pun, hope sapa-sapa nak tiru buat cincin ni buleh save gamak kami attach tu (:

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...