22.12.10

Satu Hari di Pulau Jerejak

Hello u olls semua.  Tak seperti tahun lepas akak meriah verver di Phuket,  tahun ini akak bercuti dalam Melesia saja.  Tak mampu deknon memandangkan simpanan duit akak diutamakan untuk tujuan lain.  Tapi siapa cakap bercuti dalam Melesia tak cukup best u olls?  Best lah! Macam akak tak perlu pergi jauh pun.  Akak pergi dalam Penang jugak.  Yaitu akak telah mengepi Pulau Jerejak yang terletak sebelah dengan Pulau Pinang.  So,  akak ingat nak naik flight,  tapi sebab cuaca mendung.  So we olls naik boat saja.  Boleh?????

Akak dan En.  Khafi tak mampu nak bercuti kat London,  Estonia mahupun Greece.  So Jerejak pun okay la noks.  At least kat sana ada kubur askar Rusia.  Boleh la akak-akak feeling Soviet Union sekejab.  Tapi akak tak sempat pergi ke kubur-kubur askar Russia yang masih ada di Pulau Jerjak sebab we olls tak sempat.

Okay!  Hari ini akak nak cerita kat u olls semua pengalaman akak dan En.  Khafi seharian kat Jerejak Resort and Spa Penang.  We olls pergi pagi dan balik malam.  So one day kat sana. Macam-macam we olls boleh buat.  So u olls enjoy the pictures with all the info.  And sajiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa la nak bagitau kat u olls pasaipa kami mai sini T______________________________T (muka kembang)....

Ekceli akak and En.  Khafi dah setahun kapel.  AIIIYAKKKK! Sat ja kan? 

Inilah pemandangan jetti dari Penang ke Jerejak.  Cantek u olls.  We olls meniba awal-awal pagi u olls.  Ada banyak boat.  Depa kata kalau nak naik boat ni kena bayar RM10 hanya untuk orang yang stay kat sana saja free.  Tapi takdak la nyah.....hang mai ja kat jetty ni.  Sapa-sapa pun boleh naik for free nyah.


We olls dah naik boat.  BYE BYE Penang.  Kelesss!!


Masa we olls naik boat ini,  air adalah pasang okay.  Alhamdulillah,  cuaca mendung u olls.  Tak berapa nak panas sangat.  So akak yang kehilangan sunnies dan tak sempat beli spek mata baru rasa macam tak berapa nak hangin sangatlah.  :)  Kalau mendung-mendung pun pakai spek mata....mesti sebab dia juling noks! Nak coverina kan?  Orang kata,  kalau bernasib baik masa naik boat pi Pulau Jerejak ni,  boleh jumpa ikan dolfin berenang ramai-ramai ikut boat.  Tapi masa akak naik ni,  tak bernasib baikla.  Tak jumpa pun dolfin.  Ubur-ubur adalah.
We olls dah semakin hampir dengan Pulau Jerejak.  U olls nampak tak bumbong tu semua?  Itulah resort kat sana.  Meriah u olls.  Walaupun akak tak dapat stay kat sana,  tapi akak tetap pose-pose ganaz kat depan bilik-bilik kat situ u olls.  Sebab akak telah menyepa kat situ u olls.  Spa terletak kat atas bukit ni.  Cantek u ollls!

Ubur-ubur yang menyambut ketibaan kami. 



Aksi ahli jimnas negara tahun 2008 dengan seluak harimaunya.  Hang bleh buat cam ni?? Sedeh!!

Siapa ni u olls?  Cam kendu?  Ya...inilah laki akak.  :) 




Ini adalah kenderaan rasmi kalau u olls mai Pulau Jerejak.  Kancil yang telah dibuang pintu dan tingkap.  Gayat tau naik ni.  Tapi syiok u olls.  Kereta inilah yang menghantar we olls dari lobby ke spa dan swimming pool sebab kalau nak menapak ke atas?  Ermmmmmmmmmmmmmmmmmmm!  Sakit la jugak.


Sedang beratur di lobby untuk membuat tempahan kenderaan and spa.  U olls tau kan dulu akak pernah menyanyi kat Jerejak ni,  back in 2008. So tak sangka,  ramai staff kat sini yang masih kenal akak.  Masa kat lobby,  akak jumpa satu akak yang buat sales kat sini.  Nama dia Linda.  Dia bagi akak free bbq dinner voucher untuk malam itu.  Sep duit u olls!  Kalau tak RM48 sorang.  :)  Rezeki.


Selepas selesai membuat tempahan,  benda pertama sekali yang membuatkan akak tergedik-gedik nak buat ialah MEMANDI SUMING PUL!  Yebbbbaaaaaaaaaaa!! Nenjiaaa u olllssss akak dan menyalin dengan baju yang akak pakai masa kejohanan Ollimpik 2004 dulu.  Masa tu akak masok acara renang berirama.  Tak sangka akak boleh pakai lagu baju ni.
Inilah kolam yang we olls mandi tu.  Actually kolam ni cantek sangat.  Dari kolam ni u olls boleh nampak laut dan pemandangan Pulau Pinang.  Tapi sorry akak tak amik banyak gambar sebab hujan.  Akak mandi jugak.  Best!  Actually kat sini ada dua swimming pool nyah.  Satu kat restaurant Santapan.  Akak amik swimming yang kat atas ni sebab pasni akak akan terus ke spa.  :)

Lepas mandi swimming pool we olls terus ke Spa.  We olls amik pakej Exotic Package.  Ada Body Scrub and Body Aromatherapy Massage.  U olls boleh tengok the rest of services,  harga and packages kat sini  :  Jerejak Spa.  Akak suka spa dia bersih dan wangi pastu ada lagu ala-ala Bali.  Siries rasa macam kat Bali.  Depa urut we olls kat veranda yang terbuka dan boleh dengar bunyi laut and burung-burung.  For me tukang SPA kat sini pun very good,  tak cakap banyak.  Tak tanya u olls macam -macam sampai pening and they olls urut sedap sangat.  Tak sakit.  Best sangat u olls.  If ada bajet lagi,  next time we olls nak datang lagi. 
Posing kat veranda tempat akak menyepa kan diri. 

En Khafi tengah pose.  Masa ni we olls dah selesai menyepa kan diri.  We olls jalan-jalan kat area spa itu.  Ada kolam untuk jakuzi jugak.  :)  Takpa-takpa.  Next time.
Lepas we olls menyepakan diri.  Memang sedap sangat badan ni!!  Kalau dapat katil dan bantal rasanya boleh tidur sampai 3 hari tak bangun munya!  Tapi takpala...sebab we olls datang sehari saja so tak mau bazirkan masa.  We olls simpan barang kat lobby dan teruskan berjalan kat tempat-tempat lain yang terdapat kat pulau ini.  Actually dulu Pulau Jerejak ini adalah tempat hospital kusta dan pemulihan akhlak.  Tapi now,  takdak apa dah.  So untuk company yang nak mai buat team building kat sini memanglah sangat sesuai.

Ada macam-macam kemudahan yang ada kat sini untuk u olls yang nak mai secara kumpulan,  u olls boleh buat camping,  boleh buat akviti jungle tracking,  dan macam -macam lagi.  Dan paling best,  tempat ni tak serve ALCHOHOL okay!! Dan malam-malam sapa pun tak boleh pi mana-mana.  So mustahil la kalau ada peserta yang lari di malam hari.  Kan?

Akak tidak melepaskan peluang ini untuk mencuba aktiviti laluan berhalang yang ada kat sini!!  Tak sangka stamina akak masih okay.  Kalau u olls tak percaya.  Lihatlah aksi-aksi akak ala-ala REMBO WANITA!!  Ampa tengok la gambar ni semua.  En.  Khafi yang amik.  Ampa tak caya ampa tanya dia macam mana akak buat!
HALANGAN SATU - Dinding Oren Beracun!!  Senang ja naik dinding ni!  Akak naik 3 saat saja! 

HALANGAN DUA :  Jaring Labah-labah Harry Potter!  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nampak ni akak bukan saja boleh panjat.  Malah akak boleh pose! Sampai pucat muka akak tahan perut.  Untuk pondan-pondan di luar sana...jangan cuba tiru aksi akak ya!!

HALANGAN TIGA  :  Gayutan Monyet.  Tengok tu...akak gelak-gelak jer sebelum buat halangan ni.  Bukan susah pun nak mengayutkan badan kat palang besi ni semua.  Akak buat tutup mata sajiaaaaaaaaaaa!

HALANGAN LAST :  Tali Tarzan.  Senang saja buat halangan ni.  Dalam air hitam tu......ada ikan-ikan pirana yang menanti memakan semua daging-daging akak.  Tapi arrghhhsss! Sayangnya.  Akak terlalu cekap.  So ikan-ikan pirana itu tidak dapat rasa sikit pun dagin akak.

Selepas membuat semua halangan itu.  Akak teruskan perjalanan akak dan En  Khafi. 

Jalan hiking yang suram.  Mulut tu jaga-jaga okay.  Buat cam biasa saja. 

Sorry ya u olls semua.  Jangan makan hati.  Walaupun penat tapi akak masih mampu memberikan pose maut ala-ala Miss Earth 2010.  Ko mampu?
Finally we olls jumpa titi gantung ini.  En  Khafi jalan dulu sampai hujung.  Then patah balik.  Pastu akak pulak.  We olls tak berani lalu jalan kat depan sana sebab takdak jalan yang ada anak panah semua.  Satgi sesat naya. 
Sapa cakap akak cuak?  Sorry ya.  Akak saja buat-buat macam cuak nak bagi nampak ada drama to the picture.  Kan????
Pemandangan dari tengah-tengah titi gantung ini.  Kat bawah ni ada natural lake. Mengikut kata pekerja kat hotel ni,  they olls kata depa yang duk selam dalam tasik ni sampai now tak pernah jumpa dasar tasik ni.  Horror nyah!!

They olls buat tasik ni jadi empangan tau.
Pose meletops akak dan En.  Khafi kat belakang.
Kat atas tasik ni jugak they olls buat flying foks aktiviti.  Tapi we olls tak berani nak turun bawah and amik gambar elok-elok kat u olls sebab kami dua pakai slipper jer.  Sorry ya.
Lepas we olls penat hiking dan jalan-jalan,  masa pun dah nak dekat senja,  so we olls cepat-cepat balik ke Lobby.  Sementara menanti tibanya masa untuk BBQ dinner.  We olls pun lepak kat Lobby.  Ada macam-macam u olls boleh buat.  Ada karaoke room.  Ada tempat akviti mewarna untuk kanak-kanak.  Ada tempat u olls boleh main congkak.  Pastu ada banyak benda-benda yang u olls boleh baca.

Cuba tengok gambar ni!!  Tengok betui-betui......pastu cuba tengok gambar kat bawah ni!! Apa beza dia!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa beza gamak ni dengan gamak tadi???? Haa!! Sapa pandai cuba jawab!
Sorry we olls tak amik gambar time makan.  Sebab lapak!  Tapi siriesly akak cakap,  makan kat sini tak berapa nak sedap sangat.  Tak mencapai standard hotel.  Tapi sebab makan freee!  Akak tak mau komplen banyak.  Lepas makan,  we olls dan para tetamu lain yang menginap kat sini pun di suruh berkumpul kat satu kawasan lapang kat tepi restaurant dia.  Ramai jugak yang ada kat situ malam tu,  salah satunya adalah kakitangan syarikat First Sollar Kulim.  Depa mai sini untuk buat team building.
Lepas tengok tarian api,  kami semua dijemput menari poco ramai-ramai. Sapa yang tak tau,  boleh belajar dengan instructor yang ada.

Pastu lepas depa dah ajar semua orang,  depa suruh kami buat kumpulan dan lawan menari poco-poco.  Akak masok kumpulan 4.  Dan akak sorang pompuan dalam team tu!  Meletops.  Kami semua pun menari.  Memang cayalah they olls semua supporting dan ingat step.  Percaya atau tak we olls menang nombor 1 tau!!!  Akak bangga!  Mesti sebab akak ada dalam team tu.  Sebab tula boleh menang.

Bergambar dengan kawan-kawan sepasokan!  Meletops u ollls.
Inilah hadiah yang we olls dapat.  Iaitu set menicure.  :) Meletops u olls.

Lepas tu,  Santa Klos pun bagi hadiah kat akak.  HAHAHAHAH.  Taklah ini adalah gambar akak saja-saja posing kat patung santa klos kat lobi.  :)
Sekian saja cerita dari akak untuk u olls semua.  
Kepada u olls semua yang berminat nak ke Pulau Jerejak sila layari website depa  :  http://jerejakresort.com/

6 comments:

  1. Tq for da info cik jumie! Pulau sebelah jambatan tuh cik jumie x mau buat rombongan p sana ka! :D

    ReplyDelete
  2. Hilal : Hang rasa hang boleh buat halangan cam akak tu!!

    Sunmelon : Yes. Buat la rombongan. Buat family day kat sana pun best jugak.

    ReplyDelete
  3. aiyoo..sungguh seronot nya kakmerrrr...tp siyes cek rasa cek x dpt wat mcm kakmer tu..mmg komando wanita la makyam..kelesss...!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...