Selamat Tahun Baru 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012.  U olls dah tetapkan apakah zaman tahun baru u olls?

Akak malu nak tetapkan kat sini.  Biarlah akak simpan dalam hati.  Amin amin amin.  Akak doakan impian u olls semua menjadi kenyataan juga.  Usaha iringi dengan doa.

Berikut ialah tarikh gaji untuk staf-staf USM dan mereka yang sewaktu dengannya.  Thanks to Salwani Jaapar from Jabatan Bendahari,  USM.


Barang Kecantikan Pilihan by Kawan-kawan Jelitawanku 2011

Hello u olls semua.  Sat saja tahun 2011 telah sampai ke penghujungnya,  untuk penghujung tahun yang istimewa ini I olls ingin membuat sesuatu yang baru untuk blog JumieSamsudin.Com iaitu untuk memulakan penyenaraian "Barangan Kecantikan Pilihan by Kawan-kawan Jelitawanku".  Untuk tahun 2011 ini I olls telah mendapat input meletops daripada rakan-rakan akak yang pompuan ya iaitu Asmaa,  Aishah,  Syaz and Nonieswara.  DEPA NI SEMUA KAWEN AKAK YANG MAKE UP!  Meletopsssss.

So,  sebab ini adalah kali pertama we olls membuat review barangan kecantikan product yang disenaraikan maybe tak cukup banyak.  And banyak kali kategeri product yang perlu we olls share dengan u olls lagi.  But its okay,  ini pun idea last minute.  Mana tau u olls semua,  ada azam baru nak tukar product apa-apa ka for tahun 2012.  WHY NOT?


So let's baca details information from me and my girls.

Penjagaan Kulit

  1. Clinique
    Syaz Subhan said "For cleanser, toner and moisturizer, aku pakai Clinique dah 3-4 tahun. So far ok dengan aku so takut jugak nak tukak lain."



  2. Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser
    Jumie Samsudin kata "Sebelum ini I olls memang seorang yang tak kisah sangat dengan pencuci muka. Beli saja apa yang ada. Dan suka tukar-tukar.

    Baru-baru ini I olls terbeli Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser and I very the liked it. Ianya tidak bersabun dan maybe sebab itu I olls tak tumbuh banyak jerawat kecik!! Siriesly sangat suka. Tak akan tukar lagi."


  3. Olay White Radiance Facial Cleanser
    Nonie Suliaman said  "Aku mempunyai kulit golongan yang agak sensitif. Dulu aku banyak jerawat gila. Sehingga pada satu hari aku bertemu dengan olay facial cleanser. Aku sangat suka kerana dia menghilangkan jerawat aku secara sekaligus! Lagipun untuk golongan marhaens seperti aku, harganya sangat munasabah.

    Baru-baru ini, aku yang agak obses dengan kecantikan Nur Fazura, cuba menukar produk kepada Nutox Oxyfusion. Malangnya, aku hanya mendapat beberapa bijik jerawat sebesar ibu jari kaki Fazura sahaja. Takdak kulit licin macam Fazura pun! So aku tukaq semula kepada pencuci muka golongan marhaens Olay ini."


  4. Hada Labo Arbutin Whitening Lotion
    Jumie Samsudin kata  "First time Asmaa Aljuned pakai benda ni masa kat kenduri kawen dia. Aku try pakai terus jerawat kecik-kecik aku (sebab banyak travel and piriyed) telah mongering dengan kadar segera. Teruih aku pi beli sebotol.

    Sangat suka benda ini. Untuk u olls yang kulit very the berminyak dan malas gila nak berkapas-kapas untuk toner, pakailah benda ini. Ampa letak kat tangan macam ayak SK II pastu ampa tepek-tepek kat muka.  After that u can pakai mekap semua macam biasa. Memang best! And very the cepat kering all the jerawat.

    Ada 3 colour di Watson, biru, putih and merah. Akak pakai colour biru – whitening."


  5. Simple Soothing Facial Toner
    Nonie Suliaman said  "Ini toner yang aku pakai sejak habis sekolah. Sampai sekarang aku suka dia. Harganya murah jugak."


  6. Olay Total Effects
    Nonie says "I cannot live without this thing! Olay total effects! Ada 3 jenis. Normal, Gentle dan with a touch of foundation. aku pakai yang gentle."


  7. Eau Thermale Avene Water Spray
    Nonie  said "Untuk facial mist, Aku pakai Avene. Thanks to Jumie yang mengintro produk ini."


  8. Olay Regenerist Night Cream   
    Syaz Subhan said "Disebabkan kulit aku yang super kering, so dalam 6 bulan yg lepas aku start pakai Olay Regenerist Night cream.  Actually ni untuk anti wrinkles and surprisingly bila setiap mlm aku pakai ni, bila aku senyum garis senyum tu dh kurang n kulit aku dh tak kering lagi & bertambah elok.  Highly recommended this!!"
    Olay Regenerist Night Cream   



Bedak dan Fondeshen


  1. ZA Pore Smoother   
    Jumie Samsudin said "Aku tulis ni bagi pihak Asmaa Aljuned.  Dia lani sibuk lepas kawen tak boleh review.  Product ini diperkenalkan oleh beliau kepada akak.

    Kepada u olls yang mempunyai bekas jerawat yang agak mendalam kat kulit dan u olls always concern about nampak lubang-lubang itu walaupun dah pakai fondesyen,  why not pakai Za Pore Smoother ni dulu before apply fondesyen kat muka.  Texture dia macam balm,  no colour dan tak berminyak.  Memang lepas sapu tu secara nipis kat permukaan kulit yang agak macam kat bulan,  lepas boh fondesyen nampak smooth teruihhh! Amat sokong."

  2. BB Cream from Skin79   
    Syaz Subhan said "Lepas try BB Cream Elianto dah habis, aku decided nk try korean product gak so aku terbaca review BB Cream from Skin79.. Aku terjumpa product ni kat Watson, so aku beli botol kecik yg kaler gold untuk try.. So far aku pakai ok, yg plg best dia tahan lama kt muka aku."


  3. BB Mouse MAYBELLINE   
    Jumie said "Sama case macam Syaz,  I olls pun dah habis BB Cream Elianto.  So baru baru ini,  pi Watson tiba-tiba salesgirl tu tegur I olls “Ehk….akak ni Jumie Samsudin kan?” 

    HAAAAAAAAAAAAAAA!!  Kau mampu?  Lantas dia pun mengrekemen I olls untuk beli BB mouse MAYBELLINE.  (Dia buat sales untuk Mayebelline).  Teruslah akak membelinya.  HAHAHAH

    Tapi memang puas hati beli BB mouse MAYBELLINE sebab dia super best untuk orang yang kulit berminyak gila macam akak.  Kalau pakai memang tak payah pakai bedak ka nak tacap.  Dia sampai petang duk elok.  Cuma berpeluh tu biasalah.  Best apply pakai tangan saja."

  4. Bobbi Brown Oil-Free Even Finish Compact Foundation   
    Aishah said  "Mekap aku pakai fondeshen Bobbi Brown".

    Jumie tambah lagi  "Cara terbaik untuk pakai fondesyen ini ialah guna jari!  Amik calit sikit letak atas tangan pastu urut-urut dia bagi panaih and dab slow slow kat seluruh muka ampa.   Mula-mula colour dia akan nampak gelap sikit dari skin tone ampa,  tapi lepas itu dia akan ikut warna kulit ampa."


  5. Gowoonsesang Hydra Intensive BB Cream PA++   
    Nonie  said  "Aku baru start try pakai BB cream recently.   Aku dok pakai ini. dan aku suka.  Boleh beli kat Sasa. Harga aku tak ingat. 80 ka 90 ringgo tah."


  6. Laura Mercier Flawless Kit   
    Nonie said "Aku suka try bedak.  So aku ended up aku ada banyak jenih bedak.  Fondesyen aku pakai Laura Mercier Flawless Kit. (Tapi aku malaih pakai.  Kecuali nak pi kenduri atau function-function atau ketika aku rajin)."

    Laura Mercier Flawless Kit

  7. MAC Mineralize SPF 15 Foundation   
    Syaz Subhan "Ini adalah favourite compact powder aku! Tak akan tukak sampai bila-bila!!    Syaz Subhan".

  8. MAC Prep + Prime Transparent Finishing Powder   
    Jumie Samsudin said "Product ini diperkenalkan oleh Mak Ayam I olls iaitu Kak Baby masa memekapkan I olls masa hari persandingan I olls di Penang.  Memang very the meletops.  Walaupun colour putih tapi it changes ikut skin colour / foundation base kita.  Yang penting………..banyak review meletops pasai product ini and I olls sebagai penggunanya amatlah menggalakkan para make up artist dan pemekap tegar untuk memiliki loose powder ini sebab memang super tak berminyak.  Muka Jumie Samsudin kekal matte sampai 7pm!"

    MAC Prep + Prime Transparent Finishing Powder 


  9. EcoTools Foundation Brush   
    Jumie Samsudin said "The best way to apply foundation di muka u olls adalah dengan brush.  Walaupun semua orang sekarang sangat mengikut trend stippling brush,  tapi I olls tetap dengan foundation brush yang standard tu.  And pilihan I olls adalah EcoTools Foundation Brush sebab lembut,  senang nak melekat,  senang nak cuci and lebih BEST berbanding Mac 190 brush.  Diperbuat daripada buluh ya puan-puan." 
BibirBibirBibir
  1. The Face Shop Lovely Me:Ex Milky Tint in 01 Baby Pink   
    Nonie said  "Lipstick dan Lipgloss aku jarang pakai. Aku selalu beli,  tapi tak habih pun pakai.  Tapi baru ni aku ada beli The Face Shop punya lip tint.   Not bad."


  2. Revlon Colorburst Lipstick in Soft Nude
    Jumie Samsudin said "The best nude lipstick ever!! Glossy finishing.  Ampa boleh apply terus ke lips.  Tak payah pakai brush pun takpa.  Terpulang nak pakai gloss ke tak lepas tu."

    Revlon Colorburst Lipstick in Soft Nude

  3. Russian Red Mac Lipstick   
    Jumie said "The best red-lips ever!  Matte finishing.  Best apply pakai brush lipstick.  Kulit kaler apa pun sesuai pakai!"


  4. Shizens Lip Painter   
    Syaz said "Lagi Korean product!! Super love this jugak.  Ada 2 sides, side yg kaler putih tu kalau letak kat lips dia akan jadik merah natural, so nampak la lips hampa mcm merah natural.  Lagi satu tu gloss dia, kalau nak glossy pakai belah lagi satu. Boleh beli ni kat mekap counter kat Parkson or Metrojaya. Taktau kat penang ada ka tak."


  5. Simply Eye Color by SimplySiti   
    Jumie said "Kepada u olls pencinta Eye Shadow yang tak semahal MAC.  Akak mencadangkan u olls pakai Simply Eye Color by SimplySiti sebab dulu I olls mencadangkan Elianto,  tapi kini Elianto macam tak bagus gila.  Colour dia tak melekat kat kulit macam mana ka.  So I tried Simply Siti and sangat suka!!

    Ianya tidak berserbuk macam Elianto.  Sangat MAC quality.  Kalau ampa nak  
    best,  lepas foundation jangan pakai bedak kat area mata and terus apply guna jari saja.  Pastu ampa blend guna brush.  MEMANG MELETOPS macam MAC.  (MAC eyeshadow RM68 sebijik.  Simplysiti baru RM29)."

    Simply Eye Color by SimplySiti 
  6. Burt Bees Lip Balm Burt Bees Lip Balm
    Syaz Subhan said  "Kawan aku bagi lip balm ni, best sebab bila pakai rasa refreshing sangat. Aku punya lips sangat kering gak, tapi bila pakai ni alhamdulillah it helps. Brand ni baru lagi kat Malaysia, kedai dia ada kat The Curve, The Gardens & ada jugak kat Sephora.,"

    Kata Nonie Suliaman  "Lipbalm aku pakai sama macam Syaz,   Burt’s Bees Beeswax. And yes, sangat bagus! Aku bawak pi mana-mana tak tinggai."

Blusher
  1. Dior Sunshine Blush   
    Syaz said "Sangat suka blusher ni.  Dah pakai lebih kurang 6-7 tahun."


  2. Baked Blusher Marble
    Jumie and Aishah setuju and amat suka product ini.  Bronzer + Higlights and Blusher dalam satu sapuan warna.  Tapi be careful,  sekali jatuh teruih akan berkecai u olls.

  3. Blushed Player Blusher Bed Head
    Jumie Samsudin baru sahaja beli blusher ini.  Untuk u olls yang feeling-feeling make up nude tak nampak.  This is the best colour for u olls.  Sapuan matte.  Takdak mengelit apa semua.  So uolls akan tampak very the profesional u olls. 

  4. Mineralized Blush Love Thing
    Jumie amat rekemen blusher ini untuk u olls yang mempunyai kulit yang tanned (anak-anak mami u olls).  Warna ini adalah sangat deep tapi amat cantek. 
 





Dari Kerana Mata
  1. Avon ULTRA LUXURY Eye Liner
    Jumie said she will never ever ever ever tukar sebab,  "This celak pencil adalah yang terbaik! Senang nak lukih.  Bila sharp dia tak patah!".

    Avon ULTRA LUXURY Eye Liner
  2. Body Shop Liquid Eyeliner   
    Syaz Subhan said,  "Body Shop liquid eyeliner - disebabkan aku setiap hari pakai liquid eyeliner ni so aku sangat recommend Body Shop punya, tak mahal sangat and senang nak bentuk."


  3. Maybelline Hyper Sharp Liner   
    Jumie Samsudin said "Siriesly!  Memang senang dilukih dan hujung mata pen ini adalah sangat haluih.  Ampa boleh buat lukisan naga atau ukiran inai kat hujung mata ampa!"



  4. MAC Plush Lash Mascara!!   
    Nonie said "Mascara aku pakai MAC Plush Lash. best."
      


  5. Tsuya Tsuya Angel Eyes Lash Treatment Formula
    Jumie said "Sapa Hantu Gila Suka Make Up Bulu Mata ?  Product ini juga diperkenalkan oleh Asmaa Aljuned. Tak payah pakai bulu mata pelasu.  Ampa pakai mascara macam biasa,  and then ampa sapu Tsuya Tsuya Angel Eyes Lash Treatment Formula ni.  Dia macam serbuk fiber halus-halus.  Pastu u olls pakai balik mascara.  Lepas tu u olls boleh tengok muka u olls terus jadi macam Rozita Che Wan."

    Tsuya Tsuya Angel Eyes Lash Treatment Formula (lengthening)
    Tsuya Tsuya Angel Eyes Lash Treatment Formula (Volumizing)

  6. Tony Moly Cake Eyebrow Partylover  
    Syaz Subhan pencinta Korea berkata "Tony Moly Cake Eyebrow Partylover!! Love!! Love Love this!!! Disebabkan aku tak reti pakai eyebrow pencil, so this eyebrow palette helps a lot.  Aku beli ni masa jalan-jalan kat 1st Avenue Penang, ada satu kedai ni jual semua Korean make-up products.  Gilaaaa aku!!!!"
    Tony Moly Cake Eyebrow Partylover 

Penjagaan Badan
  1. Soap & Glory Body Butter   
    Syaz said "Highly recommended sebab bau best sangat n lps pakai tangan kita jadi lembut & moisture mcm choc moist cake ;p!! Boleh didapati di Sephora."
      

  2. Soap & Glory Flake Away   
    Syaz said "Ini adalah body scrub.  Best jugak sebab nanti badan hampa akan rasa lembut :).  Juga boleh beli kat Sephora!!"
    Soap & Glory Flake Away   
Insya allah list 2012 kita akan buat yang lebih meletops!! Cadangan dari u olls semua amatlah dialu-alukan.   SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012.

Shanell Masuk Paper Metro!

Hello u oll semua.  Ingat tak Shanell Harun,  kawan we olls yang membantu untuk mengdesign wedding dress akak yang biru dan cantek itu.  Yes,  beliau yang merupakan seorang pelajar pra siswazah dalam bidang Seni Reka Fesyen kini sudah feeling-feeling designer meletops ya.  Katanya walaupun baru di part 1,  dia dah berani sponsor baju artist sana sini.  Hari itu beliau sponsor baju untuk Marsha for Malam Anugerah Skrin 2011.  Tengok sini  :  Marsha in Shanell. 

 Kali ini beliau buat baju untuk Izreen Azminda Aznam,  pelakon dalam drama bersiri Juvana.  Akak tak pasti dress ini Shanell sponsor ke atau beliau hanya pembuat baju ini.  Tapi yang penting memang dia yang design baju ini. 

Let's check it out!



I likes beliau dalam dress ini.  Pelakon ini memang pelakon yang agak bagus pada pandangan akak.  Bila dia dressap macam ni,  terus nampak dia macam sangat diva-diva.  Sebab selalu tengok dressing dia ni macam aunty-aunty sikit.  Tapi dress ini,  walaupun macam penah nampak,  tapi for me untuk Shanell yang baru duk belajar di semester I memang sangat membanggakan :)



Lets' baca artikel penuh wawacara Rudy Imran Shamsudin bersama Izreen Azminda Aznam :  Cinta pada lakonan mengatasi segalanya.

Pesanan kepada my brother,  my friend Shanell Harun  :  "AKAK TAKMAU TENGOK HANG MASUK PAPER APA SANGAT.  AKAK NAK TENGOK SEGULUNG IJAZAH BOK MAI BALIK PENANG SATTT NAK TENGOK!!"

Sekian,  ucapan tahniah stail garang punya.

Tropical Spice Garden Penang Yang Sangat Best

Hari ini I olls nak cerita pasai tempat jalan-jalan kat Penang lagi.  Sajalah nak cerita santai-santaikan.  Actually tempat kat Penang ni ada banyak tempat yang best yang satu dunia nak mai tengok.  Tapi kita saja yang tak reti nak pi mencariknya.

Hari ini I olls nak cerita pasai Tropical Spice Garden,  Batu Feringghi.  Dah lama tempat ini dibukak,  tapi hari ini baru berkesempatan nak pi dengan kawan-kawan. 


Tropical Spice Garden ni bukan semata-mata taman,  actually kat sini kalau u olls mai dan amik tour guide dia memang seronok depa akan cerita macam-macam pasai segala tumbuh-tumbuhan yang terdapat kat taman ini.  Kadar masuk ke taman ini ialah RM14 untuk dewasa.  RM12 untuk kanak-kanak.  Dan RM10 untuk students.  Agak mahal kan?  Tapi,  for me dengan bayaran yang kita buat memang berbaloi sebab tempat ini sangat cantek dan dijaga dengan sangat baik.

Ini adalah pintu masuk ke Tropical Spice Garden.  Pokok ni tak tau la pokok apa,  tapi macam pokok kacang.  Bunga dia penuh dengan semut kecik-kecik warna hitam.  Akak baru berangan nak pose-pose kat depan tu pegang bunga,  tapi penuh dengan semut teruih tak jadi. Akak ni dah la manis kan?



Taman ini agak luas dan berbukit bukau u olls.  So of coz u olls kena hiking ya.  No feeling-feeling high heels.  Just pakai kasut traveling.  Here are some of the pictures masa kami berjalan-jalan di taman ini.


Ayak sedikit keruh.  Tak tau pasaipa.  Maybe hujan kot. 


Selain berjalan-jalan dan tengok kecantikan taman,  ada beberapa aktiviti lain yang boleh u olls buat kat sini.  Antaranya

  1. Corporate / Private Party and events  :  Kalau u olls nak buat event seperti team building u olls boleh buat kat sini.  Harga RM175 untuk setengah hari.  Minima 30 orang satu kumpulan. 

    Atau u olls punya company nak bawak potential client enjois-enjois sambil impress depa,  boleh juga mai sini,  Tropical Spice Gardent boleh plans activities dan juga jamuan makan semua untuk client u olls.
  2. Wedding!  :  YES! U olls boleh kawen kat sini.  Tapi ramai yang kawen kat sini ialah Chinese and Mat Salleh la.  Sebab kita orang Melayu dan orang India,  kalau nak kawen kena kawen di masjid atau kuil kan?  Tapi kalau u olls nak buat hi-tea or dinner party untuk kaum keluarga for your wedding.  Depa boleh arrangekan.  Inilah impian akak dulu.  Tapi tak terlaksana!
  3. Wedding photography  :  Kalau u olls tak mampu buat wedding kat sini,  u olls buleh buat photoshoot kat dalam ni.  Untuk pengantin dan team photographer (4 pax - pengantin dan dua photog) depa caj RM50 sahaja.  I olls kalau mengandung,  nak buat la photoshoot mengandung dalam ni.  TAPI .........tak mau pakai baju apa-apa boleh?  Just tutup tutup tetek dengan daun kering.  HAHAHAHAH...kerlassssssssss!
  4. Cooking Class :  U olls boleh belajar masakan orang Melesia menggunakan rempah ratus di sini.  Memang very the sofistikated siap ada bilik khas macam kelas Kemahiran Hidup dulu.  But im not interested. 
  5. Kedai Cenderamata :  Kat kedai ini ada macam-macam cenderamata yang u olls boleh beli sebagai kenangan.  Selain menjual rempah ratus (YANG TU AMPA BOLEH BELI KAT KEDAI MAMAK SAJA!!! JANGAN DUK OVER!),   ada banyak benda-benda lain yang dijual seperti buku-buku,  barang spa seperti losyen,  minyak dan lain-lain yang sangat murah harganya dan juga hasil hutan lain seperti madu dan kacip fatimah. 
  6. Makan-makan :  U olls boleh mai makan-makan kat restaurant dia.  Nanti i olls akan cerita dengan lebih lanjut di bawah. 

Inilah restaurant Tropical Spice Garden yang sangat cantek.  Dia macam terrace,  overlooking permandangan laut yang mengasyikkan.  Tapi tidak panas dengan baha laut sebab kita di lindungi oleh pokok-pokok besar yang sangat cantek. 


Sorrylah fon akak ni fon kongkiak saja.  Oleh itu,  gambar ni tak berapa nak meletops.  U olls kena mai dan tengok sendiri.


Pose macam ni boleh membuatkan akak hilang at least 10kg dalam gambar ya.


Insya Allah akak nak mai sini lagi,  tapi this time nak feeling candle light dinner dengan En.  Khafi.  Cantek sangat kat sini.  Tai posing akak ini bagi akak nampak sangat terkendon. 

 Bahasa French.  Maksudnya  : TEMPAT CIUMAN.

Kerlas kan tempat ini?  Sekali sekala boleh la pergi u olls.  Tapi untuk u olls yang anak ramai....kena pikiak dua tiga empat kali ya.  Sebab mahal sangat for me. 

Jangan lupa,  layari  :  http://www.tropicalspicegarden.com/index.php
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...