Kes Culik Bayi di Puchong Adalah Pelasu!

Nyah!  Pengumuman khas!!

Hari ni mak verver sebarkan dalam BBM dan YM bagitau kat semua orang pasai benda ni  :  PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

Meletops nyah!  Kita pun sebagai rakyat Melesia yang prihatin pun gigihlah membagitau seantero kawan-kawan lain supaya dapat membantu menyebarkan maklumat ini dengan harapan nak membantu they olls ini yang menjadi mangsa.

Ni taksat akak baru baca Tweet abang Beautifulnara pengesahan daripada Bernama bahawa kes penculikan bayi ini adalah PELASU semata-mata!  Tak caya u olls baca kat sini.  PDRM Sahkan Penyebaran Kes Culik Melalui SMS Dan Internet Palsu

Kesahnya!! Dua laki bini ni bergadoh berebut anak.  So salah sorang tu bawak lari la anak dia.  Maybe rindu tak jumpa lama.  Pastu lagi sorang plaks pi YM dan BBM satu Melesia pun baca dan takut.  U olls semua yang ada anak,  takdak anak,  ada anak kucing,  tersepit kat anak pintu dan semua anak-anak terus kecut perut dengar kes culik-culik ni kan nyah? 

PDRM nasihatkan rakyat agar lebih berhati-hati dan menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat palsu seperti ini.

Gambar hiasan :  Dua orang kawan akak ini pernah diculik oleh bunian masa they olls main kat tepi-tepi pokok di Sekolah Rendah Minden Height dulu. 

Mai sini akak nak membalas kata-kata PDRM :
U olls!!  Hang jangan la salahkan we olls?  Nak hati-hati macam mana?  Benda ni siries nyah!  What if benda ni BETUL-BETUL happening!  Haruslah we olls semua feeling nak membantu u olls.  Tapi apa pun,  thanks to abang polis semua sebab cepat-cepat mensiasat perkara ini dan bagitau we olls semua.  U olls memang de starr!!

And to En. Rashid 0196267828 :
HANG MEMANG NAK MAMPUS LA FITNAH BINI HANG CULIK-CULIK! GAWAT SATU MELESIA OKAY!!  Tula orang kawen hang nak kawen! Orang cerai hang pun nak cerai!  Lain kali please la jangan pentingkan diri sendiri.  Sebab u olls yang gelabah tak tau nak tangani isu rumah tangga,  we olls yang ibu-ibu ayam ni yang menjadi gundah gulana.

Sekian,  berita ini disampaikan oleh Jumie Samsudin untuk BBC News versi Bahasa Pondan.

ps/  MeLyssa Nadiea...sabar-sabar sabar!

Please Vote Akak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Belog Jumie Samsudin yang meletops semuanya,

Akak tak pernah masok apa-apa contest dan suruh ampa semua susah-sudah VOTE akak.  Tapi kali ini akak memohon kerjasama dari u olls semua kalau boleh ajaklah kawan-kawan,  adik beradik,  sepupu,  makcik,  adik angkat,  skendel,  boss,  dan semua-semua yang ada fesbuk untuk VOTE akak.

Cara-caranya amat mudah!  

1.  U olls bukak link ini,  http://lyndarahim.com/blog/?p=321  
2.  Pastu carik artikel no 89
Haaaa! Carik yang ni.  No 89!

3.  Pastu click LIKE kat tepi tu!  Ampa klik kat ikon LIKE kecik kat bawah tu!

4.  Pastu nanti dia jadi cam ni!!  Yeahhh! Dah berjaya :)


Thank u olls semua!  Akak tau u olls semua yang meletops pasti sudi membantu akak.  So far,  akak adalah orang ketiga teratas!  Tapi dalam tiga-tiga tu akak paling rendah.  Hope u olls semua sudi membantu akak untuk LIKE ya.  Anyway,  pertandingan ini adalah 70% undian dan 30% juri.  Akak harap after voting session berakhir iaitu pada 30 Jan ini,  para juri sudi mengkonsider tawaran nasik briyani unta akak ini.  Kalau takdak unta,  akak sudi MENGUNTAKAN diri akak dalam nasik briyani itu.  Again!! Thanks u olls semua.  JANGAN LUPA VOTE AKAK OKAY!

Kalau u olls rajin,  please PASTE (Ctrl +V) sisipan ini kat semua wall Facebook kawan-kawan u olls semua :  
Hello u olls semua! Please bukak link ini dan vote Jumie Samsudin NO89!! Please thanks u olls. http://lyndarahim.com/blog/?p=321

Kalau u olls nak baca artikel yang akak pertandingkan sila click sini   :  My Dream Wedding by Jumie Samsudin

Yang benar,
Jumie Samsudin

Saja nak boh gamak ni.  :)  Hope u olls suka.

Bila Fasha Sandha Putus dengan Jejai.......

Hello u olls,  hari ini akak nak buat satu sajak untuk u olls semua.  Dah lama akak tak menyajakkan diri akak.  So hope u olls semua sudi mendeklamasikan sajak ini kepada kawan-kawan u olls semua.  Sajak akak berjudul  :  Bila Fasha Sandha Putus dengan Jejai...

Inilah gambar Fasha Sandha untuk majalah Stailista edisi Jan 2011.  Statement boleh mampus ya - AGENDA ASMARA FASHA SANDHA SAYANG JEJAI.  Sudah tidak relevan lagi.

Bila Fasha Sandha putus dengan Jejai...
Satu Melesia gelak kat dia
Satu Melesia pun tepok tangan sambil baca paper Metro
Dan mereka berkata "Baru ada akai!!"
Kesian kat Chinta Chanduri

Bila Fasha Sandha putus dengan Jejai...
Semua belog termasuk belog akak pun tulis pasai cerita ini

Ada yang kutuk dia secara sinis 
Ada yang bagi kata-kata semangat kat Fasha Sandha
Ada yang suruh Fasha insaf

U olls tengok tak Melodi?
Betui ke depa tanya Fasha ni psiko ke tak?
Fasha tak ngaku

Sampainya hati u olls bertanya dengan directnya kepada Gugurl

Bila Fasha Sandha putus dengan Jejai..

Tiba-tiba nama Nora Danish kembali menggema
Kisah dia dan Jejai ke Jepun menjadi utama

Adakah itu penyebabnya?
Tapi pada pendapat akak.......NORA DANISH MENANG AKHIRNYA

Bila Fasha Sandha putus dengan Jejai..
Jejai sendiri yang announce kat semua wartawan

Sebab dia tak mau Fasha duk bagitau benda-benda yang onar
Sebab dia tak mau Fasha menafikan apa yang benar
Sebab dia memang dah tak mau dengan Fasha

Bila Fasha Sandha putus dengan Jejai....

Semua orang kata BARU ADA AKAI kat Fasha
Tapi sampai nya hati ampa kata macam tu

Dia pun maknusia juga ada hati dan perasaan
Sudah sudahlah mengutuk dan mengherdik dia
Apa yang jadi hanya TUHAN yang tahu

Yang benar,
Jumie Samsudin

Terimalah gambar-gambar Nora Danish dan keluarga bersama anaknya bercuti di Jepun bersama Jejai.  Pictures ehsan dari Ohbulan.com!

My Dreams Wedding by Jumie Samsudin

U olls semua!  Before u olls baca artikel ini jangan lupa untuk LIKE akak no 89 ni link ini!  Thanks u olls!



Harlor u olls semua! Satu hari saya ternampak satu iklan tentang satu contest menulis blog / artikel / notes tentang LOVE STORY mereka.  Oleh itu saya pun nak masok jugak!  Tapi saya nak menulis tentang MY WEDDING DREAM.

Untuk u olls yang nak join artikel ini jugak,  inilah maklumatnya. 


Objective
Bagi meluaskan lagi konsep dan idea-idea yang dibawakan oleh CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Tumpuan
Para blogger, para facebooker.

Bagaimana utk menyertai
  • Click LIKE di www.facebook.com/cstproduction dan www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR 
  • Tukarkan picture profile anda kepada picture profile sama seperti CST PRODUCTION dan LYNDARAHIM KUALA LUMPUR sepanjang contest ini berlangsung (6 Jan – 20 Jan 2011)
    -  Picture profile boleh di download dari www.cstproduction.com/contest
    -  Jangan lupa setkan thumbnail picture profile anda kepada gambar chili merah tu. lihat panduan pada profile CST.
  • Updatekan status anda kepada “What’s Hot is Gettin Hotter” dan tag kan CST PRODUCTION & LYNDARAHIM KUALALUMPUR
  • Pilih salah satu tajuk di bawah dan olahkan secara paling creative di dalam blog anda atau facebook notes:
    -  My Dreams “Wedding”. (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
    -  My Dreams “Love Story”. (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda).
  • Dan diakhir penulisan, letakkan logo CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR beserta link ke www.facebook.com/cstproduction & www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR
  • Logo boleh download di (www.cstproduction.com/contest)
  • Kemudian emailkan penyertaan anda kepada cstproduction@gmail.com
    Nama anda
    No Tel anda
    Facebook ID anda
    Link entry blog anda / link entry facebook notes anda
    Tarikh Majlis anda (Jikalau berkaitan)
Hadiah
  • 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc… )
  • 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.
    -  Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.
    -  Hadiah boleh di tukar milik.
  • Siapa yang boleh join?
    -  Sesiapa yang mempunyai blog dan facebook yang meminati hasil kerja CST & LYNDARAHIM.
    -  Sesiapa yang ingin berkahwin.
    -  Sesiapa yang ingin menghadiahkan hadiah utama ini kepada kwn2 atau adik beradik.
Pengadilan 
  • Pihak kami akan memilih pemenang berdasarkan penceritaan yang menarik dan voting dari para pembaca. 70% daripada voting & 30% daripada Juri CST & LYNDARAHIM.

Tarikh Tutup penyertaan 
  • 6 Jan – 20 Jan 2011 (Penyertaan)
  • 21 Jan – 31 Jan (Online Voting)
Sebarang pertanyaan 
  • Hubungi 0341050843

    Now you can start Dreams for Something.. GOOD LUCK..
* Senarai Entry yang telah menyertai –>>http://www.facebook.com/note.php?saved&&note_id=136539279739190&id=57586568433

OKAY !!!  Dah baca pasai pertandingan ini.  Kalau anda rasa anda layak untuk memasuki pertandingan ini,  haruslah anda mengejoin.  Untung nasib boleh dapat sponsor baju and photographer and video!  Sapa nak free? JOM JOIN PERTANDINGAN INI.
Jumie Samsudin dan Pak Man Sekap saya.  Sebelah saya tu boyfriend saya,  Panggil dia En.  Khafi,  tapi bapak saya panggil dia Pak Man Sekap.


PENDAHULUAN
Pertama sekali saya dengan secara rasminya ingin memaklumkan kepada semua pembaca belog saya,  kawan-kawan serta musuh ketat dan musuh longgar saya bahawasanya saya dan En.  Khafi akan menghabiskan zaman bujang kami tak lama lagi.  Tarikh akan diumumkan tak lama lagi dalam satu press conference bersama TV3,  ASTRO CERIA,  RTM,  Al Jazeera dan juga Asian Food Channel.  Katanya Oprah.com juga dalam process nak SKYPE dengan kami nanti.  So u olls tunggu.  Saya akan bertunang dalam satu majlis kecil dan rahasia bersama keluarga terdekat kami pada Hari Raya Cina 2011.  Tunggu gambar saya upload kat Facebook.  Sorry saya tak jemput sebab we olls buat the very private saja. 

So bersempena dengan contest yang dianjurkan oleh fashion designer meletops iaitu Datin Lynda Rahim dan jugak CST ;  saya ingin berkongsi MY WEDDING DREAM by JUMIE SAMSUDIN dengan u olls semua.  Hope u olls mengeLIKE artikel saya ini.  Menang tak menang belakang cerita!! Yang penting we olls happy bila baca artikel ini.  (macam selalu!)

WEDDING DRESS
Datin Lynda Rahim,  kalau Datin membaca artikel saya ini. Saya nak bagitau yang saya selalu menengok sambil meleleh ayak liyok apabila melihat Zahnita duk posing pasai baju dari Datin.  Nak menempah dengan Datin sangat la tak mampu.  Tapi kalaulah saya berjaya dapat subsidi dari Sultan Brunei untuk sedekah sedikit daun emas kepada saya,  saya akan menempah dengan Datin.  Dan inilah wedding dress idaman saya.

Baju ini masa Miranda pakai untuk perkahwinan Carry Bradshaw yang tak jadi.  Sedih. :(
Ni masa fesyen show Zac Posen Spring 2008 :)
Sorry gambak ini kecik.  Actually gaun ini adalah hasil rekaan Zac Posen untuk movie Sex and the City.  Miranda pakai baju ini sebagai bridesmaid.  Saya suka baju ini dan jugak kalernya iaitu kaler presidential blue.  Betui kan?  Memandangkan saya ini berbadan agam,  saya tau Datin pastinya dapat mengolah dress ini agar sesuai dengan tubuh saya yang VOLAPSYES ini!

Untuk En.  Khafi biarla dia selesa memakai suit colour kelabu yang boleh menyerlahkan lagi kehemseman beliau di samping saya itu.
Abang Daniel Craig yang sangat elok bersuit kelabu. :)

HEAD GEAR UNTUK PENGANTIN POMPUAN
Saya
tak mau pakai tiara dan veil,  tapi
saya teringin nak pakai macam ni.  Bagi nampak macam feeling-feeling pompuan French sat.  :)

Macam pompuan ni pakai.  Comels kan?  Boleh katop sikit pipi i olls yang cembong. 

PELAMIN IDAMAN
Memandangkan saya mempunyai kawan-kawan dan adik-beradik dan saudara mara yang ramai,  saya nak pelamin yang praktikal.  Tak mau banyak pasu dan pillars.  Nanti susah nak posing.  Satgi ada yang nampak senget ada yang nampak macam terkepit.  Oleh itu supaya semua orang pdat posing meletops tampa perlu celah bedah atas pelamin saya,  saya nak pelamin yang macam ini.  Ada bekgraun,  ada kaler-kaler.  Ada kerusi.  Ada lampu spotlight kuning....(baru muka saya nampak floless!)  Ini gambar contoh saya bagi sebagai inspirasi...."BERSANDING DI PADANG".  Tapi ni sebagai gambaran saja.  Kalau boleh nak letak la background simple-simple supaya cantek bila bergambar.

Nenjiaaaaaaaaa....pelamin kat padang teruih.  Kalau boleh nak macam ni.  Tapi tukak kerusi pelastik tu boh sofa.
MAKE UP ARTIST
U olls! Inilah killer question yang saya selalu dapat.  "Kak Jumie kalau kawen nanti nak suruh sapa make up?"  Sebagai mak andam kampung kat Penang ni,  saya mempunyai ramai kenalan meletops dari KL yang merupakan make up artist LETOSAN di Melesia ini.  Antaranya Zarina Abdul Rahman,  Razzi Musa,  Sheila Mohd,  Ayang Kamell,  Anna Sha,  Nurul Shukor,  Intan Ramlee,  ramaiiiiiiiiiiii lagi u ollls!  Saya harap kalau anda semua membaca belog saya kali ini,  kalau boleh nak jemput  u olls semua untuk make up saya di hari berbahagia itu.  Tapi ada sorang ni SUPER MAKE UP ARTIST yang saya teringin nak mendapat sentuhan emasnya.  Belajar banyak dari dia tentang ilmu make up ni melalui Twitter.  http://twitter.com/#!/SamFineBeauty  Anda tanya ja apa-apa soalan haruslah dia menjawab dengan rendah diri.  Tapi kena Tweet dia bahasa Orang Putih la.  Orang yang saya maksudkan ialah Mr.  Sam Fine,  make up artist meletops untuk Tyra Banks,  Imaan and Vanessa Williams.  Haaaaaaaaaaaaa nyah! Jom sembah ratu 7 step zapin kat beliau. 

Sam Fine sedang memake up kawan baik saya,  Kak Iman masa zaman we olls ketwok model kat New York gitu. (verangan)

KEK KAWEN
Nak kek kawen buah buah macam ni.  Kalau boleh buh jeruk Pulau Pinang mesti lagi meletops! Kombinasi yang meletops u olls.
KAD KAWEN
I olls nak kad kawen yang simple sahaja.  Tak mau ayat doa dan hadith panjang-panjang.  Nanti orang akan buang dan letak merata tempa
t.  Tak baik u olls.  Oleh itu I olls nak kad kawen yang simple dengan wording yang simple tapi FONT yang menarik.  Contoh dia macam ni.

MAKAN BERADAP
Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Makan beradap adalah yang paling penting sekali untuk saya sebagai permaisuri sehari.  Untuk pengetahuan u olls, I dan En.  Khafi memulakan bibit mengorat dan mengushar ketika di meja pengantin la u olls.  Kesahnya,  En  Khafi jadi pengapit pengantin lelaki (kawan baik dia).  I olls pulak jadi mak andam pengantin perempuan (house mate saya). 

Pose BIADOB ke arah En.  Khafi (kanan sekali).  Masa ni kami dalam perjalanan dari rumah pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki untuk majlis kenduri bertandang.  Masa ni la I olls first time tengok En.  Khafi.
Depa semua time tu pulun nak suruh kami berkenal-kenalan.  Dalam hati memang duk ushar mengushari,  tapi sebenarnya dua-dua kekwat.  Tapi saya tetap memberanikan diri untuk tidak bersikap kekwat. Saya tanya En.  Khafi time tu,  "Awak nak dagin ke? Nak ikan ke?"  Dia buat dunno jarrr kat saya.  Sungguh biadob En.  Khafi time tu. 

Oleh itu,  masa wedding kami berdua pulak,  saya menginginkan kami disajikan NASIK BERIYANI UNTA untuk makan beradap.  Macam ini u olls!

 

So masa makan beradap tu,  saya akan tanya kat En.  Khafi "Abang...nak unta abang?"  U olls rasa En.  Khafi akan sengap tak?

NASIK KENDURI
Disebabkan pengantin dapat makan nasik briyani unta.........tetamu semua pun tidak ketinggalan untuk menikmati hidangan ekzotik ini.  Nasik briyani unta untuk para tetamu adalah lain sikit ya.  U olls takkan dapat unta sujud macam saya.  Tapi u olls punya senang saja,  u olls boleh cedok boh dalam pinggan.  Macam ni.


PENYANYI UNDANGAN
Penyanyi undangan ..............I olls tak mau panggil artist untuk nyanyi sebab nanti semua orang akan tengok artist dan tak tengok pengantin.  TAK MAU!! TAK MAU!! Oleh itu saya nak jemput kawan-kawan I olls yang mempunyai bakat yang besar dalam nyanyian untuk membuat persembahan khas untuk saya.  Mereka ada : (HAAAAAAAAAAAAAA BACIA-BACIA! Ampa kena mai nyanyi!! Karaoke akan disediakan!)
  1. Andy Siti Nurhidayah
  2. Rusdi Redxa
  3. Pojie Pooh
  4. Nonie Suliaman dan the Twins (Nonie hang nyanyi pastu dua pendek tu nari kat belakang)
  5. Arja Lee
  6. Nawal Shahril
  7. Zulkarnain Ahmad
  8. Alvi Zainuddin (Alvi nyanyi sedap.  Meleleh ayak mata)
  9. Osman Kering
PERSEMBAHAN
Selain karaoke untuk hiburan para tetamu yang memeriahkan majlis perkahwinan i olls,  I olls jugak tambah satu lagi persembahan khas yang masih belum ada di mana-mana persandingan di Melesia ini lagi.  Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!  Saya nak jemput Royal London Circus untuk membuat pertunjukkan "BINATANG LONCAT DALAM GELONG API!!"  Yaaaaaaaaaaaaaa!!  Selain para tetamu boleh rasa terhibur terutama kanak-kanak,  tetamu jugak boleh mencuba ya!  Yaaaaaaaaaa!! Anda berani!


BUNGA TELOK
Part ni i want to keep it simple and nice.  Membawa simbol kesuburan.  Oleh itu saya nak bagi bunga telok yang berisi telok kepada semua kawan-kawan dan tetamu yang mai.  Lepas itu,  kawan-kawan boleh buat pertandingan lawan kupas telok dan makan selepas hari kenduri. 
Klasik macam ni.  Macam-macam kaler ada.
HADIAH KAWEN
Hadiah kawen? Ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! Saya pernah pi make up anak Hanifa Money Changer,  tauke pengurup wang yang sangat signifikan kat Penang.  U olls tau tak bapak pengantin bagi hadiah apa kat anak dia sebagai hadiah perkahwinan?  2010 CR-V u olls!  Saya tak mau mintak itu dari bapak Saya.  Saya tau dia mampu bagi apa pun kalau saya minta.  Cukuplah saya dah mintak dia harimau unta ajaib dan macam-macam benda lagi untuk wedding saya ni.  Tapi saya nak satu benda saja yang saya dah lama tak dapat.  Dulu masa kecik-kecik maybe saya dah dapat.  Tapi saya dah lupa. So saya nak mintak pelukan dari bapak saya yang hemsem sebagai hadiah perkahwinan saya.  Sebab saya dah lupa macam mana rasa dipeluk oleh bapak sendiri.  (Tulah 'anak derhaka' asyik fight dengan bapak saya saja!)

Ini bukan Jin Suwa Suwe.  Ini adalah bapak saya,  Abang Manap a.k.a Samsudin Abdullah.  Dengan harapan bapak akan peluk Jumie kuat-kuat masa hari perkahwinan Jumie nanti dan Jumie pun akan pelok bapak kuat-kuat balik nanti sebagai tanda terima kasih kat bapak.  Jumie tau mesti bapak terpaksa habih beribu ringgo untuk bayar caterer nasik briyani unta mahai itu.  Dan sebagai merestui perkahwinan Jumie dan 'Pak Man Sekap' pilihan Jumie ini dan lepas tu terlepaslah tanggungjawab bapak ke atas Jumie.  Bapak tak payah pening kepala pikiak Jumie lagi dah okay.  Jumie akan jadi isteri orang dah lepas itu.
Sekian saja celotehan yang mampu saya kongsi untuk hari ini.  Hope u olls tersenyum sorang-sorang membacanya.  Saya sedar some of the ideas dalam ini adalah sangat tak munasabah.  Seikhlasnya,  kalau tak dapat semua ni pun takpa.  Cukuplah saya dapat jadi pengantin yang cantek,  sihat dan berseri pada hari itu dan dapat berkongsi hari bahagia saya bersama kawan-kawan dan orang-orang yang saya sayang.  Takdak harimau loncat pun takpa,  takdak unta pun takpa.  Yang penting doa dari kalian semua. 

Mohd Kamarulhafiz Omar dan Jumizah Samsudin


My Dreams Wedding by Jumie Samsudin dibawakan kepada anda oleh :

dan

Golden Globe Award 2011Fashion Review by Jumie Samsudin

Hello u olls semua.  Sorry akak lambat keluarkan review kali ini sebab akak membagi peluang sehingga selesainya sessi voting untuk pertandingan What's Getting Hot is Getting Hotter by CST Production and Lynda Rahim Kuala Lumpur.  Terima kasih semua yang tolong vote akak ya.  Sebagai hadiahnya,  anda semua akan dijemput untuk memeriahkan majlis persandingan akak nanti.  Kalau takdak nasik unta,  jangan la merajuk tak mau mai pulak ya?  Katanya bapak akak nak gantikan unta dengan kuda belang.  Gitu!!!

Baiklah,  akak memang sungguh teruja bila tengok E Online! and website VOUGE.  Akak tengok satu-satu fesyen red carpet oleh filem star Hollywood ni semua.  Majlis anugerah kat Emerika ni semua takdak gigih dengan tema bagai macam kita kat Malaysia ni.  Cumanya,  kalau majlis yang sedikit formal like "Academy Award"  "Emmy"  " Golden Globe",  "Grammy" depa akan pakai formal.  Pompuan pakai dress avant garde.  Yang jantan akan pakai tuxedo/suit.  Dan kalau event anugerah macam MTV Video Music Award dan AMA,  Teen Choice Award,  depa akan pakai casual sikit tapi depa carry out depa punya own style yang gila-gila. 

So untuk Golden Globe 2011 yang diadakan pada hari Ahad, January 16, 2011 dekat Beverly Hilton Hotel.  U olls tanya akak dijemput ke tak?  Aiiyoooooooooooooooo! Haruslah akak dijemput.  Cuma akak yang kekwat tak mau pi.  Tengok baju they olls dalam website sudah!  HAHAHAH

Sebelum akak memulakan penulisan review akak pada kali ini,  akak ada satu cadangan siries yang akak yang cadangkan.  Harap-harap u olls semua bersetuju dengan akak dan mengambil inisiatif terhadap cadangan akak ini.  Akak mencadangkan agar next time kat Melesia ni bila ada apa-apa rancangan awards yang meletops seperti AIM,  AJL,  ABPBH,  SHOUT AWARDS dan segala mak nenek awards lain kat Melesia ni,  bila u olls upload gambar artist on red carpet dalam official website u olls itu,  sila nyatakan sekali baju-baju they olls itu DIBUAT OLEH SIAPA?  DIREKA OLEH SIAPA? DISPONSOR OLEH SIAPA?  KOSMETIK OLEH SIAPA?  RANTAI DAN SUBANG DARI SIAPA?  HEMBEK DARI SIAPA?

Terutama sekali kalau artist tu pakai local designer!! Haruslah dinyatakan besak-besak dan terang-terang.  Designer Melesia pun tidak kurang hebatnya u olls.  Depa pun ada website sendiri,  ada blogspot sendiri,  fanpage dan sebagainya.  Tapi siapa yang bertanggungjawab untuk promotkan they olls?  Siapa yang nak ketengahkan bakat they olls diperingkat yang berbeza tingginya?  Sebab itulah we olls kena tiru cara mat salleh buat event.  Bila ada event anugerah,  haruslah ada ruangan RED CARPET.  Dengan cara ini kami blogger bolehla membuat review tentang fesyen dari semua designer Melesia yang tidak kurang meletopsnya.  Hasil karya seseorang itu seharusnya perlu didedahkan kepada perdebatan sihat untuk dijadikan panduan dan titik tolak kepada seorang fesyen designer itu untuk terus 'think out of the box'. 

Hari itu kita digemparkan dengan kisah Hatta Dolmat dan Zerry Zambri yang memaki hamun Nurul dalam Facebook sebab Nurul kutuk design Zerry Zambri secara terang-terang dalam laman sosial Zerry Zambri.  Pada pendapat saya,  sekiranya kritikan yang diketengahkan oleh Nurul itu dibuat secara sihat semestinya Hatta and Zerry akan bersikap lebih matang untuk menangani masalah ini.  Nurul pun salah,  kutuk tak bertempat!!  Kalau betul hang nak kritik why not buat website sendiri...bersuara...buat show fashion police versi Melesia pulak!

Macam sekarang ni,  kalau akak buat review fesyen event Melesia,  gambar memang senang nak ciloks.  Tapi info tak banyak.  :(  Kalau event mat saleh,  semua ada!  Untuk event ni akak ciloks dari E Online dan VOUGE.COM.  Thanks u olls.  :) 

So?  Sapa nak buat dulu?  Media Prima?  Astro?  Host?  Akak pun buleh jerssssssss!  Baiklah,  akak tak mau celoteh panjang lagi.  BERSAMA KITA ANGKAT MARTABAT FESYEN NEGARA KE ARAH KELESTARIAN SENI BANGSA.

Marilah kita mulakan dengan baju-baju yang akak tak suka,  then fesyen-fesyen di jantan dan akhir sekali baju-baju yang akak suka.


Yang Akak Tak Suka

Kita mulakan dengan kak Jennifer Lopez yang memakai gown dari  Zuhair Murad.  U olls semua mesti suka sebab ni Jennifer Lopez.  Tapi pada pendapat akak,  baju ni macam tak siap.  Akak tak suka duk bubuh kain-kain macam katop peti ais ni. 

Diana Agron memakai dress dari J.Mendel.  Pompuan ni muda,  tapi dress ni macam zaman tok-tok tahun 50an.  Tak sassy la!


Nicole Kidman nampak sungguh kuruih dan strettttttttttttttt apabila beliau memakai dress dari Prada ini.  Memang Kak Nicole ni melidi orangnya.  Kalau riben kat pinggang tu dibuang so baju ni terus takdak cutting jatuh,  mesti lagi meleps.

Jennifer Love Hewitt memakai dress dari Romona Keveza.  Baju ni macam budak pompuan sekolah Senjojes nak pi Prom Nite saja.  Takdak istimewanya.  
Carrie Underwood is wearing Badgley Mischka Couture.  TETTTTTTTTTT boring.  :(



Emma Stone memakai dress dari Calvin Klein Collection.  Nampak macam dia amik selot kaler peach dan sapu kat badan dia.....kan?


Natalie Portman tengah mengandung.  So propotion untuk dress ini sangat cantek.  Tapi sayangnya ada bunga roih (rose) tengah-tengah tu macam tak kena. 

Claire Danes in Calvin Klein Collection.  Pompuan kurus kalau pakai holter macam ni,  akan nampak lagi kuruih. 
Sofia Vergara ni suka membuat best.  Baju dia ni tak tau sapa buat.  Kaler dia macam nampak murah.  Pastu macam tak cantek. Is this dress from Vera Wang?


Julianne Moore memakai dress dari Lanvin.  I dont like the colour and the kembong-kembong di sebelah bahu itu.  Maybe because Kak Julianne Moore yang agak kertu ni pakai.  If Beyonce of somehow....Lady Gaga pakai mesti akan jadi meletops.  Pemakai baju itu jugak memberi impak kepada kecantekan sesuatu baju ya.

Atelier Versace buat baju ini untuk pompuan ni,  January Jone.  Tapi tak tau pasai pa baju ni terover seksi dan terbelah di tempat yang tak sesuai.  Terus nampak macam wanita filem porno.



Mandy Moore memakai gaun ropol-ropol guna net tangkap ikan hasil nukilan Monique L'huillier.  Sorry akak tak suka. 

Tina Fey!!!!!!!!!!!! Why Kak Tinaaaaaaaaaaaaaaa!  Kak Tina ni kalau kat Melesia dia macam Fara Fauzana.  Lovable dan semua orang suka kat dia.  Tapi bila mai kat fesyen,  depa ni selalu ikut ja apa orang suruh pakai and depa tak tau apa yang best untuk depa.  This time pada pendapat akak Kak Tina telah menyilapkan diri dia dengan memakai dress baldu kaler biru  dari L'Wren Scott.  Kalau hitam dah nampak macam Morticia Addams.  :(

Gaun mewah yang dipakai boleh Kak  Catherine Zeta Jones adalah dibuat oleh Monique L'huillier.  Colour dia memang meletops.  Tapi design dan tekstur kain ini membuatkan baju ini kelihatan seperti lumut yang besak dan berjalan-jalan.Tengok lumut terus rasa lapak sushi!!!!!!!!!!!!!!
Akak sungguh sedih dengan pilihan dress oleh Halle Berry .  Dia memakai gaun dari Nina Ricci.  Dress ini nampak macam baju dalam sangkut dengan kain net.  Tak nampak class.
Vivienne Westwood memang pakar membuat baju gila-gila.  Hanya yang berani sahaja yang mampu pakai baju dia ini.  Helena Bonham Carter adalah ahli sihir jahat dalam cerita Harry Potter.  Dia bunuh Sirius Black iaitu bapak angkat Harry Potter.  So akak tak suka dia!  (motip??)
Piper Perabo ni la pelakon Coyote Ugly.  Meleps tau pompuan ni.  Tapi akak tak suka baju yang Oscar de la Renta buat kat dia ni.  Sebab baju ni terlalu 'berat' dan menenggelamkan kecantikan semulajadi pompuan ni.  Akak rasa macam dia berkabung.
Aiyooooooooooooooooooooooooo!  Kak Christina Aguilera memakai baju lace dari Zuhair Murad.  Nampak macam kusyen renda-renda saja.  Tak cantek la u olls. 
Perhatian untuk semua pompuan kurus dan takdak tetek.  1.  Elakkan baju itam.  Sebab ampa akan nampak lagi kuruih.  2.  Jangan pakai V neck apatah lagi yang plunging sampai ke tengah-tengah tetek.  Dah la ampa takdak apa-apa.  Maka ampa nampak macam lagi takdak tetek.  Enaf said!  Anyway,  inilah kesalahan yang dibuat oleh Jayma Mays apabila memakai dress itam dari Albert Ferretti.
Akak suka Julia Stiles.  Dia ni seorang pelakon yang pandai berlakon,  nampak smart dan sangat maskulim.  So bila dia tiba-tiba feeling woman pakai dress Romona Kevezani terus akak rasa macam tak berapa kena.  Especially elaboration kat kawasan ropol-ropol di dada itu.  Tak sesuai.

Akak sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!  Awatlah pelopor RUNAWAY ini telah membuat silap pada pilihan fesyen red carpet untuk event penting ini?  Maybe Heidi Klum nak membuat kelainan dengan memakai dress santai dari Marc Jacobs. For me....sangat disaster! Tak sesuai dengan kekelassan Golden Globe itu.



Fesyen Si Jantan

Zac Efron dengan suit Calvin Klein.
Alec Baldwin


Justin Bieber in Dolce & Gabbana.

Johnny Depp in Ralph Lauren Black Label.
Chris Colfer (jantan ka?) tetttttttttttttttt!!
Chris Hemsworth

Yang Akak Suka

Megan Fox memakai dress dari Armani Privé.  Dress ini sangat simple tapi cantek sebab details kat dada tu dia buat macam silang-silang.



Sapa peminat Elie Saab?  Baju dia sangat meletops.  I olls suka sangat.  Kali ini Elie Saab menjadi pilihan pelakon yang baru menjadi Kak Janz iaitu Scarlett Johansson.  Siapa cakap simplicity macam ni tak glamer nyah?


Anne Hathaway memilih dress menghelit dengan shoulder pad yang meletops dari Armani Privé dress.  I olls suka!  Sangat gaga.  Tapi sopan.  Tapi u olls semenaknya kena tengok dress ni kot belakang,  barulah u olls akan makan hati!  Cantek tak?

Milla Jovovich pun memilih Armani Privé. Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Sapa pompuan agam macam akak boleh buat dress macam ni.  Sarah Hyland



Sandra Bullock in Jenny Packham.  Akak suka dress ini nampak sangat sweet tapi yet still glamer.  

Lea Michele in Oscar de la Renta.  Fashion police all over the world dub her as red carpet darling sebab dia ni memang pandai dressap!
Kyra Sedgewick in Emilio Pucci.  I love the colour!!

Katey Sagal memakai dress tak tau dari sapa.  SUKAAAAAA!  Tapi chief clerk kat office akak iaitu Gaik Lan kata "Aku suka dia punya baju.  Tapi tak suka dia punya muka.  Tua!"  Aiiyooo Gaiklan!!!



Christina Hendricks si tetek besak ini memilih dress merah meletops dari Romona Keveza.  Tengok la sampai tebeliak bijik mata Johny Depp kat belakang tu.

Olivia Wilde in Marchesa.  Ini adalah favorite dress Jay Mustapha.  Berapa bijik swarovski la minah ni tabok kat atas gaun dia ni!
Amber Riley!!  Akak selaku Presiden Pompuan Agam Melesia memberikan sembah ratu 7 step kepada Amber sebab u olls berani mengGAGAkan diri pada red carpet kali ini.  Siries nyah!  Sembah ratu okay!



Eva Longoria wore a Zac Posen.  YES!!! Mak ayam ini memakai dress dari fashion designer favorite akak!  I am so loving u mak ayam.  Kalau u olls click on the picture dan tengok details potongan kain kat bahagian dada memang sangat cantek ok.  U olls sapa-sapa yang mempunyai bahu yang lebar,  jangan pakai design camni.  :)  Kalau ampa pasan,  tiba-tiba mak ayam ni pakai itam kan?  Motip?  Tengah berkabong la nyah.  Dia kan dalam proses nak bercerai dengan laki dia.

Kelly Osbourne pun pakai Zac Posen jugak.  Akak suka baju ini.
Julianne Hough in Marchesa.  Cantek kan?
Jane Krakowski pakai dress kelabu yang sangat sesuai dengan perutnya yang sudah bonyot.  Tapi tak tau la sapa buat baju ni.  Anyone?
The girl in green scarf,  Amy Adams memilih dress biru yang meleret ke belakang dari Marchesa.  Akak suka details kat bahu atas tu.  Walaupun sangat couture tapi tak cuba mengkatop muka dia. 


Elizabeth Moss memakai dress kaler emerald green dari Donna Karan.Cantek.  Akak suka.  Sayangnya dia tak mekap.  Sebab akak tak sempat fly pi US untuk make up dia.  Tulah sapa suruh tak bayak deposit!  Akak pun amik la job tu!!

Mila Kunis pun memilih dress colour emerald green dari Vera Wang.  Sangat cantek drapping yang dibuat.


Dan BEST DRESS untuk Golden Globe Award 2011 Red Carpet adalah
.
.
.

.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.



Angelina Jolie dengan dress hijau mengelit dari Atelier Versace.  Eiyzhall bertanya kepada akak baru-baru ini,  "Kenapa akak memilih baju ini?  Macam tak cukup elaboration saja!"  Aiiyoooo!  Eiyzhalll...hang ni sah sah Mak Bu Gila.  Orang Penang panggil Mak Bu Gila ni ialah makcik-makcik yang suka pakai baju kaler kaler,  skirt kembang,  rantai penuh satu badan la.  Tak semestinya baju tu kena kembang,  penuh details,  betui-betui haute couture baru kita boleh consider best dress.  LESS IS MORE DARLING!

Akak pilih baju ni sebagai best dress sebab 1.  Angelina Jolie dah tak pakai itam lagi!!  2.  Angelina memakai colour emerald green yang dijangka sebagai colour of 2011.  3.  Baju ni simple tapi meletops!  Maybe sebab Angelina yang pakai!  I love it.


Terimalah pose maut oleh pasangan yang paling dijelesi oleh seantero dunia,  Angelina Jolie dan lakinya Brad Pitt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...