12.1.11

Ulasan Juara Anugerah Lagu 2011 by Jumie Samsudin

Assalamualaikum u olls semua.  Akak nak mulakan laporan akak dengan rasa kekecewaan akak yang tidak terhingga apabila Anna Rafali menjadi juara.  Apabila para pengacara mengatakan bahawa pemenang Anugerah Juara Lagu ialah hasil nukilan penyanyi itu sendiri akak dah menjerit angkat dua tangan ( ala-ala YMCA) kat depan TV sambil mengkeriau "YEAHHHHH YUNA!!" tapi alangkah cibainya apabila nama Ana Rafali di announce.

Pastu akak terus menjadi bingai seketika.  Akak yang sejak tadi sibuk bertweet dan berfacebook dan berSMS dengan kawan-kawan akak yang merupakan PEMINAT SETIA AJL terus menjadi kaget dan tak boleh berkata-kata.  Ana Rafali pun membuat ucapan dengan eye shadow biru meteliknya itu.  Sungguh buruk mekap beliau pada malam itu.  Dan seperti biasa pemenang akan menyanyikan sekali lagi lagu kemenangannya.


Tapi jelas sekali malam itu,  ketika Ana memulakan nyanyiannya barisan artist lain yang ada atas pentas menunjukkan muka tak puas ati dan menunjukkan riak wajah yang berkata "Mampuih la kat ang pompuan.  Hang nyanyila sorang-sorang.  Mak tak kesah pun."  Kebiasaannya kalau pemenang menyanyi para artist lain yang ada atas pentas pun akan sama-sama menyanyi tanda kegembiraan itu dikongsi bersama.  Tapi maybe jugak semua para artist pun tak tau lagu apa ni!! Tak folular langsung.  U olls jugak kalau perasan para penonton mula mengosongkan tempat duduk area depan stage semasa Ana menyanyi.  Ini menunjukkan they olls pun macam tak puas hati dan malas nak tengok performance itu. 

PERSEMBAHAN PEMBUKA
Persembahan pembukaan yang sungguh mantap dari Fransisca Peter,  Nash and M Nasir yang lepas itu menjadi ketua juri untuk AJL 25.  Tapi apa pun,  kemunculan Fransisca Peter adalah sangat TEPAT sebab aura dress ungu itu memang amat kuat dan membuatkan semangat akak yang berkobar-kobar nak tengok AJL25 ini disambut dengan penuh kekuatan dan kemantapan vocal Fransisca Peter yang perfect. 

Kak Fransisca Peter yang meletops.



Cinta Sempurna – Yuna
Kenapa Yuna nyanyi first!!!! U olls kalau nak tau! We olls yang selalu masok pertandingan nyanyi ni semua penyanyi no 1 adalah paling choi sekali.  Sebab badi penyanyi 1 adalah sangat kuat.  Sapa yang nyanyi no 1 mesti adalah banyak problem dan susah nak menang!!  Tapi akak tengok persembahan Yuna relaks.  Love her dress and make up.  Suara Yuna makin matang walaupun ada ketika itu momentum yang dia cuba buat macam tak berapa nak jadi.  So akak jangka persembahan terbaik memang susah la dia nak dapat.  But she is my first choice untuk LAGU TERBAIK NOMBOR 1.  Sebab lagu ini memang tangkap lentok kalau dengar sorang-sorang time sedih-sedih jiwang u olls.



Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
Keles abang Tomok ya sekarang.  Dressing dan make up bagai untuk lagu dia Berlari.  Akak suka lagu ni.  Tapi for me pada malam tu Tomok terlalu fokus kat tarian sampai vocal dia macam kacau bilau sikit. 
Tapi okay la. 

Pelita – Loque/Loque/A.P.I

Lagu ni akak tak pernah dengar.  Tapi memang meletops la untuk sapa yang minat rock indie ni.  Akak memang peminat vocal Lan and the Typewriter tu.  Best jugak they olls nyanyi dengan Noh Hujan.  Bak kata Zoeysabella,  lagu ini sesuai untuk pertunjukan Majlis Amal Tabung Kebajikan Mangsa Perang Palestin sebab ada scene tembak-tembak.  Kelesss u olls. 

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
Kemunculan Shahir adalah amat dinanti-nantikan oleh para peminat beliau.  Dalam duk dengar ura-ura kata dia sakit la apa bagai.  Tapi akhirnya u olls datang jugak ya menyanyi.  Pakai baju pengawas Form 6 dengan tirau surau.  Ko mampu?  Haaaaaaaaaaaaa....tiba-tiba ada pulak Kak Nasha Azis yang datang dengan sajak-sajak beliau.  Akak rasa macam persembahan Hari Guru sangat.  Lagu ni biasa saja u olls.  Sangat lagu lentok Melayu.  Tapi sebab Shahir nyanyi kot sebab tu boleh masok akhir.  Ramai tanya akak kenapa Shahir kena tampar dengan Kak Nasha?  Jawapan akak adalah sebab untuk menyedarkan Shahir bahawa "NYAH INI AJL25 BUKAN PERSEMBAHAN HARI GURU YA!!"  Erm....memang layak ko kena tampar nyah!


Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain

Lagu ini adalah sangat favorite akak.  Akak suka melodi dan vocal Black dalam lagu ini.  Vocal Black memang meletops.  Tapi akak tengok Black ni macam kaku sikit masa nyanyi lagu ni.  Dia tak gerak sana sini.  Maybe dia simpan stamina untuk vocal dia kot.  :) 

Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Hafiz adalah sangat cute dengan rambut kembangnya itu.  Akak suka lagu ini.  Sangat sweet.  Selendang dia pakai itu mengingatkan akak kat selendang Aaron Aziz yang menjadi ustad dalam filem Dua Alam. Suara dia sangat mantop! Sama cam dalam recording. Simple tiada prop merapu. Tapi tiba-tiba kena tembak plaksss!!!!!! Mati.......Pastu Hafiz datang balik dengan baju serba putih.  Kunonnya roh diaaaaaaaaaaaaaaaaa mai! Pasaipa roh kena pakai baju putih?? Hahahaha! Tapi apa pun,  akak memang menjangkakan Hafiz akan menang Best Vocal sebab suara dia adalah sangat maintain.  Noks.......kesimpulan setakat ini kalau jangan nyanyi lagu API dan Hafiz nanti u olls boleh kena tembak.

Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Lagu ini sangat nice tapi akak tak nampak pun kehebatannya di mana. Akak setuju dengan kata-kata Azura Jaapar dalam Facebook akak "sgt terkejut ana bleh menang... tp maybe lagu tu menepati citarasa M Nasir kottt... tu sbb menang..." Akak setuju dengan pendapat Azura Jaapar itu.  Kita jangan kutuk Anna sebab persembahan dia pada malam AJL25 itu memanglah sangat carca marba.  Bagi akak adalah sangat syiok sendiri.  Dia sorang saja yang paham kenapa dia konsep macam tu. 


Dalam Twitter beliau tulis :  "
MEMBAWA SENI TEATER KE PENTAS AJL,  TERCAPAI.  KITA SEMUA ADA SANGKAR MASING-MASING.  TERKURUNG DENGAN PERASAAN BENCI,  MARAH,  KECEWA,  CEMBURU,  DENGKI." Yelah nyah.......ikut suka hati kaulah kan.


Betui ke orang cakap Ana Rafali ni banyak kes masa dalam proses pembikinan AJL25.  Dalam Melodi banyak keluar kes kata dia ni banyak kecoh dan hanya nak kena ikut cakap dia saja dan menimbulkan masalah kepada artist lain. 

Akak ada satu emel dari pembaca belog akak.  Dia mahu akak rahsiakan details beliau.  So akak nak suruh u olls baca sendiri.  Mungkin ini boleh menjelaskan kenapa Ana bersikap macam tu.

Kak Merr!!

CAM MANA ANARAFALI MENANG?  SIYE RAHHH...dah la nyanyis sebot dok buat sebot cam mat saleh.. toya poukis...

aku kenai la budak tu, dia dulu penah join debate team uitm, tapi bengap nak mampoih..

pastu sekali tu, itm host australasian debate.. byk la mat sallehss... dia GEDIKKKKKK nak mampoih..

semua org menyampah.. masa dinner dia perform, sounggguh tak sedap... pastu dia dok gedik panggil sapa sapa lelaki yg buleh menyanyi utk join dia kat pentas.. dok mintak "anyone from over the sea".. sah sah la dok panggel mat saleh mai naik pentas..

ada la satu university ni punya meja, org ostrolia, depa dok pakat tolak satu kawan depa suroh naik pentas.. kiranya budak laki ni mmg terer menyanyi la bagi depa...

budak tu pon malu malu jalan pi pentas.. tapi.. pundek gila.. ana rafali kononnya nak mintak org pandai menyanyi suroh tolong dia nyanyi apa bagai...

dia boh satu kerusi kat tepi dia, suroh laki tu duduk.. pastu dia nyanyi lagu dan tujukan lagu tu kat laki tu sambil buat gatai2..

ITEW SAHAJA.. kesian laki tu muka merah malu dok atas kerusi atas pentas MACAM BODO...malu gilaaa...

siye gile minah tu.. byk org meluat kat dia.. dia dok promo t-shirt australs masa tu.. dia tak feymes time tu, dia cuma macam ajk tournament tu..

bila dia nak buat pengumuman pasal sapa nak beli t-shirt.. soungguh gedik nak mampos... gedik gila.... sampai bila org nampak dia jalan nak pi mic,

macam2 bunyi keluaq dan org buat muka...

baidewei.. aku TAK PENAH nampak dia pakai baju kurung sepanjang aku kenai dia kat itm... tiba2 imej dia baju kurung.. sungguh la OVER. 
Haaaa!  Kontroversi tak kenyataan ini.  Akak dah baca Twitter Ana Rafali.  Beliau sungguh berani mengriplai dan mengRT semua tomahan dan kutukan orang kat dia.  Tapi nyah dia nak kisah apa!! Lantakla satu dunia pun kutuk janji aku dah menang.  So kita semua pun.  Takpayahla penat-penat kutuk dia.  Walaupun dia tak layak untuk menang tapi keputusan telah dibuat.  Kita ni sapa jer noks?

Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
Noks! Mak tak paham kenapa perlu ada semua pelakon-pelakon itu?  Nak naikkan rating ke apa?  Akak mula-mula ingat Nur Khiriah saja yang buat feeling-feeling peluk baby dalam perut.  Pastu ada pulak Cikgu Fatimah dan akhir sekali Aziz Satar.  Akak suka vocal Faizal Tahir.  Memang suara dia sangat mantappppppppppppppppppppppppppppp!! Tapi bila dia sampai nak kena peluk-peluk dengan Aziz Satar...terus akak rasa macam terganggu sangat.  Pastu bila last-last part they olls nyanyi ramai-ramai dengan pelakon tu semua terus akak rasa macam tak perlu la nak feeling-feeling Hari Keluarga TV3 nyah.  So messy.  Akak kecewa sangat tau!  Akak nak Faizal Tahir focus kat persembahan dia yang ala-ala AMERICAN ROCKERS itu!!! Tak mau amik pelakon lagi!  Pastu..........saranan akak ialah tolong potong upah Pak Ajis sebab dia lupa lirik!!!  Dia salah goyang mulut.



Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
Lagu ini suppose to be semangat-semangat.  Tapi tak semangat pun.  Lagu ni for me biasa saja.  Templet macam lagu Melayu lentok.  Takder keistimewaan.  Why boleh masok akhir?  Akak tengok vocal dia pun tak la mantap tera mana pun. 
Dari awal dia dah buat penegasan kat vocal dia.  Takder pun macam nak relaks kan dulu pastu nak habis lagu baru buat klimaks.  Semua sama jaa dari awal sampai last dia dah OVERkan. 


Ekstravaganza – Sam/Bunkface
Selepas kita disorotkan dengan pelbagai drama dan gimik TAK PERLU dari semua persembahan yang sebelumnya,  akhirnya Bunkface meniba dengan persembahan rock yang simple tapi Ekstravaganza!! Aku suka sangat.  Barulah nampak profesyenel sikit u olls.  Tahniah kali ni u olls tak masokkan budak-budak kecik untuk nyanyi dengan u olls.  Akak suka lagu ni. 



Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor

Ada orang kata Black tak all out untuk lagu ini.  Tapi akak rasa meremang bulu kaki masa dia nyanyi part tarik-tarik tu.  Memang haramjadzz la deni nyanyi punya la nada tinggi.  Kalau akak boleh nyanyi camni rasanya lepas tu seminggu akak kena telan Fisherman Friend.  Akak suka Black tak buat persembahan bodo dalam sangkar bagai.  Walaupun Fazliess mengangggap sebagai buang duit.  Tapi meletops  la u olls.  Hang jeles hang tak buleh ballet!


Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
Memang akak dah dengar rumors kata Faizal Tahir nak nyanyi dalam air!  Tapi tiba-tiba dia keluar nyanyi dalam sangkar! Akak kata...hampeh la!  Nak tiru sangkar kehidupan si Ana Rafali ke.  Tapi sejurusnya selepas itu seperti yang dijangka Faizal Tahir telah jatuh dalam 'tangki air' itu. 
Tapi u olls janganla tertipu.  Akak rasa Faizal Tahir bukan betul-betul masok dalam aquarium air masa tu.  Yang tu hanya paparan pada skrin video yang dilekat bawah sangkar tu.  Sebab tu video tu fokus cantek ja u ollss! Betui-betui kat muka FT.  Pastu sebenarnya kat bawah sangkar tu, disebalik skrin video propmen pun menyimbahla air kat muka FT bagi basah satu badan! Pastu they olls naikkan dia ke atas!  Siriess brilliant idea u olls!  Ini barulah ala-ala Amerikanooo u olls! Akak suka!!!!!!!  Memang patut FT menang PERSEMBAHAN TERBAIK!!!!!!!!!!!!!


Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy

Seperti yang kita boleh expect...Stacy dan Tariannya.  Akak suka fashion Stacy yang sungguh cute.  Nyanyian dia mantap.  Tapi tak cukup untuk lawan Faizal Tahir dan akuariumnya u olls.



Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
Akak tak berapa fokus dengan lagu ini.  Because akak rasa macam biasa saja.  Kekuatannya bukan pada melodi dan lirik tapi band Hujan itu sendiri yang mempunyai ramai pengikut sendiri. 




PERSEMBAHAN PENUTUP
Kemunculan Kak Pah dengan sofa pelamin itu sungguh mengejutkan akak.  Akak tau mesti ramai yang akan maki hamun dan marah akak bila akak cakap cam ni.  Tapi muka Kak Pah sangat horror.  Siriessssssssssssssss u olls.  Akak takut.  Bak kata Nonie Suliaman,  dah macam Mona Fendi versi gemok.  Dan seterusnya Kak Ziana Zain mencetuskan fenomena yang meletops dari stadium Putra Bukit Jalil.  Semua menjerit-jerit apabila Kak Ziana memulakan nyanyian lagu nya.  Noks....tak keterlaluan kalau akak kata Ziana Zain adalah sumber inspirasi semua pondan-pondan kat Melesia ni! Kan?????????????????????? Pastu last sekali Dato Siti mai dengan silat.  Gigih beliau berlatih denagn Dato K ya sejak dia kawen.  Memang meleps perempuan ni.  Walaupun dah sedikit semput.  Tapi Dato Siti masih sudi mempersembahan tarian joget tektonik kepada kita semua.  Steady rah!!

KESIMPULAN
For me tahun ni punya AJL tak sebest tahun lepas.  TAHUN LEPAS LAGI MERIAH.  Walaupun tahun lepas pun AJL buat majis lagi selepas menobatkan Aizat dengan lagu Pergi sebagai juara.  Sebab memang lagu Pergi adalah sangat sedap dan unik.  Tapi disebabkan kita disorotkan dengan pelbagai persembahan nyanyian daripada lagu-lagu yang mainstream oleh itu kita terlupa kesedapan lagu Pergi.  So bila Pergi diannounce sebagai pemenang kita semua TERKEJUT tapi kita terima keputusan itu sebab kita rasa macam "Yalah...betui! Lagu ni sedap".  Tapi kali ini pemenang lagu terbaik adalah sangat-sangat mengikut cita rasa M Nasir.

Sekian saja ulasan dari akak.  Kalau ada salah dan silap mohon maaf ya.  Semua orang pun ada pendapat masing-masing.  Kalau u olls pun ada pendapat jugak,  TULIH LA BELOG SENDIRI!

Semua gambar yang cantek dan meletops ini diambil dari :  WEBSITE RASMI ANUGERAH JUARA LAGU 25


ps/  Please baca review anak-anak ayam akak iaitu Rusdi Redza :  AJL 25-Ulasan dan jugak Fazliess : Tolong ingatkan aku...boikot AJL..huahaha..!!!

14 comments:

  1. Kami suka kalau lagu Drama King menang Juara sebab bagi kami lagu tu lain daripada yang lain. Dengar banyak kali tak boring. Cuma sayang, Black nyanyi cam ala-ala je (simpan suara utk lagu Sofea Jane kot). Hmm..tak pa la dapat no 2 pun ok..Hanyut memang hanya layak menang Persembahan Terbaik. Lagu tu biasa gak..Ingatkan Yuna menang vocal,sayang tak menang. Btoi kata hampa, badi perform 1st ni memang ada.

    Tomok very the Michael Jacksonnnnn step menari dia. Choiiiii!

    ReplyDelete
  2. thanks jumie for the review. sebab i tertidor la lepas si anna tu nyanyi...
    sedar2 dah ziana zain yang nyanyi...
    tak nak review fesyen pakaian mereka... :)
    and sedap lagu cinta sempurna tu. :D chaiyoookkk..

    ReplyDelete
  3. yes...kami mmg rasa Ana Raffali tu x patut menang.Yes,lagu dia agak Ok gak la.tp cara penyampaian dia tu over siye dok wat ala2 minah salleh ape hal kan..diction tu kasi betoi la skit.ni lagu melayu la.bkn lagu omputih.
    tomok da nak jd adam lambert tp ok gak la..black lak,nampak mcm kureng stamina.
    tapi yg kami pelik nya,awat la arrangement music kali ni agak lemmm gila.cth lagu shahir tu,kami kecewa gila melodi dia jd lemm mcm siput vaves ok..lagu2 lain pun nampak gak ke slowness-an dia tu.
    Adakah Dato HJ.Ramli MS saja nak wat kelainan?hurm.....

    ReplyDelete
  4. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sila sebarkan review ini!

    ReplyDelete
  5. Akak puas hati dua benda saja u olls! Persembahan TERBAIK by Faizal Tahir and Vocal Terbaik by Hafiz!

    ReplyDelete
  6. salam cik jumie, Hafiz nampak cam Rhoma Irama la ngan selendang tuh, thanx for da review! I enjoy it! :)

    ReplyDelete
  7. Aku nak komen 3 benda jer..

    1 pasai tomok.. actually kalu tak silap aku tomok mmg tak nak menari tapi dipaksa.. aku pernah dengar pasal benda ni tapi aku tak pas dari sumber mana..melodi kot.. tak pun fuhhhh die terikat ngan tarian jadik die tak nyanyi mcm biasa dalam OIAM

    2 pasai Adira.. serba serbi aku x suka.. Aku mmg tak suka personaliti die tapi lagu tue aku suka, aku harapkan die lebih tonjolkan vocal die yang orang dok sebok kata mantap sangat tue.. tapi serius tak de yang menarik pun.. baju die tue pun menampakan die pendek n kemetot.. design shantek da..

    3 aku pun rasa yang scene faizal dalam air tue adalah videoa yg dirakam sebelum AJL.. kenape tak tunjukan jer kat bawah tue ada kaca besak yang org boleh nampak real..


    tue je.. sekian

    ReplyDelete
  8. Yeke nok pasal Ana tuh? Kalau betul hazabbb!!
    Tp xleh la gak menilai dia melalui benda yg dah lepas2..
    Mana tau masa dulu2 dia gedik, now dia jadi biasa2 jer..
    Apa2 pun boleh la terima dia juara walaupun rasa FT or Yuna lebih layak!
    Xleh salahkan dia gak dah ketua juri dia M Nasir, sesuai la konsep dia hitu2.. Huhu..
    Paling xleh blah persembahan Shahir, rasa nak join Nasha tampor dia skali, cam sgt blur, Nasha plak dgn sajak2 hari guru dia tuh cam mengacau..
    Tapi xleh blah Hafiz menang vokal, nak sangat Black. Maybe nak bg peluang org lain kot..

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  9. Thanks Pooj sudi komen belog akak. Betui noks, apa pun tohmahan dan kutukan orang yang tak suka Ana bagi akak itu dia dulu. Mungkin time tu dia tak matang lagi, zaman belajar kan kita semua gedik kot??

    ReplyDelete
  10. memang xbest pun si ana raffali tu..langsung tak suka lagu tu ..

    ReplyDelete
  11. kak mer...

    cuba baca sini..

    http://puisitepijalan.blogspot.com/2011/01/kelakar.html

    ReplyDelete
  12. beb, hahaha..! aku jelez sebab Black tak panggil aku pi nari ballet tuh..!!!

    Ana...~ si pelat-pelat...
    Kalo nak nyanyi please nyanyi tiada pelat yang ketara ok...
    nak cari style nyanyian? tnya Yuna or Elyana..diorang nyanyi dgn style but no pelat okeh~..
    Lagu dah cantek, lirik dah cantek..mai bab nyanyi, buruk bebenor~

    Lagu Yuna mungkin kurang peluang utk menang sebab ada Azmeer sama kot weh...
    Last year kan jadi kes bila lagu Pergi tue dirasakan tak patut menang sebab kurang elemen lagu yg perfect.
    So Status lagu Pergi dan Cinta Sempurna pun agak-agak serupa sebab lagu tue macam tak cukup or terlebih blok lagu. So memang agak out laa aku rasa..

    Lagu Ana nie, ringkas, sedap didengar, tak complicated dan lirik yang bagus. Thank God ada Habsah Hassan dalam juri tuh. Muzik Ana nieh lebih macam Ajai yang baru nak naik dulu. Muzik Cukup kepala, tangan, kaki dan ekor...so lepas la sebagai juara..

    M. Nasir kan plak orang yang suka ringkas-ringkas, mcm yang susah-susah sgt nak paham..dia pangkah awal-awal...aku rasa laa...

    ReplyDelete
  13. komen aq :

    persembahan:

    ana: khas tuk banduan2 yg dlm penjara di mesia
    yuna: cool & sempoi
    api & hafiz: ala2 petunjukan tabung amal palestin
    tomok: raptai penuh hari merdeka
    shahir: ala2 pertandigan sajak antara kelas kat sekolah rendah
    black: bese2 jer...x ol out sgt
    adira: mcm nak wat mjlis berendoi ank aq jer siap buaian merah....(hado)
    FT( samat mlm) : program family day TV3
    FT(Hayut): kali ni aq harap die x jemput AHMAD DURRAH sbg penyeri di ats pentas...namun gimik dlm air da ckp kool fever...
    Hujan: Bese2 jerk mcm perfomace kat GIG
    Bunkface: pon same cm hujan
    Stacy: aq suke die menari tp da x eran sgt sbb tiap2 tahun same jer dok terkinja2 ats stage...
    MUH&Black: aq suke lagu nih sbb relax ajer

    sekian:

    ReplyDelete
  14. Just nk share sbb baru dpt baca belog kak jumie ni...
    Mmg sungguh trkejut bila Anna tu jadi 'JORA'...& the best thing is sblum 2,3 event tu~kluar paper bahagian hiburan tajuk "SAYA CONFIDENT AKAN JADI JUARA" hebatkan!!
    Smpai la ke ABPBH baru2 ni pon dia leh dpt artis baru fofular tu...cam pelik,sedangkan leh kata 90% tk stuju...
    Apa pon~Faizal Tahir & Stacy paling best...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...