28.2.11

Pompuan jadi pengadil bolasepak, laki jadi pramugari! Why not u olls?

Halo u olls! Akak dengan rasa bangganya ingin mengucapkan tahniah kan perempuan ini! Hari tu akak tengah lepak Nasi Kandar Kayu bersama beberapa anak ayam akak yang sah-sah semuanya tak layan English Premier League. Akak tak tau sapa lawan sapa kat dalam TV tu, tapi akak ternampak sekilas wajah wanita yang menjadi linesman. Pastu akak tengok lagi dah takdak. Yala...muka linesman bukan doplohpatjam dia tunjuk dalam tv kalau pertandingan bola kan? So akak ingat akak tersilap tengok la.

Tapi bila akak bukak belog Obefiend memang betui la!! Petikan dari belog Obefiend Weiland 

"Sian Massey ialah penolong pengadil wanita pertama di Liga Perdana Inggeris. Perlawanan pertama beliau ialah Desember tahun lalu dalam perlawanan diantara Sunderland dan Blackpool. Sebelum ini beliau bertugas sebagai penolong pengadil di liga Championship dan Piala LDV. Beliau juga dipilih menjadi pengadil ketika kejohanan Bolasepak Wanita Eropah tahun lalu walaupun hanya mula menjadi pengadil wanita profesional pada bulan March. At the end of the day she knows her stuff."

Ini beberapa gambar Sian Massey yang akak cilok dari belog Obefiend.

Kametot nya pompuan ni,  cam Noraslinawati binti Majid.  HAHAHAHAH.  Jangan marah ya Aslina akak carot hang.
"SHADAP U!!"
Lelaki kendu "Are u okay?"  Sian Massey "U olls jangan la geletek i....ngilu la..."

Tahniah u olls! Dan kepada semua pompuan-pompuan di luar sana. U olls boleh jadi apa saja yang u olls nak jadi. Yang penting kena selalu gigih dan tidak busuk hati dengan kejayaan orang lain. Kena ikhlas. Kalau nak seribu daya, kalau tak mau seribu dalih.

Read more about her kat belog Obefiend yang meleps ini. Serius Cool Penolong Pengadil Wanita

Pastu akak bukak pulak belog adik akak bernama Hilal Azmi.  Dia pulak cita,  kakak-kakak pondan kat Thailand sekarang dah diterima untuk jadi pramugari kat PC Air.  Actually,  kakak-kakak pondan kat Thailand memang high class punya ok.  They olls bukan saja cantek,  tapi educated dan pentingkan kerjaya.  Before PC Air offer position sebagai pramugari jantina ketiga,  depa dah berani apply untuk jadi pramugari kat airways company lain.  Tapi of coz,  permintaan mereka direjek sama sekali.
Peter Chan,  bapak ayam PC Air bersama anak-anak kapalnya.

Oleh itu,  apabila PC Air membuka peluang ini kepada 'jantina ketiga' ini depa sangat happy dan ramai-ramai duk apply dan akak rasa happy sangat.  Siriesly!!  Akak happy at least depa dapat buat kerja halal dan benda yang depa suka.  Kalau Sian Massey boleh cek off side game bola dengan tepat,  kenapa pulak Dissanai Chitpraphachin tak leh buat kerja tuang air dan pass kacang dalam flight?  Semuanya pun manusia jugak kan?  Why not u olls.

Yes,  ini ladyboi okay.  Sila makan hati berulam baked cheese in Crepe.  Dissanai Chitpraphachin sedang dimekapkan dalam sesi training they olls sebagai pramugari.  Keless u olls.

Sebagai salah seorang wanita yang telah dipondankan kat Melesia ini,  akak berasa sangat bangga kepada adik-adik yang dah jadi pramugari kat PC Air itu.  Buat kerja baik-baik okay.  Jangan jadi cam pondan-pondan kampung,  hidup nak berangan saja.  Doplohpatjam pikiak pasai peliak jantan.  So tak berkembang.

Anyway,  u olls yang biasa naik MAS dan Air Asia jangan la nak buat-buat terkejut dengan issue ini.  Akak rasa pramugara MAS and Air Asia yang berfondesyen bagai,  kening pun bercukurr....tak cukup pondan lagi ke they olls tu?  So tak perlu lah terkejut. 

Read more about this kat belog adik akak ni ya  http://www.hilalazmi.com/

25.2.11

Laskar Pelangi

Benda yang best ni selalunya benda yang kita tak tau benda tu best,  tapi bila kita dah jumpa dan laluinya,  barulah kita tau itulah benda best yang kita nak selama ni dan kita rasa bersyukur sangat bila jumpa benda best itu!  Sama la cam cita ni,  satu hari akak dan En.  Khafi melepak di rumah.  Tak larat nak keluar dating dan menghabiskan duit,  so we olls tengok TV kat rumah.  Dan tiba-tiba ada cita Laskar Pelangi kat Atro Ria.  Pastu En.  Khafi kata "Haa...tengok la cerita ni.  Lawak tapi ada banyak pengajaran"  kata boifren akak.  So we olls pun menengok cerita ini.


Ohhhhhh memang best cerita ini.  Akak tengok sampai habis.  Akak gelak kuat gila-gila dan bila mai part last -last tu....akak nangis pulak.  Dah lama tak jumpa gambar yang betul-betul membuatkan akak nangis.  So,  Laskar Pelangi dah menyentuh sanubari akak.  So akak nak share dengan u olls semua bagaimana cerita simple ini boleh menyentuh sanubari akak. 


Seperti filem best yang akak pernah review dalam belog akak ni seperti 3 Idiot,  Laskar Pelangi juga adalah sebuah filem yang diadaptasi daripada novel hasil tulisan Andrea Hirata dengan judul yang sama.  Andrea Hirata adalah pencerita 'aku' atau Ikal dalam kisah ini.  Bila dah jadi filem,  hasilnya filem ini jadi antara filem yang paling laris di Indonesia selepas Jelangkung dengan (5,7 Juta), Pocong 2 dengan (5,1 Juta), dan Ada Apa Dengan Cinta dengan (4,9 Juta).  Andrea adalah seorang penulis yang asalnya dari Pulau Belitung,  Indonesia dan dia tulis cerita ni pun memang kisah benar apa yang berlaku masa dia kecik-kecik sekolah kat situ.  Patutlah impaknya sangat kuat u olls.  Sebab cerita betui.


Kisahnya sangat simple u olls iaitu tentang 10 pelajar miskin yang bersekolah di SD Muhammadiyah,  sebuah sekolah pendidikan Islam yang tunggu time jer nak kena katop sebab kekurangan pelajar.  Tapi kekentalan hati Pak Harfan dan pembantunya Ibu Mus telah mempertahankan sekolah ini sampailah budak-budak 10 orang ni dapat belajar sampai tingkatan 3. 

Depa semua 10 orang pelajar ni comes from the same background,  iaitu anak-anak orang miskin.  Walaupun masing-masing hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan,  tapi depa semua tetap bersemangat nak belajar.  Memang akak sangat makan ati dan tersentap tengok cita ni okay.  Akak amatlah kaki ponteng sekolah dan malas balok liatttttttttttttttttttttttttttttttttt nak pi sekolah.  Asal hujan setitik,  akak terus guna tu buat alasan nak cuti padahal bukannya ribut Katrina lagi.


Gang Laskar Pelangi sering diingatkan oleh guru mereka bahawa,  jangan tanya apa yang sekolah boleh bagi kat kamu.  Tapi tanyalah apa yang kamu boleh bagi kat sekolah.  Memang makan dalam okay!  Akak tak akan cerita kat u olls semua plot filem ini macam selalu akak buat,  akak just nak cerita pasai watak-watak dalam filem ni.  Pastu nanti u olls tengok la sendiri cerita ini.  Akak harap u olls jugak happy dapat belajar banyak benda dari filem ini 

Watak-watak Signifikan Dalam Laskar Pelangi

Pak Harfan
Pak Harfan ialah guru besar SD Muhammadiyah.  Dia dulu kawan baik dengan arwah ayah Bu Muslimah yang sama-sama membuka sekolah ini.  Dia seorang yang sangat cekal dan amat berpegang teguh pada prinsip.  Walau melalui pelbagai kesusahan dia tetap nak mempertahankan SD Muhammadiyah.  Akak suka tengok Pak Harfan ni sebab muka dia macam ayah kawan baik akak Asmak dan Aishah iaitu Pak Syed Alwi Aljuned yang cute itu.  Apa yang berlaku kat Pak Harfan pada pertengahan cerita ini benar-benar menguji kecekalan Bu Muslimah dan para pelajar Laskar Pelangi.  U olls kena tengok sendiri.

Macam Abang Alwi kan?  Haaa! Siriessss.


Bu Muslimah
Nama betul Bu Muslimah ialah N.A. Muslimah Hafsari Hamid binti K.A. Abdul Hamid. Dia adalah guru bagi Laskar Pelangi. Wanita lembut ini adalah pengajar pertama Laskar Pelangi dan merupakan guru yang paling berharga bagi mereka.  Walaupun Pak Harfan dah 2 bulan tak bayar gaji dia sebagai cikgu,  tapi dia tetap gigih nak mengajar budak-budak ni sebab bagi dia tanggungjawab dia kepada anak-anak itu lebih penting.  Dia pulak sanggup berkorban ambil upah jahit baju sebagai sumber pendapatan dia.  Memang tabik spring okay.  Inilah contoh guru sejati,  dia mengajar sebab tanggungjawab kepada anak-anak bangsa bukan sekadar alasan "Amik degree cikgu nanti senang dapat kerja!"

Inilah pelakon Cut Mini yang memegang watak Bu Muslimah dalam filem ini memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik  di Brussels Film Festival, Belgium untuk 2009.  Gila meletops!

Inilah wajah Bu Muslimah sebenar dia pun dapat anugerah Satya Lencana Pembangunan sempena Hari Guru Nasional dan peringatan HUT PGRI ke-63 di  Jakarta pada 2008.


Ikal
Dia lah pencerita 'aku' dalam cerita ini.
Ikal kawan baik dengan Lintang, pelajar paling pandai dalam Laskar Pelangi.  Dia minat dengan penulisan,  dia ada buku macam diari.  Hari-hari dia menulis dalam buku tu.  Pastu bila dia jatuh cinta dengan budak perempuan dengan kuku paling cantik di dunia iaitu A Ling,  sepupu kepada A Kiong dia tulis surat cinta kat A Ling.  Tapi cinta dia dan A Ling terputus di tengah jalan apabila A Ling kena pindah ke Jakarta.  Tapi before A Ling pergi tanpa pesan terakhir,  A Ling ada bagi dia satu kotak besi dengan gambar menara Eiffel,  Perancis.  Untuk pengetahuan u olls,  Andrea Hirata penulis novel Laskar Pelangi adalah graduan dari
Université de Paris,  Sorbonne Paris. 




Lintang
Lintang ialah kawan Ikal yang sangat jinies gila!  Masa masok pertandingan kuiz kecerdasan minda,  Lintang jawab soalan matematik tak payah tulis atas kertas pun.  Tapi Lintang ni anak nelayan yang sangat miskin.  Mak dia dah meninggal dunia,  so bila bapak dia pi menjala ikan dia la bertanggungjawab menjaga ke tiga-tiga adiknya.  Dia la budak yang paling awal sekali mai sekolah masa hari pertama pendaftaran.  Dia mai sekolah naik basikal jauh gila,  sampai kena lalu kat paya.  Pastu kat paya tu ada buaya.  Kalau ada buaya tengah jalan...dia kena tunggu sampai buaya tu pi tepi,  barulah dia akan lintas. 
What happen to him at the end of the story?  U olls kena tengok sendiri.  Akak menangis sebab dia. 


Sahara
Sahara ialah satu-satunya gadis dalam anggota Laskar Pelangi.
Dia sangat lantang berkata-kata especially bab-bab agama ni u olls.  Kalau ketua kelas depa buat dajal,  dia la antara budak yang berani bersuara "Tak ingatkah kau pada akhirat Kucai?"  Kelesss nyah!



Mahar
Mahar ialah ketua kumpulan untuk pertandingan persembahan kebudayaan yang berlangsung di tempat they olls yang dipanggil Fastival.  Disebabkan sekolah diorang ni takder apa-apa pencapaian dari segi akademik mahupun kurikulum,  so apabila Cikgu Mus suruh depa masok pertandingan ni Mahar volunteer untuk jadi ketua sebab dia sangat minat dengan music.  Hari-hari dia pi sekolah,  gantung radio kat lehak dia.  Comels gila.  Bila Pak Harfan,  guru besar diorang bagitau "Mahar,  diingatkan sekolah kita tidak punya dana untuk persembahan ini,"  maknanya takder la duit nak buat costume ke apa semua.  So Mahar jawab "Jangan risau pak,  serahkan pada Mahar dan alam,"  kelessssssssssssssssss!! 
Apa yang jadi kat persembahan tu?  Diorang menang tak?  U ollls kena la tengok sendiri.



Ni gambar depa masa masok pertandingan tarian.


A Kiong
Satu-satunya anak Cina dalam cerita ni.  Dia tak banyak dialog sangat.  Tapi dia penghubung cinta Ikal dan A Ling.



Kucai
Kucai ni ketua darjah.  Muka dia macam pelakon Rumah Kedai.  HAHAHA.



Al-Fatihah: Sudiro Sukiman (pelakon Rumah Kedai)

Borek
Borek ni macam malas sikit nak belajar.  Dia bercita-cita untuk menjadi lelaki macho.  Dia selalu ajar budak budak kelas dia cara nak menjadi lelaki yang hemsem dan gagah.  Salah satu tipsnya ialah dengan menekan tempurung kat tetek.  HAHAHA.  Deni gila serr.



Harun
Harun ialah satu satunya student OKU dalam kelas ni.  Masa mula mula nak buat pendaftaran kelas,  pihak kementerian dah cakap at least kena ada 10 orang pelajar mendaftar.  Barulah sekolah ini boleh dibuka,  tapi  hanya 9 orang pelajar yang datang.  Tapi bila depa tunggu lagi,  akhirnya Harun mai dengan mak dia untuk mendaftar.  Kehadiran Harun menyelamatkan sekolah SD Muhammadiyah.



Flo
Flo ni budak perempuan yang bersekolah di PN Timah,  antara sekolah yang terhebat di Pulau Belitung.  Walaupun dia sekolah kat situ,  tapi dia suka make contact dengan budak-budak Laskar Pelangi dan selalu bagi they olls hadiah majalah National Geographic.  Selepas satu kejadian aneh berlaku kepada Flo,  dia nekad suruh ditukarkan ke sekolah SD Muhammadiyah. 

A Ling
Cinta pertama Ikal yang merupakan saudara sepupu A Kiong. Dia mempunyai kuku paling cantek di dunia. 


Sekian saja cerita akak.  Hope u olls semua dapatkan peluang untuk tengok cerita ini bila ada kelapangan.  Sangat bagus untuk tunjuk kat anak-anak dan anak-anak menakan u olls semua sebagai iktibar they olls sangatlah harus bersyukur dengan nikmat yang they olls miliki sebagai anak Malaysia.


LASKAR PELANGI PELAKON

Gambar LASKAR PELANGI yang sebenar.

Nak tau wajah-wajah watak sebenar dalam kisah ini?  Sila baca baca di sini  : 

Saksikan LASKAR PELANGI melalui Youtube ini  :  http://www.youtube.com/user/b0j0l0r0

23.2.11

Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah

Sapa eprnah beli Astro First?  Yaaaa!  Walaupun pelbagai perdebatan yang dibuat,  pada pendapat akak Astro First ada baiknya untuk industri filem Melesia.  Macam HBO,  Cinemax,  Star Movie...Astro First ni sama konsepnya iaitu membawa filem terus ke rumah.  Cara nak melanggannya sangat mudah,  u olls click kat channel Astro First tu,  pilih movie apa yang available,  tekan punat-punat ikut arahan dia tulis,  pastu antar SMS dengan no reference yang dinyatakan.  Pastu RM15 +/- akan dimasukkan dalam akaun bill u olls.  Satu langganan tu last for three days.  Tengok la puas-puas u olls.  Paling seronot kalau ada ramai beradik-beradik dan kawan-kawan mai rumah :)


Akak hari tu amik cerita Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah.  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Ce cite ce cite.  Okay...akak akan citer!!

Plot Cerita
  1. Cerita ini mengisahkan Hussin yang dah 2 tahun merantau ke Singapore untuk mencarik rezeki.  So bila dia balik ke Kampung Pisang,  dia tengok jiran dia Kak Limah dah macam antu.  Dengan rambut semua menggerbang duk kat tingkap.  Gila babi dia pun takutlah!  So dia pun mengadulah dengan orang-orang kampung Pisang yang lain yang suka berkumpul kat Warung Pak Munawer.

    Awie yang memegang watak Hussin.

  2. Rupa-rupanya they olls pun ada jugak yang kena gangguan dengan Kak Limah.  So depa saspek Kak Limah dah mati,  so hantu Kak Limah la yang mengacau sekitar penduduk itu.

    Hantu Kak Limah masa lepak tepi kubur.  Masa ni si Abu Hurairah terjumpa dengan dia masa on the way balik dari pekan lepas tengok citer Razak Mohaideen.
  3. Walaupun ramai yang membantah dan mengatakan HANTU dah tak wujud kat dunia moden ni tapi saban hari gangguan makin menjadi-jadi.  Paling horror apabila sudah 2 bomoh yang datang nak tolong usir hantu Kak Limah telah mengalami trauma yang terok.

    Penduduk Kampung Pisang sedang berkumpul ketika menghantar Bomoh Indonesia yang telah kaget sebab tertangkap ayam hitam.
  4. Akhirnya...........................sampailah satu ketika!! They olls tau apakah sebenarnya yang berlaku kepada Kak Limah dan membuatkan dia jadi hantu.   
U OLLS KENA TENGOK SENDIRI SEBAB NANTI AMPA SUKA KOMEN KAT AKU "BACA BELOG HANG DETAILS GILA SAMPAI AKU RASA TAK PAYAH TENGOK CITA NI!!"
Usop yang sedang happy membawa kek birthday beliau berperisa blueberry my feveret sebelum jatuh digilis jentera pembajak sawah.
Bait-bait Lawak Nak Mampuih Dalam Filem Ini (Kalau ampa dah tengok cita ni mesti ampa paham ni!)
  1. Setiap kali ada watak yang nak bagitau dia ada info tentang sesuatu kisah yang terjadi di kampung itu,  orang-orang kampung Pisang akan kata "Ce citer ce citer..."  kah kah kah!

    Satu scene perbincangan orang kampung Pisang dalam dewan yang dulu depa semua ramai-ramai terperangkap akibat serangan ZOMBA.

  2. Usop yang dulu dalam cerita Zombie Kampung Pisang telah pun menjadi OKU sebab kena langgar dengan jentera pembajak sawah.  Tapi walaupun OKU dan ber'wheel char',  sekiranya dia ternampak hantu Kak Limah,  dia mampu bangun dan usung kerusi itu dan berlari sepantas boleh sambil berkata "Nasib baik kerusi roda ni hak kerajaan.  Kalau tak aku dah humban dalam sungai"  KAH KAH KAH. 
    Usop kini OKU.  Kerusi dia sangat meleps yang berbalut bulu binatang.
  3. Setiap kali Usop mampu berdiri dan berlari dari hantu Kak Limah,  takdak siapa pun yang tanya "Macam mana hang boleh bangun? Hang kan lumpuh?" KAH KAH KAH

  4. U olls mesti dulu masa kecik-kecik selalu ditakutkan dengan mitos hantu tetek! Kan?  Kalau suka main nyorok-nyorok waktu maghrib dan tak mau balik rumah,  orang-orang tua akan kata,  jagalah nanti kena tangkap dan kena sembunyi dengan hantu tetek! Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...kalau ampa tengok cita ni HANTU TETEK akan membuat jelmaan.  KAH KAH KAH

  5. Comprak,  bomoh Siam watak yang sama dalam cerita Ngangkung telah memuja untuk menghalau hantu Kak Limah.  Tapi yang mai ialah hantu Nangnak! HAHAHAH kacau!

    Comprak Chawatbesi

  6. Anak Kak Limah iaitu Musalman bekerja dengan ROSYAM NOOR! Kelessss

  7. Ada 3 hantu dalam cerita ni! U olls kena tengok sendiri.

  8. Hantu Kak Limah suka nyanyi lagu Enjit Enjit Semut...Sapa Sakit Naik Atas.....kah kah kah

  9. Usop tu kalau dia takut apa-apa mesti dia akan jerit......."HUSSINNNNN!"

    Adam Khalid yang tembak ZOMBA masa cita Zombie Kampung Pisang sambil main video game.  Budak ni dah besar.  Dia lah yang akan tembak Kak Limah.  Watak ni takdak dialog! HAHAHA.  Dia anak betui Mamat Khalid.  Comels gila.
  10. Pak Munawer ialah pakcik yang jadi MC dalam cerita Man Laksa.  Watak dia masih sama iaitu kalau dapat microphone tak mau lepas macam Belanda dapat tanah.  Sabor je lah! 



So u olls semua!  This is a very good movie untuk ditengok ramai-ramai dan digelak bersama-sama.  :) Akak suka.  U olls mesti suka jugak.

Semua picture dalam artikel ini ehsan dari Facebook Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah,  AnakPerak.com,

21.2.11

3 Idiots

Pengenalan
Sapa hari tu empat tengok gamak 3 Idiots kat Astro.  Akak sempat tengok sebanyak 3 kali.  Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!  Sebab akak sangat suka dengan cerita ini.  Cerita ini mengisahkan suka duka 3 orang sahabat yang belajar di kolej yang sama.  Actually cerita ini adalah adaptasi daripada novel Five Point Someone hasil nukilan Chetan Bhagat. Then,  they olls pun buat filem.  Pelakon-pelakon utama terdiri daripada Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Omi Vaidya, Parikshit Sahni and Boman Irani



Plot Cerita
1.  Cerita ni sangat simple.  Tiga sahabat bernama Farhan (pencerita dalam filem ini) dia ni minat gila dengan seni fotografi.  Tapi bapak dia paksa dia jadi engineer,  sebab kerja engineer kan meletops u olls.

2.  Watak kedua ialah Raju,  dia ni anak orang miskin.  Bapak dia sakit.  Mak dia pulak kena jaga bapak dia.  Dia kena belajar dari engineer berjaya sebab nak simpan duit untuk jadi hantaran perkahwinan adik dia.  Memang live dia sangat sedih.

3.  Kawan depa nombor 3 bernama Rancchoddas.  Dia ni hemsem,  pandai nak mampuih,  bijak menipu dan mempekena orang,  anak orang kaya.

4.   Depa tiga orang ni sangat benci dekan depa yang bernama Professor Viru Sahastrabudhhe.  Depa panggil Virus.  Korang ajak betui.  Depa buat macam-macam kat orang tua ni.  So Virus ni pun memang haram jadah benci gila jugak kat depa.

5.  Nak jadikan cerita,  Rancho sudah jatoh hati kat anak perempuan Virus yang bernama Pia.
  Macam-macam yang depa semua lalui dan harungi bersama.  Tapi di akhir pengajian depa,  dalam senyap-senyap,  Rancho menghilangkan diri dan sekaligus dia putus hubungan dengan semua kawan-kawan ni.
Pia,  anak Virus.

6.  Selepas sepuluh tahun,  they olls kembali dan mencari Rancho.  Dan depa tau identiti sebenar Rancho.  So depa pun bersatu semula!

(AKAK TAK MAU CITA PANJANG LEBIH LEBIH AMPA NAK TENGOK SENDIRI!)


Apa yang kita belajar?
1.  Menjadi engineer bukanlah satu-satunya simbol kejayaan dalam hidup,  jadi make up artist pun boleh berjaya juga.  Pokoknya u olls kena selalu bekerja keras.  (kelessss stetment!)

2.  Walaupun budak tu jahat macam antu kat kolej,  tapi sebenarnya dia baik hati dan suka tolong kawan-kawan.  Macam akak dulu masa kat Senjojes.  :)  Tak caya cuba tanya kat Cikgu Sarimah dan Puan Dhana. 


3.  Mendapat A dan 4.00 dalam CGPA bukanlah penanda aras u olls akan mendapat kerja yang bagus dimasa hadapan.  Ianya harus seiring dengan sikap dan keikhlasan kita dalam mencari rezeki yang halal.  Kelessss ayat akak!

4.  Mendapat restu ibu bapa dalam kerja yang kita buat adalah sangat penting :)  Awat ayat akak makin skema ni?


Kenapa akak suka cerita ini?
1.  Akak suka cerita ni sebab satu dia sangat funny!  U olls kena tengok sendiri baru faham.  Ada satu scene tu very the clever bila tiga sahabat ni masuk ujian exam lambat,  so depa pun habis exam lambat.  The pengawas tak mau except kertas mereka sebab lebih masa.  So Rancho tanya kat pengawas tu "Tuan kenal saya tak?"  Pastu pengawas tu buat kekwat dan jawab "Sorry nyah...akak tak kenal hang,"  So u know Rancho buat apa?  Dia amik semua kertas jawapan peperiksaan yang telah dikumpulkan atas meja dan semakkan.  Pastu dia masukkan kertas dia dan dua sahabat dia yang lain.  Clever tak? 

Tapi akak rasa they olls tiru iklan ni la. Memang sungguh clever! Hang berani buat cam ni?




2.  Akak suka Amiir Khan sebab walaupun dah berumur 45 tahun tapi masih nampak sungguh muda dan layak berlakon watak umur 18.  Memang akak saspek dengan dia.  Nak kata dia make up tebai macam Rajnikan dalam ROBOT...tidak!  Sebab bila scene dia nari dalam ujan dengan Kareena Kapoor nampak cam smooth sangat kulit dia.  Merah-merah lagi.  Kedutan kurang.  Gila babi la apa susuk dia pakai ni u ollls!
Amiir Khan yang sangat kendu.  Dalam cita ni kalau tengok muka dia sikit sikit macam Eminem pun ada. 

3.  Madhavan,  yang memegang watak Farhan dalam cerita ini ialah marka lama akak dulu.  Tak percaya tanya Deeb and Menakha.  HAHAHAHA!
Madhavan,  ada tak sikit-sikit cam muka En.  Khafi ?

4.  Cita ni kurang lagu-lagu jiwang yang cliche dalam filem Hindustan.


Pesan akak
U olls haruslah mentengok cerita ini.  Arahan, skrip,  lakonlayar,  pelakon semua TIP TOP!  Memang tengok cita ni boleh terngiang-ngiang dua tiga kali sebab impak mesej yang dibawakan dalam filem ini berjaya menyerap masok dalam kepala akak.  Walaupun cerita ini sangatlah sarat dengan kisah tiga budak jahat yang memperkena dekan dan kawan-kawan mereka,  tapi cerita ini tidak sunyi dengan pelbagai kisah-kisah pilu yang merupakan isu-isu yang sering dihapadi oleh para pelajar seperti kita dulu.  Kelesss la akak feeling professor madya sangat bila bercerita pasai 3 Idiots ni.  U olls jangan lupa tengok ok!

Kemusykilan,  rambut kerinting dia ni buat ke atau ori?

17.2.11

Fashion Review for 53rd GRAMMY Red Carpet by Jumie Samsudin


Kehadiran 53rd Grammy Award kali ini langsung tidak disedari oleh akak. Tup-tup jer Eiyzall Eizhann Azami mesej kat wall facebook akak yang berbunyi
"Akak yang hawttt!! hehe..bila nakl review fashion2 pasal 53rd annual Grammy Awards at the Staples Center in downtown Los Angeles..hehe.. x sabaqqqq dah ni.," 

Thanks you olls sebab nantikan review akak.  

Ikutkan last weekend buleh jer akak menulis review ini,  tapi sorry to inform u olls En.  Khafi tak berapa sihat,  so akak pun feeling-feeling Desperate Housewive la menjaga dia di kala cuti.  Kesian kat pakcik tu,  mak bapak jauh.  Kalau akak tak jaga dia,  siapa lagi.  Cewah.....

Baiklah,  marilah kita membaca review fashion red carpet untuk 53rd Grammy Award 2011.


Yang Akak Tak Suka



Okay tuan-tuan dan puan-puan,  ini bukan kueh lapeh santan campok dengan Milo okay.  Ini ialah Rihanna.  YES,  akak pun konfius jugak masa mula-mula tengok Rihanna dengan baju ni.  Back in 2007 i guess,  Kak JLO mengejutkan Red Carpet Grammy dengan dress V neck luaih sampai ke faraj from Versace and since then satu donia kenal JLO.  Memang dia hot!! Tapi Rihanna hang duk buat apa ni?  Hang ingat dengan memakai dres kueh lapeh ni hang dapat mengulang sejarah Kak Jlo.  Aiiiiyoooooo! 
Akak rasa Florence Welch memakai dress ini sebagai menunjukkan support kat Natalie Portman untuk the coming Academy Award iaitu untuk filem Black Swan.  Kelesssssssssssssss!

Dulu sorang kawan akak pernah pesan kat akak,  jantan kalau nak pakai whole suit warna putih kena hati-hati.  Tak semua jantan akan berjaya untuk memakai whole suit warna putih.  You may end up looking like mafia kaya yang hemsem atau jantan kampung yang pinjam suit kat kedai pengantin.  Ohhh my friend, memang betui hang cakap.  Justin Bieber darling,  akak mintak mahap,  akak tak suka suit hang ini. 
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!  Nenjia deni duk buat best pakai dress macam plastik sampah pastu duk pakai sayap semua.  Serrrrrrrr!  Hang ingat hang cool ka wehs?  Katy,  sorry ini bukan Haloween party sayang.
Sapa kat sini suka Snooki?  HAHAHAHAHA.  Sapa suka kat dia sila berambossss dari belog akak.  Denilah satu bahan jenaka kat Hollywood since 2009.  And again,  dia membuat akak ketawa lagi. 

How old is this pompuan?  42!  Please la put something decent sikit.  Yes kami tau hang ialah Jlo.  Kalau dalam cover album dan poster apa-apa hang nak pakai sepsi cam ni takpala.  This is red carpet kot.  Siries u olls semua pencinta JLO no 1 kat dunia ini,  tolong lah setuju dengan akak,  JLO kena start ubah sikit-sikit kepada sepsi yang sofistikated.  Bukan cheap sepsi.

Mula-mula akak pikiak sat,  sapa pompuan pakai dress yang tampak sangat keras materialnya sampai akak terpikiak "Baju ni diperbuat daripada tikar getah ka?"  Huh!! Inilah Naya Rivera one of Glee cast.  Dia ialah salah sorang cheerleader yang jahat tu.  Ooopsss!  So akak dah cakapkan tadi baju ni keras macam tikar getah?  Nufffsaid.
Hayley Williams...akak nak tanya satu lagu kat hang.  "You.....aree.....the only exception.................you...are....the only exception.....you....are....the only exception....." (paham dak? paham dak?  Akak camdek dia?) *camdek means sindir dalam bahasa Penang.
Mula-mula akak tengok gambar pompuan ni,  akak tak kenal dia sapa.  So akak Google dan dalam Wiki depa tulis cam ni "Janelle Monáe has gained a signature clothing style of wearing a Tuxedo wardrobe and she said on the matter to Honey Magazine "I bathe in it, I swim in it, and I could be buried in it. A tux is such a standard uniform, it’s so classy and it’s a lifestyle I enjoy." Wohooo!  Kesahnya........................kira kalau kat Melesia deni macam Anna Rafalli la! Style pakai baju kurung ja. 
Aiyooooooooo!  Akak tekejut tau bila tengok kawan lama akak ni,  si Monica memakai dress yang as if diperbuat daripada tikar getah jugak.  Memang terkejut ok.  Akak rasa dress ni memang tak kena dengan Monica dan kalau akak salah,  sila tampar muka akak "Dont you think Monica pakai baju ni terbalik?"  Haaa.....ampa pun mesti tak pasan kan?
Akak sedih bila bintang Glee yang selalu akak puji puja dia red carpet telah memilih sesuatu yang salah kali ini.  Tapi apakan daya.........................tak semua orang perfect kan!  Takpa Lea Michelle,  akak tetap sokong hang.  Tapi sorry this time akak tak suka.
Jenna Ushkowitz pakai dress diperbuat daripada kain organza orang pakai buat balut hantaran.  Sekian,  terima kasih.
Burung kakak tua kawen dengan harimau bintang yang sepupunya ialah Cruella de Vil akan melahirkan anak cam ni,  iaitu Nicki Minaj.  
Miley Cyrus.............hang beli kat mana dress ni?  Siries gila cam api-api.  Tapi tak semestinya memakai baju corak api akan membuatkan hang HOT.  Haaaaaaaaa!  Jangan cuba nak tipu kami.  Sapa yang duk baca Belog Jumie Samsudin lani dah tau dah sikit-sikit pasai fashion,  style and glamour.  Hang jangan tipu kami.  Tak baik pakai baju api-api.  Haaaaaa!
Sorry Amber,  akak terpaksa carut hang kali ini.  Walaupun kita satu gang tapi......yang salah tetap salah.  1.  Awat hang buat rambut hang fringe depan macam Katy Perry tu! Kan akak dah cakap.  Kita tak geng dengan Katy Perry.  2.  Awat hang pakai chocker!  Hang bukannya ada lehak(leher).  3.  Corak printing dan kerawang patching kat atas dress ni too crowded tak susuai untuk wanita agam macam kita. 





Kawan akak Kim Kardashian memang nak kena carut dengan akak!  Akak tak bagi dia amik dress ni sebab akak kata hang nampak macam pompuan iklan Carlsberg kat kedai kopi Cina.  Tapi dia tak caya.  Dia pakai juga dress Kaufman Franco ni.  So...akak malas nak komen apa.  Just letak kat kategori iaitu YANG AKAK TAK SUKA.  Nanti Kim,  hang baca belog akak...jangan nak mengamok-ngamok kat Twitter macam Ifa Raziah ok.


Akak pernah cakap banyak kali.....kain shifon menghelip memang susah nak pakai.  Selalunya kalau salah design dan jahit tentunya dress itu akan nampak cheapo.  Eventhough colour ini sesuai untuk Jordin Sparks,  tapi sebab shining dan mengelip...teruih nampak macam kampungs.  Sedih.

Crystal Bowersox is my favorite idol masa AI9.  Emerald green jugak ialah my favorite colour for 2011.  Tapi akak tak suka dress ni sebab nampak selekeh,  terlalu labuh dan again nampak selekeh.  Sorry.




Ciara....................hang duk merepek apa ni?  Deni serrrr la! Identiti jadi celaru bila mai kat red carpet.  Gila...akak malas nak komen pasai pompuan ni.  Next!



Oh! Dah habis ka sessi carot?  Okayyyy!  Sessi puji memuji pulaks.  YES!  


Yang Akak Suka

Kalau ampa kuruih,  kaki panjang,  takdak parut,  lutut cantek...ampa boleh dress up macam Paz Vega ni.  Kalau ampa badan lebih kurang Jumie Samsudin yang suka tulih belog kutuk-kutuk orang tu....takpayah!!!  Baik ampa pakai baju kelawak(kaftan) adik ampa yang singkat dan try pose depan cermin akak kerat jari ampa takkan nampak hot cam ni.  Sembah ratu.  

Eva Longoria si janda baru.  Kelessss pompuan ni.  She looked fun dalam dress ini.  Walaupun lebih pendek dan lebih kecik dari akak,  tapi pompuan ni mampu membuatkan catwalk model yang setinggi zirafah sangat kerdil di sisinya.  Ohhh i love u Kak Eva.
Puff Daddy sangat cool dan seksi dengan seluak hitam ala-ala Spanish bull fighter dengan jacket cam ni.  Simple tapi elegant.  This is how a JANTAN should look like.  Puff Daddy...gila best ayat aku bagi ni!  Sila la amik buat tag line untuk fashion show hang 2011 nanti. 
Akhiranya DIANA AGRON berjaya memuaskan hati akak!!!!!!!!!!!!!!!! Percubaan ketiga dan akhirnya akak dan Belog Jumie Samsudin meletakkan pompuan ini antara pompuan terhot kat Red Carpet Grammy Award 2011.  Yes!!!!!!!!!!! Diana Agron nampak sangat posh,  bold dan sangat tak tok-tok!  Akak suka. 
Dulu akak dengan kawan akak Asmaa suka nyanyi lagu deni "Case of the X".  Hehehehe!  Sapa zaman hip hop cam akak mesti ingat lirik lagu ni.  Kih kih kih.  Anyway! I love this dresssss!  Mya hang sangat hot.  Hang the first avant garde yang menjadi malam ni.
Tuan-tuan dan puan-puan! Ini bukan Ning Baizura okay.  Ini ialah Jennifer Hudson.  Siriessssss pompuan jahanam ini setelah memberanakkan dirinya,  dia telah menjadi sangat kurus dan hot (maybe).  Apa pun...akak rasa kurus or gemok.  Jenny tetap hot. And i love this dress.  Fun and yet still sofistikated. 

Selma Blair dah mengandung.  I know some of you pompuan may not like this dress because it seems like something missing to it.  Tapi bagi akak,  Selma nampak sangat comfortable dengan dress ini dengan perutnya yang cute itu.  Betui tak?  I think as long as dia nampak comfortable than okay! Fashion terbaru untuk pompuan ngandung.  Sapa nak ngadung tahun 2011 dan 2012 please take note.

Pertama sekali akak nak ucapkan ribuan terima kasih kat Aiman Syazwan yang pernah tweet kat akak dan berkata "Kak Merrr! Aku tengok Keri Hilson aku teringat kat hang!"  Kelesssssssssssssssssssssss...kalaulah bukan sebab simpan duit nak kawen.  Akak dah lama bagi hang seratoih ringgit.  HAHAHA.  Anyway...akak rasa cam pernah tengok Keri Hilson pakai dress macam ni.  Tapi colour lain.  But i like this one.  :)
Natasha Bedingfield kelihatan sangat mystically cute dalam dress biru dan taupe kabut ini.  Akak suka effect kabut itu dan kat skirt nampak macam jarang tak jarang. 

YES!!!!!!!!!!!!! Kali ini Kak Nicole tak mengecewakan akak.  Dress agar-agar lapih dengan corak kismis merah kecik kecik dan ropol lumut laut kat bawah dari Jean Paul Gaultier ini sangatlah cantek dan meriah di tubuh Kak Nicole.  Akak suka. 
Actually................................kalau disuruh pilih dress paling cantek akak definitely akan pilih cocktail dress Guliana Rancic ini.  Siries comels dan tali pinggang itu melengkapkan segalanya.  Tak perlu eksesori banyak-banyak. 


POMPUAN JAHAT!!!!!!!!!!!! POMPUAN JAHAT!!!!!!!!!!! Akak makan hati. Salena Gomez sangat jahat.  Akak makan hati. 
Dress dari Juliana Mcdonalds....ermmmm!  Akak suka sebab Heidi Klum pakai sebab pompuan ni badan dia straight.  Kalau bagi kat Kim Kardashian.........habihlah.  Anyway.....Kak Heidi...i miss u la.  Bila la kita sama -sama boleh ketwok kat VS Angels party lagi. 

Kalaulah akak dijemput ke Grammy Award 2011..................inilah dress yang akak nak pakai.  Actually akak dijemput,  tapi sebab akak kena jaga En.  Khafi yang sakit demam so akak tak buleh pi.  So akak bagi dress ni kat Julianne Hough.

Kelly Osbourne kelihatan sangat cute dengan dress renda-renda dengan riben kat pinggang.  But i like the most is the colour.  Memang comels sangat. 






Yang Menjadi Tanda Tanya

Akak ternanti-nantikan penampilan Lady Gaga di Red Carpet ini,  done with baju planet,  safari gown from McQueen,  done with baju daging,  and tiba-tiba.................................tunggu punya tunggu rupa-rupanya Lady Gaga tak diberanakkan lagi.  Dia masih dalam telok tunggu nak menetaih.

Ampa tak caya..........naaaaaa!  Tengok ni!

Lady Gaga dalam telok dinasour diangkat oleh orang-orangnya.  Dia ada ka takdak dalam tu sapa nak pi tau?

Semua gambar untuk artikel ini adalah ehsan dari www.eonline.com

After this------------ Fashion Review for Academy Award 2011!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE