21.2.11

3 Idiots

Pengenalan
Sapa hari tu empat tengok gamak 3 Idiots kat Astro.  Akak sempat tengok sebanyak 3 kali.  Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!  Sebab akak sangat suka dengan cerita ini.  Cerita ini mengisahkan suka duka 3 orang sahabat yang belajar di kolej yang sama.  Actually cerita ini adalah adaptasi daripada novel Five Point Someone hasil nukilan Chetan Bhagat. Then,  they olls pun buat filem.  Pelakon-pelakon utama terdiri daripada Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Omi Vaidya, Parikshit Sahni and Boman Irani



Plot Cerita
1.  Cerita ni sangat simple.  Tiga sahabat bernama Farhan (pencerita dalam filem ini) dia ni minat gila dengan seni fotografi.  Tapi bapak dia paksa dia jadi engineer,  sebab kerja engineer kan meletops u olls.

2.  Watak kedua ialah Raju,  dia ni anak orang miskin.  Bapak dia sakit.  Mak dia pulak kena jaga bapak dia.  Dia kena belajar dari engineer berjaya sebab nak simpan duit untuk jadi hantaran perkahwinan adik dia.  Memang live dia sangat sedih.

3.  Kawan depa nombor 3 bernama Rancchoddas.  Dia ni hemsem,  pandai nak mampuih,  bijak menipu dan mempekena orang,  anak orang kaya.

4.   Depa tiga orang ni sangat benci dekan depa yang bernama Professor Viru Sahastrabudhhe.  Depa panggil Virus.  Korang ajak betui.  Depa buat macam-macam kat orang tua ni.  So Virus ni pun memang haram jadah benci gila jugak kat depa.

5.  Nak jadikan cerita,  Rancho sudah jatoh hati kat anak perempuan Virus yang bernama Pia.
  Macam-macam yang depa semua lalui dan harungi bersama.  Tapi di akhir pengajian depa,  dalam senyap-senyap,  Rancho menghilangkan diri dan sekaligus dia putus hubungan dengan semua kawan-kawan ni.
Pia,  anak Virus.

6.  Selepas sepuluh tahun,  they olls kembali dan mencari Rancho.  Dan depa tau identiti sebenar Rancho.  So depa pun bersatu semula!

(AKAK TAK MAU CITA PANJANG LEBIH LEBIH AMPA NAK TENGOK SENDIRI!)


Apa yang kita belajar?
1.  Menjadi engineer bukanlah satu-satunya simbol kejayaan dalam hidup,  jadi make up artist pun boleh berjaya juga.  Pokoknya u olls kena selalu bekerja keras.  (kelessss stetment!)

2.  Walaupun budak tu jahat macam antu kat kolej,  tapi sebenarnya dia baik hati dan suka tolong kawan-kawan.  Macam akak dulu masa kat Senjojes.  :)  Tak caya cuba tanya kat Cikgu Sarimah dan Puan Dhana. 


3.  Mendapat A dan 4.00 dalam CGPA bukanlah penanda aras u olls akan mendapat kerja yang bagus dimasa hadapan.  Ianya harus seiring dengan sikap dan keikhlasan kita dalam mencari rezeki yang halal.  Kelessss ayat akak!

4.  Mendapat restu ibu bapa dalam kerja yang kita buat adalah sangat penting :)  Awat ayat akak makin skema ni?


Kenapa akak suka cerita ini?
1.  Akak suka cerita ni sebab satu dia sangat funny!  U olls kena tengok sendiri baru faham.  Ada satu scene tu very the clever bila tiga sahabat ni masuk ujian exam lambat,  so depa pun habis exam lambat.  The pengawas tak mau except kertas mereka sebab lebih masa.  So Rancho tanya kat pengawas tu "Tuan kenal saya tak?"  Pastu pengawas tu buat kekwat dan jawab "Sorry nyah...akak tak kenal hang,"  So u know Rancho buat apa?  Dia amik semua kertas jawapan peperiksaan yang telah dikumpulkan atas meja dan semakkan.  Pastu dia masukkan kertas dia dan dua sahabat dia yang lain.  Clever tak? 

Tapi akak rasa they olls tiru iklan ni la. Memang sungguh clever! Hang berani buat cam ni?




2.  Akak suka Amiir Khan sebab walaupun dah berumur 45 tahun tapi masih nampak sungguh muda dan layak berlakon watak umur 18.  Memang akak saspek dengan dia.  Nak kata dia make up tebai macam Rajnikan dalam ROBOT...tidak!  Sebab bila scene dia nari dalam ujan dengan Kareena Kapoor nampak cam smooth sangat kulit dia.  Merah-merah lagi.  Kedutan kurang.  Gila babi la apa susuk dia pakai ni u ollls!
Amiir Khan yang sangat kendu.  Dalam cita ni kalau tengok muka dia sikit sikit macam Eminem pun ada. 

3.  Madhavan,  yang memegang watak Farhan dalam cerita ini ialah marka lama akak dulu.  Tak percaya tanya Deeb and Menakha.  HAHAHAHA!
Madhavan,  ada tak sikit-sikit cam muka En.  Khafi ?

4.  Cita ni kurang lagu-lagu jiwang yang cliche dalam filem Hindustan.


Pesan akak
U olls haruslah mentengok cerita ini.  Arahan, skrip,  lakonlayar,  pelakon semua TIP TOP!  Memang tengok cita ni boleh terngiang-ngiang dua tiga kali sebab impak mesej yang dibawakan dalam filem ini berjaya menyerap masok dalam kepala akak.  Walaupun cerita ini sangatlah sarat dengan kisah tiga budak jahat yang memperkena dekan dan kawan-kawan mereka,  tapi cerita ini tidak sunyi dengan pelbagai kisah-kisah pilu yang merupakan isu-isu yang sering dihapadi oleh para pelajar seperti kita dulu.  Kelesss la akak feeling professor madya sangat bila bercerita pasai 3 Idiots ni.  U olls jangan lupa tengok ok!

Kemusykilan,  rambut kerinting dia ni buat ke atau ori?

8 comments:

  1. konfem sya pi bli DVD kat mydin lepas nie! :)

    ReplyDelete
  2. jumie...aku suka cita ni gak...kalu terperasan ada cita ni, kompem mau tengok...betoi tang yg dia selerakkan kertas jawapan utk masukkan kertas dia n kwn dia tu mmg siriyes lawak habis!! kekeke thumbs up jumie utk review nih.. ♥

    ReplyDelete
  3. Thanks dear...kami akan teruskan untuk mengreview filem-filem best untuk u olls semua. :)

    ReplyDelete
  4. Jumie, akak dah tgk cite ni byk kali...Suka sangat even sbnanya akak tak layan sgt cite hindustan...
    Dan akak plg suka komen Jumie>

    3. Mendapat A dan 4.00 dalam CGPA bukanlah penanda aras u olls akan mendapat kerja yang bagus dimasa hadapan. Ianya harus seiring dengan sikap dan keikhlasan kita dalam mencari rezeki yang halal. Kelessss ayat akak!

    Sebabnya ialah paham2 sendirila..hehehe (npk sgt akak tak cerdik)

    ReplyDelete
  5. citer nie series lawak habes! dah 10 kali tgk pun tak jemu..i tgk sorg2, gelak sorg2 , nanges sorg2 pastue hubby i ckp giler tgk hindustan pun nk ketawa n nanges! haha..i mmg die hard fans citer hindustan!
    kelessss jumie wat review citer nie..=D

    ReplyDelete
  6. U olls...pasni i ollls akan review pasai Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Laskar Pelangi.

    Ada cadangan filem lain ke?

    ReplyDelete
  7. eja pon tgk time promo astro baru ari tuh...balik2 cite nih...tapi mmg best lah...

    ReplyDelete
  8. My dear... "All is Well..." Sounds familiar? Huhu..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...