11.2.11

Kisah Isteri Yang WOW! (Pendapat pembaca adalah dialu-alukan!)

Dear Kak Merr, 

Thanx terlebih dahulu sbb sudi baca email saya ni.  Masalah ni tak la besar mana, tapi nak minta pendapat dan pandangan org ramai..

Saya ni dah berkahwin, belum punya anak dan usia perkahwinan pun baru setahun jagung. Saya sayang suami saya dan relationship kami mmg xda prob sgt la cuma husband saya ni still dok contact dgn ex-gf dia yg dia kapel 14 tahun.  Sakit mmg sakit tp saya sabar sbb xmau keruhkan keadaan.  Untuk pengetahuan semua, husband saya ni dok bank in duit kat ex-gf dia every month tanpa pengetahuan saya, tp saya ni genius n setiap pergerakan dia saya tau.. instinct seorng isteri mungkin..

Tapi yg nak saya ceritakan kt sini bkn la psl husband saya yg dermawan lg baik hati kpd ex-gf dia, saya nak cerita lain..

Soalan saya kat sini, mcm mana agaknya if we found our dream guy tp malangnya status kita skrg adalah isteri org?

Sebelum saya kahwin, saya ni byk kwn2 lelaki. Tp Im sure everyone of us akan ada seorg yg kita admire kan.. sama mcm saya.. Sebelum saya kahwin lebih kurang 5 tahun sudah, saya dah beberapa kali terserempak dgn 'mystery guy' yg saya gelarkan "Ang He" (nama spesies durian sbb hidung mamat ni merah n sgt cute skali).  Saya bagi nama tu kat dia sebab saya tak tau nama betul dia.


Sepanjang 5 tahun yg lepas ada la 4 kali saya terserempak dgn mamat ni, kat kenduri,  majlis2 n kt shopping complex.. Saya dpt rasa yg dia tau background saya tp kami tak pernah berkesempatan nk bertegur (sbb selalu time sy nampak dia saya dgn bapa saya).

Sehinggalah baru2 ni saya hadir ke suatu kenduri dan mamat ni adalah tuan rumah.. Tp masa ni lain, saya dh bersuami.. Yg bg saya tak senang hati ialah, kali ni cara pandangan dia lain sgt...Dia asyik senyum n berdiri kat depan table saya n cara dia mcm nk approach saya.. Hati sy pya la dup..dap..dup..dap.. gelabah la, sbb kali ni saya dgn laki oi..

Terus saya tak jadik mkn, minta nk pergi toilet sbb terlalu nervous.. Mana tak nervous, lelaki yg dh lama sy admire n smp skrg sy tak tau nama, dia renung saya n nk ckp dgn saya.. Dalam hati saya hanya Tuhan ja yg tau.. Sedih, Gembira, seronok, semua ada..

Tp masa tu sy sedar saya sekarang adalah isteri org, sy hadir kenduri pada waktu tu pun sbb kenalan husband saya.. saya takkan buat something yg blh malukan dia.. So sy bertekad jgn bg peluang dia mai ckp dgn saya..

Saya xtau samada dia tau tu husband saya ka tak sbb saya takda la pegang tangan pun n masa tu kwn husband saya pun ada skali.. Masa saya nak keluar, dia n kwn2 dia semua pandang saya (perasan la jd centre of attraction).. Saya terus jln laju2 sbb setiap kali saya bertentang mata dgn dia ( yg selalu jadi between kami setiap kali terserempak) ada satu perasaan yg timbul dan setiap kali terserempak sebelum ni hanya mata kami yg berbicara (hahaha, sorry teroverla pulak kan)

Dunia ni kadang2 tak adil, bila keadaan saya dh berkahwin, barulah peluang datang bergolek2.. Saya menyesal berkahwin? mungkin ( trust me, hampa blh ka sabaq kalau laki hampa still dok telefon ex-gf dia selang sehari n dok bank-in duit yg amountnya blh bayaq installment keta bln2) tp akhirnya saya akur dgn qada dan qadar Allah.. Perasaan saya? Biar Allah dan diri saya saja yg tau sbb saya sedar status diri saya n saya tau jaga diri saya sbg seorg isteri.. Insyallah..

Yang benar,
Mrs.  Bass
WOWWWWWWWWWWWWWWW!!!!!!!!!!!!!!!!!


AKAK TERKEDU MEMBACA EMEL INI DARI SEORANG PEMBACA.  WOWW!!!!  
U olls.  Im so sorry.  Akak tak kawen lagi.  Tapi akak nak kawen dah tak lama lagi.  Im sorry kalau akak cakap,  akak kesian dengan perasaan dan dilema yang awak rasa ni.  Nasib baik akak tak mempunyai perasaan macam tu.  Akak ada scan-scan jantan bila En.  Khafi takdak (Jangan marah ya En.  Khafi.  I lef u gundu!),  tapi takdak la sampai tangan bergetak kalau jumpa jantan emsem sampai pi masok pancuk dan basoh muka!  Ini dah macam kritikal jugak.


So pembaca semua!  Sila komen!  Akak nak reaksi u olls semua!

14 comments:

  1. ish..takot gak. la ni dok bercinta dgn lelaki yg sama 6thn dah. takot sok2 jadi cam nie.
    kalo part laki dia dok berkawan dgn ex-gf tak salah. ni dok menyara tuh apa hal?? Duit la ni ingat senang ka nak dapat. Kenapa dia menyara? hah??tu kena find out.

    utk kes jumpa lelaki idaman tuh, dia kena buat solat istikarah lah kak. InsyaAllah, kalo itu jodoh dia, jodoh dia lah.

    Wahwahuallam.. :)

    Sekian, Prof. Not so easy.. :P

    ReplyDelete
  2. pendapat madam, mungkin mrs. bass bersikap begini adalah disebabkan sikap hubby dia yg begitu, cuba la kalu hubby dia layan dia baik2... tentu dia pun tidak akan menimbulkan perasaan suka pada lelaki yg dia minat..

    ReplyDelete
  3. thanks u olls for the comments......let hear from orang lain jugak...and i hope si dia yang membaca belog akak ini hari ini....berasa lega :)

    ReplyDelete
  4. hurm..ceq rasa,dia patut slow talk dgn hubby dia.tanya y hubby dia perlu buat smua tu.if nak contact as fren,maybe tak salah kalo ada limit.but if tiap2 bln dok bankin duit,tu da mcm bg nafkah kat bini cek abg oii..

    utk feeling akak ni lak,kalo leh akak elakkan la bejumpa dgn mamat tu slagi bole.and jgn pikir sgt pasal dia.if terjumpa gak nak wat camne kan.just istifar bnyk2 and bediri di alam nyata yg akak tu ialah isteri org skarang.But if kalo jodoh,xleh nak elak kan.cuma slagi leh elak,cuba sdaya upaya. :)

    ReplyDelete
  5. ermmm..utk perkara pertama
    - laki dok contact ex gf dan dok bg duit
    -yg tu cik kak kena siasat pasai apa dia dok bg duit..tang contact tu ok lg..tang bg duit tuh..pasai apa..amount yg bnyk plak tuh..

    perkara ke dua
    - mesti rs x syok kn bila kita dh kawen..pas tu br jumpa org yg kita bekenan..hehe..x pa..tu semua dugaan..jd cik kak kena bnyk berdoa supaya di hindarkn dr perkara2 yg mcm ni..perkara2 yg membolehkan kita menjadi cureng..hehehe..

    :)

    ReplyDelete
  6. salam... walaupun saya tak pernah berumah tangga lagi namun saya rasa terpanggil utk membantu kak merr dalam menjawap soalan ini... bagi saya lahkan.. sesungguhnya apabila seorg perempuan itu sudah berkahwin dgn suaminya... tiada tempat lain yang lebih berhak melainkan suaminya... saya setuju dgn pendapat madam lala, saya cukup yakin kalau lah suami mrs bass nih layan dia leklok kompom cite nih tak jadi.... dan mrs kene igt bila berumah tangga nih sama lah dgn kita telah menunaikan 1/2 dari tuntutan agama kita. dan ketika mrs bass dinikah kan itu seluruh suku sakat syaitan telah berteriak kerana bengang geram marah dan sewaktu dengan nya... maka oleh itu sang syaitan nirojim tuh akan lah sedaya upaya untuk meruntuhkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga cucu nabi adam dgn meniupkan perasaan perasaan yg membuakkan nafsu agar runtuh rumah tangga mereka...apabila ini terjadi maka bersorak sorai lah seluruh umat neraka ini apabila berjaya dalam matlamatnya.... maka oleh itu haruslah mrs bass sedaya upaya utk melawan tuntutan nafsu itu.... bab hal suami mrs bass tuh, apa kata mrs bass berterus terang dgn laki mrs bass yang mrs bass tak suka die buat mcm tuh... saya lelaki saya tahu lelaki takkan paham kiasan kiasan org perempuan. maka harus lah straight forward dgn laki mrs bass. kalau perbincangan ini tidak mebuahkan hasil maka harus lah mrs bass pergi ke jabatan agama dan lakukan tuntutan yang sepatut nya.... tapi igt perbincagan dgn suami mrs bass tuh haruslah berpaksi kan untuk menemui jalan bahagia dalam perkahwinan mrs bass bukan untuk menjadi alasan supaya mrs bass dapat bersama 'ang he'

    p/s: jgn lupa solat malam tuh mampu mngubat luka dihati... insyaallah...!

    ReplyDelete
  7. salam kak jumie yang vogue...pagi2 dah mai melawat blog akak yg berwajah baru..( nakyam suka yg lama..hehe)
    btw, pasal jumpe orang yg kita admire n sayang then terketak2 or nerves semacam..hurmm..sy penah lalui..tyme ex sy yg 1st tuh,si F*** dipaksakawen oleh mak dia,kami tak jumpa 2 tahun..tupp2 dia mai rumah beraya..boleh saya bukak pintu rumah,then jeng jeng jeng.. dia dok dukung anak tiri saya yg gugurl tuh..bla bla.. sy lepak kat luar rumah mlm tu..dia dtg n peluk dr blkg..huhu.. sgt2 nerves tyme tu..mcm nak tercabut jantung...yela couple smpai 5 tahun.. but after dat,bila kita terima yang dia dah berkahwin,bina masjid yang sah... lama2 saya ok..juz take time.it takes time..tu jer yang sy boleh ckp..

    even kita dah bercerai or putus ngan ex2 or scandal2 lama, nak x nak mengaku,kita still ade perasaan sayang kat dia..yela,dia penah ada kat hati kita kan..tempat jatuh lagi dikenang..ini pula tempat bermain..
    kepada akak penghantar email.. byk2kan berdoa agar masjid yang dibina kembali tenang n bahagia.. anggap la dugaan yang datang sebagai pengerat dan penguji kesetiaan akak pada suami..tu jer yg saya boleh cko..

    (pecah sudah gelas merah,kalau salah jgn marah)
    ;-)

    ReplyDelete
  8. Smlm ada terbaca di Metro, golongan isteri curang semakin meningkat, bkn declare mrs bass curang hoccay, cuma curang mata, curang hati n perasaan je... percayalah pada qada n qadar, semua perjalanan hidup kita telah ditentukan... tetapi... diri kita sndri yg perlu mencorakkannya... si suami PATUT tahu bahawa instinct seorang isteri biasanya TEPAT. .. (pernah terjadi pada saya)... cara utk mengatasi adalah BERBINCANG dari hati ke hati... itu adalah sangat2 PENTING utk mengekalkan keharmonian rumahtangga... lgpun usia perkahwinan mmg macam pucuk muda... sedap ranum... itulah rencah donia perkahwinan... walau saya pun baru 2 tahun lebih berkahwin... sy memahami perasaan anda...(disebabkan faktor sekeliling).... cuma TEPUK DADA TANYA HATI ...... jika mahu pertahankan hubungan .. apa yg penting KERJASAMA (wonderpet...lalaala) PERSEFAHAMAN, TOLAK ANSUR, dan yg sangat2 penting KASIH SAYANG samaada untuk suami atau keluarga , yg pasti KASIH SAYANG YG UNGGUL adalah untuk ALLAH Yg SATU.... fikir2kan dan selamat mengharungi kebahagian, onak badai n duri dlm sesebuah perhubungan...

    ReplyDelete
  9. kelesss kau ya kamennnn...sangat lah ustad asri

    anyway thnak you so much for your time writing back to us

    Sebenarnya, akak pun mempunyai pendapt yang sama. Bagi akak, bila kita dah buat keputusan nak bernikah dengan seseorang lelaki itu haruslah kita membuat keputusan itu dalam keadaan kita tengah waras dan matang. Pastu bila keputusan dah buat kita kena doa usaha dan tawakal.

    Tapi SETAN DAN IBLIS sentiasa khianat dengan kita.

    Oleh itu..............akak sangat kesian dengan hang. Akak doa hang dilindungi dan tak terjebak dari terbuat benda benda yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
  10. haish bila bab sara ex gf tu yg bahyer tu..bkn pe takut mkn luar je nnt..pe kata klu duduk sama2 berbincang..sbb berdosa gak nnt bila asyik simpan je perasaan tu nnt jd dendam..pasal tu la kita jd mudah tertarik dgn org lain sbb kita ada rasa benci pd husband kita..huhu..sekdar pendapat..tp byk kan doa..ALLAH mendengar setiap rintihan hati kita...

    ReplyDelete
  11. Kita selalu lupa akan perancangan tuhan yang menjadi satu perkara dalam rukun iman. Iaitu percaya qada & qadar. Jodoh itu ketentuan Tuhan.

    Tak semua yang kita mau boleh dipenuhi. Dan tak semua benda yang penuh itu membahagiakan.

    Sebagai pandangan seorang lelaki, sy rasa perempuan memang akan mempunyai nilai cemburu yang lebih berbanding lelaki. Namun demikian, tindakan lelaki masih berkomunikasi (secara romantik atau tak) dengan exgf dia, mungkin mendorong kepada sakit ati pada pihak isteri.

    Cadangan sy, sila bersemuka secara AMAN dengan suami untuk bincang dan wujudkan persefahaman berupa akujanji atau yang sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  12. Jumie..
    Pendapat aku la kan..

    Utk kes hubby dia yang ade affair ngan ex-gf tue, selidik dulu kebenarannya, jgn serbu to conclusion dulu, klu ya, terus-terang ngan hubby kemusykilan yang ada, let hear his opinion..mana tau niat hubby lain, kita sensorang duk pikir ke laut dah...sbb hubby ngan wife nie kena ada sikap berterus terang baru wujud kepercayaan sesama sendiri..

    Utk kes hati dia, mayb dia rasa hubby dia boleh wat mcmtue itu yang dia pun leh ade feelings lain..xleh la mcm tu yang..kena pikir dulu...bagi peluang utk hubby proof dulu..
    kenapa kita kawen dengan sesorg xleh nk sesali..itulah dinamakan jodoh..mana tahu yg depan mata inilah jodoh yg terbaek buat kita, cuma kita x tahu sbb laki lepas kawen mmg x tunjuk diorg take care wife diorg tapi sebenarnya diorg sayang..:))

    ReplyDelete
  13. Miss jumie , akak selalu jadik silent reader tapi arini akak feeling2 nak komen juga.

    Akak nasehat kan Mrs Bass confront husband dia. Tanya betul2 husband dia tu betul ka tak ada feeling lagi kat ex gf dia tuh. Motippp masukkan duet tiap2 bulan? Lebih baik dia beli kan Mrs Bass sebijik LV ka..

    Pastu cuba fikir betul2 kenapa dia kawen dengan husband dia. Mungkin mamat yg dia minat tu hensem pada mata dia, tapi perangai hanj ka, siapa tau kannn??

    In case hubby dia ada affair dengan ex gf, mrs bass tu jangan lupa amek no mamat hensem yang dia suka tuh.

    Matila haku merosakkan rumah tangga orang.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya rata-rata pembaca terus focus kat kes suaminya yang mula-mula bagi duit kat bekas gf..hurmm....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...