8.2.11

Penjagaan rambut dan membesarkan mata?

Salam kak jumie....


Er... patutkeh Nemo panggil kak?  Ntah2 muda dr nemo...Dasar ko xsedar diri dah tua la Nemo oit~~~


Nemo nk tanya Kak Jumie la.... Ada sikit kemusykilan....Nemo penah dengar dan baca petua untuk rambut jadi lurus.  Guna santan yang diperah dgn limau nipis.  Ambil krim dia tuh.


Aku cuba,  sudahnya, rambut daku jadi macam dawai karat.  CHET!! Sungguh xleh pakai.  Sudahnya... jenuhlah daku bersyampu berconditioner ber masker rambut utk kembali kepada asal.  Knp erk? Salah petua keh?


Lagi satu kan Kak Jumie... nemo ada baca utk jadikan mata nmpk besar @ terbuka, cara paling baik menggunakan eyeliner putih pada bawah mata... tp kn... dah 23thn daku mencari... knp xketemu yg betul2 putih? yg ada cuma pitih yg ada dust... shimmer... xpun silver... aih~~~ boleh suggest utk nemo x? <-- psst... kalo bleh yg relevent la pada org yg gj kecik mcm daku nieh... hihihih

Yang benar,

Nemo

Hello Nemo!

Aiyoooo! Tak kisahla u olls muda ke tua.  Akak dah biasa dipanggil akak.  Akak harap lagi 30 tahun pun walaupun akak dah taraf tok-tok,  u olls semua tetap panggil I akak ya.  Keless! Macam Kak Nita Serawak kan? Astana gitu!

Berkenaan dengan petua mentua ni semua.  Sebab itulah petua kecantikan tradisional semakin tidak popular dalam kalangan golongan muda macam kita ni.  Dah la barang-barangnya kadang-kadang tu susah nak dapat,  pastu kalau kita try tak semestinya cara tu sesuai dengan kita.  Oleh itu,  petua-petua ini semakin dilupakan.

Anyway,  bukanlah akak nak menentang petua -petua lama ni.  Tapi since u olls pun dah TER-ROSAK-KAN rambut sendiri.  There's no way u olls boleh perbaiki rambut u olls yang rosak itu.  Tak guna pi treatment beribu ringgo dan letak macam-macam product u olls!  Sebab rambut adalah sel mati.  Kalau dah rosak,  ada satu jer caranya! POTONG DAN SIMPAN RAMBUT BARU!  Itulah yang akak buat.

So next time,  hati-hati dalam mentry petua baru.  Make sure u ada testimony dari kawan yang u olls percayai.  Kalau dia dah try kata okay,  baru u olls try pulak.

Tentang  tips style make up mata boh celak putih kat bawah...u mean like this ke?

Actually,  dalam make up akak,  akak tak suka buat style macam ni.  Akak rasa macam tak kemas jer akak buat.  Tapi tengok orang lain yang profesyenel buat cantek jer.  Oleh itu,  akak dah tanya mak ayam akak Baby Zarina dan kawan akak Razzi Musa dan cadangan they olls adalah seperti berikut  :

Baby Zarina :  Celak putih yang cantek is Body Shop.  Kaler dia melekat dan senang nak apply.

Razzi Musa  :  Aku suka Krayolan punya and Farmasi.  Tapi jangan pakai yang menghelit.  Selain putih,  try colour pencil yang seakan-akan peach untuk dioles di bawah mata.  Nampak lebih natural.

So u olls selamat mencuba okay!  Terima kasih atas emel yang diberikan.  Hope to get more questions from u olls semua.  :)

Silap-silap hang nak make up macam ni ka?  
Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak putih sangat bawah mata!  Ampa bukak blog satu pompuan Sweden ni! Akak suka tengok dia make up!  :)  http://killercolours.blogg.se/

Truly,
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...