1.2.11

Personaliti Bulan Ini - Zarina Abdul Rahman

Hello u olls.  Seperti yang dijanji,  bulan ini I olls akan menampilkan seorang lagi PBI.  Untuk PBI pertama untuk Januari 2011 adalah sedikit berbeza daripada kebiasaannya.  Saya dah pernah interview lelaki,  perempuan,  so kali ini I olls telah interview seorang transgender pulak.  Apakah itu transgender?

Mengikut tafsiran yang dinyatakan oleh Regina Ibrahim, transgender bermaksud  berperasaan seperti wanita dan ingin hidup sebagai wanita 24jam termasuk berkahwin dan beranak.  Hidup seperti wanita walaupun tidak sempurna.  Transgender juga adalah merujuk pada Male to Female (maknyah) atau Female to Male (Zibian).  Mereka juga mendapat bantuan dari pembedahan atau hormon,  walaubagaimanapun bukan semua melakukan pembedahan jantina dan mengambil hormon.

Harap kalian jugak tidak salah anggap dengan istilah transvestite.  Mama Gina juga telah memaklumkan kepada I olls bahawa transvestite bermaksud beliau hanya berpakaian perempuan untuk majlis majlis tertentu dan tidak ada niat untuk hidup 24jam sebagai wanita.  Macam dalam filem filem Inggeris dimana jantan jantan pakai pompuan untuk party dan lain-lain.

So u olls faham sekarang?  Okay.  Hari ini I olls telah menginterview seorang yang amat rapat dengan akak sejak beberapa tahun yang lepas.  Beliau yang akak maksudkan ialah Zarina Abdul Rahman a.k.a Baby Zarina. 



Rentetan perkenalan kami adalah bermula begini.  Akak acapkali terdengar nama beliau dalam dunia solekan dan bridal di Penang.  Tapi akak tak pernah jumpa dengan beliau.  Then one day,  akak telah mengattend satu bualbicara yang dianjurkan oleh KANITA USM (Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita USM) yang membincangkan tentang soal kaum transgender.  Bualbicara itu adalah berdasarkan penulisan Prof.  Madya Latif Kamaluddin dan antara panel yang dijemput untuk bualbicara ini ialah Regina Ibrahim,  Zarina Abdul Rahman dan dua lagi 'kakak' yang i olls dah tak ingat namanya.

Bualbicara itu sangat informative dan berkesan.  Kami yang menghadiri bualbicara itu berasa tersentuh dengan luahan yang disampaikan oleh 'kakak-kakak' itu.  Memang akak happy dapat attend bualbicara itu.  Di akhir majlis,  akak sempat berjumpa dengan Zarina Abdul Rahman dan memperkenalkan diri akak.  We olls bertukar-tukar contact number.  Tapi sampai ke sudah akak tak contact beliau sebab akak tak cukup confident!!  Kenapa tak confident?  Jab akak terangkan.....

Then one day,  we olls berkenalan di bawah pokok sena.  Kelesssss! Kisahnya,  insan ini datang ke USM untuk mengambil bapa angkatnya Prof.  Madya Latif Kamaludin yang merupakan pensyarah di pejabat akak.  Dan dia nampak akak dan terus panggil akak di bawah pokok sena. 

Make up artist portfolio picture.

"Hey ampa! Mai sini!"  panggil Kak Baby ke arah akak.  Akak pun terkunta kinte pergi arahnya. 

"Hampa bila nak mai belajak mekap dengan kami! Ampa nak belajak tak?"  tanya insan ini. 

"Nakkkkkkkk laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!"  jawab akak dengan penuh eksaitednya!  Of coz akak sangat happy bila seorang kakak pondan yang mengoffer akak sendiri untuk belajar mekap.  Seharusnya kita tau,  dunia solekan ini didominasi oleh kaum pondan kan?  Selama ini akak pernah la bertanya dengan geng pondan yang lain,  nak belajar tentang make up,  mintak tips dan sebagainya.  Tapi balasan yang akak dapat hanyalah kekekwatan dari kaum-kaum ini.  Depa sangat rigid!  Tak mau layan akak.  Akak tanya depa cam tak ikhlas nak jawab.  So bila Kak Baby offer akak cam ni.....Of coz i was suprised to get this offer dan of coz akak menerimanya!!

So sejak itu,  perkenalan kami semakin akrab dan persepsi akak terhadap golongan pondan dan nyah semakain berubah.  So hari ini,  akak paparkan hasil temuramah ini untuk membina satu jambatan baru antara dunia kita yang kita anggap sebagai 'normal' pada tafsiran kita sendiri dan cuba menghubungkan we olls semua dengan mereka yang kita selalu hindari,  geruni dan jauhi sebab dianggap 'tidak normal'.  Akak jugak telah memberi peluang kepada semua pembaca belog akak melalui Facebook dan Twitter untuk bertanya soalan kepada Baby Zarina. 

Terima kasih atas semua respon yang akak terima.  Sungguh memberangsangkan.  Akak telah memanjangkan semua soalan itu kepada Baby Zarina.  So u olls semua!  Stay tuned dan di akhir artikel ini,  u olls tanya balik diri u olls itu?  Kita ni normal ke atau kita yang tak normal?

One of her work.

Jumie Samsudin  :  Okay,  seperti yang Kak Baby tau.  Hari ini saya akan interview Kak Baby dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh para pembaca Belog Jumie Samsudin.  Mereka ini terdiri daripada remaja,  dewasa,  lelaki,  perempuan dan macam-macam lagi.  Soalan yang diajukan adalah garapan dari sifat ingin tahu mereka terharap golongan nyah.  Mereka telah panjangkan soalan ini melalui laman Facebook,  Twitter dan jugak private mesej kepada saya.  So adakah Kak Baby sudi menjawab semua soalan ini seikhlasnya?

Zarina Abd Rahman  :  Ya,  akak akan cuba menjawab soalan ini seikhlasnya.  Akak cuba jawab dari apa yang akak percaya dan apa yang menjadi pegangan akak selama ini. 


Jumie Samsudin  :  Sila perkenalkan diri u olls untuk semua pembaca.

Zarina  Abd Rahman  :  My name is Zarina Abdul Rahman.  Tapi ramai yang kenal saya dengan nama Baby Zarina.  Nama itu diberikan oleh bapa angkat saya.    Dilahirkan pada 25 Julai 1978 di Pulau Pinang.

Jumie Samsudin  :  Status peribadi?  Are u single?

Zarina Abd Rahman  :Yes,  im single.  Nola...actually akak ni janda (senyum katop-katop mulut!)

Jumie Samsudin  :  Selalunya laki straight or laki gay yang mengorat akak? 

Zarina Abd Rahman  : Lelaki straight!

Jumie  Samsudin  :  Apakah pekerjaan Kak Baby?

Zarina Abd Rahman  :  Alhamdulillah,  setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia persiapan perkahwinan dan persolekan,  kini saya merupakan seorang wedding planner atau dalam bahasa Melayu perancang perkahwinan untuk syarikat saya sendiri iaitu Kerawang Klasik Ent.



Jumie Samsudin  :  Apa harapan u olls dengan business u olls?
Zarina Abd Rahman  :  Please do not be suprise if i say actually I tak nampak i akan pergi jauh dalam bidang wedding planner.  Akak percaya akak akan jadi insan paling happy bila akak betul-betul membuat sesuatu yang betul-betul minat akak iaitu memasak.  Akak berharap satu masa nanti,  akak dapat bukak small restaurant sendiri dan masak hari-hari.  :) 



SESI SOALAN 

    Jumie, aku nak tanya Kak Baby,since dia dah tukar jantina kan, dia ada tak perasaan takut bila jalan sorang2 kat tempat gelap?  (Nonie Suliaman)
    Zarina Abd Rahman  : Untuk pengetahuan Nonie,  Kak Baby belum tukar jantina lagi.  Hanya pembedahan buah dada.  Pada pendapat akak,  kadang-kadang takut sebab macam-macam perkara boleh berlaku tak kira kepada nyah,  pondan atau lelaki.  Tapi selalunya akak tak takut sebab akak confident bila berjalan :)

    Sebab apa depa jadi mcm ni? (Mohd Hafiz Zakariah)
    Zarina Abd Rahman  : Akak pun tak tau macam mana nak jawab.  Tapi ada fakta-fakta sains yang boleh menerangkan perkara ini.  Tapi seikhlasnya,  I am very certain since I was a kid.  Sejak akak kecil lagi di kala akak tak tau apa itu pondan.  Akak tau yang akak akan jadi seorang wanita yang cantik bila dewasa dan akak suka dengan lelaki.  Tapi satu yang akak nak bagitau,  akak masih tidak buat SRS atau sexual reassignment surgery sebab akak menghormati kedua ibu bapa akak. 


    Dey olls mesti slalu di pandang senget oleh orang lain.  So camne diorang memositifkan diri dgn situasi berkenaan? Sekian mekaceh. (Sugarhoner Icedtea)
    Zarina Abd Rahman  : Pada pendapat akak,  kita hanya perlu jadi diri sendiri dan happy dengan diri kita sendiri.  Macam akak,  akak sendiri yang memilih untuk menjadi siapa diri akak sekarang.  Bukan paksaan atau hasutan.  Akak tak pernah rasa macam confuse atau salah identiti.  Sejak permulaan hidup akak,  akak kenal akak ni macam mana.  Oleh itu akak tak pernah pun rasa janggal.  So,  pada pendapat akak,  siapa pun diri kita, yang penting kita kenal siapa diri kita dan pendapat orang lain itu tidak penting lagi. 

    Apa yang buat hati dan diri dia kental utk harungi smua ni.maklum lah kita tau golongan2 ni smua slalu dpt kutukan dari public kann..leh tak tlg tanya.sebab sumtimes kami adore dgn kecekalan depa ni. (Dya Mohd)

    Zarina Abd Rahman  : Tambahan kepada soalan yang sebelum ini,  sokongan dari keluarga sangat penting.  Keluarga adalah orang terdekat dengan kita.  So kepada u olls yang membaca artikel ini,  akak mintak satu saja.  STOP MENJADI TUHAN.  Stop judging us for what we are.  Ini bukan zaman DAOH!!

    Betul ke nyah tak suka dengan perempuan?  Benarkan ada yg mengatakan dey olls ini menganggap wanita tulen (mcm we ols ni) adalah saingan diorg?  (Sugarhoner Icedtea)
    Zarina Abd Rahman  : Tak betul.  Kenapa kami tak suka perempuan?  Ibu saya perempuan,  saya ada adik perempuan,  anak buah kesayang saya adalah perempuan,  cikgu saya yang rapat dengan saya dulu perempuan.  Actually,  there's no such thing as PONDAN benci perempuan.  Persoalan yang saudari ajukan ini adalah soalan yang sering diajukan oleh ramai perempuan kepada golongan kami.  Mereka menganggap kami sebagai satu golongan kejam yang membenci mereka. 

    Tapi perlu difikirkan,  kenapa pondan itu serang perempuan?  Maki perempuan?  Sebabnya ialah sesetengah perempuan bila nampak pondan tengok atas bawah macam tengok alien.  Ada yang jeling ke arah kami.  Ada pula yang kuit-kuit kat kawan dan boyfriend mereka dan ejek-ejek kami sambil jari telunjuk tanpa segan silu menghala ke arah kami.  Kenapa kami ni alien kah?  So next time,  bila tengok kami,  buat lah macam biasa. Cuba letakkan diri kamu dipandang,  dijeling dan diejek di khalayak ramai. 

    Pada pendapat akak,  perempuan suka berpendapat bahawa kami adalah ancaman adalah perempuan yang tiada keyakinan diri.  Mereka hidup dalam kepura-puraan dan penafian. 


    Dey ols ni suka gi cocok sana, cocok sini, pil gebu la, pil hormon la, takde side effect kt kt tubuh dey ols?  (Sugarhoner Icedtea)
    Zarina Abd Rahman  : Saudari,  bukan kata mak yah saja yang suka cocok sana dan cocok sini.  Lelaki dan perempuan juga ada  yang makan pil and cocok sana sini untuk memperbaiki kecantikan diri.  So sebagai seorang manusia yang waras,  make sure u know what u are eating and taking and consider all the side effects.  Kalau u rasa u okay,  just go ahead. 

    Dulu masa zaman muda remaja akak,  akak tak nafikan yang akak pun pernah amik macam-macam pil untuk mencantikkan diri akak.  Masa itu apa yang menjadi keutaman diri akak ialah akak nak satu dunia tengok akak.  Tapi sekarang tidak lagi,  akak sedar kecantikan itu tidak bermakna kalau badan kita tak sihat.  Untuk hidup yang lebih positif,  kita kena utamakan kesihatan diri kita.  Fizikal dan mental.

    Ngape dey ols ni byk menceburi bidang mekap, bridal n saloon n seangkatan je? adakah di sebabkan org sukar menerima diorg dlm bidang lain? atau mmg minat diorg dlm bidang2 tu je?
    Zarina Abd Rahman  :  Mungkin kebanyakan transgender lebih berminat dalam bidang-bidang ini oleh itu penglibatan mereka lebih menonjol berbanding dalam bidang-bidang lain. Sebenarnya ada ramai transgender yang berjaya dalam bidang profesional seperti doktor,  peguam,  pensyarah dan lain-lain lagi.  Cuma kita yang tak tau. 

      Sampai bila nak jadi mak nyah? Tak teringin nak kahwin and ada anak?  (Aiman Syazwan)
      Zarina Abd Rahman  : Saya pun tak tau pasai pa saya jadi maknyah.  Bukan buat buat.  So saya tak tau saya nak jadi mak nyah sampai bila.  Tapi,  yang pastinya I just want to be human.  Ada seorang kenalan pernah mengingatkan saya,  jadilah manusia yang baik.  Buat kebaikan kepada orang lain.  And everything will be okay.  Yang tak dikategorikan sebagai makhluk asing.  Mak nyah bukan makhluk asing.  Hakikatnya,  tiada jawapan yang spesifik untuk soalan ini sebab saya tak tak buleh tengok masa depan dan saya bukan Tuhan.

      Siapakah role model hidup anda?  (Aiman Syazwan)
      Zarina Abd Rahman  : Tak perlu ambil artist sebagai role model kita.  Saya memilih kawan saya sendiri iaitu Regina Ibrahim dan juga bapa angkat saya Prof.  Madya Latif Kamaludin.  Dua insan ini menjadi role model saya kerana mereka banyak membantu,  memberi nasihat dan dorongan kepada saya.  Mereka juga adalah insan-insan yang sangat cantik.  Dan saya kagumi kecantikan dalaman yang mereka miliki. 

      Bagaimana penerimaan ahli keluarga dan org terdekat? (Cik Yus)

      Zarina Abd Rahman  : Oh my god!  Masa mula-mula yes very susah. Akak pernah dipukul dan dimaki oleh keluarga sendiri.  Tapi sekarang kami dah okay.  My parents are living with me and i have a very good relations with them and all my other siblings.  Walaubagaimanapun,  kini akak menyedari kenapa pada awalnya mereka bertindak sedemikian terhadap akak.  Akak sedar yang mereka takut dengan masyarakat sekeliling.  Masyarakat kita sangat kejam terhadap issue ini.  Sekarang mereka sangat menyayangi saya dan menerima saya seadanya.


      Terfikir tak tentang pembalasan di akhirat nanti?  (Zolkifli Yaakob)
      Zarina Abd Rahman  : Andakah anda jugak terfikir tentang pembalasan di akhirat nanti?  Adakah anda cukup bersedia?  Sebelum bertanya soalan itu kepada diri saya,  tanyalah kepada diri sendiri.  Saya tak tau apa yang nak jadi di akhirat kelak.  Cukuplah saya tahu siapa diri saya dan tuan tau siapa diri tuan.

      Ada x rasa mcm nak pindah somewhere, yang more torable for trannies. Mcm Thailand or US? (Syed Mochtar)
      Zarina Abd Rahman  : Not US and not Thailand.  But i pernah terpikir Europe.  Sebab i ada ramai kenalan di sana dan seperti yang mereka khabarkan,  European dont judge u as what u are but what u can do.  Kalau ikut hati dah lama tak mau duduk Malaysia dah.  Tapi saya sedar saya ada tanggungjawab di sini terutamanya kepada ibu dan ayah saya.
      Who is ur style icon?  (Syed Mochtar)
      Zarina Abd Rahman  : I just wear what ever yang comfortable.  I just want to be want i want to be.

        Macam mana kehidupan nyah dan pondan bila mereka dah tua? (Syafrizal)
        Zarina Abd Rahman  : I pernah tengok seorang nyah di Taiping 60 lebih dan dia masih seorang nyah.  Dan masih okay dan masih kuat.  Boleh bekerja.  Sebab dia menjalani kehidupan yang simple dan mudah.  Dia pakai macam nenek nenek la :)  Pakaian orang tua .  Takkan nak pakai body hugging kot.  Kalau nak tengok nanti saya boleh tunjukkan.  Namanya Mak Nek dia tinggal di Pangkor.

        Macam mana pondan bersolat? (Anonymous)
        Zarina Abd Rahman  : Solat macam lelaki la.  Macam manusia biasa la.  13 rukun.  Akak bila sembahyang,  akak akan pakai jubah labuh dan selendang macam tok-tok arab tu.  Tapi itu bukan soalnya,  yang penting bila kita jumpa Tuhan kita kena bersih di hati.  Nawaitu kena ikhlas solat kerana Allah dan Insya Allah solat kita akan diterima. 

        One of Baby Zarina's work. 
        Nasihat kepada adik2 yang ingin menjadi transgender?  (Aiman Syazwan)
        Zarina Abd Rahman  : Nasihat akak kepada adik-adik yang dah bertukar,  just be your self.  Kalau boleh jangan terlalu eksaited dengan dunia nyah ni.  Jaga diri baik-baik dan jangan get into trouble.  Love yourself.  If you dont yourself nobody going to love you in return. 

        Dan untuk yang nak jadi adik-adik,  fikirkan masak-masak sebelum membuat satu keputusan dalam kehidupan.  Dan make sure keputusan yang awak buat tu betul dan buat sesuatu atas dasar sendiri bukan terikut-ikut.  Contohnya,  kita tengok kawan kita tu bila dah transfer dia jadi sangat cantek.  Tapi hakikat kita ni,  taklah secantik mana.  So bila dah transform pun,  kita tetap tak secantek kawan kita itu.  So janganlah terlalu memaksa diri kita menjadi sesuatu yang bukan diri kita.   Sebab nak jadi nyah bukan ada jurusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Kepondanan (Kepujian).  It comes naturally and only God knows how.  Dan yang paling penting sekali,  kena bersedia untuk terima cabaran dalam dunia ini sebagai nyah...go ahead!! 


        Ucapan kepada semua pembaca Belog Jumie Samsudin  :
        Zarina Abd Rahman  : Kepada semua pembaca Belog Jumie Samsudin.  Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian dan keharmonian dan keamanan untuk semua makhluk di dunia ini.  Janganlah kita asyik menghukum.  Belajarlah untuk saling menghormati antara satu sama lain.  Tidak kira siapa kita apa agama kita dan dimana asal usul kita.  Sekian,  teriam kasih. 


        Kepada u olls semua yang ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan Kak Baby  berikut ialah butirannya  :

        Email /  YM  :  zarinavega@yahoo.com
        Follow her work  on blogspot  :  http://kerawangklasik.blogspot.com/
        Facebook  :  Zarina Abdul Rahman 

        6 comments:

        1. cayalah kak baby..dari 1st tyme sy jumpe kak baby,akak ni very the akak2.,best sgt...tak sangka byk yg akak lalui..hopefully ramai yang lebih terbuka pas baca temubual exclusive ini,papepun kene ingat,hanya tuhan yang layak menilai kita..even kita ni imam masjid besar kat masjidilharam,itu bukan penentu kita adalah ahli syurga, dan even kita adalah pelacur jalanan,itu bukan bermakna kita adalah ahli neraka,yang penting mcm kak baby cakap..kita bersihkan hati,kita tahu diri kita siapa, kita kenal siapa tuhan kita..sebagai hamba Allah yang lemah, janganlah menghina ketidaksempurnaan orang lain,kita pun x sesempurna mana.. credit to kak jumie, PBI kali ini sgt best.. semoga akak n kak baby tersenarai sekali lagi dalam ABP as jurumekap artis paling forfular tahun ini.. muahhxxx...

          ReplyDelete
        2. Izalllll....terima kasih sudi membaca artikel akak. Akak berharap agar artikel ini membuka pemikiran masyarakat kita yang tak habis habis nak menghukum golongan pondan dan nyah. Hakikat diri sendiri pun belun tentu sejahtera sempurna.

          Thanks nak yam ku. :)

          ReplyDelete
        3. kelesss makyam..luv sgt2 PBI bln ni.sebab slama ni kita as org luar,x penah tau apa dlm hari depa and selami sapa depa yg sebenar.for kak baby,wish u luck and smoga impian kak baby nak bukak restoran termakbul.amin..

          psst2..makyam,pic yg kakbaby dok 3 org ada chanel tu kan,yg putih tu la dua pupu kami.hehehehe...

          ReplyDelete
        4. nok...kimslm dgn kak baby...! aq penah dgr yg ang ade attend talks kat dup usm....yg ade mak hayam dtg kan...inikah insanya (kak baby).....ank angkt prof latif....wah sembah salam lam mak cmnie....kimslm dgn die lg sekali...!

          ReplyDelete
        5. sempoii n terbaikk intrview ni...cayalah...

          ReplyDelete

        Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...