28.2.11

Pompuan jadi pengadil bolasepak, laki jadi pramugari! Why not u olls?

Halo u olls! Akak dengan rasa bangganya ingin mengucapkan tahniah kan perempuan ini! Hari tu akak tengah lepak Nasi Kandar Kayu bersama beberapa anak ayam akak yang sah-sah semuanya tak layan English Premier League. Akak tak tau sapa lawan sapa kat dalam TV tu, tapi akak ternampak sekilas wajah wanita yang menjadi linesman. Pastu akak tengok lagi dah takdak. Yala...muka linesman bukan doplohpatjam dia tunjuk dalam tv kalau pertandingan bola kan? So akak ingat akak tersilap tengok la.

Tapi bila akak bukak belog Obefiend memang betui la!! Petikan dari belog Obefiend Weiland 

"Sian Massey ialah penolong pengadil wanita pertama di Liga Perdana Inggeris. Perlawanan pertama beliau ialah Desember tahun lalu dalam perlawanan diantara Sunderland dan Blackpool. Sebelum ini beliau bertugas sebagai penolong pengadil di liga Championship dan Piala LDV. Beliau juga dipilih menjadi pengadil ketika kejohanan Bolasepak Wanita Eropah tahun lalu walaupun hanya mula menjadi pengadil wanita profesional pada bulan March. At the end of the day she knows her stuff."

Ini beberapa gambar Sian Massey yang akak cilok dari belog Obefiend.

Kametot nya pompuan ni,  cam Noraslinawati binti Majid.  HAHAHAHAH.  Jangan marah ya Aslina akak carot hang.
"SHADAP U!!"
Lelaki kendu "Are u okay?"  Sian Massey "U olls jangan la geletek i....ngilu la..."

Tahniah u olls! Dan kepada semua pompuan-pompuan di luar sana. U olls boleh jadi apa saja yang u olls nak jadi. Yang penting kena selalu gigih dan tidak busuk hati dengan kejayaan orang lain. Kena ikhlas. Kalau nak seribu daya, kalau tak mau seribu dalih.

Read more about her kat belog Obefiend yang meleps ini. Serius Cool Penolong Pengadil Wanita

Pastu akak bukak pulak belog adik akak bernama Hilal Azmi.  Dia pulak cita,  kakak-kakak pondan kat Thailand sekarang dah diterima untuk jadi pramugari kat PC Air.  Actually,  kakak-kakak pondan kat Thailand memang high class punya ok.  They olls bukan saja cantek,  tapi educated dan pentingkan kerjaya.  Before PC Air offer position sebagai pramugari jantina ketiga,  depa dah berani apply untuk jadi pramugari kat airways company lain.  Tapi of coz,  permintaan mereka direjek sama sekali.
Peter Chan,  bapak ayam PC Air bersama anak-anak kapalnya.

Oleh itu,  apabila PC Air membuka peluang ini kepada 'jantina ketiga' ini depa sangat happy dan ramai-ramai duk apply dan akak rasa happy sangat.  Siriesly!!  Akak happy at least depa dapat buat kerja halal dan benda yang depa suka.  Kalau Sian Massey boleh cek off side game bola dengan tepat,  kenapa pulak Dissanai Chitpraphachin tak leh buat kerja tuang air dan pass kacang dalam flight?  Semuanya pun manusia jugak kan?  Why not u olls.

Yes,  ini ladyboi okay.  Sila makan hati berulam baked cheese in Crepe.  Dissanai Chitpraphachin sedang dimekapkan dalam sesi training they olls sebagai pramugari.  Keless u olls.

Sebagai salah seorang wanita yang telah dipondankan kat Melesia ini,  akak berasa sangat bangga kepada adik-adik yang dah jadi pramugari kat PC Air itu.  Buat kerja baik-baik okay.  Jangan jadi cam pondan-pondan kampung,  hidup nak berangan saja.  Doplohpatjam pikiak pasai peliak jantan.  So tak berkembang.

Anyway,  u olls yang biasa naik MAS dan Air Asia jangan la nak buat-buat terkejut dengan issue ini.  Akak rasa pramugara MAS and Air Asia yang berfondesyen bagai,  kening pun bercukurr....tak cukup pondan lagi ke they olls tu?  So tak perlu lah terkejut. 

Read more about this kat belog adik akak ni ya  http://www.hilalazmi.com/

5 comments:

  1. Yang bestnya PC Air tu member sy p pronounce sebagai PUSSY Air..ahaha

    ReplyDelete
  2. skrang ni, laki dan pompuan dah takder beza.. semua boleh buat.. :)

    ReplyDelete
  3. tu diaa... nama aku naik kat sini... hahahaha...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...