Pengalaman Menyeronotkan Ketika Menghadiri Kursus Perkahwinan

Assalamualaikum semua.  Hari ini saya nak ceritakan pengalaman menyeronotkan saya ketika menghadiri kursus perkahwinan.  Memang i olls dan En.  Khafi dah banyak kali menangguhkan pemergian ke kursus kawen sebab masing-masing sibuk,  masalah kewangan dan ada sekali tu dah elok nak pi tiba-tiba dapat offer job mekap beratuih ringgo.  Oleh itu,  terus saya amik offer job mekap la!

So,  beberapa minggu lepas kami mentunang.  I olls dan En.  Khafi pun terus membookkan diri untuk mengepi satu kursus kawen di Masjid Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Impian Bahagia Enterprise.  Kalau u olls orang Penang,  akak sangat rekemen u olls semua untuk menghadiri kursus kawen daripada syarikat ini.  Untuk pendaftaran nama dan lain-lain soalan,  u olls boleh hubungi Puan Hazlina Zailan +6012-5305746 (Sapa staff USM boleh call ext 4504). 

Kepada u olls yang tak pernah pergi lagi kursus kawen dan ada planning nak menghadiri kursus ini,  inilah sedikit yang I olls boleh share dengan kalian.

Gambar akak di waktu pagi sebelum masuk bilik kuliah.  Cumels tak akak? 

Tarikh dan Masa
I olls pergi selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Mac 2011.  Sabtu dan ahad. Hari sabtu tu the whole day from 8-5pm.  Manakala hari ahad hanya half day.

Akidah dan Ibadah
Topik ini disampaikan oleh Ustaz Khairul Aman.  Actually akak kenal ustaz ni sebab dia ialah ustad sekolah Frencis Light.  Dia train budak budak main bola.  Akak tau ustad ni garang tapi sangatlah ting tong.  Akak suka sebab dia sangat funny masa menyampaikan topik pagi itu iaitu akidah dan ibadah.  Dia tak skema,  so of coz dia tau kita semua dah tau bab bab ni.  Cuma benda-benda penting dia tekankan supaya kita ingat seperti mandi wuduk,  jenis-jenis najis dan sebagainya.  Akak paling suka ustaz ni sebut dalam ceramahnya.  "Orang Penang ni hantaran dia tinggi sampai beratus ribu.  Buat apa boh sampai beribu-ribu!  Tapi mas kahwin ampa....RM21.50.  Patutnya mas kahwin la ampa mau boh tinggi tinggi.  Biak laki ampa terketak nak kena pi carik kat mana.  Sebab mas kahwinlah hadiah mutlak yang suami kena pi carik sendiri bagi kat ampa!"  Akak sokong!!

Tapi yang akak tidak suka ialah ustad ini ada mencaras pengalaman dia sebagai pegawai pencegah maksiat di mana dia lakonkan semula ayat-ayat kakak nyah yang ditangkap semasa ops dijalankan.  Setiap kali dia ulang ayat-ayat pasrah oleh kakak nyah tu semua seperti "Ustaz tak faham naluri kami,"  "Bukan kami mintak untuk dijadikan macam ini ustaz,"  dan "Kami memenuhi kehendak ramai kaum lelaki yang kaum perempuan tak buleh bagi,".  Semua peserta kursus gelak kuat bila ustaz ini ulang ayat-ayat ini.  AKAK SIKIT PUN TAK GELAK!  Akak marah sebab ustad ni cakap sebab dia sendiri tidak suka.  Dia tak tau akak ini ialah Mak Ayam YU ES EM yang bergiat aktif mempertahankan nasib golongan kita ni!!  Tapi akak dah maafkan dia.  Sejak menjak nak mengawin ni,  akak malas nak pereng-pereng.  Nanti sel-sel kecantikan akan mati u olls.  Semua orang ada pandangan masing-masing. 

Inilah gambar masjid negeri Pulau Pinang.

Akhlak dan Hubungan dalam Keluarga
Topik ini juga disampaikan oleh ustaz yang sama.  Walaupun demam dan suara tak berapa nak ada,  tapi beliau tetap gigih menyampaikan semua ilmu yang diamanahkan.  Not much yang akak boleh kongsi kat sini.  Semuanya ulangan dan ulasan dalam buku yang diberikan kepada semua peserta kursus.  And then ustaz ni selitkan dengan cerita pasai pengalaman dia sendiri yang telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan juga pengalaman beliau handle kes kes masalah perkahwinan.  Macam-macam jugak yang akak belajar.

Perkahwinan dan Prosedur
Topik ni paling akak suka.  Disampaikan oleh Ustaz Norzli b Mat.  Ceramah ustaz ni memang sedapppppppppp didengar sebab dia pandai berkata-kata.  Kalau ampa tak percaya ampa mai dengar.  Dia boleh cakap laju cam raping especially bila dia baca senarai jenis-jenis benda! "ubat sakit, ubat berak,  ubat lutut,  ubat perut,  ubat kaki,  ubat tangan,  ubat kurus,  ubat ...."  HAHAHAHAH!  Dengan ustaz ni la u olls boleh tanya macam-macam tentang prosedur perkahwinan.  Di samping menyelitkan macam-macam pengalaman beliau handle kes masalah perkahwinan,  dia banyak bagi tips dan pesanan dalam hidup rumah tangga.  Actually prosedur perkahwinan untuk orang Islam kat Melesia ni memang dengar macam rumit,  tapi semua ini adalah penting untuk memastikan tidak ada penganiayaan terutamanya kepada kaum hawa.

Kepada u olls yang nak apply untuk kawen,  u olls kena start buat 3 bulan before u olls kawen.  Paling awal 1 minggu before kahwin.  Dan pihak lelaki kena buat permohonan dia dulu.  Kena apply ikut alamat dalam kad pengenalan.  So En.  Khafi IC KL,  dia kena buat kat KL.  Dia kena pi amik sign khariah semua di KL.  Dan bila dah lengkap semua borang,  bayar yuran pendaftaran RM5 barulah dia akan dapat sekeping Surat Kebenaran Nikah.  Bila dah ada surat ini,  barulah dia boleh bagi kat akak untuk proses kat akak pula.  Adalah penting suruh lelaki apply dulu adalah sebab.............................................BARULAH U OLLS BOLEH TAU KOT KOT BAKAL LAKI U OLLS TU DAH ADA BINI LAIN KA!! Haaaaaaaaaaaaaa!

Pengurusan Kesihatan
Ceramah ini disampaikan oleh Dr.  Umarazina dari Hospital Pulau Pinang.  Inilah satu-satu ceramah dalam kursus ini yang akak tak suka.  Bukan sahaja kerana Dr ini macam bagi ceramah macam makcik-makcik duk membebel,  suara nyaring pastu banyak "ekkk...ekkkk...ekkkk.."  Ampa tau kan?  Orang tua kalau membebel lagu mana?  "Kamu semua kena tau ambil tau ni....ehk....Inilah salah satu prosedur yang perlu buat...ehkkk"  SAKITTT TELINGA I OLLS MENDENGARNYA.

Dalam topik pengurusan kesihatan ini,  sepatutnya penceramah kenalah bagi lebih banyak input tentang pemakanan yang baik untuk orang yang nak bakal mendapat zuriat,  kelebihan susu ibu,  bagaimana nak mengatur pemakanan yang sihat untuk seisi keluarga,  kaedah rancang keluarga,  kesihatan badan (penjagaan badan terutama alat sulit),  tips kecantikan untuk perempuan (SINCE U OLLS PEREMPUAN KAN?),  ujian HIV,  kenapa kita perlu buat HIV Test,  apa yang kita perlu buat sebagai persediaan nak buat HIV test,  what happen kalau kita positive/negative dalam ujian HIV,  apakah risiko-risiko dijangkiti HIV dan STD yang lain...............NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Akak mula nak berletiakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Memang Dr.  Umarazina sentuh beberapa topik di atas,  tetapiiiiiii bagi akak just sentuh light-light saja!  Dia tak gomoihhhhh topik tu kau kau.  Gomoih sampai membuatkan seluruh peserta dapat merasakan betapa pentingnya menjaga kesihatan keluarga.

Selain itu,  satu lagi yang akak tidak suka tentang penyampaian Dr.  Umarazina ialah beliau banyak memasukkan nilai-nilai diri beliau dalam penyampaian topik.  Salah satunya ialah perkara halal haram makanan kita.  Dari penceritaannya,  beliau memang seorang yang sangat particular tentang makanan yang beliau beli atau makan.  Contohnya : Nak beli kotiau di market taman tun Sardon.  Bila dia tanya kat penjual,  pakcik Melayu tu jawab "memang produk ni semua orang kita buat,".  So bila beliau beli,  didapati kualiti kotiau itu meragukan.  So dia pun menelefon pembuat kotiau itu yang terletak di atas pelastik.  Bila dia called,  baru dia dapati bahawa kilang kotiau itu dimiliki oleh tauke Cina,  tetapi pekerjanya semua adalah pekerja Indonesia (tak tau la Muslim atau tidak).   Memang akak respek kegigihan beliau dalam menyampaikan maklumat ini kepada kami.  Tetapi,  pada masa yang sama dia tak perlulah nak kutuk-kutuk pakcik yang penjual kotiau di Taman Tun Sardon tu.  Bagi akak macam...............overlah nak kutuk-kutuk.  Halal haram ni semua.....Tuhan saja yang tau.  Sampai menyusahkan diri semua akak pun tak berapa suka la. 

Akak dari kecik dah dilatih oleh family akak,  bab makan ni jangan memilih sangat.  As long as u olls yakin.............NGAP SAJA!!!!!!!!!! Salah satu survival skills tu u olls.  Pi campak mana pun I olls boleh hidup.  Itulah kebaikannya. 

Pengurusan Wang / Masa dan Komunikasi Suami Isteri
Topik ni besttttttttttttttttttt!!! Disampaikan oleh Ustaz Reduan Abd Wahab.  Akak rasa ustaz ni orang Kelantan.  Tapi dah lama menetap di Penang.  Loghat dia lain macam sikit.  Ustaz ni tinggi dan sangat cool.  Topik dia ni sangat menarik dan dia pandai menyelit soalan,  interaksi sambil memberikan kami tips.

Dia mai kat muka akak (SEBAB AKAK SEMANGAT DUK DEPAN SEKALI!),  dia bagi microfon dia tanya "Ni saya nak tanya kak ni....kalau bukak beg duit hasben.  Ada gamak pompuan.  Hang nak buat apa?"

Akak terus jawab "KOYAKKKKK!!!"

Hahaahahah rakusss! Rakus!!  Pastu semua orang gelak.  Pastu akak cakap la...."Taklah.  Saya tanya dulu.  Ni gamak sapa.  Kalau pompuan ni kawan lama dia.  Kalau kawan lama dia ni hidup lagi......suruh la dia buang.  Tapi kalau dah mati,  dia rasa macam sayang nak buang...takpalaa...simpanlah...." jawab akak,  ikhlas u olls!

"Amboi baiknya hanggggggggggg!!!,"  aiiyooooooo Ustazzz!  Takkan tak tau.

Lepas tu ustaz tu pun kata,  kalau boleh lupakanlah.  Bina hidup baru.  Masalah pasangan suami isteri sekarang ni bila dah kawen,  perangai lama tak mau nak buang.  So menyusahkan semua orang.  Walaupun perangai tu biasa,  tapi kalau tabiat tu tak elok,  cubalah buang.  Saya sokong,  saya akan cuba membuang sikap marah tak tentu hala saya ini. 

Pengurusan Stress dan Konflik
Ustaz Yusoff Abu Bakar ialah fasilitator untuk topik ini.  Sekali tengok ustaz ni macam Pak Tam Raja Lawak,  tapi kalau tengok lama-lama.........................akak nampak dia macam Kungfu Panda.  Cumels u olls.  Ustaz ni sangat funny.  Dia banyak bagi tips pasai macam mana nak tangani stress dan konflik.  Bagi akak semua benda ni kita dah tau dari dulu lagi.  Cuma kita saja yang tak praktikkannya.  Tapi akak suka ustaz ni ada tekankan...


"Tugas isteri ialah menjaga maruah dan harta suami.  Menjaga kehormatan diri untuk suami.  Dan menjadi teman suami.  BASUH BAJU,  MASAK,  CUCI LANTAI,  BUAT KERJA RUMAH bukanlah tugas mutlak seorang isteri.  Tapi kalau buat pahala.  Ampa toksah duk percaya laki-laki ampa semua ni.  Jangan duk bagi depa baca paperrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr saja.  Suruh depa tolong.  Sama-sama pun kerja,"  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baguihhhhhhh ustaddddddddddddddd!  En.  Khafi dengar tu!  Sama-sama kerja ya.

Rundingcara Jabatan Agama Islam dan Pembubaran Perkahwinan
Topik ini disampaikan oleh Ustaz Osman Abu Bakar,  Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.  Beliau yang sign sijil we olls semua.  Haaaa u olls kalau nak tau,  atas sijil kursus kahwin u olls dicatatkan nama tempat kursus dan tarikh u olls amik kursus.  Sooooooooooooooooooooooooo....akak bernasib baik sebab akak punya sijil ditulis "MASJID NEGERI PULAU PINANG".

Ustaz Osman banyak menegaskan we olls untuk beri tumpuan kat topik yang dia nak terangkan kerana banyak soalan untuk ujian minda tadi ada banyak dalam ni.  Pasai jenis-jenis talak,  fasakh,  li'an,  taklik...bla bla bla...semua tu dia terangkan pasaipa dan kenapa.  Akak suka.
Ada satu undang-undang baru yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang iaitu kalau u olls ialah anak yang pertama (anak sulong atau anak pertama nak kawen,  tak kira u ni anak kedua or last) akan berkahwin dalam family u olls,  u olls kena sertakan bersama sijil nikah ibu bapa u olls.  Sebab banyak kes baru-baru ini,  pasangan dah kawen.  Tapi bila check check balik,  mak bapak dia nikah bulan Jun tahun 1989.  Tapi dia lahir bulan Ogos 1989.  Ini bermakna,  budak perempuan ini ialah anak yang  diluar nikah.  So,  depa terpaksa membubarkan perkahwinan mereka itu.  Dan they olls kena nikah semula menggunakan wali hakim. 

Ohhh....sungguhlah they olls menitik beratkan perkara ini sekarang.  Apa pendapat u olls?  Pada pendapat akak....macam kesianlah pulak kat pasangan pengantin tu.  Menanggung malu.  Membuat prosedur ini tidak semestinya kadar kelahiran anak luar nikah akan berkurangan di Penang dan Melesia ni.

Ujian Minda
Okay!!!!!!!!!!!  Ujian minda ini macam mid term pop quiz exam la.  U olls diberikan 30 soalan.  Kena jawab at least 15 soalan betul.  Barulah boleh lulus kursus dan dapat sijil.  Akak buat ujian ni dapat 26/30.  En.  Khafi dapat 30/30.  Sampai hari ini dia kekwat dengan akak.  Tapi takpala.....dalam ati sebenarnya akak bangga la jugak. Sejuk ati Kak Juma kalau baca ni.


Sekian sahaja perkongsian cerita dari akak.  Akak mencadangkan kepada u olls semua yang nak buat kursus kawen,  mailah buat dengan Impian Bahagia Enterprise.  Untuk pendaftaran nama dan lain-lain soalan,  u olls boleh hubungi Puan Hazlina Zailan +6012-5305746 (Sapa staff USM boleh call ext 4504). Bukan sahaja sebab teratur dan mudah,  tetapi akak suka they olls buat di Masjid Negeri Pulau Pinang yang bersih dan selesa.

ps/  Akak dapat kawan baru masa kat sini.  Nama dia Siti Hawa,  budak perempuan ni umur 20 tahun.  Dia bakal kawen bulan Julai ni.  Akak nak suruh dia baca belog akak ni.  Dia pakai purdah u olls!  So En. Khafi duk gelak-gelak dan usik akak "Cewah....hang kawan dengan budak pakai purdah,"  Mestilahhhh! Mana tau satu hari akak pakai purdah pula.  U olls jangan terkejut pulaks.  Anyway,  Siti Hawa sangat cool dan funny!  Akak mula mula takut nak sembang dengan dia..........tapi sembang dengan dia cam sembang dengan Nonie Suliaman saja.

Adakah Anda Didelete oleh Saya?

Hello u olls,


Pagi ini akak dapat komen ini kat Belog akak ni. 


Anonymous Anonymous said...
salam.. happy birthday kak merr.. akak, npe akak mengdelete sye di FB? .. sye ex soc sc student.. peminat setia belog jumie samsudin serta mengvote akak dan mengajak kwn2 mengvote akak utk cstproduction.. xpe, sye ttp akan meminati belog jumie samsudin sbb belog ini sntiasa buat sye gelak.

Dear Kak Anom,

Sebab komen u olls akak terpaksa buat pengumuman khas.  Baru baru ini akak dapat mesej dari FB mengatakan akak dah terlalu ramai orang dalam Facebook.  So akak kena delete some friends dan pages.  Oleh itu akak mintak maaf sangat-sangat if u olls bukak Facebook akak dan nampaknya akak dah terdelete. 

Sekarang akak dah deleted some unrecognized friends dan dah tinggal 3000 lebih sahaja. 

Apa pun,  akak nak bagitau kat sini.  Walaupun delete Facebook,  tak bermakna putus sahabat ya!


Teruskan membaca Belog Jumie Samsudin

Love,
Jumie Samsudin

26 Jawapan Sempena Jumie Samsudin's 26th Birthday

Hello u olls!  Its my birthday today. 

Syukur alhamdulillah,  walaupun gemok,  lebih berat badan sampai nak beli insurance pun nak kena pi undergop medical check up,  tapi yang penting i olls sihat walafiat dan I olls masih gigih mengerah tulang empat kerat I olls ini dalam mencari rezeki.  Tidak menyusahkan sesiapa sesiapa.  Terima kasih Ya Allah. 

Cepat masanya dah berlalu,  akhirnya akak dah 26 tahun.  Pelbagai dugaan suka duka yang akak lalui bersama u olls semua sepanjang penulisan di ranjau Belog Jumie Samsudin ini.  Dalam masa terdekat ini,  insya allah akak dalam usaha menukar laman blog akak kepada Jumiesamsudin.com.  Meletops u olls! 

Sorry akak terbeletiak,  dah lama akak tak memberi ucapan panjang sejak menang Miss Venezuela 2003 dulu.  So sorry okay.  Akak nak rakamkan jutaan terima kasih kepada u olls semua yang memberikan semua soalan-soalan ini kepada akak.  Akak kumpul-kumpul adalah dalam 30 lebih soalan.  Tapi akak hanya pilih 26 soalan yang akak nak jawab.  Pasai wedding,  pasai make up,  pasai general questions dan ada juga pasai berat badan akak! CHOIIIII!! Tak sabak nya nak carottt.

Tapi akak just pilih the best 26 soalan.  :)  Hope u olls semua take a seat back,  relaks dan digest semua jawapan akak-akak ini. 

Kita lihat soalan siapa yang bertuah!
  1. Kalau anak ampa gayboy / ponen macam mana ampa nak menangani isu itu?  Choii mintak simpang.  - Hassan Abu Bakar
    Bangsan,  i dont want to play God.  I olls tak tau la macam mana perasaan i olls nanti.  Tapi I olls rasa yang pastinya rasa sayang dan kasih i olls sebagai seorang ibu tak akan luntur.  Cuma sebagai antara mak ayam tersohor di Pulau Mutiara ini haruslah akak akan memperturunkan ilmu-ilmu alam yang penting kepada anak ku kalau betul inilah pilihan hidupnya. 

    Tiga benda yang paling penting yang i olls akan pesan kat dia. 

    Yang pertama,  dia kena tau dia tu agama apa.  Dia kena sentiasa yakin semua dugaan Allah bagi kat dia ni. 

    Secondly,  JANGAN BUAT SEX BEBAS DAN UNPROTECTIVE SEX YANG MEMBAHAYAKAN DIRI BELIAU. 

    Akhir sekali dia kena ingat,  sejauh mana pun jantan tu janji kata dialah satu-satunya cinta dalam hidupnya,  dia kena ingat satu hari jantan tu akan pi carik POEN jugak.  Sekian,  simpang malaikat Bangsan.

    Teka yang dalam gamak ni budak pompuan ka budak laki?  HAHAHAHA Sorry Scha KENTOT.

  2. Bila anda kahwin nanti? Kembaq berapa mau dpt?? or kembaq siammm - Pejai Majumia
    WOWWWWWW!  Kalau boleh dapat baby yang sihat pun syukurlah.  Kalau dapat kembak pompuan,  saya nak boh nama Asmak Aishah :) Sempena nama kawan baik i olls. 
    Mana Asmak?  Mana Aishah?

  3. Apakah warna tema hari bersejarah jumie bila bergelar raja sehari nnt? Semua tetamu kena pakai ikut tema x?  TQ - Lurve Purple
    Tema I olls ialah "Tema Jumie Samsudin dan En.  Khafi"  Very simple jer u olls.  Dekorasi yang simple tapi I olls cuba membawa kelainan.  Hope menjadi ikutan semua selepas ini.  Kita nantikan karya Kerawang Klasik dan The House of Red Gincu akan tampilkan nanti.

    Bersama kawan-kawan akak iaitu Aishah (membonto) and Nonie Suliaman (the kurus).

  4. I warna-warna neon adalah 'in colours' untuk tahun ini, fenomena ini boleh dilihat di pentas peragaan, namun lebih dominasi kepada kaum adam. Adakah Jumie berani bermain warna-warna ini untuk warna tema majlis perkahwinan Jumie, atau sekurang-kurangnya untuk majlis cukur jambul anak Jumie? - En. Azhari
    Warna NEON adalah sangat in tahun ini.  Yes! Tapi seharusnya,  untuk majlis perkahwinan kita jangan kita terlalu nak ikut trend u olls.  Majlis kahwin kita ialah majlis kahwin kita,  bukan pentas runway models. 

    Tapi u ollls jangan kecewa,  walaupun tidak berneon sana sini  Tapi busana-busana wedding akak akan meriah ya dengan pelbagai warna.  Insya Allah.  Kelessssssssssssss!  Thanks to all my sponsors!! Surianie CakcingKak BabyChannel Harun and of coz Hassan Abu Bakar.

  5. Saper chu olls nk sgt dtg ke majlis perkawenan anda selain kaum keluarga - Ezzani
    KAK SENDUK,  penulis blog http://meriahuoll.blogspot.com/ !!! Please please Pojiepooh...please bawak Kak Senduk mai kenduri i olls.

  6. Jumie nak bukak butik mekap yg hot tak suatu hari nanti.  Atau kekal macam skang ni.  -  Nor Hasni Noordin
    Actually u olls,  make up bukanlah sesuatu yang i olls nak buat sampai tua.  Kalau ada rezeki dan dana daripada sesiapa yang sudi sponsor,  I olls nak sambung belajar dalam bidang penulisan.  I olls nak mendalami ilmu dalam bidang penulisan kreatif.  Writing is something that i can and love doing it sampai i olls tua.

  7. Agak2nya..bila dpt make up permaisuri agung? - Azimah Aziz
    Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......................ampa nak tolong ka rekemen kami kat Seri Paduka Baginda  Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ka?

  8. Berapa byk pelangan hang x bayaq lagi Jumiee oi?  Dan berapa ramai manusia ang maki taun ni?haha - Affie Zara
    Alhamdulillah,  pelanggan i olls semua THE BEST la! Semua bayak deposit and balance payment on time.  Kalau tak cepat,  haruslah depa boleh book akak kan?  Jumlah orang yang telah dimaki oleh akak tahun ini berkurangan daripada tahun lepas sebab akak malas nak carik publisiti murahan lagi.  Those were the days u olls!  Tapi u olls nak jadi mangsa carotan dan makian seterusnya??

  9. Jumie, maaf andai soklan ni menguris or rasa aishah ni kepo...tp aishah juga kenalan Suraini.Maaf beribu2 kali maaf andai terlalu sensitif.Kami tk mau tau masalah apa tp cuma nak tau 1 soklan ja.Tk pa hampa bleh jawab kat sini ja.  Soklannya : Adakah hampa sayang adik hampa iaitu Suraini Samsudin?  Dari Insan prihatin dan syg hampa berdua- Siti Aishah
    Aishah,  senang sangat soalan ini.  Mestilah saya sangat sayang dengan adik saya.  :)

    Me and Cakcing bersama seorang pengantin The House of Red Gincu yang kini diterajui secara solo oleh Cakcing.  Ramai yang tanya akak kenapa now akak dah takdak dalam The House of Red Gincu.  Akak tak pernah buat public statement pun kata akak keluar or apa-apa.  Sebab we olls taknak customer confused.  Yes,  now Cakcing dah boleh buat solo dan dia ada sepenuh-penuh kuasa untuk membuat keputusan.  And she's doing good.  I am BANGGA of her!!


  10. Sepanjang 26 tahun menjadi anak kpd Obek Manap n Obek Edeh, pernah tak hg buat something smp Obek Edeh/ Obek Manap menitiskan air mata? Jika pernah apakah perkara itu dan jelaskan bagaimana ia berlaku.  - Nurul Syazwani Subhan
    Nak menangeh aku baca soalan ini!!!!!!!!! Banyak kali wehssssssssssss takmau hingat..............AKU ANAK DERHAKA!!!!!!!!!! Tak mau ingat wehs..........tak mau!!!! Sorry taugeh tak buleh jawab!

  11. Sudah berapa berat badan kak jumi bertmabah dari umur 25 tahun ke 26 -
    Rosnizawati Binti Mohamad

    Wehssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!  Malaihnya nak jawab soalan ini.  Memanglah naik.  Tapi macam mana naik pun.  Yang penting i olls sihat dan I olls adalah 10 lebih hot dari Kak Tina yang juga lebih berat badan.  Sekian! Confirmmmmmmmmmmmmm akak lebih HOTZZZZZ!
    "Hai Kak Tina,  if u are reading this.  Ive seen your gambar kahwin u olls and suami u olls  Tahniah u olls!"

  12. Kak janz!! sebelum tu,tahniah dan selamat menempuhi alam pertunangan! Aina nk tanya, bila pertama kali jumpa orang,(orang yang xpenah jumpa) apa benda pertama yang akak tengok padanya? - Aina Hashim
    Akak selalu tengok muka dia....dia senyum ke tak?  Kalau dia senyum maknanya dia ni baik dan peramah.  Kalau muka cam kekwat jaaa!! Sangat memberikan impak tak baik kepada first impression akak.  Akak sangat percaya kat first impression akak kepada seseorang itu.  Kalau first time tengok dia rasa cam "Babilah deni duk buat baguih apa! Mesti deni tak boleh pakai nya pompuan!"  sah sah.  Selalunya dalam masa sebulan akak boleh dapat bukti pompuan tu memang babi.
    Muka dalam pasiak.

  13. P Jinn Lau - Adakah ke-vogue-an jumie akan berubah (terkurang ke) selepas bergelar isteri?
    MAINTAIN KAK PJ MAINTAINNNNNNNNNNN!  Mungkin lebih VOUGE!


  14. Soalan akak : Wut do you think u will be in 20 years? Over tak? kalo tak dpt imagine dlm masa 20 thn, 10 thn pun hoccay! hiks... ;) - Netaff Soraya 
    Lagi sepuluh tahun - Ada rumah sendiri,  ada sorang anak atau dua atau 6 orang.  HAHAHAH.    Dan terus menulis untuk semua pembaca Belog Jumie Samsudin.  Tak makin gemok tak makin kurus!  HAHAHAHAH Tapi maintain melepss ya!
    Menuju puncak u olls.


  15. Siapa orang yang menjadi inspirasi akak sampai sekarang? - Rudza Samsudin
    Ramai!  Tapi kawan-kawan rapat yang ada dengan saya hari-hari memberikan banyak inspirasi kepada saya.  Tan Chin Chin,  seorang wanita OKU yang dah boleh beli rumah sendiri.  Dr.  Nor Malina,  seorang boss yang sangat teratur dan bekerja keras untuk PP Sains Kemasyarakatan,  students Soc Sc USM yang comes from many backgrounds,  kawan-kawan yang di office,  kawan-kawan di Facebook,  my 'adik-adik' dan 'kakak-kakak' yang melalui pelbagai halangan dan rintangan dalam tugasan mereka seharian sebagai separa wanita,  ramai lagi...nak tulis tak cukup!  Tak perlu amik artist Hollywood apatah lagi artis Melesia untuk dijadikan inspirasi.
    Bersama para student akak masa akak bawak they olls jalan-jalan seluruh Penang.  :)


  16. Selama 26 tahun hirup udara kat bumi ni.. di usia mana yang cik puan jumie paling tak nak tinggalkan umo tue.. maksudnye nak kekal umo begitu.. sebabnya ape? pastu rasanya target umur hidup uolsss akan lebih bermakna - Ajeet Shantek Meriah Sangat
    UMUR 24-25!!! Zaman Kak Janz!!! Zaman bebas tol u ollls.  I was slimmer!! I got great social life.  Takdak string attached.  I was really berani and outspoken.  Takdak sapa pun boleh put me down.   Ohhhh rindunya zaman tu.  Kalau boleh nak stay umur tu saja.  :) Bukanlah nak kata zaman dengan En.  Khafi ni tak best........this is another chapter of my life.  And this is different. 

  17. Hmmm... jika anda bukan sebagai staff di PPSK  atau jadi make up artis, apakah pekerjaan anda kini..? Adakah seorang pemain sepaktakraw wanita pasukan pulau pinang..? hah, jawab jumie, jawab...!~ Encik Ali
    HAHAHAHAHAHA!! Gila u ollls sepaktakro!!  Lontar peluru ja mak mampu okay.  Kalaulah i olls bukan staff PPSK atau make up artist.  Ermmmmsssspphh! Maybe I olls akan jadi penyanyi atau business woman dalam bidang masak-masak.  :)  Becuase dua benda tu yang i olls suka!

  18. Dear Jumie,  all this while, slalunya Jumie la yg put a laugh on your fren faces. kadang2 saya wonder jugak, apa Jumie buat waktu tengah down gila..waktue sedih, waktu risau...
    apa rahsianyer selalu ceria!!!  - Danny Harmizi

    Danny!! Kami kalau down kami nanti migrain.  Kami tak buleh makan,  tak buleh tidok,  tak buleh jawab fon,  tak buleh baca emel,  tak buleh men Facebook,  kami nanti nangeh ja.  Kami kena cakap dengan En.  Khafi atau Kak Baby.  Itu saja. 
    Dulu if ada masalah,  kami suka luahkan dan bagi semua orang tau kelemaha kami.  Sekarang ni i learn that,  benda itu bukanlah penyelesaian yang terbaik.  Kena selalu pikiak positive,  tak mau masok campur hal orang,  cuba untuk elak buat kesilapan yang sama dan yang paling penting kena ada sifaat qanaah.  Cewahhh...ustazah sat u olls.  Sapa sini orang pandai Arab sila betulkan ejaan kalau akak silap.  Qanaah ialah sikap bersederhana dan bersyukur dengan apa yang kita ada.  Kalau kita ada qanaah ni,  kawan kita kerani sama kita,  gaji lebih kurang tapi mampu pakai LV pun kita tak dengki khianat u olls.  Kita rasa bangga dan berminat nak tanya macam mana dia menyimpan duit pakai LV u olls.  Dan kita pun,  yang lebih selesa memakai beg vintage daripada Mama Regina Ibrahim sahaja pun dah rasa syukur dan happy yang taste kita pun meletops juga.  Itulah kunci kehappyan kami setakat ini rasanya......Sorry kalau terover nyah.

  19. Ape wish akak utk bufday kali ni ?? n ape present akak nak bagi kite menjelang 2 April nanti ??  (soalan over yekk .. huhhu) - Ogiey Sepupu En Khafi
    Birthday wish kali ini ialah nak mintak Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei menyedekah akak beberapa ribu untuk akak dan En.  Khafi dapat menyempurkan majlis kenduri kahwin serba ringkas di Penang dan Johor dengan penuh kesyukuran.  Pastu kalau nak bagi lebih sikit,  baguslah,  boleh buat down payment beli rumah sebijik dalam Penang!! Boleh rolling duit buat harta u olls.  Melampau tak akak punya wishhhh??? Hey Ogiey....if u reading this... En.  Khafi tanya ampa nak bagi adiah apa kat Abang Apis..ampa besde sama!
    Hasil mekap Kak Baby,  Kerawang Klasik.


  20. Apekah 10 perkara wajib yang mesti Kak Jumie buat seblom kak jumie mampuih - Arep Kamen
    Wow!! Akak tak pernah catit all these impian.  Sebab akak takut nanti kalau tak capai,  akak akan kecewa.  So maybe ada antaranya,  akak dah lupakan.  Sorry u olls.  Tapi takpa...akak cuba ingat sikit-sikit yang penting.
    1.  Menunaikan rukun Islam ke lima iaitu menunaikan Haji.
    2.  Bermain dengan salji kat mana-mana negara yang ada salji.
    3.  Nyanyi kat Istana Budaya.
    4.  Pi tengok Taj Mahal di Agra.
    5.  Jumpa Kak Senduk and lepak and belanja dia makan. 
    6.  Pergi Phuket dan lepak kat beaches di sana. DONE :)
    7.  Balik dan tinggal di Pulau Bawean,  Indonesia untuk seminggu atau dua minggu.
    8.  Tengok dan masuk mana-mana game WORLD CUP Final Game!
    9.  Pergi mana-mana Disney Land kat dunia ni!! 
    10.  Mempunyai sebijik LV tote bag yang original.

  21. Assalamualaikum, kak jumie, soalan saye.. ape die 5 bende yg boleh buat kak jumie menangis, kalau kak jumie nak letak 26 pun boleee... sekian, happy birthday in advance~Dayang Bulat
    1.  Tengok lakonan yang hebat dalam filem/drama atau apa-apa show yang betui betui menyentuh perasaan.
    2.  Tengok kucing atau apa-apa binatang kena langgak dan di dera.  SIYEEEE SAPA DUK DERA BINATANGG!!
    3.  Mata masuk habok dan sabun.  Kadang-kadang masok mascara pun boleh nangeh.  Gila punya pedih nak hariammmm!
    4.  Kalau gadoh dengan En.  Khafi...HAHAHAHAHHA.  Macam serrrrrrrrrrr.....touching plaks.
    5.  Tengok mak dan bapak akak menangis.

    Muka mandom....

  22. Kenapa hippokrit bila dimadukan. Kenapa menanggung derita? Sedangkan anda tahu suami anda tidak mampu dan anda terpaksa kerja seperti lembu? - Regina Ibrahim
    Senang saja soalan mama ini,  kebanyakan perempuan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.  They olls sentiasa takut yang tanpa laki mereka,  mereka akan terus mati dan takdak sapa pun yang mau kat depa lagi.  Disamping itu,  masyarakat kita pun sangat jahat.  If perempuan nak tuntut cerai dan sebagainya,  depa herdiklah kata perempuan ni derhaka kat suami dan sangat tak buleh bau syurga.  So,  perempuan terpaksa hidup dalam kehipokritan sebab dalam masa yang sama depa hidup dalam ketakutan.

  23. Pewwit! Happy birthday Jumieeee Sempena birthday ampa ni kami nak bagi adiah soalan kat ampa.   Kami nak tanya.  Dalam 26 soalans yang tersenarai kan.  Soalan mana yang ampa paling excited nak jawab? & pasepa ampa excited sunggoh nak jawab soalan tu? HEHEHE  - Wawan Azwani.com
    SOALAN INI!  Hehehe...daklah.  Soalan nombor DOPLOH.  Sebab kami sendiri tak pernah buat senarai ni.  Cam pernah buat.  Tapi dah lupa!
    Selain daripada memekap orang,  akak juga ialah ahli sumo wanita Melesia okay.  Tak caya tengok gambar ni.

  24. Pertama-tamanya zac nak wish HEPI BESDAY, kita kena bukak satu club tau iaitu KELAB APRILLIAN di mana Cik Jumie adalah Pengerusi kelab itu yer coz zac pun April gaks hehehe ok soalan zac di sini:  APAKAH RAHSIA CIK JUMIE YANG SANTIK INI MENGEKALKAN KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN DALAM HIDUP SELAIN DARI MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG ?  Skianzzz...-- Zac Zaini
    Noks.  Besde mak Mac lah u olls!  En.  Khafi baru April.  Okay,  pertama sekali terima kasih.  Akak mana cantek u olls (Dannn dannnnn ayat coverina simpoh malu cam duk tepi-tepi tangga rumah P Ramlee).  Tapi kalau u olls dah puji,  akak nak bagitau satu rahsia yang akak buat sejak umur akak umur 11 tahun.  Akak ikut petua Ogy Ahmad Daud masa tengok dia dalam TV3.  Dia kata,  masa mula-mula kita bangun tidok nak pi basuh muka.  Before kita nak mandi semayang dan sebagainya,  of coz kita nak basoh muka kan?  So setiap kali the first time akak nak basuh muka di waktu pagi,  akak tak pernah lupa berselawat sambil basuh muka u olls.  Kelessss............itulah rahsia akak.  Yang susuk musuk lain,  akak tak buleh ceritakan.  Itu janji akak masa nak tanam susuk dulu.  LARIIIIIIIIIIIIIIIII!
    Aksi menurunkan saka kepada anak ayam akak Azren Weasly.  Berani?


  25. Kenapa Kak Jumie punyai confidence diri yg tinggi? nasihat pd org yg low selfsesteem mcm saya ada? Feditlitous
    Noks,  apa yang awak nampak pada diri akak hanyalah satu ilusi u olls.  Akak pun ada hari-hari yang akak akan rasa lemah dan down sangat dan sangat tak confident.  Tak caya tanyalah En.  Khafi.  Akak akan rasa low confidence bila nak berdepan dengan orang yang lebih cantek dari akak.  So,  ini jarang-jarang berlaku lah sebab selalunya akak lebih cantek dari they olls.  MATILAH STETMENT!  Actually,  the main key untuk jadi pompuan yang mempunyai konfiden level yang tinggi ialah u olls harus mengenali diri u olls sendiri.  Tau apa kelemahan dan kelebihan.  And of coz, u ollls akan kekal confident!  Selain itu,  akak juga mengamalkan susuk confident.  HAHAHAHAHA (Chooii berdonsa).
    Walaupun berjerawat,  hang kena maintain konfident!

  26. Why me ?  Mohd Kamarulhafiz Omar
    Aiiyoooooo! Dia pun nak tanya soalan jugak.  Why you.......nanti hang bagitau dulu pasaipa hang pilih aku sebagai bakal isteri hang.  Then,  barulah aku akan bagitau WHY YOU!  Tak aciiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
    Me and En.  Khafi,  sometime ago. 

Sekian sahaja semua soalan yang akak pilih untuk dijawab sempena birthday akak ke 26 tahun ini.  Kepada soalan-soalan yang tak berjaya dipilih,  jangan kecik ati dan berasa cam nak blocked akak kat Facebook dah.  Actually ada antara soalan yang tak keluar kat sini akak akan buat artikel khas dan menjawabnya kelak.   So u olls semua kena stay tuned!! 

Akak harap penulisan akak akan terus menceriakan hidup u olls semua,  dan sedikit sebanyak kemeriahan belog ini dapat membantu kawan-kawan akak dalam mempromosikan business we olls di Penang yang fana ini.

Terima kasih sangat u olls semua sebab menceriakan hari besde akak ini. 

I love u olls,

Jumie Samsudin

26 Soalan Sempena Jumie Samsudin's 26th Birthday

Hello u olls semua,

Selasa depan iaitu 29th March 2011 adalah birthday i olls yang ke 26 tahun.  Oleh itu,  seperti biasa i olls akan membuka peluang kepada u olls untuk tanya apa-apa sahaja soalan kepada diri I olls dan I olls akan menjawabnya.

Kalau boleh nak 26 soalan!!

U olls boleh komen kat artikel ini,  Formspring,  Facebook wall or message juga isi borang kat bawah ni dengan tajuk - 26 Soalan Sempena Jumie Samsudin's 26th Birthday






Name:




Email Address:




Sila tuliskan persoalaan / luahan / komen anda di sini :











This HTML form was created by Freedback.



Sekian,  terima kasih semua.  Selamat bertanya.

Donate untuk Jepun

Hello ampa semua!  Rasanya masih tak terlambat untuk I olls post artikel ini dan harap u olls semua amik sedikit action untuk bantu mereka yang sedang dalam kesusahan dan kepayahan di Jepun sana.  Sudahkah anda semua mentengok semua gambar-gambar disaster di Jepun akibat daripada tsunami yang melanda negara mereka itu.  Akak cakap terus terang,  akak tak berapa tengok dan cuba elak untuk tengok sebab akak nanti terlampau emosi.  Nanti akak lagi serabot kepala.

Ada satu cerita menarik yang ingin akak kongsikan dengan u olls sebelum akak teruskan bercerita.  Pada Khamis,  10 Mac 2011 I olls dan parents pergilah memakan dinner bersama-sama.  Masa tengah makan tu,  Kak Edeh pun sibuk la bercerita topik-topik hangat perbualannya dengan cikgu-cikgu sekolah St Xavier itu.  Lantas dia pun berkata,  "Tadi ada cikgu tu bagitau dia baca dalam Internet depa ramal esok akan jadi satu malapetaka besar punya.  Tapi tak tau apa dia,  kat mana?  Hang cuba check dalam Internet tengok ada apa-apa tak?"  kata Kak Edeh dengan wajah siries.

I olls pun cuba mengGoogle menggunakan Kak Berry akak ini.  Akak search "Tomorrow's disaster prediction" tapi takdak apa-apa link yang convincing pun.  Lantas abang ipar akak pun menjawab dia kata dia ada baca somewhere 11 Mac 2011 akan jadi satu kejadian bencana alam yang maha dahsyat sebab kedudukan bulan dan bumi makin dekat akibat daripada tarikan graviti bumi yang makin kuat.  I olls mendengar dengan tekun.  Tapi tak tau nak komen apa-apa sebab I olls dengar banyak sangat perkataan KUAT yang digunakan.  I olls kan KUAT berangan...so jadi blur sat.

Pastu I olls pun post something dalam Facebook status berbunyi "Esok akan jadi malapetaka? Satu dunia gegar? Sapa tau pasai rumors ni. Mak I macam dok obses pasai benda ni."

Pastu tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....ramai gila yang komen kat I olls itu.  Tanya akak balik apa details tentang status akak itu.  Akak tanya depa,  depa tanya akak balik.  Dan seperti biasa,  golongan obses dengan ugama Islam pun menjelma dan mula mengeluarkan ayat-ayat yang suruh kita semua beringat bahawa kiamat akan mendekat. 

Tapi paling tak boleh diterima oleh akak ialah satu komen dari
Mohd Syahrizal Md Zain :  Awas! Yahudi memang pandai memperdayakan kita dengan sesuatu yg kononnya sains.. kiamat 2012 la... 2028 la... padahal depa sendiri tengah sibuk tanam pokok qorqad dan membina kem askar di tempat yang depa syak akan turunnya Imam Mahadi... takut jugak depa!

Aiiiyooooooooooo!! Memang over.  Tiba-tiba pulak masuk bab Yahudi Mahudi semua ni.  Akak terus mencaras beliau :
Wehs apa ni. Please la jangan over. If u are over obses with what ever u are strongly feels u are good at, take it from me. Keep it in your heart. Don't try to drag all us into this.  Aku cakap benda simple ja. Ni masok Yahudi teori and all. Jangan over!!!

Sebab itulah akak tak suka nak bercakap pasai soal ugama dalam Belog akak,  sebab akak tak suka bila orang dari golongan ini suka tekan kita semua dari benda simple sampai jadi salah gila babi.  Siriesly,  akak niat ak berkongsi buah fikiran saja dengan u olls kot-kot la ada malaun mana ka yang boleh bagi link pasai geografikal teori pasai mana-mana lokasi kat dunia ni yang dijangka akan kena bencana alam.  Kita dah pernah tengok apa yang terjadi kat Acheh 5 tahun lepas,  so of coz benda-benda macam ni kita jadi alert.  Tapi pasai pa pulak masok teori agenda YAHUDI tanam pokok kordi semua.  Serrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! 

Okay inaf bab-bab emosi ni semua.  Akak penat u olls.  So nak dijadikan cerita,  ketika akak tengah make up customer akak di Kubang Semang akak dapat called daripada seorang pompuan ni yang baca Twitter dan Facebook akak semalam.  "Noks!!!!!!!!!!! Wehsssssssssssssssss.....Jepun kena gempa bumi teruk munyiaaaaa.  Semua habis!! Lani depa duk berjaga-jaga nak kena tsunami.  Mak hang tau mana benda ni semua wehs?"

Akak yang tengah memake up customer menjadi kaget.  Camna akak nak explain benda ni.  Mak akak bukan Tuhan u olls.  Dia pun tak tau apa-apa. So akak malas nak layan sangat kawan akak lantas akak berkata "Noks...mulai hari ini.  Kalau hang nak jumpa mak aku,  bayaran akan dikenakan,"  FULLSTOP!

So masa akak on the way balik Penang atas jambatan tu,  akak pun ulang banyak kali doa lalu jambatan.  Ya Allah selamatkanlah akak.  Mana nak tau,  tengah duk drive tu.  Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa satu ombak besak mai kat akak.  Pastu malam tu akak pi tengok wayang dengan En.  Khafi kat Gurney.  Gigih lagi tu u olls.  Masa tengah tengok wayang,  tiba-tiba kerusi bergegar.  AKAK TERUS CAM TERBANGUN SIKIT. 

"Abang-abang!! Cuba rasa....bergegarrrrrrrrr!!"  Pastu En.  Khafi dengan muka kekwat berkata "Hang jangan serrr! Tu bunyi speaker wayang sebelah," nenjiaaa punya over sampai jadi paranoid teruih!

So akak pun terus mentengok wayang.

Esoknya,  alangkah sedihnya akak bila baca Twitter,  Facebook,  Internet,  TV semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pasai gambar dan video pasai apa yang berlaku di Jepun.  Ini ada sikit-sikit akak boh untuk u olls baca. 

Berjalan di tengah-tengah bencana.  Berbaju sejuk u olls.

Astaghfirullah hal azim.

Ini bukan kotak pensel banyak-banyak okay.  Ini KONTENA BERTERABOKKKKKKKKKKKKKKKKKKK



Bersama-sama ini akak nak share satu emel dari kawan akak ini.  Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ms. Melissa Ramlan kerana sudi memberikan emel melalui Facebook kepada I olls.  U olls baca lah sendiri.

Hi Jumie. Morning.

Do you mind doing a favour for a good cause? I feel that you can help alot because you have a lot of traffic on your blog. Can you help to to reach out to your readers by posting either of this URL to help to donate to Japan.
My mother and family lives there and it is very bad that so i thought of taking this opportunity for us bloggers to reach out to our readers asking to lend a helping hand. A little help goes a long way i believe.

Depa so far alhamdulillah okay sbb rumah depa jauh dari center of the quake tapi nuke spill problem tu belum selesai lagi. Yang tu paling takut sbb radiation etc kan. Hopefully takda apa apa. Tapi kat sana mmg teruk.

Donate RM3 http://www.groupsmore.com/cities/multiple/deals/malaysian-red-crescent

Donate RM10
http://milkadeal.com/deals/support-malaysian-red-cross-emergency-relief-fund-for-japan-and-make-a-difference

I tgk berita pagi tadi mayat, lumpur sbb tsunami buat tmpt jadi busuk :( Lepas tu skrg ni salji turun -5 celsius. Making it difficult for the rescuers nak jadi victims bawah timbunan etc. 3 musibah at one go, its just too sad but the Japanese mmg united and very calm abt all of this. I hope the chaos ends soon.
Let's pray for them. Insyaallah if Allah's willing it'll be over soon. Thank you babe for wanting to help out. God bless!

Hope you can consider. Thank you and have a good day.

Make the change you want to see in the world - Gandhi

Love,
Melissa Ramlan
So u olls,  akak pun membukak link-link yang Melissa bagi dalam mesej tu dan akak derma kat dua-dua website ni.  Satu derma RM3 satu lagi derma RM10.  U olls boleh pilih macam-macam cara pembayaran derma sama ada credit card atau online banking.  Akak tengok semua bank pun ada.  Akak guna Maybank2U.
Setakat RM13 hapa la sangat.  Hampa duk online shopping beli tudung beli kaftan sampai beratoih-ratoih,  takkan RM13 pun tak buleh.  U ols juga boleh buat benda yang sama.  Marilah kita membantu orang Jepun.  Esok-esok pulak,  depa akan tolong kita.

Click here  :  Help Japan by donating RM10 or more to the Emergency Disaster Relief Fund with the Malaysian Red Crescent Society

Click here  :  Donate RM3 to support The Red Cross’ Emergency Disaster Relief efforts in Japan and other affected areas. We will match your contribution + first 1,000 donations get a complimentary RM2 Groupon Token

Sekian,  I love u olls semua.

Memekap Isteri Cinta Pertama

Ampa dulu kecik-kecik first jatuh cinta umok berapa?  Masa tu kat mana? I olls dulu jatuh cinta first time masa darjah satu.  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........keles tak I olls?  Darjah satu dah pompom ya jatuh cinta.  Dengan anak pak lebai kampung Kebun Lama yang naik satu bas Pak Abu dengan I olls.  Nama dia Fadzli Mata Juling.


Kesahnya...nama dia Fadzli.  Ada yang panggil dia Fadzli Ustaz sebab anak arwah Ustaz Wahab.  Ada yang panggil dia Fadzli Mata Juling sebab lahiriahnya Fadzli mempunyai sepasang mata juling-juling itik.  Masa tu akak kecik lagi u olls.  Akak tak tau taste-taste ni semua.  Dia 3 tahun lebih tua dari akak.

Contoh gambar cincin.  Akak google je u olls.  Akak tak ingat sangat rupa bentuk cincin tu.

Masa akak sekolah tadika lagi,  Fadzli dah melamar akak nak jadi girlfriend.  Kesahnya....dia mai naik basikal dengan Iwan gemok sampai rumah nenek akak pastu dia pass cincin bentuk PLAYBOY BUNNY kat Cakcing,  iaitu adik akak yang masa tu baru 4 tahun.  Kesahnyaaaaaaaaaaaaaaaa.........tapi cincin tu hilang sebab bila main korek-korek pasiak buat kek.  Meriah u olls.

Kita kecik-kecik kalau bermain basikal or masak-masak gigih satu kampung kita akan ajak kan?  So we olls masa mula-mula jumpa akak rasa macam duk main basikal depan masjid masa tengah tunggu turn nak amik bubur lambuk di bulan puasa.  Masa tu la Fadzli duk ushar-ushar akak.  Kesahnyaaa.........................cam tu suasana kita masa kecik-kecik u olls.  Meriah sangat kan?  Sekarang mana ada u olls.  Baru bawak basikal sampai pagak rumah pun,  mak bapak dah kalut.

Pastu bila akak dah masok darjah 2 atau 3 akak tak ingat,  akak dah berani nak tulis kad hari raya kat Fadzli ni.  Akak pun gigihla beli kad hari raya.  Pastu akak pun tulis la ucapan bagai.  Pastu kat sampul surat akak tulis "Kepada Fadzli Mata Juling".  Aiiyoooooooooooooooooooo! Apabila kad itu telah selamat dipass oleh Siti Khatijah dan Ina Gemok kepada Fadzli,  maka naik hangin la Fadzli membaca nya.  Dia pun tunjuk kad tu kat mak dia.

Kesahnya...............esok mak dan makcik Fadzli mai rumah akak dan report kat Kak Edeh mak akak.  Depa pun carot la kata anak gadis Kak Edeh telah menulis kad hari raya kepada anak depa dengan ucapan "Kepada Fadzli Mata Juling".  Kalutlah suasana.  Tapi nasib baik Kak Edeh sangat diplomatik dan relaks jer u olls. 

Kah kah kah kah.  Akak rasa sejak itu kami pun BREAK...................................kah kah kah.  Kesahnya...........

Pastu dah lama-lama.  Masuklah ke alam sekolah menengah.  We olls selalulah duk terjumpa dalam kampung.  Fadzli selalu kacau-kacau akak bila akak ronda-ronda naik motor.  Pastu duk ikut akak masuk kedai tangga.  Pastu akak pun kertisssss la u olls.  Seronot jangan cakaplah.  Akak pun memberanikan diri membagi nombor telefon rumah akak kat dia.  Dia pun duk call akak.  Akak pun gigih dua puluh empat jam duk called rumah dia.  Aiiiyooo kalau ingat dulu-dulu malunya!

Rupa-rupanya cinta kami mendapat halangan Pak Manap.  Dia tak suka akak duk berkawan dengan Fadzli.  Satu hari ketika Fadzli dan budak-budak kampung lain duk main sepak takraw kat court dalam kampung dekat dengan rumah Jay,  bapak akak telah pergi memaki Fadzli.  Ada yang bagitau akak,  Fadzli kena sekeh dengan bapak akak.

Sejak itu kami pun putus hubungan u olls.  BREAK buat kali kedua katanya...............................................hahahahahahahaaha! 

Lawaknya kalau ingat dulu-dulu punya cinta.  Masa dulu akak admire kat ramai orang.  Sebab itulah akak gigih kuat berangan buat banyak cerpen dan novel pastu pass kat budak-budak asrama Senjojes.  So,  Fadzli antara inspirasi akak menulis novel u olls.  Antara novel yang paling meletops ialah "Nick Amira".  Cuba tanya Sirajun,  Zuraida,  Sobahmarlinda,  Aslinawati,  dan beberapa kakak senior yang lain.  Depa tau pasai novel akak itu. 

Setelah 11 tahun masa berlalu.  Tiba-tiba akak dapat emel ini dari Cakcing :

Jumie,

This details utk make up booking by red gincu :

Date : 1 Mei 2011
Majlis : Sanding
Nama : Fazlee Juling
Lokasi : Make up di free school
Time : akan diberitahu kelak
Price : RM250
Bayaran : akan di bank in

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AIIIIIIIIIIIIIIIIIIYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!  Akhirnya,  akak akan memekap isteri kepada cinta pertama akak.  Macam manalah perasaan dan kelakuan akak nanti?  Macam manalah perasaan akak kalau terjumpa dengan Fadzli Mata Juling nanti?  Kah kah kah.

Kalau akak cerita kat En. Khafi mesti dia gelak.  Sebab dialah yang simpan semua novel Nick Amira dan lain-lain.  Akak tak berani nak baca dah.  Dia baca dan hafal semua watak dan simpan kat rumah dia.  Siyooooooooooooooot En.  Khafi ni.

Sekian saja.  Jangan lupa untuk bukak blog Make Up by Jumie Samsudin.

Ini make up for Afiza from Guar Perahu.  Customer The House of Red Gincu.  Bukan isteri Fadzli Mata Juling la!!

ps/  Sapa nak baca Nick Amira?  Angkat tangan!! Dan...dan.....tukak topik.

Oh, Hari-hari Membizi telah Bermula

Hello u olls semua para pembaca,

I olls ingin mengucapkan ribuan terima kasih sebab u olls semua memberikan ucapan dan sokongan kepada me and En.  Khafi sempena majlis pertunangan we olls baru-baru ini.  Oh yes!!  Hari-hari membizi telah bermula.  I have so much to tell tapi I olls akan cuba share sikit-sikit about our wedding preparation nanti.  Sebab semenaknya tak banyak yang nak disharekan.  Cuma nanti dah siap....ampa tengok la sendiri.  And like i olls promised u olls semua akan dijemput.

Resepsi nikah,  malam berinai,  bersanding dan majlis kenduri bertandang bakal menjelma dalam 6 bulan saja lagi. Fuiyooooooooooooooooooooooooooooooo macam-macam nak kena pikiak wehs.  List gila panjang.  Bila tengok saja i olls akan jadi migrain selama 5 saat.  Lepas tu I olls akan called Razzi Musa dan we olls akan gelak-gelak pastu akak tak migren dah.


Nak dijadikan cerita jugak baru-baru ini Dorrie telah dilanggar pungkurnya oleh sebuah BACK HOE LOADER.  Memang siyalllllllllllan betullah.  It happened dua hari lepas I olls bertunang.  Kesahnya,  I olls dalam jam-jam nak mai kerja.  Lalu kat Green Lane then ada satu jentera ni baguih punya duk mai dekat kot belakang.  Dok honk tak berenti.  Aiiiyooooo!  Memang aku duk spirit dah.  I olls tau deni silap hari bulan akan mengliwat pungkur Dorrie.  And yes!  Dalam duk kata tu PANGGGGGGGG,  my lovely sayang Dorrie dilanggar di bahagian pungkur.  After police report and bla bla bla,  now Dorrie ada dalam workshop.  Katanya sampai 3 minggu they olls nak siapkan kereta I olls itu.  Astaghfirullah punyalah lama macam tak lojik saja.  Tapi I olls dan En.  Khafi akan cuba mengkejan they olls supaya lebih cepat.


So now,  i olls pakai kereta Abang Manap sebentar sampailah okay.
I olls rasa itu sahaja untuk hari ini.  I olls akan cuba menjadi bakal pengantin yang pro aktif.  Tak mau sebab kawen sahaja semuanya pun nak tersentot.  U olls janganla kekwat!! Emel la I olls bagi idea!!  Tanya soalan ka...lama tak dapat soalan-soalan OPRAH ni. 

Sekian sahaja dulu.  I love u olls my readers. 

PS/  En.  Khafi cadangkan I olls tukar nama dari Kak Merr kepada Kak Nang sebab dah mentunang.  Cam serrrr kan?  Takmau takmau.



Love
Jumie Samsudin

Kami Selamat Mentunang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada u olls yang tak ada Facebook saya,  mesti u olls tak tau yang I olls dan En.  Khafi dah selamat MENTUNANG.  Alhamdulillah,  majlis yang sangat ringkas dan simple itu telahpun selesai diadakan pada Ahad,  13 Mac 2011 di rumah saya di Kampung Baharu,  Pulau Pinang.


Oleh itu seperti dijanjikan,  marilah saya ceritakan tentang majlis mentunang kami ini.

Tema :
Actually takdak tema pun u olls!  Cam orang dulu-dulu make up.  Takdak tema,  takdak pelamin,  takdak baju sewa kat kedai.  Its was really simple.  Siriesly,  sebab we olls save bajet nyah.  Tapi I dan En.  Khafi pakai colour cream. Tapi kesimplisiti yang I olls tampilkan telah membuatkan semua orang puji dan kata nampak kelesss sangat.  Happy sangat u olls orang puji mak tak berenti.


Makanan :
Makanan adalah yang paling penting sekali.  Mak dan kakak-kakak I dan abang angkat I bertungkus lumus dari pagi untuk memasak lauk pauk yang serba simple ini.  Nasik putih,  kari ikan masin,  kuah celok dengan kolentang (favorite orang Bawean),  ikan cencaru goreng dengan sambal,  sambal petai udang,  laksa Penang,  ayak sirap dan kueh mueh. 

Kueh mueh adalah sumbangan daripada Kak Ina Samna,  Nizzy,  Jieja Ibrahim & Nadea Hanim,  Zafeerah Yusak,  Dinie Alias dan beberapa nama lagi kalau I olls terlupa mintak maaf u olls semua.  Terima kasih sebab sudi tolong kami dan keluarga.  Walaupun u olls tak dapat join tapi bagi rezeki makan kat orang yang mai hanya Tuhan yang dapat membalasnya. 

Make Up :
Make up of cozzzzzzzzzz from my mak ayam,  Zarina Abdul Rahman from Kerawang Klasik Bridal.  Walaupun penat tak cukup rehat sebab a day before beliau menguruskan satu wedding bangsawan di Tabung Haji,  tapi beliau tetap gagah memake up wajah akak ini.  Terima kasih Kak Baby.  I love u.  Ramai yang puji i olls nampak flolessssssssssssssssssssssssssssss.




For tempahan make up tunang,  nikah,  sanding or dinner event,  please contact :Zarina Abdul Rahman
Facebook : Baby Zarina's Touch
No Tel  :  +6012-5542658 / +6017-4830445
Website  :  http://kerawangklasik.blogspot.com/

Baju Tunang :
Ramai yang puji baju yang I olls pakai for majlis mentunang ini.  Terima kasih.  Tapi hakikatnya kalau u olls perasan baju ini adalah baju raya tahun 2009 yang telah akak pakai beberapa kali dalam occasion para bangsawan.  Boleh bukak FB previously,  ada banyak pictures akak pakai baju ni.  Kain ini adalah renda separa getah daripada Kamdar yang sangat stretcable.  Hanya En.  Khafi yang berpeluang mengenakan kemeja baru. 
Sorry nyah! Mak tak sempat sarung Manolo Blahnik.  Croc pun jadi kan! Janji letus!

Hantaran :
We olls takder la terikat sangat dengan adat resam dalam menyediakan barang hantaran.  Memang janji akak buat 7 dulang,  mak En.  Khafi bagi akak 5 dulang.  Tapi alhamdulillah,  ada ramai adik beradik dan kawan-kawan yang datang membagi macam-macam hantaran at last minute.  Semua we olls bagi. 

As you know,  orang Penang kalau bertunang tak bagi serba satu lagi.  Just benda makanan manis-manis seperti kek,  halwa,  gula-gula dan macam-macam lagi yang ada.  Inilah hantaran-hantaran dari pihak I olls dan pihak En.  Khafi dan cerita disebaliknya.

Kek Cokelat yang indah permai ini adalah pemberian daripada Mahathir Mustapha,  abang kepada Haleesa Mustapha.  Tiap tiap tahun memang Jay akan buat kek masa hari raya dan akan pastikan separuh daripada kek itu disimpan untuk dimakan oleh Jumie Samsudin.  Kalau tidak,  tak lengkaplah hari raya akak.  So,  kalau nak tau cerita tak senonoh yang berlaku tentang kek ini ialah kakak-kakak i telah mengkidnap kek ini dan tidak membagi kepada rombongan keluarga En.  Khafi.  Sebab nampak terlalu lazat.  So depa simpan dalam bilik.  Malam tu baru bok kuar untuk dipotong.  Mintak maaf ya Mak Juma...

Bakul roti daripada Nizman Shah.

Cokelat homemade gabungan daripada tiga sahabat.  Dzurina Azura,  Azura Jaapar dan Siti Nur Faezah Ahmad.  Okay,  kepada u olls yang nak tempah cokelat homemade yang sedap ini (SEBAB AKAK DAH CURI CURI MAKAN MASA HARI YANG DAPAT COKELAT INI SEBANYAK 6 BIJIK)  sila hubungi Dzurina Azura di talian +6017-4224681 atau emel beliau dwina_amira2@yahoo.com.  Untuk pengetahuan u olls,  beliau ambil tempahan buat hantaran juga. 

Hantaran buah dari Nurul Ain Ismail.  Thanks pendek.  Nanti hang kena nyanyi kat aku.






Kelima-lima hantaran yang kat atas ini adalah dari kawan akak di USM ni memang beliau dan kakaknya adalah sangat minat membuat hantaran ala-ala Melayu. Yes, mereka ialah Prince Selva dan kakaknya. They olls memang banyak terima tempahan buat hantaran untuk majlis perkahwinan orang India dan they olls selalu akan buat style Melayu punya. Sebab tu they olls popular dalam kalangan orang India yang nak kelainan pada hantaran they olls. Memang hantaran Prince Selva menjadi ingatan dan sebutan semua yang datang majlis I. Thanks Abang Sell, untuk u olls yang berminat sila hubungi Selva di talian +6012-4852120.

Cupcakes ini adalah sponsor dari Melissa Ramlan,  pembaca belog akak yang tegar.  :) Thanks u olls.  Beliau menempah cupcakes ini daripada Husna.  Kalau u olls nak tempah cupcakes from Husna boleh visit her page di sini :  http://husnascupcakes.blogspot.com/  atau call/ SMS beliau di +6019-5110430.  Oh ya.......sedap sangat.  Not only cantek ya.

Nenjiaaaaaaaaaaaaaaa! Inilah hantaran paling jauh sekali.  Diimport khas dari KL pemberian kak Nazura Halim.  Kepada u olls yang teringin nak tempah macaroon yang warna warni meriah ini silalah visit page www.madaboutcakes.com atau hubungi beliau di emel :  bakenmore@gmail.com

Cake ni tak tau dari sapa!! Tiba-tiba ja ada dalam gambar ni.  Akak rasa Nizman Shah bagi kut!   Terima kasih ya.  Katanya ini favorite family En.  Khafi.  Tak dipotong langsung.  Nak bawak balik KL dulu.
Halwa bentuk bunga rose yang meletops ini ialah dari Rizaasyikin,  my latest pengantin yang akak make up sehari before tunang.  Thanks u olls.  Tak sabak la nak nikah cepat...nak menunjuk kat hang pulaks.  Thanks tau mak ayam.

Inilah satu-satunya hantaran yang akak buat.  Sirih junjung.  :)  Untuk tempahan,  sila hubungi Surianie Samsudin dari The House of Red Gincu call +6019-543 4377.

I am so sorry lupa nak ingatkan kat Rahman dan Baim suruh depa shot satu satu gambar hantaran mak mentua i bagi kat i.  Katanya Kak Juma gigih ya membuat hantaran untuk anak menantu nya ini :)  Kak Juma siapkan 6 hantaran,  sirih junjung,  sepasang kain untuk akak,  buah-buahan,  cake cokelat (Kak Juma baked sendiri tau!),  sweets dan juga baulu ikan emas.  Terima kasih mak.  :) Lepas ni kita buat hantaran kawen pulak.  :)
HAMPA BAGI HANTARAN KAT AKAK HADIAH BANYAK-BANYAK....EN.  KHAFI NI LA UNTUNG!

Cincin Pertunangan :

Seperti u olls tau,  I olls pernah membuat review pasai cincin pertunang Kate Middleton and Prince William.  Kenapakah?  Sebab nak tunjuk kat En.  Khafi lah i olls nak cincin cam ni.  We olls carik punya carik.  Ada satu insidenz yang paling we olls tak boleh lupakan dalam misi mencari cincin Diana Ring ini. 


We olls pergi ke satu tukang emas dan batu permata di kat Komtar.  Dia memang traders batu permata yang original.  So bila akak bagitau akak nak cincin cam Puteri Diana,  dia pun semangat gila.  Apek ni pun bagi la akak terai satu cincin macam Puteri Diana ni.  Tapi diikat dengan emas putih.  Batunya sangat cantek,  sebiru-biru batu sapphire yang sangat meletops.  Akak pun menerainya dengan mata yang berpinar-pinar,  lantas En.  Khafi bertanya "Yang ini berapa?  U boleh kira ka?"

Pastu apek itu pun mengambil kalkulatornya dan mentet-tet seberapa ketika.  Pastu dia tunjuk skrin kalkulator itu ke arah we olls dan berkata "Fifti et tauzen,".  58k!!!! Tiba-tiba terus I olls dan En.  Khafi terasa seperti tertelan seekor dhob.  We olls pun meninggalkan apek itu.

Then dapatlah jumpa satu kedai emas Cina kat Georgetown ni yang buleh dengan harga yang sangat berpatutan.  So we olls pun setuju ambil dengan beliau.  Alhamdulillah,  ramai yang puji cincin I olls ini cantek. So happy u olls.  Katanya,  kalau u olls nak tempah cam ni sekarang kat Habib pun dah ada.  Lebih murah dari harga akak. 

Photography :

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Rahman Aziz dan Ibrahim Isa yang menjadi jurufoto untuk majlis kami ini.  We olls amik dua orang ini sebab we olls tau they olls can deliver like kami mau,  shot depa more kepada moments and bukan posing semata-mata-mata dan yang paling penting rapport and chemistry antara we olls dan dua photographer ini adalah sangat baik.  So tak segan silu nak berposing ke happer.  Dan yang paling penting katanya dua photographer ini ingin mendaftar sebagai anak ayam akak ya.  Kelessssss!

Anyway u guys adalah sangat meletops! Thank you so much sebab dapat deliver hasil yang i olls nak. Kepada u olls yang nak menempah they olls, inilah butirannya :

Rahman Aziz
Facebook  :  facebook.com/mankering
No Tel  :+6017-4135953
Emel :  ieman_ray@yahoo.co.uk

Ibrahim Isa
Facebook :  facebook.com/dhiabaim  
No Tel  :  +6012-5868620
Emel  :  dhiabaim@gmail.com

Tragedi :
Kita hanya mampu merancang,  Allah yang menentukan segala-galanya.  Nak dijadikan cerita,  abah En.  Khafi telah jatuh gering apabila setibanya beliau di Pulau Pinang ini.  Demam yang melanda menyebabkan beliau tidak hadir ketika majlis merisik dan mentunang akak ini.  Hanya iringan doa dalam SMS yang membuatkan En.  Khafi dan family lain datang untuk bertemu keluarga kami.  Malamnya baru lah akak berkesempatan ke hotel untuk bertemu dengan abah En. Khafi buat kali pertama. Di sebabkan oleh itulah me and En.  Khafi membatalkan program menangkap gambar 'per wedding' sebab takkan la we olls over nak berposing di saat-saat ayah En.  Khafi tak berapa sihat.  Takpalah noks! Simpan all the poses for September cukup.

Rombongan pihak lelaki yang baru meniba.


Bunga tangan yang tak sempat digayakan.  Kesahnya photography session untuk pre wedding shot telah dibatalkan.  Tapi if u berminat nak tempah bunga tangan cam ni sila hubungi  Zarina Abdul Rahman from Kerawang Klasik Bridal. 


Kawan-kawan dan Family :
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak i yang tersayang yang sudi meluangkan masa untuk memeriahkan majlis i olls ini.  Sesungguhnya kehadiran u olls semua amat menyerikan majlis saya pada hari tersebut.  U olls teman i dari awal sampai last.....i am so happy.
Jejaka baju biru yang menjadi topik panas di hari pertunangan akak.  Steady AMAR!!

Akak dan anak-anak akak memberikan pose meletops!



To the only Georgian yang sempat mengemai,  Haleesa Mustapha thank you hang tolong aku hantar bunga,  susun hantaran dan teman aku.  Nampaknya hang dah start prektis jadi pengapit aku dah masa sarong cincin.  Meletops!  Tapi siot ja bunga hidup dikepala tetap maintain trademark! Peringatan aku,  masa aku sanding nanti jangan over melawa dari aku okay!  Kepada Georgian lain,  sorry sebab tak jemput semua untuk mai sebab i olls buat majlis kecik-kecik saja.  Nanti masa kenduri kawen haruslah i olls akan bagitau awal-awal dan u olls semua datanglah beramai-ramai dengan baju warna sama :)

To my only DSK POLISAS friend yang datang,  Piejah Noor Peah,  terima kasih kerana sudi meredah lautan dan ombak demi datang ke Pulau Pinang ini.  Hang memang saja nak pancing agar aku sponsor make up hang nanti kan?  Hehehe.  Gurau saja.  Babe! Thanks sudi tolong aku buat hantaran dan teman aku dari pagi and malam. 



To all my adik beradik,  terima kasih sudi mai dan tolong kami masak semua since morning.  Tak buleh tulis banyak-banyak to describe perasaan terhutang budi ini. TOUCHING u olls.  Kepada sepupu akak from KL dan Ipoh yang baca artikel ini, kami menanti kedatang u olls semua September ini.  Kita berhari raya di Penang ok.

Abang Coco a.k.a Nana,  Kak Ita dan Julie Samsudin.

Me and kakak ipar ku,  Norfariza Omar kakak kepada En.  Khafi.  Kawan sekelas dengan Fifi,  DSK A POLISAS dan satu kelas diploma dengan Suzaini a.k.a FB Sue Fadli (budak asrama Senjojes).  :)  Keciknya dunia. 

More Pictures :Sila click link di bawah ini dan tengoklah pictures kami banyak-banyak sampai keluar darah kat tepi mata.


See u again pada Sabtu,  3 September 2011 di Puspahome,  PFS Penang.  Jemputan akan menyusul untuk semua pembaca belog Jumie Samsudin.

Sila bukak laman weblog rasmi ini untuk keterangan lanjut  :  http://jumiedankhafi.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...