29.3.11

26 Jawapan Sempena Jumie Samsudin's 26th Birthday

Hello u olls!  Its my birthday today. 

Syukur alhamdulillah,  walaupun gemok,  lebih berat badan sampai nak beli insurance pun nak kena pi undergop medical check up,  tapi yang penting i olls sihat walafiat dan I olls masih gigih mengerah tulang empat kerat I olls ini dalam mencari rezeki.  Tidak menyusahkan sesiapa sesiapa.  Terima kasih Ya Allah. 

Cepat masanya dah berlalu,  akhirnya akak dah 26 tahun.  Pelbagai dugaan suka duka yang akak lalui bersama u olls semua sepanjang penulisan di ranjau Belog Jumie Samsudin ini.  Dalam masa terdekat ini,  insya allah akak dalam usaha menukar laman blog akak kepada Jumiesamsudin.com.  Meletops u olls! 

Sorry akak terbeletiak,  dah lama akak tak memberi ucapan panjang sejak menang Miss Venezuela 2003 dulu.  So sorry okay.  Akak nak rakamkan jutaan terima kasih kepada u olls semua yang memberikan semua soalan-soalan ini kepada akak.  Akak kumpul-kumpul adalah dalam 30 lebih soalan.  Tapi akak hanya pilih 26 soalan yang akak nak jawab.  Pasai wedding,  pasai make up,  pasai general questions dan ada juga pasai berat badan akak! CHOIIIII!! Tak sabak nya nak carottt.

Tapi akak just pilih the best 26 soalan.  :)  Hope u olls semua take a seat back,  relaks dan digest semua jawapan akak-akak ini. 

Kita lihat soalan siapa yang bertuah!
  1. Kalau anak ampa gayboy / ponen macam mana ampa nak menangani isu itu?  Choii mintak simpang.  - Hassan Abu Bakar
    Bangsan,  i dont want to play God.  I olls tak tau la macam mana perasaan i olls nanti.  Tapi I olls rasa yang pastinya rasa sayang dan kasih i olls sebagai seorang ibu tak akan luntur.  Cuma sebagai antara mak ayam tersohor di Pulau Mutiara ini haruslah akak akan memperturunkan ilmu-ilmu alam yang penting kepada anak ku kalau betul inilah pilihan hidupnya. 

    Tiga benda yang paling penting yang i olls akan pesan kat dia. 

    Yang pertama,  dia kena tau dia tu agama apa.  Dia kena sentiasa yakin semua dugaan Allah bagi kat dia ni. 

    Secondly,  JANGAN BUAT SEX BEBAS DAN UNPROTECTIVE SEX YANG MEMBAHAYAKAN DIRI BELIAU. 

    Akhir sekali dia kena ingat,  sejauh mana pun jantan tu janji kata dialah satu-satunya cinta dalam hidupnya,  dia kena ingat satu hari jantan tu akan pi carik POEN jugak.  Sekian,  simpang malaikat Bangsan.

    Teka yang dalam gamak ni budak pompuan ka budak laki?  HAHAHAHA Sorry Scha KENTOT.

  2. Bila anda kahwin nanti? Kembaq berapa mau dpt?? or kembaq siammm - Pejai Majumia
    WOWWWWWW!  Kalau boleh dapat baby yang sihat pun syukurlah.  Kalau dapat kembak pompuan,  saya nak boh nama Asmak Aishah :) Sempena nama kawan baik i olls. 
    Mana Asmak?  Mana Aishah?

  3. Apakah warna tema hari bersejarah jumie bila bergelar raja sehari nnt? Semua tetamu kena pakai ikut tema x?  TQ - Lurve Purple
    Tema I olls ialah "Tema Jumie Samsudin dan En.  Khafi"  Very simple jer u olls.  Dekorasi yang simple tapi I olls cuba membawa kelainan.  Hope menjadi ikutan semua selepas ini.  Kita nantikan karya Kerawang Klasik dan The House of Red Gincu akan tampilkan nanti.

    Bersama kawan-kawan akak iaitu Aishah (membonto) and Nonie Suliaman (the kurus).

  4. I warna-warna neon adalah 'in colours' untuk tahun ini, fenomena ini boleh dilihat di pentas peragaan, namun lebih dominasi kepada kaum adam. Adakah Jumie berani bermain warna-warna ini untuk warna tema majlis perkahwinan Jumie, atau sekurang-kurangnya untuk majlis cukur jambul anak Jumie? - En. Azhari
    Warna NEON adalah sangat in tahun ini.  Yes! Tapi seharusnya,  untuk majlis perkahwinan kita jangan kita terlalu nak ikut trend u olls.  Majlis kahwin kita ialah majlis kahwin kita,  bukan pentas runway models. 

    Tapi u ollls jangan kecewa,  walaupun tidak berneon sana sini  Tapi busana-busana wedding akak akan meriah ya dengan pelbagai warna.  Insya Allah.  Kelessssssssssssss!  Thanks to all my sponsors!! Surianie CakcingKak BabyChannel Harun and of coz Hassan Abu Bakar.

  5. Saper chu olls nk sgt dtg ke majlis perkawenan anda selain kaum keluarga - Ezzani
    KAK SENDUK,  penulis blog http://meriahuoll.blogspot.com/ !!! Please please Pojiepooh...please bawak Kak Senduk mai kenduri i olls.

  6. Jumie nak bukak butik mekap yg hot tak suatu hari nanti.  Atau kekal macam skang ni.  -  Nor Hasni Noordin
    Actually u olls,  make up bukanlah sesuatu yang i olls nak buat sampai tua.  Kalau ada rezeki dan dana daripada sesiapa yang sudi sponsor,  I olls nak sambung belajar dalam bidang penulisan.  I olls nak mendalami ilmu dalam bidang penulisan kreatif.  Writing is something that i can and love doing it sampai i olls tua.

  7. Agak2nya..bila dpt make up permaisuri agung? - Azimah Aziz
    Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......................ampa nak tolong ka rekemen kami kat Seri Paduka Baginda  Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ka?

  8. Berapa byk pelangan hang x bayaq lagi Jumiee oi?  Dan berapa ramai manusia ang maki taun ni?haha - Affie Zara
    Alhamdulillah,  pelanggan i olls semua THE BEST la! Semua bayak deposit and balance payment on time.  Kalau tak cepat,  haruslah depa boleh book akak kan?  Jumlah orang yang telah dimaki oleh akak tahun ini berkurangan daripada tahun lepas sebab akak malas nak carik publisiti murahan lagi.  Those were the days u olls!  Tapi u olls nak jadi mangsa carotan dan makian seterusnya??

  9. Jumie, maaf andai soklan ni menguris or rasa aishah ni kepo...tp aishah juga kenalan Suraini.Maaf beribu2 kali maaf andai terlalu sensitif.Kami tk mau tau masalah apa tp cuma nak tau 1 soklan ja.Tk pa hampa bleh jawab kat sini ja.  Soklannya : Adakah hampa sayang adik hampa iaitu Suraini Samsudin?  Dari Insan prihatin dan syg hampa berdua- Siti Aishah
    Aishah,  senang sangat soalan ini.  Mestilah saya sangat sayang dengan adik saya.  :)

    Me and Cakcing bersama seorang pengantin The House of Red Gincu yang kini diterajui secara solo oleh Cakcing.  Ramai yang tanya akak kenapa now akak dah takdak dalam The House of Red Gincu.  Akak tak pernah buat public statement pun kata akak keluar or apa-apa.  Sebab we olls taknak customer confused.  Yes,  now Cakcing dah boleh buat solo dan dia ada sepenuh-penuh kuasa untuk membuat keputusan.  And she's doing good.  I am BANGGA of her!!


  10. Sepanjang 26 tahun menjadi anak kpd Obek Manap n Obek Edeh, pernah tak hg buat something smp Obek Edeh/ Obek Manap menitiskan air mata? Jika pernah apakah perkara itu dan jelaskan bagaimana ia berlaku.  - Nurul Syazwani Subhan
    Nak menangeh aku baca soalan ini!!!!!!!!! Banyak kali wehssssssssssss takmau hingat..............AKU ANAK DERHAKA!!!!!!!!!! Tak mau ingat wehs..........tak mau!!!! Sorry taugeh tak buleh jawab!

  11. Sudah berapa berat badan kak jumi bertmabah dari umur 25 tahun ke 26 -
    Rosnizawati Binti Mohamad

    Wehssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!  Malaihnya nak jawab soalan ini.  Memanglah naik.  Tapi macam mana naik pun.  Yang penting i olls sihat dan I olls adalah 10 lebih hot dari Kak Tina yang juga lebih berat badan.  Sekian! Confirmmmmmmmmmmmmm akak lebih HOTZZZZZ!
    "Hai Kak Tina,  if u are reading this.  Ive seen your gambar kahwin u olls and suami u olls  Tahniah u olls!"

  12. Kak janz!! sebelum tu,tahniah dan selamat menempuhi alam pertunangan! Aina nk tanya, bila pertama kali jumpa orang,(orang yang xpenah jumpa) apa benda pertama yang akak tengok padanya? - Aina Hashim
    Akak selalu tengok muka dia....dia senyum ke tak?  Kalau dia senyum maknanya dia ni baik dan peramah.  Kalau muka cam kekwat jaaa!! Sangat memberikan impak tak baik kepada first impression akak.  Akak sangat percaya kat first impression akak kepada seseorang itu.  Kalau first time tengok dia rasa cam "Babilah deni duk buat baguih apa! Mesti deni tak boleh pakai nya pompuan!"  sah sah.  Selalunya dalam masa sebulan akak boleh dapat bukti pompuan tu memang babi.
    Muka dalam pasiak.

  13. P Jinn Lau - Adakah ke-vogue-an jumie akan berubah (terkurang ke) selepas bergelar isteri?
    MAINTAIN KAK PJ MAINTAINNNNNNNNNNN!  Mungkin lebih VOUGE!


  14. Soalan akak : Wut do you think u will be in 20 years? Over tak? kalo tak dpt imagine dlm masa 20 thn, 10 thn pun hoccay! hiks... ;) - Netaff Soraya 
    Lagi sepuluh tahun - Ada rumah sendiri,  ada sorang anak atau dua atau 6 orang.  HAHAHAH.    Dan terus menulis untuk semua pembaca Belog Jumie Samsudin.  Tak makin gemok tak makin kurus!  HAHAHAHAH Tapi maintain melepss ya!
    Menuju puncak u olls.


  15. Siapa orang yang menjadi inspirasi akak sampai sekarang? - Rudza Samsudin
    Ramai!  Tapi kawan-kawan rapat yang ada dengan saya hari-hari memberikan banyak inspirasi kepada saya.  Tan Chin Chin,  seorang wanita OKU yang dah boleh beli rumah sendiri.  Dr.  Nor Malina,  seorang boss yang sangat teratur dan bekerja keras untuk PP Sains Kemasyarakatan,  students Soc Sc USM yang comes from many backgrounds,  kawan-kawan yang di office,  kawan-kawan di Facebook,  my 'adik-adik' dan 'kakak-kakak' yang melalui pelbagai halangan dan rintangan dalam tugasan mereka seharian sebagai separa wanita,  ramai lagi...nak tulis tak cukup!  Tak perlu amik artist Hollywood apatah lagi artis Melesia untuk dijadikan inspirasi.
    Bersama para student akak masa akak bawak they olls jalan-jalan seluruh Penang.  :)


  16. Selama 26 tahun hirup udara kat bumi ni.. di usia mana yang cik puan jumie paling tak nak tinggalkan umo tue.. maksudnye nak kekal umo begitu.. sebabnya ape? pastu rasanya target umur hidup uolsss akan lebih bermakna - Ajeet Shantek Meriah Sangat
    UMUR 24-25!!! Zaman Kak Janz!!! Zaman bebas tol u ollls.  I was slimmer!! I got great social life.  Takdak string attached.  I was really berani and outspoken.  Takdak sapa pun boleh put me down.   Ohhhh rindunya zaman tu.  Kalau boleh nak stay umur tu saja.  :) Bukanlah nak kata zaman dengan En.  Khafi ni tak best........this is another chapter of my life.  And this is different. 

  17. Hmmm... jika anda bukan sebagai staff di PPSK  atau jadi make up artis, apakah pekerjaan anda kini..? Adakah seorang pemain sepaktakraw wanita pasukan pulau pinang..? hah, jawab jumie, jawab...!~ Encik Ali
    HAHAHAHAHAHA!! Gila u ollls sepaktakro!!  Lontar peluru ja mak mampu okay.  Kalaulah i olls bukan staff PPSK atau make up artist.  Ermmmmsssspphh! Maybe I olls akan jadi penyanyi atau business woman dalam bidang masak-masak.  :)  Becuase dua benda tu yang i olls suka!

  18. Dear Jumie,  all this while, slalunya Jumie la yg put a laugh on your fren faces. kadang2 saya wonder jugak, apa Jumie buat waktu tengah down gila..waktue sedih, waktu risau...
    apa rahsianyer selalu ceria!!!  - Danny Harmizi

    Danny!! Kami kalau down kami nanti migrain.  Kami tak buleh makan,  tak buleh tidok,  tak buleh jawab fon,  tak buleh baca emel,  tak buleh men Facebook,  kami nanti nangeh ja.  Kami kena cakap dengan En.  Khafi atau Kak Baby.  Itu saja. 
    Dulu if ada masalah,  kami suka luahkan dan bagi semua orang tau kelemaha kami.  Sekarang ni i learn that,  benda itu bukanlah penyelesaian yang terbaik.  Kena selalu pikiak positive,  tak mau masok campur hal orang,  cuba untuk elak buat kesilapan yang sama dan yang paling penting kena ada sifaat qanaah.  Cewahhh...ustazah sat u olls.  Sapa sini orang pandai Arab sila betulkan ejaan kalau akak silap.  Qanaah ialah sikap bersederhana dan bersyukur dengan apa yang kita ada.  Kalau kita ada qanaah ni,  kawan kita kerani sama kita,  gaji lebih kurang tapi mampu pakai LV pun kita tak dengki khianat u olls.  Kita rasa bangga dan berminat nak tanya macam mana dia menyimpan duit pakai LV u olls.  Dan kita pun,  yang lebih selesa memakai beg vintage daripada Mama Regina Ibrahim sahaja pun dah rasa syukur dan happy yang taste kita pun meletops juga.  Itulah kunci kehappyan kami setakat ini rasanya......Sorry kalau terover nyah.

  19. Ape wish akak utk bufday kali ni ?? n ape present akak nak bagi kite menjelang 2 April nanti ??  (soalan over yekk .. huhhu) - Ogiey Sepupu En Khafi
    Birthday wish kali ini ialah nak mintak Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei menyedekah akak beberapa ribu untuk akak dan En.  Khafi dapat menyempurkan majlis kenduri kahwin serba ringkas di Penang dan Johor dengan penuh kesyukuran.  Pastu kalau nak bagi lebih sikit,  baguslah,  boleh buat down payment beli rumah sebijik dalam Penang!! Boleh rolling duit buat harta u olls.  Melampau tak akak punya wishhhh??? Hey Ogiey....if u reading this... En.  Khafi tanya ampa nak bagi adiah apa kat Abang Apis..ampa besde sama!
    Hasil mekap Kak Baby,  Kerawang Klasik.


  20. Apekah 10 perkara wajib yang mesti Kak Jumie buat seblom kak jumie mampuih - Arep Kamen
    Wow!! Akak tak pernah catit all these impian.  Sebab akak takut nanti kalau tak capai,  akak akan kecewa.  So maybe ada antaranya,  akak dah lupakan.  Sorry u olls.  Tapi takpa...akak cuba ingat sikit-sikit yang penting.
    1.  Menunaikan rukun Islam ke lima iaitu menunaikan Haji.
    2.  Bermain dengan salji kat mana-mana negara yang ada salji.
    3.  Nyanyi kat Istana Budaya.
    4.  Pi tengok Taj Mahal di Agra.
    5.  Jumpa Kak Senduk and lepak and belanja dia makan. 
    6.  Pergi Phuket dan lepak kat beaches di sana. DONE :)
    7.  Balik dan tinggal di Pulau Bawean,  Indonesia untuk seminggu atau dua minggu.
    8.  Tengok dan masuk mana-mana game WORLD CUP Final Game!
    9.  Pergi mana-mana Disney Land kat dunia ni!! 
    10.  Mempunyai sebijik LV tote bag yang original.

  21. Assalamualaikum, kak jumie, soalan saye.. ape die 5 bende yg boleh buat kak jumie menangis, kalau kak jumie nak letak 26 pun boleee... sekian, happy birthday in advance~Dayang Bulat
    1.  Tengok lakonan yang hebat dalam filem/drama atau apa-apa show yang betui betui menyentuh perasaan.
    2.  Tengok kucing atau apa-apa binatang kena langgak dan di dera.  SIYEEEE SAPA DUK DERA BINATANGG!!
    3.  Mata masuk habok dan sabun.  Kadang-kadang masok mascara pun boleh nangeh.  Gila punya pedih nak hariammmm!
    4.  Kalau gadoh dengan En.  Khafi...HAHAHAHAHHA.  Macam serrrrrrrrrrr.....touching plaks.
    5.  Tengok mak dan bapak akak menangis.

    Muka mandom....

  22. Kenapa hippokrit bila dimadukan. Kenapa menanggung derita? Sedangkan anda tahu suami anda tidak mampu dan anda terpaksa kerja seperti lembu? - Regina Ibrahim
    Senang saja soalan mama ini,  kebanyakan perempuan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.  They olls sentiasa takut yang tanpa laki mereka,  mereka akan terus mati dan takdak sapa pun yang mau kat depa lagi.  Disamping itu,  masyarakat kita pun sangat jahat.  If perempuan nak tuntut cerai dan sebagainya,  depa herdiklah kata perempuan ni derhaka kat suami dan sangat tak buleh bau syurga.  So,  perempuan terpaksa hidup dalam kehipokritan sebab dalam masa yang sama depa hidup dalam ketakutan.

  23. Pewwit! Happy birthday Jumieeee Sempena birthday ampa ni kami nak bagi adiah soalan kat ampa.   Kami nak tanya.  Dalam 26 soalans yang tersenarai kan.  Soalan mana yang ampa paling excited nak jawab? & pasepa ampa excited sunggoh nak jawab soalan tu? HEHEHE  - Wawan Azwani.com
    SOALAN INI!  Hehehe...daklah.  Soalan nombor DOPLOH.  Sebab kami sendiri tak pernah buat senarai ni.  Cam pernah buat.  Tapi dah lupa!
    Selain daripada memekap orang,  akak juga ialah ahli sumo wanita Melesia okay.  Tak caya tengok gambar ni.

  24. Pertama-tamanya zac nak wish HEPI BESDAY, kita kena bukak satu club tau iaitu KELAB APRILLIAN di mana Cik Jumie adalah Pengerusi kelab itu yer coz zac pun April gaks hehehe ok soalan zac di sini:  APAKAH RAHSIA CIK JUMIE YANG SANTIK INI MENGEKALKAN KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN DALAM HIDUP SELAIN DARI MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG ?  Skianzzz...-- Zac Zaini
    Noks.  Besde mak Mac lah u olls!  En.  Khafi baru April.  Okay,  pertama sekali terima kasih.  Akak mana cantek u olls (Dannn dannnnn ayat coverina simpoh malu cam duk tepi-tepi tangga rumah P Ramlee).  Tapi kalau u olls dah puji,  akak nak bagitau satu rahsia yang akak buat sejak umur akak umur 11 tahun.  Akak ikut petua Ogy Ahmad Daud masa tengok dia dalam TV3.  Dia kata,  masa mula-mula kita bangun tidok nak pi basuh muka.  Before kita nak mandi semayang dan sebagainya,  of coz kita nak basoh muka kan?  So setiap kali the first time akak nak basuh muka di waktu pagi,  akak tak pernah lupa berselawat sambil basuh muka u olls.  Kelessss............itulah rahsia akak.  Yang susuk musuk lain,  akak tak buleh ceritakan.  Itu janji akak masa nak tanam susuk dulu.  LARIIIIIIIIIIIIIIIII!
    Aksi menurunkan saka kepada anak ayam akak Azren Weasly.  Berani?


  25. Kenapa Kak Jumie punyai confidence diri yg tinggi? nasihat pd org yg low selfsesteem mcm saya ada? Feditlitous
    Noks,  apa yang awak nampak pada diri akak hanyalah satu ilusi u olls.  Akak pun ada hari-hari yang akak akan rasa lemah dan down sangat dan sangat tak confident.  Tak caya tanyalah En.  Khafi.  Akak akan rasa low confidence bila nak berdepan dengan orang yang lebih cantek dari akak.  So,  ini jarang-jarang berlaku lah sebab selalunya akak lebih cantek dari they olls.  MATILAH STETMENT!  Actually,  the main key untuk jadi pompuan yang mempunyai konfiden level yang tinggi ialah u olls harus mengenali diri u olls sendiri.  Tau apa kelemahan dan kelebihan.  And of coz, u ollls akan kekal confident!  Selain itu,  akak juga mengamalkan susuk confident.  HAHAHAHAHA (Chooii berdonsa).
    Walaupun berjerawat,  hang kena maintain konfident!

  26. Why me ?  Mohd Kamarulhafiz Omar
    Aiiyoooooo! Dia pun nak tanya soalan jugak.  Why you.......nanti hang bagitau dulu pasaipa hang pilih aku sebagai bakal isteri hang.  Then,  barulah aku akan bagitau WHY YOU!  Tak aciiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
    Me and En.  Khafi,  sometime ago. 

Sekian sahaja semua soalan yang akak pilih untuk dijawab sempena birthday akak ke 26 tahun ini.  Kepada soalan-soalan yang tak berjaya dipilih,  jangan kecik ati dan berasa cam nak blocked akak kat Facebook dah.  Actually ada antara soalan yang tak keluar kat sini akak akan buat artikel khas dan menjawabnya kelak.   So u olls semua kena stay tuned!! 

Akak harap penulisan akak akan terus menceriakan hidup u olls semua,  dan sedikit sebanyak kemeriahan belog ini dapat membantu kawan-kawan akak dalam mempromosikan business we olls di Penang yang fana ini.

Terima kasih sangat u olls semua sebab menceriakan hari besde akak ini. 

I love u olls,

Jumie Samsudin

14 comments:

  1. Happy birthday Jumie!!!!!!!!!!!!!

    Kami nak tanya hampa soklan tapi dok tangguh2 last terlepas sampai dah sampai birthday hampa pun. Adoyaiii. Sorry Jumie..

    Apapun, may Allah bless u always. Moga hampa panjang umur dan murah rezeki selalu ya :D

    ReplyDelete
  2. Hepi Besday Cik jumie, May Allah bless you, Next year buat lagi ok, 27 soalan plak, tahun ni x dan nak tnya hihihi... Kegigihan anda, memberi inspirasi! :D

    ReplyDelete
  3. Jumie, Heppi besdey puyu. Semuga bila besaq nanti (dah kawen)jadi mak yang baik ati.. mak kepada bapak dan anak... I olls sayang ampa. Ampa la mak hayam paling kami mengkagum. muuuahhhhhh!!!! Happy Birthday Jumieeeeeeee.. \(^_^)/

    ReplyDelete
  4. Aritu ada nk tanya, tapi lupa.. Xpa la.. Btw hepy besday kak Jumie.. Hang xyah dok wat best! Pasai hang memang best!
    Bab penulisan kreatif, hg dah develop tahap divas las vegas dah! cuma nk bagi sedap mata memandang ja.
    Btw, hepy besday, moga dirimu sentiasa kekal cantik,menawan, hebat, dan sentiasa mendapat limpahan berkat dan rahmat dari Allah. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. hepi bday jumie!! may Allah bless u & en. khafi!!

    p/s aku suka soklan last sekali tu! aku nak tggu jwpn hang! hahaha

    ReplyDelete
  6. Cik Jumiez, sori U March hehe maksud I ARIES bukan APRIL huhu...seharusnya 26 penanya soklan bertuah ituh diberikan cenderahidung atau cenderatelinga buat kenangan hari tua kelak, bukan senang nak terpilih uols soklan mereka dijawab di hari bahagia U. Njoy Ur Birthday....Jelita Forever k :)

    ReplyDelete
  7. Reena : Terima kasih u olls. Ampa! Emel jer la soalan. mesti menarikkkk. Kami akan rasa cam artist orang duk tanya macam macam ni.

    SunMelon : kami jugak kagom ampa tak henti henti memberi sapot kat kami ni. :) bila la nak jumpa!

    Galuh : Hai mama yottt................terima kasih sebab mengkagum kami. Kami pulak menjeles ampa sebab hanimun kat korea!

    Za : Soalan tu! Aiiiiiiiiii......aku bara kat dia...Anyway, thanks babe :)

    Zaczaini : U ollls! Cubalah amalkan apa kami buat. Selawat u olls.

    ReplyDelete
  8. yay kak jumie jawab, bangge hnssss.. hnssss... bunyik hidung kembang..

    ReplyDelete
  9. hi Jumie,
    happy bday! wish happy & vogue always.

    I nak tnye soalan, tp soalan no 25 tu dh jwb soalan I. ape pun maintain vogue smpi umur 36 nnt k :)

    ReplyDelete
  10. salam..

    happy birthday kak merr.. akak, npe akak mengdelete sye di FB? .. sye ex soc sc student.. peminat setia belog jumie samsudin serta mengvote akak dan mengajak kwn2 mengvote akak utk cstproduction..

    xpe, sye ttp akan meminati belog jumie samsudin sbb belog ini sntiasa buat sye gelak..

    ReplyDelete
  11. Kak Anom,

    Akak mintak maaf. Memang akak akui akak ada mendelete lebih dari seribu kenalan di FB.

    First akak delete lelaki akak tak kenal, pastu kedua akak delete account yang akak tak berapa familiar.

    Who ever u are (sebab u olls kak anom), please LIKE my fan page ataupun add lagis ekali kat fb. Bagi mesej sikit.

    THANK YOU SO MUCH FOR YOUR SUPPORT. Mendelete facebook kalian tidak bermakna terus putus sahabat :)

    ReplyDelete
  12. I'Allah nanti kita jumpa, saya kat C22 ja cik jumie, kekadang jumpa, tapi segan nak tegok... hihihi...

    ReplyDelete
  13. nok soklan aq ang x jwp: dlm byk2 bju koleksi baju kurung ang..mne 1 yg paling bermkna n yg paling ang sayang?

    ReplyDelete
  14. Noks...soalan tu nanti aku buat article asing k.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...