9.3.11

Burlesque

Mula-mula tengok preview filem ini dalam wayang,  masa tu tak tau la duk tengah tunggu nak tengok cita apa tak tau.  Tiba-tiba emosi dan kegetisan diri akak diusik oleh suara lantang Christina Aguilera dan lengkok tarian si pemilik wajah berupa kuda yang excotic iaitu Cher.  Dua mak ayam besar ini bakal menggegarkan jiwa pondan akak dengan sebuah filem berjodol Burlesque.  OHHH TAK SABAKNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ANK TENGOK!


Dan seminggu selepas official released date di Malaysia iaitu pada 17 Feb 2011.  Akak pun cepat-cepat mentengok cerita ini sebelum akak mendengar ulasan-ulasan pecah saspen oleh 'anak-anak' akak yang katanya dah gigih download filem ni dalam internet saja.

What is Burlesque?
Akak mula-mula ingat Burlesque ni semata-mata nama kelab tempat Christina Aguilera atau Ali akan bekerja dan mendapat platform untuk menunjukkan bakat beliau dalam nyanyian. 
Menurut Wikipedia Burlesque is a literary, dramatic or musical work intended to cause laughter by caricaturing the manner or spirit of serious works, or by ludicrous treatment of their subjects.[1] The word derives from the Italian burlesco, which itself derives from the Italian burla – a joke, ridicule or mockery.[2]


Plot Cerita
Cerita ini sangat simple. Alahhhhhhhh.........cam cerita Showgirl,  orang kampung masok bandar dengan harapan nak jadi big star!  So,  macam-macamlah cabaran yang beliau hadapi.  Christina Aguilera yang memegang watak Ali,  bercita-cita nak jadi penari and penyanyi.  So dia pun mai la Hollywood.  Dia interview sana-sini semuanya tak dapat.  Tiba-tiba dia terjumpa satu kelab nama Burlesque,  so dia pun terus syiok tengok mak ayam Cher nyanyi lagu opening.  Tapi bila tengok performance pompuan lain,  depa miming saja.  Dia nekad nak join jadi performer kat Burlesque sebab dia yakin dia boleh nyanyi dan nari.  Tapiiiiiiiii..................Cher macam tak mau dia.  Dia tak bagi chance langsung.  So,  Ali start as waitress dulu.

Entah camna, sebab kecekalan campok ketegak bijik si Ali ni.  Last sekali dia dapat juga menjadi salah seorang penari untuk show kat kelab tu. Masa tu la u olls akan meremang bulu roma dan rasa macam nak nangissssssssssss sangat bila dengar Christina Aguilera nyanyi dan menggegarkan pentas Burlesque!! Dan careernya meletops bermula dari saat itu.  YES!!!!!!!!!!!


Apa yang best pasai cita ini,  selalunya kita kalau tengok cita-cita streotype pompuan kampung masok bandar dan bercita-cita jadi penyanyi dan big superstar.  End up dia akan lupa diri,  tinggal kawan-kawan,  halau mak yang datang dari kampung (sangat Sharifah Aini),  pastu last-last ditipu oleh taikoon show business dan end up hidup merempat penuh penyesalan dan keinsafan.  Terus feeling-feeling tak make up dan pakai tudung. 

Stanley Tucci and Cher


Tapi cerita ini tak macam tu.  From the first scence lagi,  they olls dah terus tunjuk yang Ali ni bukan saja seorang yang ketegak bijik dan cekal hatinya malah seorang yang baik hati.  And eventhough dia dah berjaya dan menjadi penghibur yang dia nak jadi selama ini,  dia masih lagi mengekalkan nilai-nilai murni dalam diri dia.  Dia tak sombong,  focus pada career,  tak gila jantan walaupun dia sedikit tersogok apabila ada sorang jantan ni beli kasut Louis Vuitton kat dia (NAHARIAMMMMMMMMMMMMMMMMMMM! MAKAN ATI),  dan yang paling penting despite semua attention dan keselesaan yang dia dapat,  dia tetap menolong kawan-kawan dia apabila dia susah.  Dan dia telah menolong Cher si muka kuda tapi ekzotik itu untuk mengekalkan haknya sebagai pemilik kelab malam Burlesque dan takdak sapa boleh kacau depa lagi.


Apa yang akak tak suka
Of cozzz tetap ada yang akak tak suka.  Christina Aguilera......well well well.  Dia memang mempunyai suara mantap yang sangat meletops!!  Tapi lakonan dia dari 10 markah akak hanya bagi 3 bintang saja.  Seperti kata Mama Gina,  Christina bakal menang Worst Actress Award untuk Golden Raspberry Awards or Razzies.  Kelesss mak ayam.  Akak pun setuju juga sebab persembahan beliau more to like persembahan anak-anak Disney channel saja. 

And plus,  dia menari tak la smart sangat.  As u olls pun tau kan,  Christina,  Britney,  Jessica Simpson,  Mandy Moore semua naik pada zaman kegemilangan lagu pop akhir tahun 90an.  Tapi yang paling menyerlah ialah Britney Spears sebab pompuan tu bukan saja cun dan hot malah mempunyai lenggek tarian yang sungguh smart!!!  Fuuh!  Christina Aguilera pun apa kurangnya meletops,  tapi beliau hot sebab bakat suaranya.  Bila mai kat tarian dan fashion,  akak rasa deni selalu 'CUBA TERLALU KERAS' atau tried too hard. 



Kesimpulan
Walaupun akak bagi kritikan macam tu kat Christina,  tak semestinya filem ni hancus lebus langsung cam cerita DUA ALAM.  U olls haruslah tengok filem ini sebab ada Cher mak ayam besar,  ada Stanley Tucci.  Oh he is one great actor.  Dalam cita ni dia belakon jadi gay friend/assistant/ to Cher.  Memang depa dua meletops dan menghiburkan hati akak.  And of coz...u olls kena tengok Cam Gigandet,  marka Christina Aguilera dalam cerita ni.  Beliau sangat KENDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

Akak nak petik tweet dari seorang kawan kesayangan akak yang comels iaitu Mr.  Virtue_Guy54 "Burlesque..betoi ka eja nih?  Hehehe.  Meletop.  Sesuai utk tontonan you-know-who. Hehehehe"



4 comments:

  1. Meletop tau!!!!
    Suka sangat!!
    Part makan hati time hero dia buat2 lupa sebelum tdo.. Then heel dia.. OMG!
    Lagu melerts!

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  2. U olls......u olls nangis tak tengok cita ni?

    ReplyDelete
  3. baru ja kwn opis bg dvd burlesque ni sekali u'olls dah review..keless..harus tonton..

    ReplyDelete
  4. kelessssssssssssssssssssss

    harus tengok chu olllsss

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...