4.3.11

Senarai Blog/Website yang Disukai oleh Jumie Samsudin

Hello u olls semua,

Hari ini akak nak share dengan u olls semua blog-blog dan website-website yang akak suka baca bila ada kelapangan.  Saja nak share dengan u olls.  Thanks to Kak Na a.k.a Salzeliana Zainoba yang memberikan idea ini.  Hope u olls pun sudi meng-indulge-kan diri u olls dalam website-website yang akak suka bukak ni  :) 

  1. http://www.omg-facts.com/

    OMG Facts ni best sebab dia nanti letak macam-macam punya fakta merapu dari satu dunia.  Memang merapu sangat.  Tapi betul dan best.  Malam-malam kalau tak buleh tidok.  Baca ni nanti lama-lama akan lena.  Ada fakta tentang sains,  sejarah,  hiburan,  geografi dan macam-macam lagi. 

  2. http://www.vogue.co.uk/ 

    Harus suka tengok website ni sebab nak beli tak mampu nyah!!  At least akak boleh la tengok sikit-sikit pasai benda yang akak minat iaitu fashion. 
  3. http://www.chinasmack.com/

    Website ni sangat gila.  Ditranslate seratus peratus daripada bahasa Mandarin i guess!  Memang dia tunjuk macam-macam gambar dan video lawak,  eksentrik dan pelik tentang kehidupan rakyat negara China yang kini makin pesat membangun dari segi ekonomi.  Ahrrrrrhh!! Over la aku ni.  U olls tengok la sendiri. 
  4. http://funny-profiles-story.blogspot.com/

    Sekali sekala bukak website ni memang mangkak.  Blog ni dia nanti tulis dan design page Facebook orang kenamaan,  celebrity,  watak filem dan macam-macam lagi dan dia masokkan dialog merapu yang membayangkan betul-betul watak tu kalau ada facebook apa yang dia akan rasa
  5. http://beautifulnara.com/

    Of coz kalau nak tau the latest gossip pasai artist Melayu,  akak suka baca kat Beautifulnara sebab penulisan dia yang sangat gossip yang berhemah.  kah kah kah.  Keless abang Nara!
  6. http://uncleseekers.blogspot.com/

    Sapa tak pernah baca pasai Uncle Seekers yang mendakwa diri beliau ada skendel dengan bekas Permaisuri Agung.  Best baca Uncle ni merapukan diri beliau dalam blog dia sendiri. Tapi akak suka juga bukak artikel dia dulu-dulu.  Dia akan cerita pasai hantu-hantu.
  7. http://wahw33d.blogspot.com/

    Website ni dibangunkan oleh orang Indonesia.  So bahasa dia susah sikit nak paham.  Tapi boleh jer kalau u olls rajin baca.  Pelan-pelan kamu boleh tangkap apa yang dia nak cakap.  Website ini memaparkan kisah-kisah pelik,  misteri dan lagenda di Indonesia dan seluruh dunia.  Best sangat!!!!!! Ala-ala Mastika gitu.  Akak terpengaruh dengan En.  Khafi.  Dia suka baca pasai hantu-hantu dan misteri ni.  Akak walaupun penakot terpengaruh juga.
  8. http://www.amenoworld.blogspot.com/

    Ameno World ni sebenarnya ialah penulis/ pengkritik dalam bidang politik.  Tapi penulisan dan topik yang diutarakan adalah sangat sarcastic sekali.  Of coz u olls kena mempunyai akal dan IQ yang sangat tinggi sebab nanti u olls akan get confused.  Akak pun confusedddddddddddddddd gila-gila punya selalu.  Ini menunjukkan IQ akak sangat tak stabil.  So u olls kena baca sendiri dan u olls boleh uji IQ u olls semua macam mana?  K!
  9. http://www.malasterbang.com/

    Satu lagi wesbite lawak yang akak suka baca.  MalasTerbang.com ni suka edit gambar merepek-merepek pastu letak caption yang sungguh funny tapi masok akal.  Jenaka IQ tinggi ini amatlah best kalau u olls tengah boring dan tensyen kat office.  Otak beku u olls boleh cair sebab gegaran kecil yang berlaku akibat gelak tawa u olls.
  10. http://thejetpacker.com/

    Website ini ditulis oleh Jackie and Brat tentang macam-macam benda pasai pelancongan dan travel.  Dari hotel,  restaurants,  flights,  muzium dan macam-macam lagi.  Selain boleh terhibur dengan gambar dan cerita they olls,  at the same time boleh belajar banyak benda tentang culture dari negara orang yang tak terdapat dalam TLC :)
  11. http://blogserius.blogspot.com/

    Penulis ni menggunakan nama pena Obefiend.  Dia tulis pasai politik dan isu semasa.  Sangat lantang
  12. http://luqiee.livejournal.com/

    Akak baru jer jumpa blog brother ni.  Dia selalu bergadoh kat Twitter dengan ramai orang yang mengutuk dan menghentam dia secara terang-terangan.  Dia jugak mengakui bahawa dia adalah anak kepada Sultan Brunei iaitu General Dr Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.  Kau mampu!!!

  13. http://killercolours.blogg.se/

    Pompuan Sweden yang cantek ini suka menunjukkan hasil kerja make up beliau yang sangat meletops.  I love how she plays around dengan warna. 

  14. http://meriahuoll.blogspot.com/

    RATU IDOLA AKAK INI haruslah akak letakkan beliau di dalam list ini.  Idola akak dalam dunia blogger Kak Senduk tak pernah gagal membuatkan we olls tersenyum sorang-sorang depan PC.  U olls should sokong beliau.  Ohhhhh En.  Pojiepooh,  please la tolong akak untuk jemput Kak Senduk ke wedding akak nanti.
  15. http://lifeisabigcanvas.blogspot.com/

    Blog ini milik kawan saya bernama Nurazreena.  Akak suka baca blog beliau sekali sekala sebab dia akan paparkan what is the latest news and trends pasai fashion and style.  Walaupun tak banyak,  tapi okay lah untuk membuatkan akak updated dan belajar dari beliau. :)
  16. http://www.eonline.com/

    Gossip artist Hollywood! Kat sini la akak duk cilok pictures untuk buat fashion review.  Kelesssssssss!

     
So,  itulah website-website yang akak suka.  Ada macam-macam dan semuanya merapu stuff.  Sebab itu lah akak pun tingtong dan merapu jugak.  Because im what im reading.  :)

Membaca amalan mulia.

Love,
Kak Merr

3 comments:

  1. Aaaaww thankss uolssss! Kami bangga Kak Merr Melepss baca blog kami yang tak seberapa itu. I'm humbled by this honor :)

    P/S: Jumpa hampa kat kenduri Intan nanti!

    ReplyDelete
  2. Assalam, Cik Jumie ni

    Kalu bab bagi ceramah on9 ni kalah Prof Amir.
    Nanti kita minta Dekan bagi 1 sesi dio ceramah kat DK, ...... cmna?

    pa2 pon TQVM .... hassan

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...