18.4.11

Bercakap Fon dengan Bagio Damasutra

U olls.  Sapa tau lagu ni?

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari
Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita
Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara
Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu
Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta
Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi

Haaaa! Inilah lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi daripada Damasutra.  Penyanyi utama kumpulan ini ialah Bagio.  Akak ingat lagi lagu ini first time akak dengar masa tahun 1991.  Akak darjah 1 masa ketika itu okay!! Masa tu demam Muzik-muzik 1991 melanda.  Lagu ini antara yang masuk fainel.

Kakak i olls dan abang I olls iaitu Sanita dan Budie adalah sangat excited sangat dengan Muzik-muzik.  Depa siap stenbai untuk record dalam tape.  Zaman dulu-dulu kan kita nanti record pakai tape/kaset video tu.  Lepas dah record kat TV depa nanti tunggu pulak radio ni keluak kat radio untuk depa record dalam kaset pulaks.  Zaman ni mana ada donlod-donlod and bluetut u olls.  Pastu nanti kita replay la banyak kali nyanyi sampai keluak darah kat mulut. 

So,  lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ni adalah lagu pertama yang menarik perhatian akak untuk suka Anugerah Juara Lagu Muzik-muzik.  Kenapa? 

Sebabnya,  masa persembahan di konsert akhir juara lagu ini.  Ada sesuatu yang berlaku sampai menjadi isu hangat dan sebahagian lagenda AJL la.  Masa Bagio nak nyanyi,  rupa-rupanya microphone dia rosak!! Gila babi...dia nyanyi tapi suara tak keluakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!  Lama jugakkkkkkkkkk!  Tapi akhirnya,  ada satu teknisyen lari mai atas pentas dan bagi mic baru kat Bagio.  Dan barulah dia nyanyi suara keluar!  Dan semua orang pun happy sebab dapat dengar suara Bagio yang sedap itu.

Yang bestnya,  walaupun mic rosak dan suara dia tak keluar.  Tapi Bagio relaks sahaja.  Dia perform macam biasa,  masih ada emosi dan penghayatan.  So sebab itulah.......akhirnya dia menang Anugerah Persembahan Terbaik.  (Betui kan?  Akak pasti sure!  Kalau salah sila betuikan)

Akak jumpa video ini dalam Youtube!! Ampa tak caya kan?? Haaaaaaaaaaa ampa tengok sendiri Bagio!




The reason akak nak cita ni kat u olls ialah hari tu,  akak duk lepak sembang-sembang dengan Dr.  Siva.  One of my superior kat office akak ni.  U olls mesti pernah tengok Dr.  Siva ni.  Dia pengulas politik yang sangat meletops di Awani,  TV3 dan Utusan Malaysia. 

Inilah Dr.  Sivamurugan
So masa tengah sembang-sembang kosong,  tiba-tiba macam mana ka we olls tercerita zaman sekolah sekolah semua.  And then Dr.  Siva bagitau,  salah seorang kawan sekolah dia yang dia rapat ialah Bagio penyanyi kumpulan Damasutra.  Akak dengar tu terus teruja!  Akak tanya banyak kali "betui ke Dr...betui ke Dr!!"

"Betui la...buat apa I nak tipu pulak.  Sat i called dia," pastu Dr.  Siva pun terus called seseorang kat Blackberry dia dan cakap cakap dengan satu orang ni.

"Ha...ni aku nak bagi hang cakap dengan satu awek ni.  Sterno kat office aku.  Dia minat kat hang la bro,"  kata Dr.  Siva. 

Yang akak kat tepi macam cenciwiiii getisss gila "Dr tipuuuu tippuuuu!  Dr suka pekena sayaa,"  kalau ampa tengok aku time tu.  Ya Allah getis cam nak dulu sekali.


Pastu Dr.  Siva pas fon kat akak.

Jumie  :  Hello
Bagio : Hai...siapa tu?

Akak nebess ...akak nebess....

Jumie : Sorry to bother u.  Dr.  Siva duk usik saya.  Saya masih ingat u nyanyi microphone rosak dulu-dulu.  Persembahan u memang memorable.
Bagio  : Terima kasih.  Oh....u memang tengok ke.  Terima kasih.  Hahahaha 

Macam mesreee sangat Bagio ni.  Akak makin rasa selesa.

Jumie  : Tapi time tu...i baru darjah 1.
Bagio : Haaaaaaa keciknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Jumie  :  Sekarang pun I kecik lagi....hahahahahah
Bagio :  Yeke.......hahahaha
Jumie  :  Takpala, sorry ganggu u.  I pass balik kat Dr.  Siva."
Bagio  :  Okay bye...
Jumie : Bye...nice talking to you.

Inilah Bagio dan isterinya.  Ambil dari Budiey.com.
Sekian,  itulah pengalaman akak cakap dengan Bagio,  seorang lejen dalam AJL.  Memang akak tak pernah kisah pun pasai artist-artist ni.  Akak rasa akak pun artist jugak.  TAHI TAHI TAHI.  Tapi,  sebenarnya memang artist ni ada auranya.  Bila nak bercakap dengan they olls otometik jadi nebes kan?

3 comments:

  1. betui tu kak jumie, saya jumpa kak jumie tengah jalan neves gila sampai skang pon tak tegoq-tegoq. auraaaa ni haha

    ReplyDelete
  2. makyam..ampa artis di hati kipas2 ampa ni.temasuk kami.siap nebes lagi time ampa nak pakaikan PB.wakakakaka...teetttt!!!

    ReplyDelete
  3. Scarxoxo : aiiiiyooo! Hang duk jumpa aku kat mana? Gatai awat tak tegur?

    Dyamohd : ambooiii diaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...