19.4.11

Hantaran Perkahwinan - Yang Perlu dan Yang Tak Perlulah U Ollls!

Thanks kepada Firdaus Selamat yang memberikan idea kepada akak untuk menulis dan merungkaikan secara akademik tentang senarai barangan yang sering dijadikan hantaran perkahwinan orang Melayu dan cuba mengkategorikan kepada dua bahagian iaitu Yang Perlu dan Yang Tak Perlulah U olls!

Sebelum itu,  baiklah akak memberi sedikit penerangan tentang hantaran perkahwinan.  Dalam adat perkahwinan orang Melayu,  hantaran perkahwinan adalah hadiah-hadiah yang disediakan oleh kedua-dua pihak pengantin sebagai tanda kasih dan meraikan hari yang berbahagia ini. 

Jumlah hantaran yang disediakan lazimnya dalam jumlah angka ganjil dimana pihak perempuan perlu menyediakan jumlah hantaran yang lebih dari pihak lelaki.  Contohnya :  Kalau pengantin lelaki bagi 5 buah,  pengantin perempuan kena balas dengan 7 buah.

Kalau orang Utara,  untuk majlis bertunang we olls tak bagi hadiah persalinan serba satu.  Tetapi cukuplah sekadar manis-manisan seperti kek,  baulu,  pulut kacau,  cokelat dan macam-macam lagi manisan.  So masa bernikah nanti,  barulah dibagi semuanya serba satu.

So yang persalinan serba satunilah yang akak nak bincangkan.  Akak nak cuba highlights kan apa hantaran Yang Perlu dan Yang Tak Perlulah U Ollls!  Senarai penuh ini adalah hasil temuduga akak ajukan kepada kawan-kawan akak kat Facebook.  Akak sungguh terkejut dengan segala penemuan yang diterima.  Memang nampaknya,  masyarakat Melayu moden sekarang sungguh berani mengekspresasikan niat mereka dalam bentuk hantaran kepada pasangan masing-masing.  Tapi Perlu ke atau Tak Perlu? 

Yang Perlu
  1. Sirih Junjung - Budaya Hindu sebenarnya.  Kita orang Melayu duk bangga kata ini semua budaya kita.  Noks,  Parameswara tu Hindu okay.  So akak rasa,  sirih junjung ni perlu la juga sebagai menyambung apa yang diperturunkan oleh nenek moyang kita dahulu kala.  Tapi noks.....pernah tak u olls curi sirih pengantin dan makan u olls?  Katanya jodoh cepat u olls.  Aiyoooooooooooooo! Jangan diikut sangat u olls.  Very the syirik okay.  Hang nak jodoh,  usaha dan doa okay.

    Sirih Junjung Siti Nurhaliza yang sangat kontroversi.  Katanya jatuh tergolek di tangga masjid.
  2. Sepasang baju persalinan lelaki/ perempuan -  Ada yang bagi kain,  ada yang bagi baju siap. 

  3. Kasut - Kasut untuk lelaki dah biasa la akak tengok selalu bagi kasut ala-ala office tu.  Tapi ada jugak yang bagi boot atau kasot hiking.  Terpulang kepada pekerjaan si lelaki.  Kalau untuk perempuan,  haruslah bagi tumit tinggi yang branded okay.  Paling tidak pun,  GUESS okay nyah!  Tapi u olls...nasihat akak.  Kalau buat hantaran kasut janganlah bawak masok masjid ye ketika upacara nikah.  Walaupun kasut itu tak pakai,  tapi imam masjid negeri pun nak masuk masjid bukak kasut ya.

    Hantaran kasut kalaupun tak pakai lagi.  Tak sopan untuk dibawa masuk dalam masjid ya.
  4. Beg tangan - Lelaki tak dapat beg tangan.  Perempuan dapat.  Masa nilah nak menunjuk status kemampuan u olls.  Paling tidak pun sekarang ni,  KLS couture tak pun Paris Hilton okay.  I suka tengok handbag walaupun apa juga brand nya.  Tapi pendapat I olls kalau nak pilih beg tangan untuk buat hantaran,  pilihlah jenis handbag yang size sederhana.  Jangan terlalu besar dan tinggi sampai nampak pelik. 

  5. Cincin atau barang kemas lain - Ini adalah KEHARUSAN untuk family mami mami kat Penang ya.  Tapi yang wajib hanyalah cincin nikah.  Setiap satu untuk pasangan pengantin.

  6. Manisan - Manisan ni macam-macam u olls.  Kek,  cupcakes,  macaroons,  dan macam-macam lagi.  Orang dulu-dulu bagi baulu,  halwa maskat,  pulut kacau,  gula.....lani la duk mai semua french sweet pastry semua.  Meletops.

  7. Toiletries - Paling koman dan standard punya la akak tengok "Body Shop".  Kan u olls?  Akak pun suka Body Shop punya packaging cantik-cantiku olls.  Ada macam-macam warna.  Tapi kalau boleh jangan masa nak kawen ni saja beli toiletries mahai-mahai.  Pastu dah kawen semua pun duk berlengaih macam biasa.  Manalah laki ampa tak lari pi kat Mak Endon semua.  Mak Endon walaupun gaji sebulan RM500 tapi mampu beli perfume Mydin okay. 

  8. Perfume - Perfume ni akak tak tau la trend di sejak bila.  Masa kecik-kecik akak tak pasan sangat.  Bila dah masok sekolah menengah baru akak pasan ada orang bagi perfume.  Tapi ampa kalau nak beli perfume,  tunggu time raya Krismes.  Time nilah nanti offer gila-gila babi.

  9. Alquran - Al Quran kalau nak bagi,  bukan untuk bagi saja okay.  Kena baca.  Kalau isteri pandai baca dari suami,  ajak la isteri.  Kalau suami lagi pandai mengaji dari isteri,  ajak la isteri cam na nak baca.  Tak sabar nak mengaji sama-sama dengan En.  Khafi,  beliau bekas wakil sekolah untuk pertandingan tilawah ya.  Kelesss u olls!

  10. Kain Telekung dan Sejadah - Bukan bagi hadiah semata-mata ya!  Kena pakai yaaaaaaaaaaaa!

  11. Buah buahan segar - Buah-buah kena banyak dan penuh.  Gunakan kreativiti untuk memilih jenis buah-buahan yang dari satu warna sahaja. Dan ada jugak sekarang yang guna satu jenis buah saja.  Nampak lebih cantek dan seragam u olls. 

  12. Jam tangan - Akak suka kalau orang bagi jam.  Bukan sahaja sebagai hadiah yang sesuai untuk lelaki dan perempuan.  Tetapi sebagai simbolik betapa tingginya nilai masa  dalam perhubungan sebagai suami isteri.  Hargailah setiap masa yang diluang dan dikorbankan untuk kebahagiaan bersama.  Jenama perlulah mengikut kesesuaian bajet.  Design pun kenalah bersesuaian dengan kerjaya seseorang itu.
Yang Tak Perlulah U Ollls!
  1. Kereta - Okay fine.  Laki hang kaya,  mak sembah ratu kat hang. 

  2. Guitar Elektrik - Macam mana nak letak atas dulang ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Hey u ollls!  Awat tak bagi drum set.

  3. Laptop - Lani dah menjadi trend u olls.  Okaylah,  maybe ada keperluannya.  Dan maybe pasangan tu dah pakai laptop lama tu dah bertahun-tahun.  So its time to bagi hadiah laptop baru.  :)

  4. Tiket Wayang - Tak pahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!

  5. Blackberry - Very the trend sekarang. 

  6. DSLR Camera - Akak setuju jugak bagi DSLR kepada u olls yang tak ada DSLR lagi.  Now,  DSLR pun takder la mahal sangat.  And u can choose from many brands.  Kebagusannya ialah,  u olls boleh pakai masa honeymoon nanti.  Masa honeymoon kat luar negara tu,  tak shopping raban pun tak pa.  Janji gambar semua meletops.  Boleh buat FB profile pic.

    Gamak hanimun Katy Perry.  Dia BBM kat akak picture ni. 
  7. Pancing Ikan - Sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!  Noks............make sure laki hang betui betui pakai pancing ni ya.

    Ikan betui yaa.......
  8. Koleksi Patung - Yang nia kak terkejut bila baca komen dari seorang kawan di Facebook.  Dia kat dia pernah tengok orang bagi koleksi patung komik untuk dijadikan hadiah hantaran.  I know,  maybe dia jenis minat dan kumpul patung-patung ni dalam koleksi peribadinya.  Tapi noks........................................................hang dah nak kawen kan! Grow up lahhhhhhhhhhhhh!

  9. Berus gigi - Tak pahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!  Awat??
    Gosottt gosotttt gosottt
  10. Handycam - Benda ni tak perlu.  Tapi akak sokong jugak.  Handycam ini akan merakamkan setiap bibit bibit percintaan setelah memulakan kehidupan sebagai suami isteri.  I like!

  11. Stereng kereta - Dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh pulak.  Stereng kereta yang ada tu ta boleh corner ke?

  12. PS3 - Yang ini paling akak tak buleh setuju sekali.  Clearly PS3 selalunya untuk lelaki.  HEY!! Hang dah kawen okay.  Bukan bujang mujang lagi.  Pi kerja,  balik kerja,  makan,  PS3,  tengok porn and tidok.  Choiii sangat.  Hang dah kawen okay.  Takdak masa nya nak main benda ni.  Balik kerja,  sama-sama tolong isteri siapkan dinner.  Dah kata dua dua pun kerja kan?  So hang duduk main PS3 while bini sibuk di daput.  PS3 tu sedekah kat anak-anak menakan hang takpala.

    Ampa nak laki ampa jadi cam ni la kan?
  13. Bola - Tak pahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!  Nak bubuh macam mana?

  14. Stetoskop - Kelesssssssssssssssssssss....dapat laki/bini doktor nyah!  Periksa dada I olls pls!

  15. Helmet paintball - Kalau laki hang ialah pemain paintball yang profesional....akak boleh terima.

  16. Remote TV - Tak pahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!  But......

    Ohhh maksudnyaaa depa bagi TV laaa?  Kesahhhhhhhhhhhhhhh!
  17. Remote aircond - Katanya menantu sponsor aircond kat rumah baru!!!!!! Meletopsssssssssss.  Very the considerable.

  18. Kad credit suplimentary - Akak nak!!!  Tapi kalau pendapatan laki kita dah RM30k per month,  perlukah nak pakai kad hutang? Think about it darling.
Okay u olls!  Itulah pendapat akak untuk kali ini.  Kepada u olls yang nak mengawen macam akak tak lama lagi.  Pikir-pikirkanlah yang terbaik untuk membeli barang -barang yang sesuai dan PERLU untuk hantaran anda.  Jangan sampai membazir ya.  Sekian, Love u olls.

    19 comments:

    1. Hahhaha kami tergelak kat toiletries tu. Yaaaa sila berhias untuk suami. Jangan ingat dah kawin dah tak payah cantik2.

      Kami dah habaq kat bf kami yg kami tak mau hantaran langsung. Tak mau makeup perfume handbag semua. Mau cincin seketol ja.

      ReplyDelete
    2. Kak Mer, kau telah menceriakan hari2 ku yang suram. Hahahah tapi betui ka ada bola, ada gitar ada berus gigi segala?
      Hahahah.. Lawak ah!
      But thanks for sharing :)

      PojiePooh; Hanya Satu...

      ReplyDelete
    3. Reena : yaaa kaaa u olllsss! Buktikan yaa....I olls dulu pun bercita cita sedemikian. Tapiiiiiiiiiiiii akhirnya tetap 9 berbalas 11 dulang ya. Duk beli dah barang sikit sikit. Family pun bagi juga.

      Pojiee : Love u darling. U olls harus lah selalu membaca bab-bab ni.

      ReplyDelete
    4. kt ske baca jawapan2 akak..mmg diterima akal la...truskan menjawab soalan ye kak..

      ReplyDelete
    5. Cik Chinta.....teruskan memberi soalan ya...akak sukaaa!

      ReplyDelete
    6. keh keh..hampa..kami nikah x dak brg hantaran..laki kami ngan kami p makeup ngan siap pakai baju2 nikah semua kt butik....laki kami drive p mesjid..mak dia bwk duit mas kawen..smpi mesjid..akad nikah..settle..hahaha..duit yg budget utk brg hantaran semua..kami p honeymoon oversea..hahah..puaih hati..

      ReplyDelete
    7. U olls...takpalah u ollss dah pernah menikah. We olls yang baru first time ni...of coz la teringinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn u ollls.

      Tapi dalam teringin pun kenalah berpatutan.

      I LOVE UR IDEA! Berjimatlah dalam berbelanja. Biak splurge kat honeymoon.

      ReplyDelete
    8. kakmer..kami ada dgr kan..belah2 srawak sana,depa nya hantaran lagi2 la melepss..kami penah sembang dgn sorang awek srawak ni.dia kata adik bradik dia kawen,ng antaran ipad la, sony experia la mcm2 la yg tak tepikiaq dek akai kita nih. (lg2 mmg x mampu).hehehe
      kalo la betoi camtu..aduhhh..leh senget woo lepas kawen.. :)

      ReplyDelete
    9. Dya...benda elok kita amik la...yang tak elok tak payah laa...

      ReplyDelete
    10. meletsssss.... bagi berus gigi.. apa sahaja barang hantaran yg bakal2 raja sehari idamkan fikirkan kegunaanya pada diri sendiri.. kalu sekadar nak menunjuk2 lupakan sajo.. belanja kawen mahal sekarang k.. lagi2 yang kawen pakai loan nie.. fikir2 kan la

      ReplyDelete
    11. nice2..x sabaq nak mempernikah rasenye.. byk info dlm post yg kali ni..

      ReplyDelete
    12. Insya Allah akak akan buat lebih banyak artikel pasai kesedaran nak kawen ni. Insya allah akak akan buat butiran akak belanja nak bertunang hari tu only RM3k sahaja :)

      ReplyDelete
    13. Mummi!!! Kalau nak bagi pakej SPA untk bakal isteri x pe ke? Skrng ni nmpk ada jual kat borders, yang dalam kota ada mcm spa2 pakej,honeymoon,shopping....haaaaa satu lagu, kalau shopping voucher bleh diterima x? heheheh

      ReplyDelete
    14. Ambooiiiii kotaaaa...kelesss ya u olls! Bagilah apa pun selagi ikhlas :)

      ReplyDelete
    15. hahhaa.terkena part ps3!!
      nk boh ataih dulang hantaran dah ni...hahha.terus terkesima membaca entry ang jumie..haha

      ReplyDelete
    16. Noks.....kalau nak buat apa pun sebab ikut apa orang kata susahlah. Tetap niat dah nak bagi...teruskan sahaja. Tak baik.

      ReplyDelete
    17. haritu kami sembang ngan kak syima dia nak suruh sape2 kawen ngan dia bagi hantaran seko kucing. kami pun macam terpengaruh nak jugak... hahahah...

      melampau tak? melampau tak? heheh...

      ReplyDelete
    18. Dia bagi remote tv sbb nak letak tv x muat kan.. maybe dia bagi tiket wayang sbb nk letak home teater x muat... kahkahkah

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...