Sumbangan untuk Anak Anak Rohingya






Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu. Datuk Ramli Sarip, bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama. Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma. Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM. Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga, aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA! Read here : THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip

Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama. Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.

”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”

5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?

Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.

Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.

“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.

“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.

Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.

Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees), bahagian pendidikan. Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur. Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa. Atas permintaan, jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan. Buat masa ini, operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Kami tiba lebih kurang 10 pagi, ditemani oleh Faiz and Naim, rakan pelajar USM yang rapat dengan aku. Depa yang tunjuk jalan. Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love





Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.







Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah. Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua. LOL



Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops. U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat, kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best. Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!! Sila layari : Barak's Best





Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.

Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.

”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”

Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.

”Cikgu...nanti saya mau pi US,”

”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.

”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.

Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.

Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.

“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.

”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.

Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan. Suhaila, Yana, Kak Shuk and Faridza. Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.

Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.

Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar. Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.

Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.


Sopi yang tengah, Jamaluddin yang kanan sekali. Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.

Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.

”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku. Kami tak suruh pun depa cuci. Tapi depa sendiri yang cuci. Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta. Depa tau, orang dah memberi, depa tau nak layan balik dengan elok. Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai, ampa didik depa jadi manusia.

Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.

”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”

“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.

“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.

Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing. Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi, si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya. Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid. Duit upah tu untuk bantu keluarganya. Jamaluddin pulak, bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai. Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”

Aku tutup cerita aku hari ini. Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.

Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends

Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.

  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.

  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.

  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang

Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun

Kelas Tahap Satu: 20 orang.

Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang


Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.


Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643

Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps : Sekolah Damai Minden

Gambar Sekolah Damai. Yang biru tu la POLO SPORT I. HAHA


Facebook Sekolah Damai
Sekolah Damai Minden

Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar









Jamaluddin yang paling depan dalam gambar ni, memakai jersey QATAR.









Perhatian dan kerjasama kalian semua untuk share link ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

RM1 mungkin kecik di dunia, tapi besaq di akhirat.

Be kind to one another.

#SekolahDamai

13.4.11

Persediaan untuk Membina Kerjaya sebagai Freelance Make Up Artist - Why nak jadi Make Up Artist?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang call,  SMS,  YM dan Facebook dengan saya kerana ingin belajar make up dengan saya.  Sejak keluar paper KOSMO tempoh hari i olls dihujani dengan request daripada kawan-kawan yang berminat nak belajar make up dan jadikan bidang ini sebagai satu sumber pendapatan sampingan.

Thanks Miss Rofiexa for this picture.  She tagged me in her Facebook. 


Saya ucapkan tahniah kepada u olls semua sebab u olls memberikan satu effort kepada niat untuk belajar yang ada dalam diri u olls. Tetapi,  saya mintak maaf sebab semua permintaan kalian yang nak belajar terpaksa ditolak oleh saya atas sebab-sebab tertentu. 

Pertama sekali,  akak rasa akak belum bersedia untuk menjadi seorang cikgu.  Pengalaman saya baru sahaja 2 TAHUN okay!! Tak lah seGAH mana pun.  Ada ramai lagi mak-mak ayam yang lebih hebat u olls boleh pi sembah ratu dan belajar.  Kalau setakat kelas personal make up simple-simple akak gagah lagi u olls.  Tapi sampai nak suruh akak jadi cikgu memang akak tak mampu deknon.  Akak sendiri pun tak berani nak gelarkan diri akak profesional make up artist...dan akak sendiri masih lagi pelajar di bawah Zarina Abdul Rahman. 

Pertama sekali,  POHON SEMBAH RATU tujuh step zapin kepada semua mak-mak ayam akak dalam bidang solekan ini iaitu Baby ZarinaNurul ShukorValshuqAyangkamellAdnan Jaafar dan Sheila Mohamed.  Anak cucu tumpang belajar,  kalau salah jangan kencing i ya. 

Why nak jadi Make Up Artist?
Pertama sekali akak nak tanya u olls yang nak jadikan kerjaya make up sebagai your freelance job,  KENAPA U OLLS NAK JADI MAKE UP ARTIST?  Sebab u olls minat make up?  Sebab u olls minat make up muka u olls sendiri?  Sebab u olls suka tengok orang cantek?  Sebab u olls rasa u olls boleh make up?  Sebab u olls rasa glamer bawak beg mekap besak-besak lalu depan orang ramai masa kenduri kawen? Sebab u olls rasa make up artist ni senang saja untuk dapat duit?  Sebab u olls rasa senang jer nak make up orang,  sapa-sapa pun  boleh?  Sebab u olls rasa............?

Actually disebalik setiap persoalan yang akak ajukan di atas ada persoalan lain yang u olls perlu pertimbangkan. 

Note : MUA = Make Up Artist
  1. U olls nak jadi make up artist sebab u olls minat make up muka u olls sendiri?
    Minat make up muka sendiri saja tak cukup u olls.  Sebab muka kita,  dah tentu kita tau cacat cela dan kita tau apa kita nak untuk muka kita.  Kalau nak jadi make up artist,  macam macam jenis muka yang hampa nak kena mekap.  Muka cantek,  muka tak cantek,  muka herot,  muka kembang,  muka kecik,  muka berjerawat,  muka licin sampai fondesyen tak mau lekat,  muka berkedot,  muka cepat berpeluh,  muka orang kekwat,  muka banyak lubang,  muka kasak tak pernah pakai scrub,  muka tak seimbang,  macam macam mukaaaaaaaaaaaaaaa wehssssssssssssssssssssssssssss!!  So sekadar minat nak make up muka sendiri saja tak cukup okay.

    Sebagai MUA,  u olls kena selalu kemas dan bersih.  Tak payah gigih berbulu mata pelasu kalau nak pi mekap orang.  Cukuplah berbedak alas,  mascara and eye liner.  Jangan berminyak.  Kuku kena pendek dan bersih,  rambut kena kemas.  Bau badan PENTING yaa!  Jangan berbau HABBBBBBBBBBBBBB!  Dan mulut u olls itu.....kalau yang merokok kena la jaga lebih sikit.


  2. U olls nak jadi make up artist sebab u olls suka tengok orang cantek?
    Berbalik kepada jawapan akak di atas.  Suka tengok orang cantek saja tak cukup.  Sebab tak semua orang dilahirkan cantek semula jadi macam akak.  Matilahhhhhhhhhhhhh!!  U olls kena tau melihat kecantikan dan kekuatan wajah seseorang itu.  Kena kenal pasti pula kelemahan dia di mana.  Bila dah tau,  u olls bertanggungjawab untuk tampil sesuatu yang menguatkan kecantikan semulajadi yang dia ada.  Itulah sesuatu yang u olls akan belajar sendiri from to time dengan mempraktis tanpa henti.  Make up yang cantek ialah make up yang mengeluarkan kecantikan semulajadi seseorang itu tanpa mengubah bentuk asal wajah seseorang itu. 

  3. U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa u olls boleh make up?
    No No No.  Tak cukup u olls.  Make up muka sendiri dan memekap muka orang lain adalah berbeza u olls.  Tapi akak sarankan u olls mulakan dengan praktis memekap kawan kawan rapat dan adik beradik yang sudi memberikan muka mereka sebagai canvas untuk u olls berlatih.  Good luck okay.  Lagi satu yang penting akak nak tekankan kat sini ialah,  u olls nak jadi MUA adalah sebab minat u olls sendiri.  Bukan sebab u olls tengok ORANG LAIN JADI MUA U OLLS PUN NAK JADI JUGAK!!  Kena kaji betui betui minat dan kemampuan kita.

    Walaupun busy ya...akak tetap mampu memberikan aksi terbaik untuk camera.

    Sebagai MUA,  tugas u olls bukan saja memekap orang.  U olls sometimes kena jadi penasihat,  pendengar,  PR,  dan macam-macam lagi.  So mulut kena ringan.  JANGAN SOMBONG.  Kena ada hubungan yang baik dengan customer,  kawan-kawan customer dan jugak family customer.  Kalau u olls nak jadi make up artist,  masok rumah kenduri tak tegur orang,  siap kerja terus balik.  Sila blahhhhhhh okay!  Orang nanti panggil u mai make up sekali saja okay.  Pastu orang tak mau mai dah.

    Bersama rakan baik akak,  Ajit atau Razzi Musa.  Akak sangat bertuah sebab kami memang sama-sama mengorak langkah dalam bidang ini bersama.  Sayangnya akak di Penang,  dia di KL.  Kalaulah kami duk dekat .....ermmphhhh!  Mesti lagi meriah.  Tapi bagus jugak we olls duduk jauh,  kalau tidak habislah laki akak pun dia nak NGAP!!


  4. U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa glamer bawak beg mekap besak-besak lalu depan orang ramai masa kenduri kawen?
    Ohhhh kalau hang rasa hang nak glamer saja tak cukup u olls.  Membawak beg mekap besak besak depan orang ramai bagi sesetengah orang adalah satu yang sangat glamer tapi bagi akak itulah tanggungjawab!  Rasa macam meletops sangat ketwok depan makcik makcik kat kenduri kawen tu kan?  Ada sorang anak ayam akak.  Kalau ikut akak untuk jadi assistant make up artist,  mesti dia gigih nak usung beg akak yang buleh terbang itu.  Eksaited bukan main.  Kalau u olls rasa u olls nak jadi glamer,  baik u olls pergi jadi sterwardess ke atau pelajar Akademi Fantasia.  Lagi glamer u olls. 

    Selain memekap pengantin di rumah kenduri ya,  akak jugak pernah menjalankan tugas sebagai baby sister.  Katanyaa....budak-budak sibuk berlarian satu rumah bizi.  Akak mengorak langkah dengan mengumpulkan budak budak ini dan mengadakan program "Tom Tom Bak bersama Kak Merr".  Kelessss......


  5. U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa make up artist ni senang saja untuk dapat duit?
    Inilah tanggapan yang ada betuinya ada salahnya.  Akak rasa sangat bersyukur sebab pendapat akak dalam bidang make up ni memang alhamdulillah boleh tolong akak banyak buat saving.  Tapi nak beribu riban tu takdak lah.  Tapi sebelum akak betui betui sampai ke tahap selesa ni (KALAU BOLEH NAK USAHA LAGI OKAY),  akak terpaksa lalui banyak kesusahan.
    Mula-mula nak start nak buat make up,  akak caj make up tunang RM80 dan make up sanding RM100 sahaja.  Itu pun RAMAIIIIIIIIIII YANG KATA MAHAL NAK MAMPUS!  Haaaaaaa...tapi takpalah.  Kita dah tau kat mana aras kita waktu itu.

    Kalau kawan-kawan baik nak kawen,  bagilah they olls special price okay.  Depalah  tempat untuk u olls meluaskan empayar kenalan business u olls.  Juga kepada customer yang banyak rekemen kawan-kawan they olls kat kita....akak pasti akan bagi diskaun.  :)

    Tapi akak bersifat profesional,  orang mau orang amik.  Dan kalau orang tak mau,  janganlah nak memaki hamun.  Just senyap dan depa akan blah sendiri.    Biar kat depa.  Sebab akak faham,  orang nak kawen ni tak semua ada bajet besar.  Tapi,  kalau nak murah saja,  susahlah.  Duit minyak kita bukan guna ayak sirap.  Penat kita,  masa kita,  barang dan produk yang kita pakai. 

    Sorry to say,  kalau U olls buat business kat Penang lagila susah okay.  Orang Penang ni kalau boleh semua benda depa nak yang first classsssssssssss dan yang terbaik sekali.  Tapi kalau suruh bok keluak duit.  SORRY NAAAAAAAAAA!  Duit ini mami punya,  mami nak simpan buat beli barang emaih.

    Berbalik kepada persoalaan ini,  ampa rasa MUA artist senang buat duit ka?  Pesan akak,  kalau hang buat kerja hang pikiak nak duit dan untung saja,  baik jangan meniaga.  Memang adat meniaga,  ada untung ada rugi. 

    Macam akak,  akak buat kerja ni sebab akak minat.  Kadang-kadang make up orang,  bayar assistant,  beli barang make up,  duit minyak,  untung tak sebanyak mana okay.  Balik-balik sendiri yang penat.  Tapi takpa....bila customer puji dan suka dengan make up akak.  ITULAH BAYARAN PALING BEST SEKALI!
     
  6. U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa senang jer nak make up orang,  sapa-sapa pun  boleh?
    Terpulang kepada niat masing-masing okay,  semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.  Akak percaya kalau u olls betul-betul kuat semangat dan dah tetapkan niat semua,  u olls nak jadi estronot pun boleh okay!

  7. U olls nak jadi make up artist sebab u olls minat make up?
    Minat sahaja tak cukup kalau tidak dilengkapi dengan kesungguhan,  kecekalan dan kegigihan u olls dalam usaha untuk sentiasa nak memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan.  Actually bukan sahaja dalam bidang make up,  apa-apa sahaja kerja yang kita nak kena buat,  kita kena minat,  bersungguh,  cekal dan sentiasa gigih. 



    So if u olls rasa u have all what it takes dalam fasa pertama tips akak ini,  then u olls boleh teruskan membaca tips seterusnya.  Kalau u olls rasa u olls tak mampu,  better u olls carilah bidang lain yang lebih sesuai dengan jiwa u olls.  Janganlah sentiasa nak TIRU sahaja apa yang orang lain buat,  cuba invent something yang u olls rasa dalam masyarakat u olls takdak lagi.  Itulah skill keusahawanan yang sejati.  Bukan ciplak 100% u olls.
Cara-cara nak mulakan kerjaya freelance make up artist.

SATU - Perlu ada sedikit ilmu di dada.
Sekarang ni ada banyak kursus make up yang dianjurkan. Ada yang personal,  ada yang in group.  Tapi,  ilmu ni tak semestinya dengan menghadiri sebanyak banyak kursus make up yang ada.  Macam I olls dulu,  I olls akui,  I olls sangat ciput dan takdak duit banyak.  So i learn from membaca,  magazine (CLEO banyak bagi tips make up),  tengok Youtube (ada banyak tutorials make up kot!  Ampa boleh tengok free!),  dan akak selalu curi curi pi Borders untuk pi baca buku buku tentang make up.  Nak beli mahai.  So suruh depa bukak pelastik dan baca jer la.  Pastu pelan pelan,  bila dah ada duit baru akak menghadiri kursus make up dengan Nurul Shukor.  Pastu itu saja.....then akak nasib baik,  akak berkenalan dengan Kak Baby.  She took me under her wings,  macam Carl Lagerfeld amik Kimora Lee Simmons jadi macam anak kesayangan dia......akak dilatih dan diajar secara formal dan tak formal.  Tapi dia tolong akak banyak!!  Tengok la nowwwwwwww...make up akak dah improve banyak kot. 

Bersama Nurul Shukor,  2009.

 
DUA - Beli barang make up tools yang bagus. 
Kalau u olls ada bajet u olls boleh terus beli barang branded baik seperti MAC.  Kalau takdak bajet,  u olls boleh beli branded biasa dulu.  Pelan-pelan invest beli barang make up yang elok.  Tapi saranan akak,  belajar dulu cara nak pakai barang baru u olls pi beli okay.



Barang-barang make up u olls selain kena beli yang berkualiti, tak kisah branded meletops atau tak.  U olls juga kena selalu jaga kebersihannya okay.  Itu yang penting sekali.


TIGA - Buat name card,  facebook page,  weblog

Untuk promosi perkhidmatan u olls,  its imporant for u to have a name card.  Dalam name card tu tulis simple simple.  U olls boleh design sendiri,  suruh kawan design,  atau pi jer kat kedai printing.  Depa akan tolong create untuk u olls.  Contoh  :

Jumie Samsudin
Make Up Artist
+012-413 0060
jumie_samsudin@yahoo.com
http://makeup-by-jumie.blogspot.com/

Simple ja.  Kalau lepas make up,  take some time sembang dengan kawan kawan pengantin dan family dia.  And pass ur name card okay!  Time ni la nak expend your business.

Kalau boleh u olls kena ada facebook dan weblog.  U olls boleh buat sendiri,  suruh kawan tolong buat,  atau pun upah suruh orang lain buat kat u olls.  Sebab zaman sekarang,  customer takdak masa la nak pi jumpa hang mintak album nak tengok.  Hang bagi url,  depa bukak sendiri dan kalau depa suka...depa akan book hang.



EMPAT - Branding itu penting!!
Sapa kata nak juai tokyu (kicap) saja kena ada branding yang kuat!  Service make up u olls pun mesti ada branding.  Macam akak,  akak guna nama akak untuk branding service akak.  Make Up by Jumie Samsudin.  Keleessssss tak?  Kalau boleh gunakan nama yang senang disebut dan lain dari yang lain.  Akak rasa u olls lagi pandai dari akak tentang bab ni. Memanglah nama itu penting,  tapi jangan nama saja gah okay.  Kalau boleh,  nama yang gah itu diikuti dengan testimoni yang baik baik sahaja daripada bekas customer.


LIMA - Always have a camera with u!
Untuk kita yang baru nak naik ni,  akak sarankan u olls invest dengan membeli camera yang 7.0 pixel ke atas.  Ambil gambar customer setiap kali pas make up.  Pastu letak dalam Facebook / weblog u olls.  Selalu update kerja u olls menunjukkan u olls adalah semakin gigih dan customer lebih tertarik.

ENAM - Start dengan harga yang murah. Tapi still reasonable.
Amik kira berapa jam u kena kerja.  Kalau as starting,  u nak make up kata amik 2 jam.  1 jam RM50.  Dua jam RM100.  Campur duit minyak RM50.  So make up charges u olls RM150.  Jangan terlalu murah okay.  Kita kena educate customer kita jugak. 


TUJUH - Amik deposit 50%.
Setiap kali nak deal tempahan make up,  PLEASE AMIK DEPOSIT.  At least 50% atau RM100.  Selagi they olls tak bayar,  u olls bukanlah hak mereka.  Dan selagi depa tak bayar,  u olls ada hak nak amik job itu atau tidak.




LAPAN - Displin
Displin adalah sangat penting.  Make sure u olls datang on time,  kerja bersih,  kurang bercakap (ajak customer gossip pasai make up artist lain.  Ni memang akak tak suka sekali!) dan always menepati apa yang customer nak.  Ni akak nak pesan ya........macam mana ampa sakit,  demam,  migrain,  kerja tetap kerja.  Ampa kena mai walau macam mana pun,  selagi ampa boleh bangun dan jalan.  Jangan susahkan orang lain.  Sebab memang walaupun make up ampa boom boom,  tapi sekali ampa buat slek kat customer,  sampai mati customer akan ingat. 

SEMBILAN - Terus belajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Somebody pernah ingatkan akak,  sebagai make up artist,  u olls tak boleh cepat puas hati dengan pencapaian u olls.  U olls kena sentiasa mengikut peredaran semasa.  Kena tau apakah latest trend make up sekarang.  Selalu update teknik teknik baru.  Tak guna kalau pakai barang semua MAC dan NARS tapi make up,  masih 90 an.  Glitter dan jigna sana sini. 

SEPULUH - Good luck

Ni kawan-kawan akak masa belajar dengan Nurul Shukor.  From left,  Intan RamleeKak FaezaNazibb and Azren.  U olls boleh add they olls di Facebook.  Depa sangat aktif dan make up depa lebih kemas dan cantek dari akak.  U olls berkenal-kenalan la dengan depa jugak okay.

U olls!  Walaupun macam mana susah pun cabaran.  U OLLS KENA KUAT OKAY!  Itulah saja coretan akak untuk hari ini.  Akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada u olls semua kerana sudi membaca.  Sekian.

10 comments:

  1. very inspiring..kipidap jumie..jadi hebat mcm Sam Fine..

    ReplyDelete
  2. Thanks u olls..please like and antar kat kawan kawan

    ReplyDelete
  3. btol tu jumie...skrg ni ramai org yg venture jd mekap artis sume fikir duit dulu tu la yg buat kejap2 then berenti buat...for me to start as a make up artist at the age of 17, byk liku2 yg perlu dilalui, gituh..ingat masa mula2 start modal ciput experience pun xde tp demi cinta terhadap make up ku lalui juga..

    ReplyDelete
  4. Salam, kak jumie! serius entry akak ni betul2 buat i nak lebih serius dalam bidang ni.. al-maklum la new bie cm nie byk bende kene belajar... thanks for the info. very helpful! =)

    ReplyDelete
  5. saye suke bce tips dari akk..sy minat sgt make up,bkn sahaje untuk mencantikkn diri sendiri tapi saye suke bile sy make sesiape jela pastu diorang cakap cantiklaa makin bersemangat rasenye..sy nk explore bidang nie,nie impian sy sebenarnye dari saye kecik..saye mmg 0 n xtahu pape..n sy x mampu nk bli brg2 makeup satu hari kawan saye bg 1 set brg make up,sy suke sgt..sy blaja pelahan-lahan dari u tube hari2 dari pagi sampai mlm..sy tgk tutorial mcmmne nk shading,smokey eyes,n mcm2 lg,alhamdulillah ia sgt membantu..skrg sy boleh make up tp bnyk lagi yg lemah,bnyk lg yg sy xtahu kn..yang mengecewekan saye ramai yang x sokong impian sy,bnyk halangan tapi semangat n hati saye kuat nk ceburi bidang nie nk blaja lg sehingge sy bly jd mcm akk..kate2 akk tu buat sy lagi semangat..;-)

    ReplyDelete
  6. ops..sory2 sy bukan jefrie sy akma nie id suami sy..he.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...thanks sebab dapat memberi inspirasi :)

    ReplyDelete
  8. Thanks akak 4 da info n tip2 yg sgt berguna.sy sgt2 brmbat dlm duna make up n bru nk brjinak2 nk jd MUA.bnyk tips yg akk bg sy da fikirkan b4 ni sbb mcm akk ckp bkn sng nk jd MUA.kb start dr bwah...Hope i can be success like u n other MUA yg dh berjaya kt luar sana.

    ReplyDelete
  9. tq akak 4 da info rasa seronok sgt baca blog akak antara 10 ni adalah 2 3 kena kat saya hehhehehehheheh tq dear sis....tok info yg amatla bermakna tqsm

    ReplyDelete
  10. thanks kak 4 the info inspired me a lot lg2 untuk new bie....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com