11.4.11

Tersembam Di Pintu Office

U olls!  Dah lama akak tak cerita cerita benda ringan yang bisa meringankan lagi otak kita yang ringan-ringan ni.  Hari ini akak nak cerita satu cerita lawak yang berlaku kepada akak beberapa hari yang lalu.

Minggu ini,  akak akan mentolong Kak Baby menjadi model baju pengantin katanya.  Kak Baby dan beberapa butik pengantin lain akan mengadakan perasmian besar-besarkan di hadapan kompleks Mara,  Pulau Pinang.  So,  Kak Baby pun memanggil beberapa kenalan rapat untuk menjadi model beliau.

Inilah gladiator 4 inchi yang membuat onar pada hidup akak.
"Kak Baby nak carik model biasa biasa saja.  So that orang boleh tau kesesuaian koleksi baju Kak Baby sesuai untuk orang biasa,"  jelas Kak Baby kepada akak. 


Akak mulai pereng.  HEY!! Akak ni perempuan biasa ka?  Akak bekas Miss Venezuela 2003 okay.  Turun tangga dengan kasot 4 inchi tampa tengok bawah adalah smol metter untuk akak.  Sebab hormat mak ayam.  Akak menyenyum sahaja.



Then terang Kak Baby lagi "Jumie akan pakai dress cream ni.  Sebab Kak Baby nak Jumie jadi macam English style bride".

Akak pun menjawab dengan konfiden "Okay la tu mak ayam.  I kan memang ada darah British,"  terus rupa Kak Baby berubah daripada jelitawan kepada sejenis makhluk lain yang juga ciptaan tuhan. 


Sebagai persediaan menjelang hari ketwok,  akak keluarkan satu gladiator akak warna putih dengan ketinggian 4 inchi.  Kasut ni dah lama En.  Khafi beli kat akak masa pi Vincci Plus.  Tak mahai pun.  Sebab terlalu tinggi dan sangat drag,  akak jarang pakai kasut itu.  Akak cakap,  special okesyen saja akak pakai.

So,  akak nekad nak pakai gladiator putih 4 inchi itu ke office hari ini.  Motip?  Nak selesakan kaki gajah dara akak ni dengan gladiator itu.  Nanti pada hari fashion show tu,  akak cadang nak pakai gladiator ni.  So akak tak la rasa kekok sangat.  Akak nak prektis balik flair ketwok akak.  Akak nak buktikan ilmu yang Miss Jay ajar tidak menghampakannya. 

So,  akak pun pakai lah kasut ini.  Dengan penuh doa harapan,  akak tulis kat tweeter "Hari ini akak pakai tumit tinggi 4 inchi. Akak berdoa agar tiada kecederaan berlaku hari ini,".

Setiap langkah yang akak buat hari ini disusun dengan rapi dan teratur.  Walaupun sedikit gayat,  sebab akak kan berdada bidang.  So tak nampak lantai bila akak berjalan dengan gladiator.  Inilah kepayahan perempuan yang mempunyai ukur lilit dada 44inchi apabila nak berjalan dengan kasut tinggi.  We olls susah nak tengok bawah.  Sebab pemandangan we olls dihalang oleh dada we olls.  Menyesal pulak dulu akak request size C masa operate kat Russia dulu.  Tak tau la macam mana Kak Shaz handle dia punya.  Katanya beliau operate silikon sampai size D.  Haaaaaaaaaaaaa! Kau mampu?


At the end of the day,  semuanya berjalan lancar.  Akak langsung tak jatuh ke apa.  I am so happy u olls.  Akak langsung tak tersalah step.  Namun.......................


Masa nak balik,  akak dan Liza adalah orang terakhir keluar office.  Disebabkan Liza takdak kunci,  so akak kenalah kunci opis.  Akak pun letak all my hanbags kat dalam kereta dan akak pun berketwok semula dari kereta ke pintu office akak.  Azren,  anak ayam akak menunggu di kereta akak.  Ada beberapa students Soc Sc yang tengah berjalan nak balik dari kuliah.

Tengah akak ketwok,  tiba tiba akak rasa macam terpijak satu batu nisan di tumit kiri akak.  Lantas,  akak hilang kestabilan dan graviti telah menarik akak kebawah.  Akak cuba menggggggggcontrolnya!!!!!!!!!!! Dan hasilnya,  akak pun tersembam ke lantai dalam kedudukan orang nak pecut 100 meter!


Liza terus mendekati akak dan berkata "Jumie...are u okay?"

Akak pun dengan machonya terus bangun dan kata "Okay...okay...."  terus i pun terkial-kial mendekati pintu office dan menguncinya.  Apabila akak pusing balik,  baru akak perasan ramai students yang nampak akak jatuh dan tersembam tadi. 

Apa akak buat?

Akak terus ketwok ke arah kereta sambil berkata dengan meriah ke arah Azren,   "Nok...mak jatoh nok!...haahahahaha,"


DAN DAN GELAK COVER!!!

ps/  Nasib baik jatuh depan office.  Kalau jatuh atas pentas fashion show camna?  Sebagai makluman,  Namun, tiada kerosakan jalan yang berlaku ya. So tak perlulah report kat pihak Pembangunan USM. Sekian, terima kasih.

Zac Zaini,  akak tetap jelita lepas menjatuh tersembam ya!

ps/  Just to add this u olls.  Akhirnya,  we olls semua 6 orang kawan-kawan closed Kak Baby akhirnya tidak menamatkan ketwok itu kerana pihak penganjur menyelar satu baju pengantin koleksi yang ingin diperagakan.  Penganjur yang sangat Ahli Syurga tu kata it's too sexy and she wants it to be covered kat bahagian dada.  Kesahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....we olls semua sebulat suara tak mau ketwok u olls.  Dah la we olls nak happy-happy saja,  sebab sorang kawan tak buleh ketwok why not we olls semua kensel it!  Terima kasih kepada pengelola Ahli Syurga itu.  Hang memang pelastik..........organizers hang semua perempuan gedik isap rokok ang tak nampak!  Mak Pereng Hilton u olls!

6 comments:

  1. seb baik tak terseliuh ker aper.. baru nak offer tunjuk tempat urut baik punya...

    ReplyDelete
  2. nasib pandai kaber melawak..jadi tade la malu sgt...=)

    ReplyDelete
  3. Sang Kamen....kalau terseliuh akak rasa satu USM akan berkabung dah sekarang. So takdak apa apa laaaa boleh gelak gelak ni hehehehehe

    ReplyDelete
  4. akak!!! thanks sebab ceriakan hari shah dengan cerita akak!!!

    I LAP U!!!!

    ReplyDelete
  5. kita berbangga sangat sangat dengan cerita ini yang penuh dengan inspirasi dan keyakinan yang tinggi, bakal menjadi panduan di masa hadapan *tudiaahhh konpiden* apapun, tetap jelita yer....hehehe

    ReplyDelete
  6. shah....akak akan sentiasa terus menulis dari hati dan membuatkan u olls semua happy okay! Insya allah.

    Zac Zaini...hehehe.. YES! Jangan malu ya. Kita dikira bukan dari kejatuhan. Tapi berapa kali kita mampu bangun bila kita jatuh.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...