4.5.11

Bengkel Wanita & HIV/AIDS bersama AIDS Action and Research Group (AARG)


Tuan/Puan


Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas, ingin dimaklumkan bahawa Kumpulan Bertindak & Penyelidikan AIDS (AARG) akan menganjurkan bengkel tersebut pada 30hb & 31hb Mei 2011 di Bilik Persidangan (C06), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput ahli-ahli dari organisasi tuan/puan untuk menyertai bengkel tersebut. Bersama-sama surat ini disertakan borang permohonan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel ini dan sila kembalikan secepat mungkin kepada pihak penganjur.

Bayaran penyertaan sebanyak RM400.00 (bayaran dengan LO – RM420.00) bagi setiap peserta mestilah di buat atas nama AIDS ACTION RESEARCH GROUP (AARG) selewat-lewatnya 25hb Mei 2011 (Khamis).

Sokongan tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Memastikan Kelestarian Hari Esok

Prof. Madya. Dr Ismail Baba

Konvenor



For more info  :
Urusetia/ Secretariat
AIDS Action and Research Group (AARG)

School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang.
Tel : 04-6533955/6565984 
H/P: 016-4356138
Tel/Fax : 04-6565984
E-mail : aargusm@po.jaring.my

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...